my Friends

click2 laaaa

Tuesday, July 31, 2012

Babysitter area Serdang

assalam semua..

tengah menahan ngantuk nih. arini first day keje. tahan ngantuk sebab tak tido lepas sahur tadi. bangun kul 4am weyh. tido plak kul 11 lebih. kene adjust time tido nih. hurmmm

alhamdulillah, dalam mengantuk camni, tadi p pam untuk sesi pertama. dapat la 6oz. alhamdulillah syukur, ada rezeki untuk Hussein walau perut dah mula rasa berkeroncong nih. sebenarnya boleh pump lebih lagi tapi taknak push diri to the max sebab takut kang pening lalat plak. first time pump tengah puasa kan. sebelum ni df je. df tak sebanyak hasil masa pump. kat opis ni, cuma i ngan sorang akak je yang mengepam. yang lain, baby dorang dah campur fm. tapi akak yang mengepam tu pon tak pump time bulan posa sebab production merudum. so, i sorang2 la. bosan jugak sorang2 nih. kene kuatkan ati demi Hussein. time pump je, tengok gambar2 Hussein kat phone, video Hussein sibuk nak cakap2. hehehe

for the time being, Hussein dijaga oleh MIL. after raya, i kena cari babysitter la or nursery. but i prefer babysitter sebenarnya. sapa yang tau any babysitter area dekat2 dengan UPM serdang or kat bukit puchong,please let me know ek. pls sangat2. tengah buntu nih...


Friday, July 27, 2012

Is that my hand??

Assalam semua,

Camne ngan puasa? Harap mommies suma still bertahan,insyaAllah..me,still penuh lagi setakat ni. Harap2 dapat puasa penuh tahun ni. Dah lama tak dapat puasa penuh. :)

Harini Hussein jumpa skill baru. Dia baru tahu rupanya dia ada tangan. Haha! Klaka plak tengok. Dia punya tenung tangan dia,pastu buat muka pelik. Tapi tangan kanan je. Tangan kiri blom lagi.hehe



Btol kan? Sampai muncung2 mulut tu ha.hehe. pastu skang Hussein dah taknak tido sangat dah. Sebab dia sangat kepochi nak berborak, nak tengok kiri kanan,nak agah toys, nak tengok tv. Aduhai....

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 25, 2012

Hussein nak sembang laaaaa

assalam semua!

entry before bukak posa. arini bukak posa sorang2 sebab hubby kena keja. hussein dah 2months 13 days. dari minggu lepas lagi hussein dah try nak berborak. tap minggu lepas, cket2 je kuar suara dia.this week dah pandai berpanjang panjangan dah. tak caye? tengok ar ni. ni vid baru tau. hussein mabuk nak berborak :)



btol kan i cakap? hehehe. asalkan bangun je, nak borak. kalo siang, i layan la. kalo malam2, i buat tak tau je sebab nak ajar dia suh tido malam kan. sebab gian nak berborak, mula la air liur die menyembur2.dah jadi belon dah dah. abesla rambut i gugur. huhuhu. okeh, selamat berbuka! :)

Saturday, July 21, 2012

Kisah carseat yang cantekk

Assalam semua,

Salam ramadhan. Entry ni i tulis before nak tido. Terpanggil nak tulis sebab rasa macam dah sakitkan ati orang secara tak sengaja. Tapi i have good reasons. Bukan saje2 i nak sakitkan ati dia.

I nak tanya, before dapat baby,kita semua excited nak beli barang baby kan? Berlambak checklist untuk newborn stuff kat tenet nih. Antara yang memang ada dalam every list is carseat. It is important kan. Ye la camne nak drive sambil pegang baby yang kepala nya pon lembut lagi, dok terlentok liuk? So,kita punya la survey bagai nak rak which one is the best untuk baby kita yang mampu dimiliki.best kan time survey tu. Rambang mata nak yang mana satu. Dah dapat apa yang dihajati,kita pon tak sabar nak test letak baby dalam carseat tu.

I nak tanya,bape ramai yang fully utilised carseat tu? I mean kalo bukan drive sorang2 will u put the baby into the carseat? Kalo jawapannya ya, alhamdulillah. Tapi kalo jawapannya tak,ermm. Nak tau kenapa. Babies are smart okeh. Once u tak buat benda tu as rutin,dia tau dia bley excuse daripada duduk dalam carseat. Sudahnya mak dia kena la dukung baby tu. Memang mak-mak ni tak kisah nak dukung anak malah lagi suka kan. Tapi pikir tak keselamatan anak tu? Kot buatnya tiba2 brek mengejut? Kita boleh kata kita drive carefully,tapi orang sekeliling kita? Just because baby tu nangis, u kene hold dia all the time? For me,what i do kalo dia nangis, yes i hold him. Tapi bila dia dah calm down,i put him back dlm carseat tu. Of course la dia nangis. But i biar je sambil tepuk2, lyn dia borak.now,alhmdulillah dia siap bley tdo dlm tu.

Tapi bila tegur,orang kita ni slalu nak melenting tak tentu pasal. Tegur untuk kebaikan. If takleh terima,then up to u la. Jangan sibuk nak melawa je.orang lain ada carseat,i pon nak ada. Tapi sudahnya penuh ngan barang je dalam tu. Mayb ada yang cakap tak mampu nak beli. Duit kan boleh dikumpul.pregnant 9bulan kan. Barang mekap bley plak beli. dahulukan mana yang penting dulu. Takkan dah kena,baru nak menyesal.hurmmm,pikir pikir kan la. Gudnite! Slamat berpuasa and jangan lupa bangun sahur ya :)

posted from Bloggeroid

Friday, July 20, 2012

Paranormal or my imaginations??

Assalam,

Entry semalam adalah auto publish.masa tulis tu i baru dapat call ada orang tu nak pergi tengok wayang. So, memang agak emo la time tu sebab kena tinggal ngan hussein. Padahal masa tengah tunggu hari dulu, i pergi tgk wayang tengah malam tau sebab takde tiket punya pasal but still nak tengok. See? Im a kaki wayang ok.ntah sape la yang ajar i nih.hehehe

Semalam jugak, i jumpa sorang member. She said sokething yang buat i reflect back apa yang jadi kat i right before magrib ari rabu lepas. I tengah lepak atas katil teman hussein berborak. Rocker dia ada kat bawah, sebelah kanan katil. Masa tu aircond baru on. Then i perasan dari pandangan sisi, macam rocker tu berbuai,just 1 time. I terus pusing tengok betol ke tak. I think betol sebab toys kat rocker tu still bergerak. Hurmm.terpikir gak,takkan sebab aircond? Aircond takde ar kuat camtu. I tengok lagi ,kot2 nak bergerak lagi. Takde pon. Masa tu i malas nak pening-pening pikir so i diamkan ajer.after dinner,i dh terlupa pasal tu. Until i jumpa member i semalam. She said something yang buatkan i berpikir ape benda tu sebenarnya. Memang tiap-tiap malam i pasang ayat quran start magrib sampai pagi.kadang siang pon i pasang sebab hussein suka. I nak p jumpa ustaz nanti,nk tanya ada benda tak kena ke. Bukan la i nak superstitious,tapi berjaga2 itu lagi elok. sebab benda2 macam ni memang wujud kan.jin n syaitan memang ada. Budak kecik kan bley nampak apa kita tak nampak. Hussein memang suka pandang atas, kat kipas,kat lampu pastu senyum2 agah benda2 tu. Kalo agah je,i tak kisah. Sebab beberapa ari lepas,die mengaruk taknak duduk sorang2 dalam bilik.dia dah tido,i kuar bilik jap je,dia dah ngaruk. Dia bukan jenis camtu. Dia jenis kalo perut kenyang and memang dah ngantuk, tengok xde orang dekat ngan dia,dia layan diri ja nak tido. Agak2nye apa ek? Paranormal betol ke or my imagination jer? I prefer my imaginations je. Hopefully..ya Allah,jauhkan la anasir2 luar dari menggangu anakku.ku mohon bantuanMu ya Allah. Hanya kepadaMu aku memohon dan meminta.amin yarabbal alamin..

posted from Bloggeroid

Thursday, July 19, 2012

sakit jiwa kah?

assalam semua,

nak tanya la, life korang berubah 100% tak bila dah kawen? bila dah ada anak? for me, totally change terus. dah kawen, berubah cket la sebab dah ada dua famili kan. bila jumlah famili dah bertambah, masa weekend adalah paling sibuk ya. kadang2 marah jugak dalam ati sebab tak dapat nak dating beria cam dulu2. pastu isnin mest grumpy sebab penat nak ngemas umah, basuh baju yang berlambak sebab wiken tak sempat nak buat.

tapi time dah kawen, ada jugak la berjalan2 even dah kurang. time dah ada anak nih, jangan harapla.everything, suma attention p kat anak tau. kena lebihkan dia dulu. kalo keluar pon ada time limit sebab anak tak ikut sekali. sudahnya si mak la kena confine sekali ngan anak. and waktu tido pon memang upside down. dapat yang bangun menyusu ikut waktu, alhamdulillah. tapi kalo yang ikut mood, pengsannnn. memang mata panda la si mak tu. then bila dah keje, siangnya nak stay awake kat opis plak kan. kalo tak keje pon, nak kene kemas umah, masak, basuh baju. kene pandai organize supaya ada masa buat semua tu sebab baby kan suka berkepit kalo dah terjaga. maka, time dia tido adalah waktu emas untuk mak-mak buat keja kan? hebatnya mak-mak, macam2 boleh buat dalam masa 3jam tau.

then, time management memang lari la.kalo biasa appointmnt doc kul 3, kuar kul 2.30 pon sempat. tapi bila ada anak, jangan harap ya sebab nak kuar kena ikut mood anak. kadang dia cranky, kadnag dia tengah tido, kadang dia mandi lambat, kadang dia nak menyusu. ada macam-macam kadang tu maka bersedia la. agak2 tengok anak dah ready, kuar je la even baru kul 2. 

sebenarnya i pon tak tau point ape i nak cakap. cuma taip ikut rasa je. agaknyer kegeraman sebab asyik kena stay at home kot maka cakap pon ikut rasa je. ye la, dulu banyak source lepaskan geram. boleh tengok wayang, kuar window shopping, main games. now semua tu takde, ilek. macam kena kurung pon ya jugak. hurmmm


Wednesday, July 18, 2012

weekend yang best!

assalam semua!

duhh! fuhhh! dah bersawang sungguh blog nih. ada idea, tapi tak tertaip plak. haihhh...mode M dah datang balik la niii. hurmm. citer sume lumpsump la ek. hehehe

sabtu lepas, hussein g hospital lagi. memang tempat yang dia boleh pergi hospital ajer until dia 100 ari kot. lebih dari tu, mak dia yang meroyan sebab dah sangat tak sabar nak bawak hussein keluar jalan2 tengok orang. padahal bukan dia tau pon apa erti jalan tu. hahahaha. hussein pergi hospital untuk checkup 2 bulan. doc bagi jab n ubat minum. mulanya i ingat jab tu untuk rotavirus rupanya bukan. member sekolah i yang tegur kat fb, ubat rota yang minum tu. yang jab tu, i tengok doc tulis kat buku dia for polio. if i tak silap baca tulisan dia la. yes, i ni bila jumpa doc, memang blur nak tanya apa. cuma aritu i tanya pasal breath dia jer yang bunyi macam ada something tersumbat. doc said, use sterimar tu dah ok dah. bagi kerap cket. betol la cakap cheyan, bagi iliadin tu, bila stop, idung congested balik...huhuhu. now, memang dah stop iliadin. sterimar je. dah kurang cket la bunyi yang kuat tu.

then, ahad tu, kami sefamili pergi kenduri arwah kat umah makcik sedara hubby. ala, tak jauh pon rumahnya. selang bape rumah jer dengan umah mertua i. hussein tido, bangun n tido n bangun balik. sebabnya dia kepochi nak amek tau sekeliling. riuh rendah kan. tapi dia suka. seronok dia tengok anak2 sepupu hubby dancing. relax jer dia ngan bunyik bising. bagus2, biasa kan diri ya. takde la bila awak nak tido suma orang kena senyap. ngeeeee

wiken lepas jugak my parents datang tido umah wif both my brothers la. soooo happyyyyy! dah rindu gila ngan diorang. cuma tak tercakap ja. first time dorang tengok hussein. seronok la hussein ada orang dok layan dia, berkepit ja kan. sekali sekala apa salahnya. selalu2, no no no ya sayang. nanti awak masuk nurseri, sapa plak nak layan awak berkepit2 camtu. so, kena blaja independent ya. his tok n tokwan bawak present! fuyyo! ni pic hussein dok dalam tu. 


ni gambar first time tau dia dok dalam tu. pelik agaknya tengok toys tu. sebab i beli playgym untuk dia pon, tak pernah bukak bagi dia lepak tengok toys tu. kesian anak i eh. hehehe. now, kalo lepak depan tv or i letak dia kat hall sebab i nak buat keje, dia ok je dok dalam tu. kadang sampai tertidur. tapi, setengah jam jer la paling lama pon dia agah toys tu. pastu mula la bosan. then i bukak baby first plak kat tv bagi dia tengok. suka dia tengok colorful kat tv tu. dapat la lagi setengah jam dia ngadap tv. then, kena la p layan borak ngan dia. i tau tak elok ajar baby kecik2 tengok tv tapi if tak buat camtu dia asyik nak berteman je. bila biar, dia melalak. bukan melalak lapar tapi nak attention. tapi tengok jugak. kalo melalak cket2 tu, i biar je. pastu dia tertidur ar sebab dah penat layan diri. hihihi

tu jer kot citer wiken. cite weekdays, lain entry plak la. nak g basuh baju sementara bujang ni masih lagi tido ;)

p/s: sedih sebab my family dah balik...time camni, rasa dok dekat ngan diorang pon best jugak. i missed them.. :(

Monday, July 9, 2012

Best diaper ever??

Assalam semua,

Arini nak wat survey. Diaper pe yang kebanyakan orang pakai? I tengah testing2 lagi ni diaper pe yang sesuai untuk hussein.

Masa baru lahir,hussein pakai petpet. Even kat spital pon pakai diaper ni. Its good sebab kat depan tu,bahagian atas ada lekuk,jadi tak tutup pusat.ye la,budak kecik time tu,tali pusat belum luruh lagi. Tapi masalah cket ngan petpet ni,bila masuk minggu ketiga rasanya, bila malam je,bocor. Sebab hussein jenis kencing banyak. I tukar diaper dia setiap kali dia poo poo or 3jam sekali.

Then,tukar tu mamy poko dry. Bukan saje2 nak beli brand mahal,mamy poko ni dah beli time preggy lg. Beli kat expo motherhood kalo tak silap,tapi 2 bags je,newborn.mamy poko,dia lebar so nb pon macam besar cket. Bagus,tak bocor cuma kalo poo2 macam bersepah cket dalam diaper tu tapi still tak bocor.

Since mamy poko mahal,try huggies plak.yang kaler ijau tu tapi small size. Sebab nb dah macam ketat for him.yang ni punya la


Best! I paling suka yang ni sebab dia lembut.whole thing soft. And tak bocor even kalo terlmbt tukar diaper.even mamy poko pon,cover depan dia tu keras dari huggies. Cuma huggies tak lebar gila macam mp tapi for me the size just nice la. Tak lebar sangat,tak kecik sangat. Tapi ni pon lebih kurg je price dia,murh cket je tak banyak beza. So, ber eksperiment lagi. Huggies dah abes, suh hubby beli yang ini plak..


Murahhh! Bila kira,sekeping dalam 30sen++ je. Tak sampai 40sen ponnn. Now dah pakai for few days. Ok la,tak pernah bocor lagi even poo2 banyak. Cuma panjang dari depan ke belakang tu pendek cket dari huggies. I prefer yg panjang so that poo2 tak terkeluar from diaper n for baby plak kena lebihkan sebelah depan sebab dia kencing akan basah depan dulu. But untuk pakai kat umah,best ever la setakat ni sebab price dia. Untuk jalan2, im not sure how reliable this diaper is. Ala,hussein pon tak pernah pergi mana2 lagi selain hospital. At the same time jugak ada beli yang ini,nak cuba after whoopie abes. Whoopie ni mcm mami poko la soft dia..


Sebab kat giant tengah offer.hehe. bukan taknak pakai cloth diaper aka cd. I x sure i cukup rajin tak nak cuci cd tu. Kang tak pasal2 hussein naik ruam plak. Lainla kalo de helper kan. So,pakai je la disposable nih. Stakat ni,even dok tukar2 brand,hussein tak pernah kena ruam lagi. Takmo la bagi kene,kesian dia nanti. So, apa yang korang bagi baby korang pakai ek?
posted from Bloggeroid

Friday, July 6, 2012

Sesi mengemas!

Assalam semua!

Aduh,penatnya arini.tadi pergi bilik lama i,bilik yang i duduk masa bujang dulu and after kawen. After kawen? Aah, after kawen, i weekend wife dalam setengah tahun jugak la sebab proses pembelian rumah tu lambat setel. Nak pindah suma before ni,tak larat.ye la,tengah bawak perut kan time tu. Takleh nak angkat barang berat2 plak

Disebabkan i ni sentimental, suka simpan2 barang,maka banyak la barang yang kena buang semalam.penuh tong sampah ngan barang-barang i je. Tapi,ada jugak yang i letgo kat member. Free je.hehe.dalam dok sort barang yang nak simpan tu, i terjumpa beg ni



Cantik tak? Haha! Ni la beg yang i pakai zaman muda2 dulu.penuh ngan badge! Ni pon ada yang tertanggal dahni. Dulu memang suka letak badge kat beg. Macam cute je. Ngeee.beg ni i pakai masa zaman blaja dulu. Zaman 'kuliah cinta'. Tapi, masa tu tak bercinta lagi ngan hubby.dia sombong!tettttt! Hahaha! Lepas pakai beg ni,i banyak bertukar beg. Tapi beg ni still simpan sebab sayang kot. Dah kata dah,i ni sentimental.ngeeee. rindu zaman dulu,aktif p sana sini. Now,macam lemau. Cepat btol penat,dah tua ke? Macam tak lagi.hehehe

Then, selongkar lagi barang2 yang ada. Check beg yang i slalu bawak travel or balik kampung. Guess apa i jumpa?



Hahaha! Kenangan raya tahun lepas nihh. Gigih p farmasi cari. Malam raya,buat test senyap2 tak bagitau parents pon.hubby ja tau. Menggigil jugak tangan dok dalam toilet masa tu. Dah naik dua line,pandang tak berkelip.betol ke ni? Ke test kit ni rosak? Hikhikhik. Dah cuci elok2 baru kuar toilet tunjukk kat hubby.speechless dia,terus kiss forehead i.malam tu,i tido lena je.tapi hubby berjaga sampai pagi sebab excited sangat! :D i ada simpan testkit yang tunjuk positif tu,tapi lupa mana letak.tinggal kat umah parents i kot.yang dalam box ni,ada satu lagi,blom guna. Beli yang ada dua dalam 1 box,sebab takut ter salah time buat test tu. Ye la,1st timer kan.hehehe

Sebenarnya,story kat atas ni ari rabu punya.tapi, kat phone takleh plak nak backdate tarikh.nak taip masa ari rabu tu,penat sangat.hehe. last,tepek la gambar hussein sekeping. dia tengah good mood layan birds kat luat. Pagi2 bangun,memang dia pandang tingkap je,tengok birds. Birds ni pon cam tau2 ja. Suka bising2 kat sini,terbang2 lalu depan tingkap. I suka! Rasa macam kat kampung,kat umah arwah tok dulu..




posted from Bloggeroid

Tuesday, July 3, 2012

kisah shopping online

Assalam semua!

arini ada parcel sampai lagi. hohoho. sebelum ni pon memang asyik sampai parcel for me je. ada sekali tu, i beli casing phone, oder kat amazon. dahtu, susah sangat nak cari kat sini. phone i tak cukup femes kat sini, p cari casing kat kedai, asyik takde je. i oder dua sekaligus. tamak haloba kan? hahaha. oder before deliver, parcel tu sampai after deliver.ngehngehngeh. ni salah satu casing yang i order..


satu lagi pink jugak, tapi macho cket :p pastu i ada oder barang hussein.dari littlewhizz. termometer, bantal, alas kepala dia. berguna tau termometer tu. senang nak check dia demam ke tak. sebab kadang2 pegang kepala dia macam panas, tapi bila check suhu, biasa je. untuk ibu2 yang mudah gelabah cam i, sangat berguna okeh. i beli brand omron, test kat telinga. sama macam spital pakai. baru confident cket bacaan tu tepat. 

pastu, i oder ulat lamaze tu from blogger saffiyah aka piya. haha!! tak sabar nak bagi hussein main. skang benda tu tersimpan ja lagi sebab dia tak reti lagi. i cuma pakai yang rattle kecik tu ja, pegang2 depan dia, alih slow2 p kiri dan kanan. dia dah pandai dah ikut gerakan tu, tapi takleh lama la. nanti dia bosan. dalam 5min camtu ja. takpe, slow2 la kan.hehe

then, baru2 ni i oder baby cot. besar tau, yang 4 in 1 punya. brand pamco, kayu dia import from new zealand. boleh tampung berat sampai 100kg. ada jugak yang tanya awat beli yang mahal2 camtu. betul ke boleh tahan sampai 100 kg? ikla dia yang cakap camtu. beside, dia ada warranty 3 tahun. skang blom pasang lagi. dah pasang nanti, i nak test duduk2 ganaz dalam tu tengok tahan ke tak. ngeeee. nak beli yang normal, nanti hussein dah besar cket, nak pakai katil mana plak nak campak cot tu. rumah bukannya besar. so, beli la yang boleh jadi junior bed terus. boleh train awal2 suh dia tido tempat sendiri kan. dah oder cot tu, i oder skali playgym.hahaha! dah kate dah, mak dia yang eksaited lebih. i bukak seklai je playgym tu, letak hussein. dia macam syiokk gak ar tengok colorful camtu tapi kejap jek. pastu bukak class vokal. hehehe. tapi, balik umah sendiri nanti, boleh lepak playgym lama2 ye sayang.

parcel untuk hussein yang baru sampai arini, baju2 dia. i order sebab dia takde banyak baju lengan panjang. tido malam ber aircond kan, kena la pakai lengan panjang. so, i order rompers long sleeve n short sleeves, tshirt n suar pendek. konon2 nak pakai raya nanti, oder online jugak from carters us.tapi tak oder direct sebab dorang takde shipping to malaysia. so, terpaksa order from supplier. ni salah satu item yang i order. yang lain, dah masuk laundry basket. tak sabar nak bagi hussein try. hehehehe.now pon, his auntie n MIL rajin belikan baju untuk dia. what to do, barang baby memang comel kan. geram je nak beli. hahaha

aritu teringin rocker fisher price yang boleh pakai sampai toddler tu. dah nak terbeli dah. alhamdulillah, rezeki hussein, maktok n tokwan dia dah belikan. cuma tak amek lagi ja. nanti maktok n tokwan dia nak datang umah, hussein dapat la rocker tu. ngeeeee


now tengah cari mobile cot plak. nak hias cot dia tak bagi boring. but have to stop kejap la. laju je duit kuar nih. padahal dok umah je. hehehehe. dahtu dua kali i keluar pergi mall, tak dapat nak cuci mata pon. tujuan nak dinner, memang pergi untuk dinner je. huhuhu. hussein, cepat la besaq. mak tak sabar nak bawak kamu jenjalan :D

memang i ngaku, banyak berhabis untuk hussein. ala, tapi ni untuk development dia jugak. beside rasa bahagia je kalo abeskan duit untuk anak2 termasuk la anak2 bulus tu. skang nak shopping untuk diri sendiri pon pikir berkali2.tapi kalo shopping untuk diorang, laju je i click ok. hikhikhik

Monday, July 2, 2012

rushing nak bersiap!

assalam peeps!

i tengah bersiap untuk bertandang. dah siap nikah sebelah pagi. alhamdulillah, dah selamat jadi wifey akhirnya. punya la nebes.dalam ati ni, dag dig dug, tuhan ja yang tau. orang makin ramai kat luar tu. riuh rendah je bunyi. nama pon kenduri kannn.takkan la nak senyap2 kowt. eh, ade jugak orang buat kenduri ari isnin ek? ada ke orang nak datang? sukati i je kannnn.

takde la. ni tengah mengenang setahun yang lepas. hikhikhik. arini genap setahun when our hands hold together till forever..insyaAllah..tahun lepas kami berempat sahaja. hubby, me, smokey and shirou. this year dah tambah lagi sorang, Hussein :) alhamdulillah atas rezekimu ya Allah..



bila ingat balik, rindu nak jadi gila buat persiapan kawen. banyak benda jugak buat last minute. bad habit btol.hehehe. takpe, nanti buat persiapan besday hussein la.skali ngan smokey and shirou ya. save bajet.muahaha


to Syed Abdul Rahman Almahdaly, happy 1st anniversary sayangg!i dunno how to berjiwang2 here. as long as u tau how much i love u, cukup la kan.
  • thanks sebab jadi hubby yang penyayang even though ade jugak u buli i time i dalam pantang.huhuhu :p
  • thanks for always being there for me. 
  • thanks sanggup layan i bila i cried like a baby. 
  • thanks sudi teman i dalam labour room satu ari suntuk..
  • thanks teman i tido kat spital. first time kena warded, takde la rasa horrible sangat.hehe
  • thanks tolong jagakan smokey and shirou while i'm not around
  • thanks sanggup tunaikan my wishes yang mengada2 nih nak itu dan ini
  • many2 thanks la pendek kata. nak listkan kat sini tak muat..



Sunday, July 1, 2012

first time mandiiiii

assalam semua!

first time mandikan hussein! selama ni, MIL yang mandikan. sangat nebes hokayyy. tambah plak dak tecik ni suka main air. cecah je air, dia terus nak berdiri. adoyaiiii...tapi, nanti nank balik umah sendiri dah weekend depan.so, nak tak nak kena berani kan diri mandikan jugak. pastu hussein ni saje je nak buli mak kan. i madnikan dia dalam besen bulat. so, memang kaki dia boleh cecah la tepi besen tu. tu yang syiokk je kaki jadi cam spring.tapii,takut2 pon berjaya jugak mandikan dia. alhamdulillah.. balik umah nanti,mandi pakai bathtub tu ek. takde la kaki kamu tu nak acah2 berdiri.hehe. no pic plak. lupa nak minta abah dia tolong snap semalam..

tu pic before mandi.hehehe

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers