my Friends

click2 laaaa

Sunday, December 22, 2013

First two weeks in December 2013

Assalam,

Lama tak menjemah kat sini. Ok, dua minggu punya cerita.

Last two weeks,Hussein teman mak abahnya pergi big bad wolf. Pagi2 before kul 8,dah sampai kt miecc,tepi mines tu. Boleh jadi gila dalam tu weyh. Rasa suma nak beli. Huhuhu. Pastu kan,yang geramnya,buku2 yg de music tu kat luar. Dah beli macam2 kat dalam tu, kat luar tahan nafsu je la. Tu pon sempat jugak capai dua buku Hussein. Nyesal cket la. Nak amek banyak2, bajet x cukup. Hukhukhuk..ni lah hasilnya



Pastu esoknya kami bertiga pergi kenduri plak. Kenduri kawan dapat time muda2 dulu. Hahaha. Tapi, tak dapat nak amek gambar sangat. Makan pon xleh nak enjoy sebab Mr little boss cranky. Huhuhu. Sadis je. Dapat snap pengantin dari jauh je..alaa,gambonyer kat camera hubby. Hurmmm, nanti la transfer..

Weekend sudah plak, I balik kampung. Yahoo! Lama tak balik bermanja2 dengan mak abah. Ngeeee. Balik until wedding member skolah. Tapi dapat dok Jap je jugak sebab budak tecik cranky. Rasanya kan I tau la nape die cranky Kat dua2 wedding. Mesti sebab kurang pengudaraan..huhuhu. sebab bila masuk kete je,terus lena sedap elok Ja..sebab masa kitorang p wedding tu, matahari tengah tegak atas kepala. Balik wedding,g jenjalan feringghi. First time Hussein touch air laut. Nanges! Hahaha!




Punya la bising mintak Abah dia dukung balik. Ngeee. Balik dari feringghi,naik feri. First time jugak Hussein naik ferry. Tapi! Dia tido dengan sedapnya! Aih,xpa la. Maybe next time bley bawak dia jenjalan atas ferry tu. Short weekend but happy gila. Dapat makan pulut durian Abah masak. Nyum nyum!

Bila la nak balik lagi? Hurmmm

posted from Bloggeroid

Friday, December 20, 2013

Takde keje lain! Hahaha



Rindu sangat ini budak kecik. Pagi ni die bangun nak Susu. Siap hulurkan baju sebab I baru sudah mandi. Nasib bangun awal,boleh la susukan dulu sampai dia tertidur balik. Hehehhe

posted from Bloggeroid

Thursday, December 12, 2013

Batman niiiiiii!

Morning all,

At the age of setahun 7 bulan,Hussein berjaya jugak buat benda alah ni..



Nampak apa yang lain? Huwaaaaa! Hussein patahkan spek mak! Sedih tau. Now pakai spek ala2 Harry potter dah. Xleh jadi ni,kne de contact lens jugak untuk standby.

Semalam lights dah off. I nampak die tengah pegang something. I thought batman dia. Rupeny spek Ku yang dah patah dua! Adoi,sabar sungguh ati ni nak oi! Rasa nak cubit2 je. Terus I tido buat tak tau. Hussein ajak main pon I buat tak lay an. Last2 die tertido sendiri.

Huwaaa,Hussein,bila Hussein pandai Baca ni, sila la ganti balik spek mak nih tau. Hahaha! Dahle semalam Awak dapat batman and superman. Lagi nak men spek mak...

Ok la, time for work. Tata

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 26, 2013

Tersepit ke si Hussein ni?

Assalam semua!

Sihat? Harap2 sihat la hendaknya. Ada a few anak gojez yang tengah tak sihat kan? Didoakan semoga anak kalian cepat sembuh. Aminnnn

Last weekend,ari sabtu I pergi baby fair Kat midvalley tu. I sampai sana around 9.40am camtu. Pintu blom bukak lagi. First time sampai mid awal gila. Hehehe


Ramai kann? I pergi foodcourt dlu bekpes. Mahal siot! Nasi lemak die rm2.60! Kecik je pastu x rasa lemak pon. I buat sendiri lagi sedap kowt. Hehe,terpuji diri sendiri plak. Padahal baru masak nasi lemak sekali je. Ngeeee.

Dalam kul 10 lebih lebih sket,I masuk. I tak breathe pon nak amek goodies bag sbb panjang tol queue nyer. So,trus masuk tengok apa yang dicari. Mula nak amek mamipoko,tapi mcm x bape murah je sebab pek kecik. Rm50 for two pack. Satu pack ada 40pcs je. So,pegi drypers. Murah cket je dari harga sale biase. I amek 1 nb, 1 saiz s, 1 saiz m and 1 saiz l. Hahaha. Total is rm107. Kalo x silap.

Pastu melilau cari carseat. Carseat skang pinjam anak buah punye. Dah tibe masa nak kene pulangkan dah. Pergi tgk yg ni


Bile cakap2 dgn SA die,rasa x menarik kalbu pulak. Tak reti btol nak explain kat customer. I Tanya die boleh recline tak kalo forward facing. Dia jawab, kalo seat kete boleh recline,boleh la. Hah???? Bangang! Jawapan tu,I pon tau. I Tanya pasal carseat,bukan pasal kete. Terus blah.
Jumpa tempat len pulak, same brand tapi model lain. Lagi canggih! Boleh pusing 360! Fuyyo! Tapi SA die lagi hampeh. Cakap macam orang malas nak cakap. Tak membantu langsung. Last2 jumpa dengan booth kiddy. Dah dengar explaination,ok menarik ati. Memenuhi criteria. Harga je tak bape nak menarik. Huhuhu. Criteria yang dicari,boleh pakai lama, boleh recline bila fwd facing and of course la affordable.
Berjalan2 ke semua hall. Last2, patah balik to kiddy. Ambek warna merah. Tengokla masa Hussein test Kat umah,


Suke btol dia! Sukarela pergi duduk dalam carseat. Lain cket sebab die xde base. Ringan and senang nak alih. Bukan 5 point harness sbb even 5 point pon x guna. Hussein boleh slumber je lepaskan tangan dia. Boleh pakai sampai umur 7 years kalo x silap.


Setakat ni memang Hussein tak dapat lagi nak lepaskan diri. And dia lagi suma sebab macam ada table kecik depan dia. Hahahaha. Harga, dalam rm1k. Memang agak pricey, tapi dah berkenan dengan features dia. Hehe. Alhamdulillah,ada rezeki Hussein. Syukur!

Ok la,tu je Cerita pasal baby fair and carseat. Tata

posted from Bloggeroid

Monday, November 18, 2013

Melting oi!

Assalam,
Arini asek la dok tengok wallpaper. Sebab baru tukar gambo baru.


Comel tak? To me,comel gile joey. Melting! Comeinye gigi dia! Hahahaha,mereng sekejap.

Budak comei ni dah pandai sebut golll! Tapi,kitorang tak tengok bola pon Kat umah. Bapa sedara la,bila baca suratkhabar,tunjuk bahagian sports,ckp gol. Tu yang laju je die ikut tu. Pastu selalu dah sebut there. Tanya je,mana? There! Abah memang lancar. Mak jugak yang takmo disebutnye. Kalo Hussein baca blog ni bile Hussein dah besar, ni mak nak bagitau. Tau x mahalnye awal nak sebut mak?

Susu skang memang direct je. Jangankan tunjuk botol susu,I tunjuk gambar botol susu je,dah geleng kepala refuse. Camne ek? Adoi,risau gak nih pikir nih. Hurmm..bab makan,ok la. Nak pump susu pon jadi agak malas sbb tau die x nak minum. Pump sbb nak bagi ada susu je nih. Haishh

Weekend aritu,pergi German deli imbiss. Banyak weyh Hussein makan. Jangan memain,Hussein makan chicken loaf sedappp


Ni masa food blom sampai. Pas dah makan,bawak die main kat mcd sebelah tu. Mengekek die gelak. Suke la tuh. Dahle mak die ni tempted nak blikan slide tu. Ku tahan2 je nih. Hurmmm

Ok la,tata

posted from Bloggeroid

Thursday, November 14, 2013

Hussein not well

Assalam,

Memang rumah sini dah di anaktirikan dah. busy memanjang. pastu lappy plak buat hal kna. bila la nak merasa tab surface nih..hurmmm, berangan je laaaa.

Anyway, Hussein sekarang tengah selsema. Takde ar meleleh sangat, more like tersumbat. Susah nak nafas. dok dengar die nafas through mulut je. huhuhuhu. sedey! Rasa macam mau cuti je jaga dia sampai sihat. Tapi, cuti pon tinggal suam2 kuku. Ditambah pulak kerja tengah bertimbun kalah bukit broga tuh, maka tak dapek la den cuti. Maafla if rasa i mcam hover, anak sakit sikit sibuk nak cuti. Ini budak jarang skait, so bila dia sakit memang lain macam cket la mak dia nih. huhuhuhu

Dah check with doctor, doctor said lungs clear. so, cume idung tersumbat la nih. cuma la sangat kan. Makan pon kurang, minum air pon kurang, susu pon kurang sebab susah nak nafas kann. I ada terbaca syima syaz pernah try garlic sock. Dalam tak sempat tu, sempat jugak I google ape benda garlic sock nih. pas baca, trus macam ooooooo. okeh, easy peasy. trus try buat. dah 2 malam buat.

I just crush je 4 clove of garlic, rendam dalam olive oil. tak payah banyak sangat oil tu, cukup utk garlic tenggelam. then tutup bekas tu. i biar je dalam a few hours camtu. then, oil tu sapu kat kaki Hussein and bagi dia pakai sock. I sapu bila Hussein dah tido. Kalau nak sapu before that, confirm tergolek kang budak ni sebab licin kan. Ok, first night je i sapu. 2nd night, abah die sapu sebab mak die dah tertido, tak boleh bukak mata. thank you abah! hehehe



Dalam tak sihat, sempat lagi buat muke kelakar depan camera. hikhikhik.
After buat garlic sock tu, malam2 i perasan la macam kurang cket nafas dia bunyi. makan pon banyak cket, minum pon banyak cket from the day before. sambil2 tu, i spray sterimar jugak kat hidung Hussein..



tayang gigi depan je ek? hahahaha!
cuma yg i konpius skang ni, berapa lama olive oil tu boleh simpan? kene simpan dalam fridge ke, kene simpan suhu bilik je? hurmm. takde plak orang mention sebelum ni. yg i buat, olive oil tu mmg dari first night tu la i simpan suhu bilik. betul ke macam tu cara dia ek? hurmmm



Tetiba ada gambo kasut plak nih, ape hal??? hahahah! cuci mata katenye. redakan ati yang tak tenteram. hensem tak kasut nih? aritu takde plak nampak kat shop dia. hurmmmm. hensemnye, cair weyh! hurmmmm..hurmmm... hehehehe

p/s: mohon la korang doakan Hussein cepat sembuh ya. Aminnnnnn
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 30, 2013

Takziah untuk mak etty

Assalam,

Sampai opis awal plak. Bangun pagi ni,check fb. Pastu terbaca rumah etty kene pecah masuk! Allahuakbar! Syukur Alhamdulillah etty sefamili takde pape.

Pelik barang2 yang dorang amek. Stroller? Carseat? Selama ni I ingat pencuri cari gadget je sebab senang nak jual. Ni barang baby pon dorang sebat?

Kos hidup makin tinggi. Tak tau la pencuri2 ni tersepit ke,atau nak hidup dengan cara yang mudah. Tapi,kalo unit die panjang,sok2 bila dah tua,dah taubat,agak2nye camne die nak mintak maaf dengan orang2 yang rumahnye die pernah pecah masuk? Dosa dengan manusia,kene mintak maaf dengan tuan punya badan kan?

To etty,bertabah la. InsyaAllah,Allah alam bagi rezeki yang lebih pada you dengan cara yang kira tak pernah terpikir pun. Sabar banyak2 ya etty

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 29, 2013

Pagi yang kurengg

Assalam,

Arini keluar awal tapi sangkut pula sebab de accident. Time2 hujan camni,memang banyak je accident. Apsal eh? Either pengguna jalan raya terlalu berhati hati atau memang drive sesuka ati.ish!

Pastu kan,kete yang eksiden tu boleh jalan. Cuma kete polos iring la sebab takleh laju kan. Ngokk betol meters pengiring tu. Bawak 40kmj,tapi dok lane tengah! Saje je bagi kete bersusun kat belakang. Tak senonoh botol! Geramnyer! Nasib baik sampai opis on time. Ingatkan kuar awal cket,nak p isi minyak. Tak sempat jugak nak pi isi. Meter kete tu takleh pakai sangat. Sukati dia je. Hurmmm..


Tengok gambo shirou,bagi tenang ati. Hehehe

posted from Bloggeroid

Monday, October 28, 2013

Pukul 7am

Assalam,
Semalam Hussein pegi besday party cousin die. Comel je deconye tapi I xde snap gambo plak sebab dok kejar so tecik ni. Pantang tinggal,de je la. Pulak tu yang datang,mostly dah besar cket dari die. Die nak join main,tapi orang asek terlanggar die. Mule la nak buat muke tak puas ati tu. Hahahaha

Yang I de gambo pon bile Hussein masuk bawah meja. Nape ntah. Suke btol! Sebab tengok barney banyak sangat ke? Imagination tinggi bebeno! :P


Dua tiga kali jugak la die masuk bawah meja ni. Pastu capai pinggan plak buat main. Adoi,pitam mak die nih! Pecah pinggan orang,jenuh nanti mak kene ganti tau! Huhuhu

Balik dari party,tido umah Siti die. Bising taknak tido. Punya la susah nak ajak tido. Padahal time tu gelak pon macam x gelak je. Abah die yang ketiduran dulu. Cis! Tido lambat,Mesti ar bangun lambat kan..


Rupenye takk! Pukul 7 dah celik mata sengih2. Arghhh! Tergoda I tau!terus snap gambo


Tengok ar,malu la konon orang amek gambo. Padahal dalam ati suke kan? Kan? Ngeeee


Sengih bukan main ye! Geget kang baru tau! Oh,rindu sudah ini budak. Haihhh

Tadi tengok kat group,ashraff sanding dengan sakinah. Remuk redam baca. Kesian dayana. Tak reti langsung jaga ati bini 1st tu. Tak suke! Tak suke!
posted from Bloggeroid

Friday, October 25, 2013

Jalan2 umah orang eh blog orang

Assalam,
Dah lama I tak blogwalking. Arini,tibe2 menyempatkan diri be. Best weyh! Sejak kt opis baru ni,memang time kat opis,khusyuk je ngadap keje. Tapi arini atas sebab2 tertentu,kurang khusyuk. Maka p la bw umah kengkawan. Padahal umah sendiri ni dah bersawang bagai. Ngeeeeee

Pastu kan kalo kat umah,nak bw Kat tepon,susah nau. Nak on lappy. Lappy zaman tok kadok tu,after on,setengah jam pastu baru boleh bukak browser. Punya la lama tunggu die update la,tgh running la. Pe yang tengah running,entahla. Then,adaptor plak buat Hal. Takmo charging. Kejap charge,kejap x. Sedey tau! Huhuhu. Ni yang nak nyanyi bila aku kaya,hari hari hari raya! Bley bli lappy baru. Haih,kene berangan dulu ni.

Satu sebab lagi jarang dah kt blog sebab dok gila balik main game kat fb tu. Pet saga la,candy crush la, farm heroes la,papa pear la. Pe lagi ntah,sampai tak ingat. Haihhh. Teringat zaman memuda dulu. Hihihi..


Ehhhhh,nak jugak tu tempek gambo Hussein. Boleh tak ini budak buat henbeg mak dia macam beanbag? I tau la bunyik henbeg ngan beanbag tu agak2 nak sama,tapi x sama kot. Sukati dia je. Hukhukhuk. Sampai ati ko nak. Ganti Kat mak henbeg baru! Tettttt! Taktik di situ :D

posted from Bloggeroid

Thursday, October 10, 2013

Setahun 5 bulan

Assalam,

Sunyi btol belog ku ini ek! Huhuhu. Tengah mengepam,update la cket. Pasal Hussein je pon.hehehe
Dah nak masuk setahun 5bulan dah budak ni. Kejap je rasa. Alaaa, nanti Mesti rindu nak gomol2 budak tecit ni.


Mentayang gigi! Hehehe


Posing nak nyanyi lagu Negaraku eh?


Ehhhhh,nak mam camera pulak?

Sekarang ni dah pandai buat2 muke. Muke marah,muke tak puas ati,sume ade. Tapi bab cakap baru reti abah,out,up, and ayyeee.Bukan air ye, tapi ayyeee. Gemalai jek bunyik. Hahaha

Pastu suke betol senyum sikit2. Bajet senyum ala model ke nak oi? Tido plak nak pakai stokin je,takmo dah pakai selimut. Kalo sedar ade selimut,boleh plak pegi kick2 selimut die sambil bunyi tak puas ati. Adoi!

Hurmmm,ok la. Nak share vid kat sini, tak sure gune bloggerroid ni leh ke tak. Nanti la try ek. Hehe. Tata!


Ops,shirou nak interframe jugekkk!
posted from Bloggeroid

Wednesday, September 25, 2013

Jam 6.30am

Assalam,

Pagi ni Hussein bangun pukul 6.30am! Awalnye dak tecik ni bangun..


Tak perasan lagi tu I amek gambar. Sibuk nak panjat naik katil balik


Ehhh,tak jadi plak ye. Ke tengah adjust position nak panjat?


Ade kilat! Hahahaha,I on flash Kat camera. Baru Hussein perasan yang die dah kantoi! Hahahaha


Dan dan tu la sengih tayang gigi,nak Kate wawa yusuf. Hikhikhik

Ni la hasilnya bila I stress. Tengok gambo dak tecik ni sambil sengih sorang2. Serious,keje agak banyak skang ni. So,memang penat siot. Dengan ramainye orang nak cari pasal. Rasa macam deal ngan budak tadika pon ade jugak. Tapi cuba juga balik on time sebab nak spend quality time ngan budak tecik. So, kene siapkan secepat yang boleh. Ok, nak sambung pam plak. Tata

posted from Bloggeroid

Sunday, September 22, 2013

Bintat sana sini!

Assalam,
Semalam kitorang pegi makan kat secret recipe. First time biar Hussein duduk kat sofa dia. Selalu memang duduk kat high chair je.

Happy la dak tecik ni boleh jalan2 kt sofa. Siap dok baring2 lagi. Then perasan ada bintat kat pipi dia. Ingatkan nyamuk gigit sebab nampak nyamuk dok terbang2. So,letak la mozzie cream dia.

Balik umah, nak tukar baju and diaper, baru perasan kat peha die dah naik hives! Kat bahu pon sama. Pipi pon dah bertambah dah bintat dia. Patut la nampak dia dok tergaru-baru kat bahu tu.



Terus gi bilas badan dia,sabun suma. Then sapu cream isb dia. Pastu sapu scalp cream plak. Bangun pagi2 buta,check lagi tengok de ke tak. Kalo still spreading,memang nak bawak g hospital dah. Alhamdulillah, most of the hives gone. Tinggal kat pipi je sikit pagi ni. Ni dah tengahari,dah ilang dah. Fuh! Lega!

Time perasan ada hives tu,dalam ati dah maki diri sendiri dah sebab cuai. Kesian Hussein,mak dia lalai. Peringatan untuk diri sendiri. Nasib tak serius,syukur Alhamdulillah..

posted from Bloggeroid

Friday, September 20, 2013

Sedeynyaaa!

Assalam,

Arini tak dapat tidak,kene jugak up entry. Sebab kes ni..
http://www.hmetro.com.my/articles/2013092002002120130920020021//Article

Sedih gila weyh! Bayangkan die pergi amek anak dia,ingat anak dia tido. Rupanya dah meninggal! Allahuakbar! Kalo I kat tempat parents tu,xtau nak react macam mana. Gila dah agaknya..

Pusat asuhan tu pon,baby dah muntah darah,boleh pulak tak inform parents. Susah ke nak sms? Kot la dah kedekut nak call kan,sms je la. Sangat tak boleh terima..dah amek jaga anak orang,jaga la bebetol. Dah diamanahkan tu. Bukannya orang tu suruh jaga free. Agak2 tak reti,jangan keje taska or nursery. Aniaya orang sampai macam tu rupa..

Pada parents tu,takziah diucapkan. Moga anda tabah..

Notakaki: berderau darah baca news ni. Bersyukur sangat Mak yang jaga Hussein..

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 18, 2013

Setahun 4 bulan

Assalam,

Sepanjang susukan Hussein,semalam first time tak pump masa time keje. Bad mood gila jadinya. Denyut sakit,suma ada. Drive balik pon rasa nak langgar je org2 yg bawak kete macam bagus tu. Memang emo siot. Entah kenapa.

So,arini back to rutin. Pump jugak even Hussein tak minum. Just to keep me sane..

Hussein dah setahun 4 bulan! Cepat je budak tu besar. Dah ade gigi geraham l,Tapi satu je la. Gigi depan,memang dah penuh 8. Makan,toksah kata. Kalo perut kenyang,konpem good mood. Siap marah lagi if lambat suap.

Dah reti naik tangga sendiri. Turun sendiri. Tapi x bg sorang2 la. Gila ko? Hehehe. Tak suka agak sejuk. Kalo cebok or mandi guna agak sejuk,marah! Siap lari lagi. Aduyaii, bandar sungguh dak tecik ni. Jirus ayak telaga,baru dia tau. Hikhikhik..

Ok la,entah bila next entry. Mood sangat ke laut nak tulis. Ngeee


posted from Bloggeroid

Sunday, September 15, 2013

Monday, September 2, 2013

Hussein layan tetamu!

Bulan baru, azam baru. Ada target nak buat. Entah tercapai entah tidak. Takpe, berangan itu penting kannnn. Hehe

Not feeling well today. Tahan tahan, tak tertahan. Terpaksa telah panadol jugak. Taknak jangkitkan kat Hussein. Ingat2, dah lama jugak tak sakit. Takpa la, boleh cuci dosa kecik kan. Hehehe.


Akhirnya, ada jugak gambo baju raya tahun ni. Hussein rajin layan tetamu datang. Seronok ada teman nak ajak men kot.


Agaknye Kene bawak Hussein pi playdate kot.hehe


Kecik besar,tua muda, sume die layan :)
Selamat ari raya,maaf zahir batin.

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 20, 2013

Monday, August 19, 2013

Go away!



Wish it was sweet, but it's not. Scary weyh! Huhuhu :'(

posted from Bloggeroid

Selamat Hari Raya!

Assalam,

Raya ni takde gambo raya. Tak sempat sebab dok mengejar Hussein. Almaklumla orang baru dapat kaki.



I yg takdok. Huhuhu. Raya Kali ni,merah makngah! Hehehe. First time kot sedondon. Gigih tau nak sedondon. Ngeeee

Slamat Ari Raya, Maaf Zahir Batin

posted from Bloggeroid

Saturday, August 3, 2013

Nak declare, boleh?

Assalam semua,

Salam ramadhan..entry before ni I ade cakap I lost my phone kan. Sayang gila sebab banyak gambar n video kenangan dalam tu. Ralat sangat2..

Tapi! Syukur Alhamdulillah! I dapat balik most if the pics sebab I link kan ke dropbox. Cume video je byk x dpt. Jadi la kan. Dari tak dapat pape langsung. Sadiss woo..

Alhamdulillah jugak I dapat phone baru. Aman belanja. Padahal dekat nak raya ni,lagi nak pakai duit kan. Mesti die tau bini nyer ni tak senang duduk takde phone. Thank you sesangat yang! Now, trauma tu still ade. Still rasa suspicious gila bila nak kuar rumah. Rasa geram gila tengok orang bawak motor honda ex5, rasa nak langgar je. Huhuhu

Syukur jugak kejadian tu berlaku lepas we all dah shopping raya. Dah beli baju hussein,baju I, baju aman. Kalo tak,pening jugak nak pikir kan. Almaklum la kot mana pon mesti nak jugak baju baru untuk raya untuk anak. Mak bapak ni takpe,tak kisah sangat pon.

Dah nak dekat raya ni, benda lain pulak yang I dok pikir. Rasanya I kene declare awal2 kot. Pasal apa? Pasal benda bawah ni

R O K O K

Ya, rokok. Sesiapa yang agak2 nak merokok,sila jauhkan diri dari Hussein ya. Atau pon jangan sentap bila tiba2 I bawak Hussein men jauh2. I takmo Hussein jadi 2nd smoker. After merokok,sila la basuh tangan dulu sebelum nak pegang pipi Hussein ya. If malas sangat, nanti I bawak hand sanitizer tu. Kata la apa nak kata, I nak elak Hussein dari jatuh sakit. Kalo sakit nanti, I yang susah ati. Benda boleh cegah, kita cegah. Kalo nak sakit jugak, tu kuasa Allah. Asalkan I dah usaha. Harap maklum ya :-D

Sekian,selamat ari raya, maaf zahir batin.


posted from Bloggeroid

Wednesday, July 31, 2013

Penyangak jahanam!

Assalam semua,
Salam ramadhan. Ramadhan kali ni banyak ujian. Agaknye I alpa dengan nikmat yang Allah bagi kot..

Semalam,nak tutup gate umah masa nak g keje, i dengar ade motor datang. I pusing tengok, ada 2 budak melayu dok atas motor. I pandang diorang,diorang pandang i. Enjin kete i tgh on, henbeg and phone sume kt dlm kete.

1 of budak tu dtg dekat bukak pintu amek henbeg n phone. Masa die dekat ngan kete, baru i tersedar dari panik. Terus i kejar. Tapi x dapat and i terjatuh. Terseliuh cket kaki ni. Huhuhu

Ms tgh amek henbeg i,kwn die siap ckp suh amek kete skali. I dgr die nk amek kete, darah serbu ke kepala. Dari takut jadi marah. Tu yang i kejar. Nasib baik i takde pape and penyangak tu pon takde bawak pisau ke ape. Gone everything, cash agak banyak jugak sebab baru draw duit nak bayar boarding kucing. My handbag tu handbag hantaran tau. Sayang gila! Henpon tu i ralat sebab ada beribu gambar hussein and my cats. All the video masa dorang kecik..

So, semalam dengan kaki terhencut pegi setelkan police report, ic, bank cards and phone. Today g setel lesen plak sbb semalam system down kt jpj tuh. Sampai arini the event asyik replay je dalam pale otak i nih. Dalam ati, pikir nape bodoh sangat tak langgar je motor diorang tu ngan kete. Rasa helpless btol time tu. I jerit mintak tolong kuat2 pon,takde orang dengar. Jiran2 keluar lepas penyangak tu blah. Ye la, pagi kan..orang tido lagi, tingkap pon tutup lagi..

Sekarang tengok orang bawak motor, i jadi geram. Mana yang selisih, i tengok muke dorang, kot kot terserempak ngan penyangak tu..

Now, tengah rendam kaki dalam ais sebab makin membengkak. Ilang mood raya. Nasi baik aman paham. Die temankan i pegi setel sume benda. Tolong tuamkan kaki i lagi. Thank you yang!

posted from Bloggeroid

Penyangak jahanam!

Assalam semua,
Salam ramadhan. Ramadhan kali ni banyak ujian. Agaknye I alpa dengan nikmat yang Allah bagi kot..

Semalam,nak tutup gate umah masa nak g keje, i dengar ade motor datang. I pusing tengok, ada 2 budak melayu dok atas motor. I pandang diorang,diorang pandang i. Enjin kete i tgh on, henbeg and phone sume kt dlm kete.

1 of budak tu dtg dekat bukak pintu amek henbeg n phone. Masa die dekat ngan kete, baru i tersedar dari panik. Terus i kejar. Tapi x dapat and i terjatuh. Terseliuh cket kaki ni. Huhuhu

Ms tgh amek henbeg i,kwn die siap ckp suh amek kete skali. I dgr die nk amek kete, darah serbu ke kepala. Dari takut jadi marah. Tu yang i kejar. Nasib baik i takde pape and penyangak tu pon takde bawak pisau ke ape. Gone everything, cash agak banyak jugak sebab baru draw duit nak bayar boarding kucing. My handbag tu handbag hantaran tau. Sayang gila! Henpon tu i ralat sebab ada beribu gambar hussein and my cats. All the video masa dorang kecik..

So, semalam dengan kaki terhencut pegi setelkan police report, ic, bank cards and phone. Today g setel lesen plak sbb semalam system down kt jpj tuh. Sampai arini the event asyik replay je dalam pale otak i nih. Dalam ati, pikir nape bodoh sangat tak langgar je motor diorang tu ngan kete. Rasa helpless btol time tu. I jerit mintak tolong kuat2 pon,takde orang dengar. Jiran2 keluar lepas penyangak tu blah. Ye la, pagi kan..orang tido lagi, tingkap pon tutup lagi..

Sekarang tengok orang bawak motor, i jadi geram. Mana yang selisih, i tengok muke dorang, kot kot terserempak ngan penyangak tu..

Now, tengah rendam kaki dalam ais sebab makin membengkak. Ilang mood raya. Nasi baik aman paham. Die temankan i pegi setel sume benda. Tolong tuamkan kaki i lagi. Thank you yang!

posted from Bloggeroid

Thursday, July 25, 2013

16 Ramadhan,ini budak bangun sahur!

Assalam semua,

16 ramadhan.. first day Hussein bangun sahur. Hahahaha! Bangun sengih2. I bawak je turun makan. Kalo i baring lagi,mesti die baring jugak tu. Tapiiiii, dah pukul 5 kott. I jugak yg mkn sahur lambat nanti. Huhuhu

Dah siap sahur,bawak masuk bilik,layan die men jap 2-3minit,i sambung tido. I tutup lampu,pakaikan die blanket semula. Paham plak tu kene tido. Hahahaha


Nak jugak baca buku. Dalam gelap plak tu!! Rosak mata nanti nak oii. Offer nenen,die timbang tara nak ke tak. Ehh,mak die,mana bley tolak. Hiks..Sedar balik, ini budak sudah tido. Hahahaha! Berjaya! I datang keje tadi pon dia blom sedar lagi. Ngeeeee

Ok la,off to work. Sok i tak cuti,sadisss. Huhuhu

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 17, 2013

6.30 pagi!

Assalam,
Salam ramadhan. Arini hussein bangun awal amat. Kul 6.30am! Huhuhu. Gara gara semalam dia tido pukul 9malam. Bangun sengih2, main toys. Memang takde harapan nak tido balik. I bagi susu pon tak jalan. Abes susu,sambung main. Alahai...maknye mandi pon blom time tu tau! Huhuhu


Tengah mabuk main pushtoy ni. Laju kemain! I yang macam nak tercabut jantung takut die cium lantai.huhuhu

I belum beli lagi baju raya Hussein. Tengah pikir nak bagi pakai jubah ke baju melayu. Taknak dah beli dua2. Jadi macam yang lepas, pakai jubah sekali dua je. Baju melayu,i buat baju tido.hahahaha. tapi kan,kalo beli dua2 pon ok jugak kan. Raya dua tempat kan. Hehehehe

Ok,happy working everyone.muahhh!

posted from Bloggeroid

Thursday, July 11, 2013

Bantal mucuk!

Assalam!

Selamat berpuasa!


My so called bantal mucuk. I suka gila bau die bangun tido. Hahahahahaha. Psiko tak? Psiko tak?

What to do,wangi woooo.hahahaha. Susah gila rasa nak pi keje sebab nak bau this bantal mucuk.hehehehe

posted from Bloggeroid

Monday, July 8, 2013

Hussein mengigau

Assalam,

Semalam hussein bangun nangis2 marah. Around 2am. Entah kenapa. He bangun terus duduk nangis2. I peluk pon tak nak still marah2. Abah die dukung pon,die tak nak. Last2 abah die hembus ape ntah kat telinga die,baru die diam. Baru nak i peluk..

Pastu sibuk tunjuk pintu bilik nak kuar. Biar btol nak oi, kul 2am ni. Takkan nak ajak bergurau senda time ni. Huhuhu. Abah die layankan la die round kejap,jalan g bilik Siti die then balik bilik. Basuh kaki muka sume,i bagi nenen. Jap je tido balik dah. Entah ape la yang die ngigau agaknye nangis sampai macam tu. Poor my baby boy..


posted from Bloggeroid

Tuesday, July 2, 2013

Medela ku sayang

Assalam,

Lama tak pakai medela ni. Dok usung avent je sejak dua menjak ni. sampai aman tanya mana pi medela ni. Ade je,mls nak usung sbb befat cket compare ngan manual punye kan.

Lagipon avent cepat, kejap je dah penuh. Tapi penatnyer,alahai takyah kate. Medela ni,i relax je. Siap bley tulis entry! Hahahaha. Oh,i missed u medela :p


Now,dah kurang gigih mengepam. Sebab anakku reject botol! Cakap susu je,terus die geleng kepala. Tapi kalo cik b,tak nak plak die lepas. Huhuhu. Sadis sungguh!

posted from Bloggeroid

Monday, July 1, 2013

Chicken pox jab

Assalam,

Sabtu lepas, Hussein pergi jab chicken pox. Next,time setahun setengah plak. Price for the jab RM150. This time sebab nurse yang pegang die,agaknye die stress kot. Kene cucuk kat bontot,die nanges cket. Terkejut kot. Terus bagi pandangan maut kat doc tu. Hahahahaha


Lepas jab,da sengih2 da tengok abah die.hehehehe. oh ya,berat terkini 8.25kg. Berat die memang susah naik. Slim je anakku ni. Takpe la nak,asal kamu sihat walafiat. Aminnnnn

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 26, 2013

Tersasul ye

Assalam semua,

Morninggg! Pagi ni bergigih i susukan hussein dari kul 6am. Pastu kul 6.45 i kuar bilik nak ambil towel,masuk semula tengok ini budak sudah bangun duduk sambil sengih2! Aaaaaaaa,orang bagi susu sebab nak suh tido balik.huhuhu


Miss ini budak so much! Semalam die panggil i MAK! Hussein sangat kedekut nak panggil mak tau. Asyik dok panggil abah je. So,semalam i excited la cakap kat dia,hussein panggil mak? Meh mak kiss meh! Tau apa dia buat??
Dan dan tu la die panggil ABbah! Huhuhu. Tersasul la konon tu. Sadis sungguh!


Buat la apa pon,still rindu gila ini budak. Bapak die takde malam semalam. Arini your abah balik,okeyyyy sayangggg

Ok,tata

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 18, 2013

Hussein terkedek kedek.hiks hiks

Assalam,lama x hapdet ek. Busy tak tentu arah ar sekarang ni. Bukan i yabg busy,aman yang busy. Tapi effect kat i jugak. Huhuhu

Hussein dikala umur setahun sebulan++, dah boleh berjalan! Jalan terkedek2. Kelakar i tengok. Jatuh pon dah pandai balance camne nak jatuh. Then bangun jalan semula. I siap bawak die turun bawah main kat playground sebab nak suh die jalan atas rumput. Pastu nampak daun kering die kutip,nampak wrapper makanan pon sibuk nak kutip. Pitam! Hahhaha. Rasanya hussein lambat cket jalan sebab asek dok jalan dalam playpen or crib je. So,atas lantai kurang confidence kot. Sebelum ni di umur setahun die dah jalan tapi bila jatuh dia tak reti nak bangun sendiri. Now,asek la berjalan satu umah. Untung jugak rumah kitorang tak banyak perabot. Luas la cket kawasan untuk die berjalan.hehehehe


Lepas tu,now dah pandai salam orang. Cakap je salam,nanti die hulur tangan n cium. Alhandulillah. Turun sendiri dari katil pon dah pandai. Lama kitorang ajar,dok jugak buat aksi superman die. Finally now,dah tak payah risau sangat dah. Tengok.je die turun katil,kot2 die salah bajet. Ye la,baru belajar kan.ngeeeee


Tu expression sibuk tengok barney. Pantang nampak laptop i,tunjuk suh bukak. Jangan tak tau,die siap tau nak tekan power button tuh! Huhuhu. Joget je keje die bila tgk barney nih. Yang die suke sekarang,barney ABC's animal. Dengan i sekali dah hafal. Hahahaha

Pastu kan,hussein dah pandai marah orang! Siap denga buat muke marah lagi. Kelakar sangat. Kalo marah,die pukulnye orang tu sambil buat muka. Usually kalo die buat camtu,kitorang tanya kenapa marah? Pastu die tarik la muncung 14! Hahahahahha


Ok la,kang panjang sangat,tak boleh nak publish plak pakai bloggeroid nih. Later peeps!

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 11, 2013

Lambat!!!

Assalam,

Baru sudah lunch. Alhamdulillah,kenyang pluc mata makin la kecik.hahahaha
Pagi ni rushing amat ke opis. Sebabnya bangun lambat! Henpon hang dikerjakan anakku. Hang kat kul 5am plak tu. Tengok kul 5, awal lagi,bley la nak tido lagi. Rupanya sudah pukul 7! Arghhhhh! Adakah ini tandanya kene survey phone baru? Hahahahah! Takmo la phone baru. Nak tab or surface. Senang cket Hussein nak tengok Barney.hehehehe
Sume budak comel ini punya pasal,buat mak die berangan macam2.


Ehhhh,abah die inter frame plakkk. Ni masa kat fridays. Hussein makan fish fries. Fries no salt. Fish tu,rasanya batter die de garam,no wonder la ini budak makan abes. Cisss! Esoknye kat umah i bagi die bubur nasi,salmon,sayur n cheese. Dah rupe macam baked rice plak.hahaha. tapi die telan licin.

Cuma ada satu problem sekarang ni. Ini budak takmo minum susu. I takde tukar botol or puting pon. Susah btol nak suh minum susu. Sekarang ni die minum 1oz je bila i pegi keje. Tapi kalo direct feed,ok je. Sampai taknak lepas plak tu. Camne nak buat ek?? Risau plak. Kalau sebab taknak my milk dah,nape direct feeding die ok je. Alaaaa,camne nak sampai dua tahun camni nakk. Alaaaaa... :'(

Salam kenal pada new follower. Nanti i online kat lappy, i'll follow balik ya. Kat henpon ni,leceh nau. Hehehehehe

P/s: semalam buat kedua kalinya Hussein sebut light! Suruh sebut.lagi,die buat dunno je. aduhai anak,suke btol acah mak kamu ni.huhuhu


Big boss makan. Amboi kaki tuuuuuu

posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers