Thursday, February 9, 2012
entry suka hati :)
alhamdulillah, semalam kaki dah tak cramp. tak tau la sampai bila bertahan. vee sapu balm dlu, baru pakai stokin. jalan dalam umah pon, bila malam, pakai selipar hotel tu. tido plak, memang kaki den dok atas bantal. gedix kan? kaki pon nak letak atas bantal. harap2 takde la cramp lagi pasni. insyaAllah.. tengah edit gambo kawen. tak edit sangat pon, adjust lighting jer. tempek la sekeping. hehehe
yup! i tau, i memang gemok. orang nak kawen, slim kan badan, i plak macam di pam2. muahaha. senang ati la katakan. skang dah preggy, rasanyer, muke i lagi slim dari gambar nih. hehehe :p
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Wednesday, July 20, 2011
canteknyerrr!
assalam peeps!
LV tak pasti kalau ada yang dah review pasal mizz nina. tadi melawat ke blog beautifulnara, tengok gambar persandingan mizz nina. wah!!! cantik siot baju dier! LV rasa ni sebelah noh hujan kot. ntah kenapa LV berkenan dengan baju die. simple but nampak die pengantin. i likeeeee
owh, how lovely!!
credit pic to beautifulnara.com
Friday, July 15, 2011
sesi nikah 2 julai 2011
assalam peeps! dah sudah kawen, blur jap. tak tau nak tulis ape. hm… ok la, review pasal nikah la.
i nikah ari sabtu,2 julai 2011, dijadualkan pada pukul 10.00 pagi. memang pagi tu bangun awal giler. dahle malam sebelum tu i tido kul 2.30 pagi. so, i slept about 4 jam jer. memang new record la sebab i ni jenis yang tidur cukup 8 jam. hehehe. i request nak nikah kat umah tapi tok imam insist nak jugak p kat masjid yang jauhnyer cume 10minit dengan berjalan kaki. dahle time tu i period. agak geram jugak la
i g masjid dengan 2 buah kereta. walaupun dekat takkan nak suh menapak kot dengan heels sume. my dad’s car, die yang bawak. ada me, my pengapit(ijat) and farah, my schoolfriend. the other car ada both my brothers, makngah, pakngah, tok sebelah mak and adik sepupu. tu jer. disebabkan kelam kabut i tak bawak pon cincin untuk batal air sembahyang and bantal nikah. even my mom pon tak datang masjid. sedihh siot. i wish both my parents ada untuk tengok i nikah. but then mak kate ada banyak keje nak buat kat umah. sob..sob..![]()
sampai kat masjid, rombongan hubby blom sampai lagi. since i tak boleh masuk masjid, i just duduk akt laur masjid, kat koridor tu. tok imam datang, die cakap kat my father suh turun bawah lagi which is tempat yang orang pijak2 dengan kasut tu. bodoh giler! nak mengamuk i kt situ. i degil, i g duduk kat tangga. konon de tempat khas untuk orang yang tak boleh masuk masjid. tak lama lepas tu rombongan hubby sampai. dorang datang dengan 15 buah kereta tau. malu giler i masa tu. rasa macam kawen lari jer. takde whole family sume, kene buat kat masjid, duduk tepi tangga lagi. memang pagi tu bergenang juga la mata ni. tapi tahankan jer.
bila sume dah amek tempat, upacara pon dimulakan. lagi sekali darah i menyirap sebab tok imam tu tak guna mic. langsung tak dengar pape. memang terpinga2 la. tau2 jer dah sah jadi bini orang. 1 thing yang buat i sedih and terkilan, bukan father i yang nikahkan i tapi tok imam. anak pompuan dia sorang ja.. sedih giler time tu. tengah taip ni pon, mengalir air mata bila ingat saat tu. after sah nikah dengan sekali lafaz, my hubby datang dekat i dan bacakan taklik. alhamdulillah, btol la i dah jadi isteri yang sah. lepas baca taklik, my hubby masuk dalam masjid semula tapi i tak tau untuk ape.
settle everything, kitorang bergambar depan masjid. memang sikit giler kot gambar time tu. nasib baik hubby’s relatives banyak snap gambar. so, sume gambar ni i cilok from hubby’s relatives and my friend’s fb.

me tengah cuak nak g masjid. this is my bilik pengantin. love it! ![]()

this is me and my pengapit, farizat aka ijatt. ijatt ni one of my bff dari dulu sampai skang. kecik molek jer orangnya ![]()

us masa pembacaan taklik

the husband and wife! ![]()
pic credits to farizat, sheha and simfoni rias
Monday, June 13, 2011
fitting baju bersanding
assalam semua. wah, title mau gah! baju bersanding ya. padahal takde la sanding sangat pon sebab takde renjis2 bagai. okeh, for my side, aku pilih biru. k.yan, my vendor dah cuak dah bila ada sekali tu, aku tag gambar dato ct pakai baju biru nila with silver bling. sangat cantik hokeh! hahaha!! tu reference jer. sebabnyer, aku memang mintak royal blue pon. royal blue tu dark blue la. nape ntah dorang panggil die royal blue. design baju, aku tiru dalam mags. tiru lagi. hahahah!! aku ni tak kreatif, mana yang cantik, yang tu la aku tiru. ngeee
baju sebelah aku, dress jugak. kesimpulannya, memang aku pakai dress ja untuk big day aku. tapi, beza pada his attire sebab die pakai baju melayu with tanjak and all the accessories. macam pendekar melayu! hahaha!! suke tengok dia masa fitting <pengakuan berani mati!> color tu sangat suits him. ye la, orang cerah kan.aku ni tak berapa nak cerah. hehehe. tapi kan, aneh tau, dress aku besar doo. aku tak slim pon. baju tu besar banyak. macam kene kecikkan 1 inch lebih kot. lega! aku takut tak muat ja. kalo besar, takpe, leh kecikkan. hehe. and k.yan bought me shoes size 5! and shoes tu sangatttt cantik tau. sebab kan dia jenis strappy, aku dah risau dah takut tak reti pakai. tapi, bila aku sarung, rasa comfortable plak. and tak nampak la kasut tu besar sangat ngan kaki aku. gambar, aritu, k.yan ada snap. aku tak snap la plak. haih..excited sangat sampai lupa snap gmbr. nanti aku mintak k. yan bagi aku gambar yang dia snap aritu.
tu la keje aku weekend lepas. balik penang untuk fitting baju, sempat g tengok x men kat village mall , pergi tengok rumah homestay yang dah kitorang booking for his family, finalise dengan catering. penat jugak la sebab sampai sana, jumaat petang. ahad pagi, dah balik. tapi puas ati sebab dah setel. and my kids pon both ikut balik. ni gambar dorang otw balik after 2hours travelling.
baik jer dorang nih. tak nak dok carrier asing2 plak tu. rugi jer bawak sampai dua carrier. tapi, bila nak angkat dorang sekaligus, memnag nak pengsan rasa. tu shiro tak membesar dengan jayanya lagi tuh. hehehehe
long holiday!
assalam semua. sorry, lama menghilang. bukan takde idea nak tulis pape, cuma agak sibuk lately. bila dah bukak lappy, tertidur jer depan lappy. haih.. ok, first fitting sebelah bertandang.
ceritanya camni..aku p fitting ari rabu malam with he, fmil, fsil n his adik sepupu. the more the merrier kan? hahaha!! merrier la sangat. padahal dalam ati dah malu giler dah kot. bile aku tengok baju tu, cantik! tapi cam kecik jer. muat ker aku nak pakai nih?? hm, cube la sarung. color die green petronas tu. tapi dia tak abes letak bling2 lagi. aritu, aku rs dah ok, cuma tak cukup bling. dah sarung, okeh,muat! tapi…………………….agak ketat di bahagian bawah. almaklum la, aset nih besar sangat. ke dorang yang buat terkecik? sebab part lain, ok jer. aneh. aku rasa takde gain weight pon pas fitting. takde bertambah inch. rasanya la. tapi serious, baju tu cantik. aku suka part kain kat bawah tu. train die yang meletop. kene praktis jalan slow2, takut terpijak kain sendiri. hahah!! takde gambar, cos aku terlampau malu nak snap depan dorang semua. if aku ngan he ja, konfirm banyak gambar bley aku letak cni. takpe la, ada beberapa hari je lagi pon untuk rasmikan baju tu.hehehe. tu kisah fitting sebelah dia. nanti aku story kisah fitting sebelah aku plak
Wednesday, June 8, 2011
FITTING!!!
assalam kawan2! malam ni sesi fitting untuk baju bertandang. erm, tak tau la ok ker tak ni. al maklum la, rasa badan makin gemuks jer. matila kalau tak muat. huhuhu. ni illustration yang JC bagi untuk baju bertandang i
…
…
…
tapi takde bow tu la. i rasa rimas dengan bow tu. dahle leher tak jinjang pon, bow tu akan menampakkan flaws i lagik.hehehe. tak sabar plak nak tengok baju nih hasilnya camna. ni la first time aku tempah baju mahal. in fact, nak kawen ni la baru merasa pakai baju mahal2. harap2 pengalaman yang menggembirakan la. aminn..
Sunday, June 5, 2011
Solemnization Outfit
assalam semua. actually baju nikah i dah lama siap. pertengahan mei lagi. tapi masa tu, veil i blom siap. then i said, takpe la. i amek end of may. pastu kan, asyik la dok terlupa nak call kak ina tu nak tanya veil dah siap ke blom. pada yang xtau, ia anta baju nikah ni kat kimie kajang. bagi i, charge die berpatutan dengan kualiti baju. i tak cakap murah tau, tapi takde la mahal giler tahap designer tu. i tiru design baju nikah dri mag pengantin, tak ingat bulan bape punya tapi edisi this year la. and kimie hasilkan baju i as i bayangkan how it would be! so, sangat kesukaan bila p amek baju tu. memang tak sejibik macam design dlam mag tu, tapi almost the same. bley dikatakan 85% sama! i bagi teaser cket ek.
…
…
…
simple jer, takde sarat2 pon. baju nikah kan, kene la simple and sweet. hehehe. tak sabar nak pakai baju ni. part i paling suka adalah part collar die. susah kot nak wat camtu. tapi memang kemas la. tip top! letak satu lagi la pic
…
…
…
hm..tak sabar sungguh! pakai dulu, aci tak? hahahaha
Monday, May 16, 2011
seriau…
tadi baru chat ngan akak wedding planner. beliau cakap fitting baju sanding ai dalam pertengahan jun. OMG!!!!! seriau dahni. sempat ker nak alter bagai2. pastu kan, maksudnyer, ai kene balik tiap2 minggu la jun nanti. mati la ai camnih.. huhuhuhu. dah debar nih. lots of butterfly in my stomach. huhuhuhu. pray for me please..
Thursday, May 5, 2011
suDAH tERjAwab!!!
assalam semua. debar LV dah terjawab!! memang tak boleh nak buat kerja tadi memikirkan ape la tailor LV nak cakap. memang gemuruh giler. bak kate qaseh, breath in, breath out. pon tak ilang2 gak debar tu. tadi LV g butik lambat sebab tetiba member mintak tolong amek kat komuter.
sampai jer kat butik kak salina a.k.a. kak ina suruh duduk dulu. pastu kak ina dok tunggu lampu fitting room bukak sebab mentol tu macam nak buat hal, taknak nyala. masa lampu berkelip2, LV ternampak sesuatu. potongan baju tu macam outfit nikah LV jer. bila lampu dah menyala, memang sah!!! that’s mine!!! rasa nak melompat kat situ jugak2. dah nak buat gaya shinchan dah tadi. dah sengih sampai telinga.hahahaha!! apa lagi, trus cuba. OMG!!!lawanya!! LV risau jugak kalau2 pattern baju tu buat i looks more chubby.tapi tak okeh. tak sangat! i punyer la happy tadi sampai lupa nak snap pic! huhuhu..tapi takleh amek lagi tadi sebab veil blom siap. and baju tu pon blom dry clean lagi. cume kene alter cket jer. adjust button kat lengan jer. n, i kene diet cket sebab tadi macam ngam2 jer kat d**a. dah makin kebabomm ker? muahahaha.
balik tadi pon dok sengih sorang2. thanks k.ina from kimie kajang!!! he said kimie suke design tu, sangat cute dan sopan.ngeeee.. i lagi suuka tau! hehehe. memang hasilnyer sejibik dengan gambar yang i bagi. cume de tambahan beads cket untuk naikkan serinya lagi. lagik klakar sebab kimie tak pecaya my dress pendek sangat. yes, i ni memang tak cukup inch orangnya.hahahaha!!! ni yang LV tak sabar2 mau kawen nih. jom kawen skang jugak, boleh? ngeeee
debarnyer!!!!
assalam semua. tadi dapat call from my tailor untuk baju nikah. tibe2 call i suh g butik ptg ni. i tanya, ada ape, die tak nak cakap. nak kate dah siap due date utk baju i tu lmbt lagi. 15 jun baru bley amek. aneh kan? risau nih. agak2 nyer nape dorang suh i g butik ye? jadi pape ke kt kain i? huhuhuhuhu. dah jiwa kacau jadinyer nih. berdebar plak nak tunggu petang kang..
Wednesday, April 13, 2011
lompat tinggi tinggi!!
assalam semua!! LV sangat sooka!! semalam dah jupe tailor, JC for his side. dah amek measurements sume. and dah konfem design!! tepuk tangan lagi!! and the best part, JC promise us our 1st fitting is around mid may! wah, laju giler. dalam sebulan jer kowt nak siapkan his suit and my dress altogether. ngeeee <can’t stop grinning>
i do have the skecth, nanti i upload eh. and JC also gave me contoh material for my dress untuk guide i cari my inner tudung. best2x!! next, kene cari kasut before mid may because 1st fitting dah kene pakai. ngeeeeeee. ok, done! kene get ready cos i de interview jap lagik. huhuhuhu
Wednesday, April 6, 2011
solemnization dress
LV da anta kain ke tailor untuk jahit. tapi gambar die tak tepek2 lagi kan? gomen ne ya..hahaha. ni kire bayar utang la ni. so, ini kain yang LV bli
off white plain chiffon
off white beaded chiffon
white satin lining for me and off white for he
off white lace patches
memang LV dapat diskaun banyak giler sempena ini
ya, 25th anniversary ya! hehehe. harga dikurangkan daripada harga biase. pastu extra 1 or 2 meters tu, dorang pejam mata jer. owh, sooka sangat walaupon terus pokai pada hari kejadian ya. bukan LV pokai, he yang pokai. nanti i bayar balik yer yang. hehehe
ok, ini la hasil yang LV dapat
motip letak gambar kecik2? slalu sebesar alam. hahaha. ada lagi, tapi tunggu masa majlis la baru tengok. my baju is very simple jer, tak bombastic pon. janji i puas ati. hehehe
Friday, March 18, 2011
hehehehehe
assalam semua. tadi aku g jumpa tailor. tailor sama yang buat baju tunang aku. sebab aku sangat puas ati baju tunang aritu. kemas dan sedap pakai. nak sewa, aku kan gemuk. kang mst tak sedap pakai baju tu. maka aku pon nak buat la baju sendiri. design yang aku pilih tu memang gune banyak kain. apatah lagi dengan keadaan aku yang debab nih. macam tak sedar diri la plak. kan.. hikhikhik…. so, design camno yg aku pilih ek? aku tunjuk selectionnyer..
yang kat atas ni from zery zambri rasanyer..
haha!! dapat tak teka camner design baju nikah aku nanti? design tu ada dalam mag pengantin april.ngeeeee.. nak kene g cari kain dan anta. kene cepat, kalo tak nanti, tak sempat siap plak. tapi akak tailor tu xcakap banyak kain nak kene pakai ni kalau design ni. tanya he, he cakap ok jer. bila lagi nak merasa pakai baju chantek kan?? <padahal dalam ati nak sangat2>..di saat ni rasa laju jer duit melayang..aish!!
Monday, March 14, 2011
Wednesday, March 9, 2011
wedding attire bertandang
assalam semua.. sebagaimana aku dah bagitau sebelum ni, aku tak tempah, tak bli lagi kain untuk wedding attire aku baik untuk nikah or bersanding. so, semalam aku, he and FSIL g sri hartamas, berjumpa dengan seorang designer untuk discuss pasal baju bertandang. designer ni a guy, name jonathan cheng.
since he nak buat sut, so, tempah jer la skali dengan modern dress aku. erm,price die bagi aku scary la. dah nama pon designer. ngeri aku jadinyer. bile dah alang2 nak tempah kan, aku sangat la teringin pakai modern dress ala gown macam mat saleh tu. tapi, takut membazir plak sebab pas majlis, nak pakai p mana plak? hm.. terpikir gak camtu tapi memang sangat teringin la..huhuhu.. camner ni? nak ikutkan ati ker, ikut cakap orang?..since jonathan tak sure jenis yang mcm mane yg aku nak and aku plak tertinggal mag yang aku bawak dalam kete masa g jumpa die, so he asked me to email him design yang aku suke and die try workout the design for me. so, aku gigih google weddong gown yang cantik kt mata aku. before ni google jugak, tapi bukan jenis gown sebab aku tengok ready made gown kat butik, ta menarik di mata ku. huhuhu
lawa kan yang ni? sweet jer. tapi, xleh ler seksi2 cenggini. mati aku kene hempuk kang.hihihi. kene improvise cket..
i love this one!! seriously!just simple but sweet. can i have this? pretty please..will it make me look slimmer?
heart the detail kat bahagian belakang nih. tapi i tak leh la kot buat camni..
this one just simple with a little bit of lace
ok, both kt bawah ni memang sumpah sweet giler. color pon dah pastel. can u guys imagine i’m wearing this? hayyo! verangan jer kan. this model slim, lawa la. me, dah la very curvious, tak cukup inch plak tu. tapi memang both ni aku sangat soooka!!
update:
tertinggal baju elyana and siti sarah. super duper gorgeous giler!! tapi bukn gown la. suke part upper body die..
CREDIT ALL IMAGE TO GOOGLE AND BLOG HATTA DOLMAT



