my Friends

click2 laaaa

Tuesday, November 26, 2013

Tersepit ke si Hussein ni?

Assalam semua!

Sihat? Harap2 sihat la hendaknya. Ada a few anak gojez yang tengah tak sihat kan? Didoakan semoga anak kalian cepat sembuh. Aminnnn

Last weekend,ari sabtu I pergi baby fair Kat midvalley tu. I sampai sana around 9.40am camtu. Pintu blom bukak lagi. First time sampai mid awal gila. Hehehe


Ramai kann? I pergi foodcourt dlu bekpes. Mahal siot! Nasi lemak die rm2.60! Kecik je pastu x rasa lemak pon. I buat sendiri lagi sedap kowt. Hehe,terpuji diri sendiri plak. Padahal baru masak nasi lemak sekali je. Ngeeee.

Dalam kul 10 lebih lebih sket,I masuk. I tak breathe pon nak amek goodies bag sbb panjang tol queue nyer. So,trus masuk tengok apa yang dicari. Mula nak amek mamipoko,tapi mcm x bape murah je sebab pek kecik. Rm50 for two pack. Satu pack ada 40pcs je. So,pegi drypers. Murah cket je dari harga sale biase. I amek 1 nb, 1 saiz s, 1 saiz m and 1 saiz l. Hahaha. Total is rm107. Kalo x silap.

Pastu melilau cari carseat. Carseat skang pinjam anak buah punye. Dah tibe masa nak kene pulangkan dah. Pergi tgk yg ni


Bile cakap2 dgn SA die,rasa x menarik kalbu pulak. Tak reti btol nak explain kat customer. I Tanya die boleh recline tak kalo forward facing. Dia jawab, kalo seat kete boleh recline,boleh la. Hah???? Bangang! Jawapan tu,I pon tau. I Tanya pasal carseat,bukan pasal kete. Terus blah.
Jumpa tempat len pulak, same brand tapi model lain. Lagi canggih! Boleh pusing 360! Fuyyo! Tapi SA die lagi hampeh. Cakap macam orang malas nak cakap. Tak membantu langsung. Last2 jumpa dengan booth kiddy. Dah dengar explaination,ok menarik ati. Memenuhi criteria. Harga je tak bape nak menarik. Huhuhu. Criteria yang dicari,boleh pakai lama, boleh recline bila fwd facing and of course la affordable.
Berjalan2 ke semua hall. Last2, patah balik to kiddy. Ambek warna merah. Tengokla masa Hussein test Kat umah,


Suke btol dia! Sukarela pergi duduk dalam carseat. Lain cket sebab die xde base. Ringan and senang nak alih. Bukan 5 point harness sbb even 5 point pon x guna. Hussein boleh slumber je lepaskan tangan dia. Boleh pakai sampai umur 7 years kalo x silap.


Setakat ni memang Hussein tak dapat lagi nak lepaskan diri. And dia lagi suma sebab macam ada table kecik depan dia. Hahahaha. Harga, dalam rm1k. Memang agak pricey, tapi dah berkenan dengan features dia. Hehe. Alhamdulillah,ada rezeki Hussein. Syukur!

Ok la,tu je Cerita pasal baby fair and carseat. Tata

posted from Bloggeroid

Monday, November 18, 2013

Melting oi!

Assalam,
Arini asek la dok tengok wallpaper. Sebab baru tukar gambo baru.


Comel tak? To me,comel gile joey. Melting! Comeinye gigi dia! Hahahaha,mereng sekejap.

Budak comei ni dah pandai sebut golll! Tapi,kitorang tak tengok bola pon Kat umah. Bapa sedara la,bila baca suratkhabar,tunjuk bahagian sports,ckp gol. Tu yang laju je die ikut tu. Pastu selalu dah sebut there. Tanya je,mana? There! Abah memang lancar. Mak jugak yang takmo disebutnye. Kalo Hussein baca blog ni bile Hussein dah besar, ni mak nak bagitau. Tau x mahalnye awal nak sebut mak?

Susu skang memang direct je. Jangankan tunjuk botol susu,I tunjuk gambar botol susu je,dah geleng kepala refuse. Camne ek? Adoi,risau gak nih pikir nih. Hurmm..bab makan,ok la. Nak pump susu pon jadi agak malas sbb tau die x nak minum. Pump sbb nak bagi ada susu je nih. Haishh

Weekend aritu,pergi German deli imbiss. Banyak weyh Hussein makan. Jangan memain,Hussein makan chicken loaf sedappp


Ni masa food blom sampai. Pas dah makan,bawak die main kat mcd sebelah tu. Mengekek die gelak. Suke la tuh. Dahle mak die ni tempted nak blikan slide tu. Ku tahan2 je nih. Hurmmm

Ok la,tata

posted from Bloggeroid

Thursday, November 14, 2013

Hussein not well

Assalam,

Memang rumah sini dah di anaktirikan dah. busy memanjang. pastu lappy plak buat hal kna. bila la nak merasa tab surface nih..hurmmm, berangan je laaaa.

Anyway, Hussein sekarang tengah selsema. Takde ar meleleh sangat, more like tersumbat. Susah nak nafas. dok dengar die nafas through mulut je. huhuhuhu. sedey! Rasa macam mau cuti je jaga dia sampai sihat. Tapi, cuti pon tinggal suam2 kuku. Ditambah pulak kerja tengah bertimbun kalah bukit broga tuh, maka tak dapek la den cuti. Maafla if rasa i mcam hover, anak sakit sikit sibuk nak cuti. Ini budak jarang skait, so bila dia sakit memang lain macam cket la mak dia nih. huhuhuhu

Dah check with doctor, doctor said lungs clear. so, cume idung tersumbat la nih. cuma la sangat kan. Makan pon kurang, minum air pon kurang, susu pon kurang sebab susah nak nafas kann. I ada terbaca syima syaz pernah try garlic sock. Dalam tak sempat tu, sempat jugak I google ape benda garlic sock nih. pas baca, trus macam ooooooo. okeh, easy peasy. trus try buat. dah 2 malam buat.

I just crush je 4 clove of garlic, rendam dalam olive oil. tak payah banyak sangat oil tu, cukup utk garlic tenggelam. then tutup bekas tu. i biar je dalam a few hours camtu. then, oil tu sapu kat kaki Hussein and bagi dia pakai sock. I sapu bila Hussein dah tido. Kalau nak sapu before that, confirm tergolek kang budak ni sebab licin kan. Ok, first night je i sapu. 2nd night, abah die sapu sebab mak die dah tertido, tak boleh bukak mata. thank you abah! hehehe



Dalam tak sihat, sempat lagi buat muke kelakar depan camera. hikhikhik.
After buat garlic sock tu, malam2 i perasan la macam kurang cket nafas dia bunyi. makan pon banyak cket, minum pon banyak cket from the day before. sambil2 tu, i spray sterimar jugak kat hidung Hussein..



tayang gigi depan je ek? hahahaha!
cuma yg i konpius skang ni, berapa lama olive oil tu boleh simpan? kene simpan dalam fridge ke, kene simpan suhu bilik je? hurmm. takde plak orang mention sebelum ni. yg i buat, olive oil tu mmg dari first night tu la i simpan suhu bilik. betul ke macam tu cara dia ek? hurmmm



Tetiba ada gambo kasut plak nih, ape hal??? hahahah! cuci mata katenye. redakan ati yang tak tenteram. hensem tak kasut nih? aritu takde plak nampak kat shop dia. hurmmmm. hensemnye, cair weyh! hurmmmm..hurmmm... hehehehe

p/s: mohon la korang doakan Hussein cepat sembuh ya. Aminnnnnn
posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers