my Friends

click2 laaaa

Friday, September 28, 2012

Wednesday, September 26, 2012

aturan masa

Assalam semua,

kebanyakan mommies working kan? camna korang bahagikan masa ye? i macam penat gila lately. mula tak perasan, tapi bila lunch hour je, letak pale, sandar btol2 kat kerusi tu, mesti laju je lelap. padahal i pon tak tau i penat pasaipa.

bangun kul 6am, siapkan hussein, kemas cket2 umah then off to work. kul 5.40pm sampai umah, pam susu, masak2, basuh baju, vacuum umah, settlekan smokey n shirou. pastu hussein sampai umah kul 8pm, layan dia sampai tertido. tapi, takdak la ari2 i vaccum pon. baju plak, bab basuh ok. bab nak lipat tu bercinta hokay. nak tunggu weekend, weekend selalu takdak kat umah. so, camna? ke i yang memang lembik or tak reti bahagi masa? tapi disebabkan hussein, memang rasa diri ni jadi macam super mak dah. diri sendiri sakit pon rasa macam tak sakit. padahal selalu gila sakit pinggang. orang kata sebab posisi menyusu tak btol. ye la, bila malam2 mai time ngantuk tahap dewa, bagi hussein menyusu sambil baring. tu yang sakit pinggang tu. padan muka i kan. hurmmmm

p/s:disebabkan penat,maka mood juga adalah swing



hussein selsema + demam on off

assalam semua,

hussein tak sihat. start dengan selsema dua hari lepas.pastu malamnya, suhu naik,demam cket. then esoknya baik lepas bagi makan ubat. and semalam naik balik even tak tinggi cukup untuk buat i risau. ye la, anak tak pernah sakit, tiba-tiba sakit, gelabah jugak dibuatnya. rasa macam nak cuti arini tapi banyak complications plak. so, now macam tak tentu arah pikir pasal hussein.

even tengah tak sihat ni, hussein aktif macam biasa, menyusu macam biasa. takde la die merengek sangat. cket2 tu ade la..

first day-selsema

pic atas tu, die tido ngan i sebab i dok check takut suhu naik. nak jelum, ada orang tak bagi sebab takut selsema makin teruk. tapi semalam i jelum jugak. tak jelum sangat pon, just basahkan towel kecik and letak kat dahi and tepi leher nak bagi suhu turun.

even demam, sibuk nak main
excited sungguh dengan ulat nih
baru2 ni, memang hussein agak teruja dengan ulat lamaze nih. now, memang cket2 je nak meniarap. sampai ada sekali tu, die meniarap dalam tido! pandai ngigau rupenyer dak kecik nih

Thursday, September 20, 2012

Hussein meniarap ke menjalar ni??

Assalam semua!

semalam my SIL tweet ini pada i

"Hussein saw my phone,went after it and got it"
i macam whattt?? Hussein dah pandai nak tengok phone? plus, went after it? before ni adalah hussein dok praktis meniarap tapi tak pro lagik. kadang2 tak jadi, die marah mintak orang tolong.ada sekali tu, dah meniarap, dia roll over balik. so, i thought dia roll over tu, eksiden la. bukan sengaja buat. then my hubby posted gambar ni pagi tadi..

tummy time sendiri

and the caption is

"#hussein_almahdaly dh pandai menjalar. Asal2 baring atas kain batik. Dh smpi cmtu dia gerak kejar remote"
again,hah??dah pandai rupenyer dak tecik nih. oh my, now im super excited. tiba2 rasa nak pergi rumah MIL sekarang jugak! rasa rugi tak dapat tengok depan mata.haihhhhh. Hussein, Mak missed u! so, rasanya perlu tak carik bedrail? berguna untuk baby? sebab kat rumah i dah ada cot. kat umah MIL, dah ade playpen tapi letak kat bawah. hurmmm..

kalo dulu2, die asyik2 mengempeng ngan i kan. now, i yang sibuk2 dok ngempeng ngan Hussein.hahahaha! rindu tau! jumpa malam je.Hussein keluar rumah kul 6.30am,pastu balik umah kul 8pm lebey2. i borak2 jap je ngan dia then dah kena tidurkan sebab if not nanti dia tak cukup tido plak.huhuhu. perangai Hussein yang kepochi tu makin terserlah sekarang nih. kalo tengah menyusu sekalipon, dengar orang lain tengah berborak, konpem die toleh nak tengok pe orang tu tengah borak. bley plak camtu kan? aduyaiiiiii

Monday, September 17, 2012

Berjalan2 cari pasal

Assalam,

Quick update.today hussein dah 4months 4days



Yes,gambo tido lagi.haha.now,pantang wiken je konpem hussein berjalan.sabtu,pergi open house sedara kt shah alam


Penat berjalan sampai tertido.hahaha.after openhouse,pergi OU cari playpen untuk letak umah MIL.letak kat kitchen,senang cket MIL nak jenguk2 hussein.konon nak cari yang murah2 je.mydear punya yg rm199 tapi tengok yang murah2 nampak macam tak kukuh je.pastu color plak macam beli kat uptown.padahal takde.la murah mana.dalam 200-300 jugak harga die. Brand bumble bee n sweet cherry pon sama,tak cantik. Then ternampak yang ini


Yeah,dah siap pasang n now hussein tengah lepak dalam tu. Halford plinge playard kalo tak silap.lightweight aluminium.berat dalam 9kg.sangat senang nak pasang n dapat free latex matress.ada sekali ngan basinet.rezeki hussein.alhamdulillah..

Then semalam plak g wedding member kat bandar manjalara.




Mula2 letak dalam stroller.sudah makan je,die takmo duduk dalam tu dah sebab tak nampak orang.almaklum la,hussein ni kepochi.hehe.amek gambo pengantin dari jauh je.bergambar kt pelamin,de jat camera member.hehehe

Arini je takde jalan mana2.arini nak balik umah.kesian rumah tu,agaknyer kalo rumah tu bley bercakap,dah merajuk dah agaknyer die.asyik kene tinggal jeeeee

posted from Bloggeroid

Thursday, September 13, 2012

eczema alahai....


assalam semua,

makin lama makin terabai blog nih. kesiannnnnn. kali ni nak cerita pasl skin problem. sejak pas raya aritu, kulit hussein jadi merah2 kat pelipat. agaknyer panas sangat raya pertama tu kot. plus, i bagi die tido atas karpet tapi beralas kain nipis.agaknyer kulit die tak tahan kot. dah nampak macam tu, i pon laju la sapu hcort.memang wonderful! teus ilang merah2 tu.tapi kejap je. bila panas,merah2 tu datang balik.siap dengan rashes sekali.then kulit pon cam dry. kesian hussein.my SIL belikan mandian eubos untuk hussein try.mandian ni oil based.

alhamdulillah, pas pakai eubos ni, kulit kering tu makin hilang.tapi, merah2 sume still ade. pergi checkup aritu, doc cakap eczema.ye la, doc kan. ruam susu pon die cakap eczema jugak. kepala hussein pon ada cradle cap jugak tau. agak teruk jugak la.seb baik bahagian depan je, tak melarat keseluruh kepala.tapi i tak tunjuk kepala tu. i just tunjuk doc yg kat pelipat sume merah2.i cakap doc, i sapu hcort yg die bg tu tp cm berkesan kejap je. die kate hcort tak cukup kuat n die bagi cream lain. lupe plak nama cream tu. balik i pon dok rajin la sapu cream baru tu until one day SIL cakap hcort is steroid based.whattt! then i checked new cream. memang ada steroid okeh.terang2 tulis paraben based.sedihhhhh. masa tu i bru seminggu join group kat facebook called Natural Healing For Asthma, Allergies n Eczema Babies.ni closed group for mummies yang de anak eczema. baru tau steroid ni not good, menipiskan kulit baby. and tak heal abes pon. heal kejap n akan jadi balik.

i pon amek tindakan drastik stop gune cream tu. i beli irritable skin balm(isb) and soothing cream(msm) brand moogoo. natural products. mahal doo krim2 nih. both cream cost me rm108 tau. tu pon value pack. tapi, nak anak baik punya pasal, so tak kisah sangat. tiba2 rasa marah kat diri sendiri sebab tak find out dari awal.huhuhu :( timbul masalah baru plak. mana2 spot yang dah pernah sapu steroid tu, bila sapu isb and msm, naik rashes plak.merah2 lagi.dah panic mode dah time tu. macam nak revert tu steroid balik je. tapi, member2 kat fb tu banyak bagi nasihat n panduan.yang peliknya, spot tak pernah sapu steroid, ok je.takde rashes pon. so, i assume naik rashes lagi banyak sebab reaction to steroid tu. i nak biar seminggu, nak tengok hasil. skang baru2-3 ari guna cream moogoo tu. pejam mata jer la tengok rashes tu. malam2, tersedar dari tido je sapu cream tu banyak2. bagusnya natural products, bley sapu tak kira bape kali pon. harap2 dalam seminggu ni, kulit hussein makin ok la. nanti i snap pic kulit dia. cradle cap dia plak, i kene rajin sapu buds oil tu. before ni i macam skip2 sapu so hasilnya tak nampak sangat.sejak i dok lumur kepala die ngan buds oil, kurang dah flakies kat kepala dia.


dua hari lepas jab

oh ya, pic atas tu kaki hussein lepas dua hari kene jab.salah i lagi sebab lepas jab tu, i tak etrus tuam macam biasa. so, spot tu keras.now still de sikit lagi spot tu.kene rajin tuam lagi. take note on that. huhuhu. kesian hussein, mak die ni leka sangat.. :'(



posted from Bloggeroid

Friday, September 7, 2012

jamua raya UPM 2012

assalam semua,

semalam ada jamuan raya kat UPM.dorang buat kat depan bangunan admin, so dekat la i nak g.layankan je la gambar ek. snap pakai phone jer ni. tak banyak pon sebab sibuk nak amek makanan.hikhikhik

ada cabutan bertuah.number i 1448.tapi kurang bertuah sebab tak dapat pape

berani tak anda semua makan koci nih?

my ptj's gerai.menang gerai tercantik, tapi num 4 la.kira ok la kan, dapat jugak menang.hehehe

on of the gerai.bawak basikal tuuuuuu gerai ni menang tempat pertama, kalo tak silap

unik kan? cantek plak tu.yang nih, menang tempat ketiga or kedua. tak ingat sangat

ada satu gerai tu siap bawak vespa. tapi tak menang. entah kenapa ntah. agaknyer takde unsur-unsur recycle kot. kali nih, food banyak la. dapat makan macam2. tapi ramai jugak yang sakit perut sebab makan macam2 kan. terus perut jadi terkejut. hihihihi.okeh, tengahari ni ada openhouse umah bos plak. baru plan nak tido. erm, makan cepat2 then balik la.hikhikhik :p

posted from Bloggeroid

Thursday, September 6, 2012

cacamarba

Assalam semua,

agak lama menyepi. gara2 takleh nak login ke app bloggeroid kat handphone. weekend lepas, cuti 3 ari pon penuh. takde lappy plak tu. then, hubby masuk hospital. ni baru de masa, tu pon de keje nak kene buat kene anta esok. tengah cari mood nih

sape2 yang nak blog gune apps kt smartphone, i suggest bloggeroid. sebab i dah guna a few macam blogaway and blogger aps sendiri. blogaway tu post gambar tak ikut turutan. means kalo, type 1 paragraph, then nak letak gambar, then another paragraph, tak boleh. die akan abeskan sume entry then gambar. blogger apps pon sama. and die simpan draft kat phone sahaja. unlike bloggeroid, bley post entry as draft.maksudnya post tu disimpan as draft kt blog. senang if nak attach pape gambar dari phone. takyah nak transfer2gune bluetooth ke, cable ke.hehehe

sabtu lepas Hussein g checkup 3 bulan. terlambat cket sebab raya. jab 3 serangkai and 2nd dos rota. kali ni, agak banyak darah sebab die keraskan kaki die and rasanya jarum tu terscratch kat peha. pastu i tak tuam plak lepas tu sebab terus g openhouse. bengkak tempat cucuk tu siap keras lagi. sampai arini keras cket. cian dia. dia tak demam, tapi asyik nak berkepit je..berat latest 5.9kg. agak frust sebab tak sampai 6kg pon. tapi, doc said ok. kalo tengok badan dia, ingat dah 6kg++ dah sebab macam tegap gitu. agaknyer die nak ringankan badan kot sebab now dah boleh meniarap sendiri.siap semalam die roll over balik. hohohoho

beraya tapi casual


Monday, September 3, 2012

Testing 2nd time

Assalam,

Kene test post pic plak.sebab i dah type berjela,tibe2 hang.kalo yang ni pon hang,i cari apps lain.huhuhu

Pic masa g checkup sabtu lepas


My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers