Assalam,
Arini rasanya suma dah mood bercuti. Al maklum la, 4 days weekend kan. Masa cuti sempena birthday Sultan Selangor, kami se family pergi ke Zoo Negara.
1st time I dengan Hussein jejak kaki ke sini. Kitorang sampai dalam pukul 10.30am macam tu. Langit dah mula mendung. I memang dah beli tiket secara online,jadi pegi redeem saja la. Sebelum beli tiket tu,dah tengok ramalan cuaca dah. Nama pon cuma ramalan kan. Harga tiket adult rm54, children above 3yrs rm22, senior citizen rm 27. Harga ni skali dengan tiket untuk tengok panda. Kalo tak nak tengok panda, harga tiket akan lagi murah.
Dah masuk dalam, kami cepat-cepat nak pegi tengok animal show pukul 11 pagi. Tapi kene tahan plak untuk bergambar kat photo booth. Dah siap ada photographer dah dan tak boleh guna camera sendiri tau. The promoter,they kinda dont care yg kita rush nak pergi tengok animal show,dok paksa2 ambil gambar. Ok,dh bergambar,gambar tu kalo nak,kena beli ya. 7 keping rm110, dah promo katanya. Pastu I tanya dia kalau 2 keping je? Rm50. Disebabkan I beli tiket online, I dapat voucher,beli 2keping gambar,free 1 keping. So,pilih la 3 gambar,ambil masa nak keluar nanti. Masa ni hujan dah mula rintik2..
Rupa-rupanya tempat animal show tu tengah renovate! Dorang buat show dekat area children's world. Kecik dan sempit. Yang I sempat tengok dorang tengah buat parrot show. Tu pon celah2 kepala orang sebab sampai lambat kan. Show pon tak berapa nak menarik, hujan pun dah nak mula lebat, makanya kami pilih naik trem. Tiket trem ni pula adult rm5 and child/senior citizen rm3. Mula-mula I ingat trem ni jalan keliling, rupanya tak. Jalan sampai separuh je, then patah balik. Kami turun kat tengah2, sebab dekat cket kalo nak pergi tengok panda nanti. Lalu kat tasik yg masuk dalam cerita 'Masam-masam manis' tu, ada baanyakk flamingo. tapi takdok gambar, I takut camera rosak kene air.
Jalan2 sikit, pegi tengok Orang Utan and Chimpanzee. Ya Allah,comel gila okeh Orang Utan tuh! Then, masuk panda conservatory. Tak boleh bawak stroller dan air ke dalam. Kat dalam tu ada cafe. Tapi, pricing dia, MasyaAllah! Mineral 500ml is RM5.40! Mahal2 pon, kitorang makan je la kat dalam tu sebab masa tu Hussein baru bangun tido, agak bad mood. Total food for 4 people and satu mineral water dalam rm60++.
Sudah makan, kitorang masuk balik area panda tuh and pegi tengok baby panda. Boleh tengok through cermin saja but super cute tau! Macam anak patung. Rasa mau angkut balik! Hahaha! Then, keluar tengok bapak panda tengah makan. Anak panda boleh tengok time 2.30-3.30pm sahaja ye. Time yang sama jugak untuk feeding time bapak panda. Mama panda takde. tengah dalam confinement lagi.
Stranded at one of the cafe sebab hujan lebat |
Bapak panda tengah feeding time |
Ha, ada 2 keping ja gambar. Yang selebihnya dalam camera, I dah upload kat fb. Keluar dari panda conservatory, kitorang jalan2 tengok all the big/ganas cats. Reptile part, tak pergi pon sebab Hussein tak nak. Kesimpulannya, pegi Zoo kali ni kurang best sebab hujan. Tak boleh nak jalan2 sangat. Pastu a few places tengah renovation which for me macam kurang sesuai sebab holiday season kan. Keadaan dalam zoo tu pon macam tak terjaga sangat..
Till then,