my Friends

click2 laaaa

Thursday, January 31, 2013

hussein's first time in pool





assalam,

weekend lepas ke jb melawat sedara sana. dengan mak mertua and SIL. kat sana sempat la hussein masuk pool. teruja sangat dia tau! 

tapi, no pic sangat sebabnya mak abah dia dua2 pon masuk pool. so, sape plak nak tolong amek gambo kan? ni yang hado pon i cilok from SIL's helper.

before nak masuk, hussein macam takut2. dah cecah dalam air, suka amat! automatik je die gerak2 kaki dia cam swim. hahaha!! muka die excited tapi macam sejuk. air sejuk even kitorang turun pool kul 11am. sebab pool tu kat tingkat 9, so agak windy la. and matahari pon macam malu-malu je nak menunjukkan diri.

sorry, ada love love plak. i tak pakai tudung time tu. ya, my bad. nak kutuk, kutuk la. masa ni hussein baru rendam kaki. nak bagi die biasa dengan suhu air tu. tengok muke die, cam ngantuk je. macma blur pon hado. baju swimsuit tu besar cket tapi takpe la, bley pakai lama. pakai swimsuit, still pakai diaper swim tu tau. if not kang, poo poo berenang sekali plak dalam pool tu.

banyak i peluk je kepala dia.kira dagu dia atas bahu i la. kaki je i biar lepas. biar die share haba from my body. pastu main gerak2 kejar abah dia. memang kaki tak dok diam langsung. terketik ketik. hikhikhik


haaa, ni dah naik dah. tak lama pon dalam 10-15 min je. sebab sejuk sangat. i plan nak beli neck float tu and bawak die turun pool depan umah. tapi, turun sekejap tu pon hussein sempat sunburn okeh. hussein ni, sensitif btol. now i kene cari sunblock yang baby boleh pakai. i dah jumpa aritu, mahal gila. dekat rm100 kot. huhuhuhu. camno nih?? pastu i rasa nak carikan bathrobe untuk dia. abeskan duit lagi.lalalala

pas naik hotel, terus mandikan bawah shower. air panas la. dah nak masuk 9bulan pon, memang hussein mandi air panas lagi. hohoho. boleh tak hussein tertidur bawah shower?? husband cakap die adjust2 kepala dia bagi sandar elok2, then diam. tengok2, pejam! i ingatkan pengsan. dengar2, siap ada bunyik lagik! penat sangat la tu. hahahaha!!

keluar shower, pakaikan baju, mengamuk sebab tersedar dari tidur. susukan, kejap je die dah tido balik. tengokla, i balut die kaw2. time ni aircond pon i bukak 25c je. lama jugak la die tido kepenatan.hehehe






Wednesday, January 23, 2013

akibat terlebih excited

Salam..

terlebih excited pi beli baju for hussein. dah lama nak belikan overall sebenarnya. kebetulan poney tengah buat sale, pergi la terjah. inilah hasilnyaa

konon nak pakaikan Hussein time pi jalan jalan nanti. tapi bila i check wash care die, rupenyer kene DRY CLEAN! huhuhuhu. sadisss. maka tak dapek la nak bagi Hussein pakai weekend nih. hukhukhuk.. :(

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 22, 2013

8 bulan dah

assalam kawan2,

isnin minggu lepas Hussein pergi routine checkup. and ambil 2nd jab pneumococcal. ntah btol ke tak i eja tu tak sure la. alhamdulillah, hussein ok. tak demam after jab tu. usually after jab, temp die naik gak cket hampir2 mau demam. see muka happy tunggu turn nak jumpa doc..


tersengih happy! kene jab, nanges cket. i peluk dia, terus berhenti nangis. doctor pon tegur, aik nangis kejap je? hehehe. tapii, hussein bagi jelingan maut kat doctor tu.hahahaha!! kelakar sangat muka die time tu. kalo la i dapat snap pic die time tu.muke tunduk sikit, pastu tenung jeling-jeling kat doctor. padahal doctor tu baik gila kot alahai anakku. hikhikhik


tengok2! anakku berangan nak bawak kereta plak dah! ni hanya untuk pose sahaja ye. time tengah drive, memang hussein dalam carseat. ko nangis ke, melalak ke, memang dok je la dalam tu. tapi kadang2 i keluarkan jugak sebab dah time minum susu kan. takkan la nak biar die kebulur plak..

at the age of 8months skang ni, ada je suprise from hussein everyday. now die dah boleh merangkak dengan betul, dah boleh duduk sendiri, dan sibuk memanjat. dah memanjat tu, tangan sebelah nak meraba barang-barang suma. aduyaiii, risau je i tengok takut berdebuk jatuh

pastu malam2 skang tido berkepit dengan i sebab uzur cket. tak boleh nak angkat letak hussein dalam crib banyak2 kali. so, kalo nak susu mula la die panjat badan i, tampar-tampar muka suruh bangun. yes! tampar okeh, bukan tepuk. pastu picit picit tangan. dah sudah susu, bukan nak tido terus. mamai-mamai tu die merangkak. macam pagi tadi, dari elok2 baring tepi i, pas susu. die panjat2 badan i, pastu tengok2 dah dekat kaki i dah! aduyaiii pitam mak nak!

bab makan plak, amat la suka nasi with carrot. tapi i selang seli gak dengan oat and puree buah and sayur lain. nak ajar makan finger food roti tu, tapi takut tercekik plak. camne nak introduce ek finger food tu? susu plak, alhamdulillah masih full breastfeed lagi. cuma die prefer direct feed.so time i keje, memang sikit sangat die minum susu. sebab tu jugak la berat tak naik2, dok tang 7kg tu je la. tak kisah la nak, asalkan kamu sihat walafiat.
 
now dah ada 3 batang gigi.bawah dua, atas satu.. memang kalo time die tengah geram ngan i or nak ngusik i, memangs edap la die geget mak dia nih. he thinks its funny tau dengar i jerit awww.huhuhuhu. sadis sungguh. bila rasa agak2 nak kene geget, i picit je idung die cepat2 suh lepaskan.hikhikhik..
ok la, till enxt entry..tata

posted from Bloggeroid

Sunday, January 13, 2013

Pukul 4 pagi

Assalam guys,

This is hussein pukul empat pagi tadi



Now,suke betol tido tertiarap. Yesterday,hussein dah 8months. Makin kurus anak bujangku sorang ni.makan banyak,susu takmo. Nak susu if direct feed ja.alahaii

Hobi baru plak suke betol memanjat.sume benda nak panjat,nak berdiri. Berangan betol la dak tecik sorang ni.duduk sendiri pon tak reti,nak skip terus berdiri kot.ngeeee

posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers