my Friends

click2 laaaa

Showing posts with label life's experience. Show all posts
Showing posts with label life's experience. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

18 to 19 May 2016

Assalam,

Apa pulak gambar untuk dua hari ni?

18 May 2016
Dapat gambar ni melalui whatsapp. Menangis tersedu sedan di pagi yang tak berapa nak pagi.


Nak tau kenapa? Al-kisahya my MIL panggil Hussein turun untuk breakfast. Saw him dah turun half way, tapi tak sampai2 bawah. Pergi tengok, rupanya tengah nangis sedih sorang2. Siap peluk my MIL. Rupanya sebab ni haaaa

credit: google

Apa benda nih? Ni charger untuk morpher power rangers. Benda alah yang kecik ni terjatuh bawah tangga. Terus sedih sedu sedan. Drama sangat ko kan nak? hehehehe. Eh, jap tau tak morpher tu rupa camna? Untuk yang tak tau, jangan risau. I pon kenal sebab budak kecik ni kipas susah mati power rangers. Ni ha morpher nya
credit: google
Tapi kan, budak ni kipas susah mati superheroes. Most of them, dia kenal. Tambah2 character dalam Avengers. Hehehe

19 May 2016
Yang ni pulak I snap pagi tadi, masa siap2 nak pegi keja. Comel sangat posing. Tengah nyenyak tido tuh

Terang benderang bilik ha sebab semalam I ngantuk sangat. Terus tertidur. Hussein tengah syok lagi layan citer dekat Iflix. Bad habit. Takleh amal selalu. Ntah pukul berapa dia tido. Tapi I rasa tak lama lepas I tertidur kot, sebab phone yang dia pakai tu pon, bateri dah nak abes.

Sejak dua menjak ni, budak kecik ni rajin amek buku, mintak orang bacakan. Tak sia2 la mak dia beli buku banyak2. Selama ni, buku tu kalo tak koyak, berhabuk tersimpan. Tapi, I perasan selalu dia nak buku English je. Kalau yang Melayu, dia macam tak fokus sangat. Entah kenapa. Tak faham ke? Kitorang cakap dengan dia, dwi bahasa, takde la English memanjang. Hurmmmm

Iklan jap, sapa2 nak order multivitamin Shaklee untuk budak, boleh la cari I. Ni memang favourite Hussein ni. Tak payah paksa2. Rasa grape nyum nyum!


Harga retail: RM 117.66

Tapi bulan ni tengah ada promotion. Maka contact la I . Konpem I bagi harga kasih sayang

Till then,

Wednesday, December 23, 2015

Trip to Zoo Negara


Assalam,

Arini rasanya suma dah mood bercuti. Al maklum la, 4 days weekend kan. Masa cuti sempena birthday Sultan Selangor, kami se family pergi ke Zoo Negara.

1st time I dengan Hussein jejak kaki ke sini. Kitorang sampai dalam pukul 10.30am macam tu. Langit dah mula mendung. I memang dah beli tiket secara online,jadi pegi redeem saja la. Sebelum beli tiket tu,dah tengok ramalan cuaca dah. Nama pon cuma ramalan kan. Harga tiket adult rm54, children above 3yrs rm22, senior citizen rm 27. Harga ni skali dengan tiket untuk tengok panda. Kalo tak nak tengok panda, harga tiket akan lagi murah.

Dah masuk dalam, kami cepat-cepat nak pegi tengok animal show pukul 11 pagi. Tapi kene tahan plak untuk bergambar kat photo booth. Dah siap ada photographer dah dan tak boleh guna camera sendiri tau. The promoter,they kinda dont care yg kita rush nak pergi tengok animal show,dok paksa2 ambil gambar. Ok,dh bergambar,gambar tu kalo nak,kena beli ya. 7 keping rm110, dah promo katanya. Pastu I tanya dia kalau 2 keping je? Rm50. Disebabkan I beli tiket online, I dapat voucher,beli 2keping gambar,free 1 keping. So,pilih la 3 gambar,ambil masa nak keluar nanti. Masa ni hujan dah mula rintik2..

Rupa-rupanya tempat animal show tu tengah renovate! Dorang buat show dekat area children's world. Kecik dan sempit. Yang I sempat tengok dorang tengah buat parrot show. Tu pon celah2 kepala orang sebab sampai lambat kan. Show pon tak berapa nak menarik, hujan pun dah nak mula lebat, makanya kami pilih naik trem. Tiket trem ni pula adult rm5 and child/senior citizen rm3. Mula-mula I ingat trem ni jalan keliling, rupanya tak. Jalan sampai separuh je, then patah balik. Kami turun kat tengah2, sebab dekat cket kalo nak pergi tengok panda nanti. Lalu kat tasik yg masuk dalam cerita 'Masam-masam manis' tu, ada baanyakk flamingo. tapi takdok gambar, I takut camera rosak kene air.

Jalan2 sikit, pegi tengok Orang Utan and Chimpanzee. Ya Allah,comel gila okeh Orang Utan tuh! Then, masuk panda conservatory. Tak boleh bawak stroller dan air ke dalam. Kat dalam tu ada cafe. Tapi, pricing dia, MasyaAllah! Mineral 500ml is RM5.40! Mahal2 pon, kitorang makan je la kat dalam tu sebab masa tu Hussein baru bangun tido, agak bad mood. Total food for 4 people and satu mineral water dalam rm60++.

Sudah makan, kitorang masuk balik area panda tuh and pegi tengok baby panda. Boleh tengok through cermin saja but super cute tau! Macam anak patung. Rasa mau angkut balik! Hahaha! Then, keluar tengok bapak panda tengah makan. Anak panda boleh tengok time 2.30-3.30pm sahaja ye. Time yang sama jugak untuk feeding time bapak panda. Mama panda takde. tengah dalam confinement lagi.

Stranded at one of the cafe sebab hujan lebat
Bapak panda tengah feeding time
Ha, ada 2 keping ja gambar. Yang selebihnya dalam camera, I dah upload kat fb. Keluar dari panda conservatory, kitorang jalan2 tengok all the big/ganas cats. Reptile part, tak pergi pon sebab Hussein tak nak. Kesimpulannya, pegi Zoo kali ni kurang best sebab hujan. Tak boleh nak jalan2 sangat. Pastu a few places tengah renovation which for me macam kurang sesuai sebab holiday season kan. Keadaan dalam zoo tu pon macam tak terjaga sangat..

Till then,

Monday, September 14, 2015

Kren Runtuh di Mekah-Takziah..

Assalam,

Pagi ni tengah bersiap2 nak ke office, on tv tengok TV3. Diorang buat liputan pasal jerebu dan rakyat kita yang meninggal di Mekah akibat kejadian kren runtuh.

Telah dipastikan, 4 orang meninggal akibat kejadian tersebut. 

"Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan), Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan) dan Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dikenal pasti oleh pasukan perubatan Tabung Haji (TH) yang diberi kebenaran me­lakukan pengecaman ke atas 108 mangsa oleh kerajaan Arab Saudi di Hospital Arab Saudi.'

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3lfSjsWBn 

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Masa baru dapat tahu kejadian kren runtuh, I memang berharap sangat2 jemaah kita kalo ada pon yg terlibat, cuma cedera ringan. Ternyata I silap. Ada video yang tengah viral sekarang, tapi I tak sampai hati nak tengok. Semoga kejadian ini tidak memutuskan semangat seluruh bakal jemaah haji untuk meneruskan urusan rukun Islam yang kelima ini.

Semoga semua jemaah terutama dari Malaysia sentiasa dilindungi dari segala bencana dan diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah haji hingga selesai. Aminnnn

p/s: Cousin hubby jugak ada yang akan pergi menunaikan Haji tahun ni. Semoga selamat pergi dan selamat pulang ya D&D

Friday, October 17, 2014

Konon-konon juicing

Assalam,
Salam jumaat!
Ni cite semalam. Baru 2-3 buat juice. Everytime pon different recipe. Konon2 nk boost weight loss la. Tapi derhaka recipe,g letak pisang! Kalo tak,rasa kebuluran. Hahaha

Ada terbaca somewhere, juicing patutnye 40% fruit, 60% veggies. So,semalam ikut la rate tu. Letak epal hijau, salad, celery, carrot and halia cket. Hasilnya


Super tak sedap okeh! I buat satu tumbler tu, mampu minum half je. Punya la x yummy! Last2, sebab nak abeskan jugak,i add in soya. Hahahha,cheat lagi! Memang x berhasil la weight loss ni jawabnye. Tapi,akan diteruskan jugak kot sebab using this way, I makan veggies lebih cket. If not, memang ciput sangat or tak makan langsung! Hahaha

Till then,

posted from Bloggeroid

Friday, July 4, 2014

6th Ramadhan- Sahur with lil boy!

Assalam,

Arini 6th Ramadhan, Hussein bangun sahur!! hussein tersedar, pastu dok peluk I. Taknak lepas2 plak tu. Siap suruh baring balik sebelah dia. Adeh.

Sudahnya I bawak die turun pegi dapur. Duduk kat seat, akak sedara bagi dia makan epal. pagi2 buta makan epal. Yang kelakarnya, suma orang cakap kat Hussein, after this, go back upstairs, tido okeh. See outside, gelalp lagi. Hussein pon, iye kan aje sambil sengih2. hehehhe. Rugi tak bawak phone tadi, if not boleh snap his pic. aishhh

Naik atas, bilik gelap lagi. Memang I suruh baring tido. Suprisingly, he baring and trying to sleep! baiknyaaaa anak aku nih! hahahaha! tapiii, tiba2 he bangun balik mintak air. okayy, mak bagi air ye. Memang his habit dah minum air malam2 sebelum tido. Tekak kering agaknya. Nasib lepas tu baring and tido balik. Alhamdulillah...

Thursday, July 3, 2014

Throwback- Langkawi Day 1

Assalam semua!!

Entry holiday yang terperam kat draft. Holiday dekat2 ja. tapi beli tketnye dah lama sebab nak harga murah punya pasal kan. hikhikhik. Here is the story, untuk Hussein baca bila dia dah besar nanti :D Entry yang penuh dengan gambar. ngeeee

Sabtu (19/4/2014)

Our Flight pukul 9am ishh. So, pukul 7.30 gerak from Kelana Jaya. Masa sampai airport, Hussein nanges sebab ingat Angah tinggal dia kat situ. Angah balik naik car kan, selama ni dia jalan naik car aje. Kelakar la Hussein nih!
Bekpes hash brown
 Hussein tak mandi pon pagi tu. I salinkan baju dia pon, dia tak sedar. Cuci muka ja. Nasib la nak. Awal sangat nak bagi kamu mandi. tapi kan, I kiss Hussein bau wangi ja. hahahaha!!
Asek la nak buat action melompat. Siap suruh orang pegang kiri kanan plak tu. First timer for Hussein!

Hussein nak meraba la tuuuuuu

Leka tengok stewardess dok bagi instructions pasal safety

Sibuk nak baca jugak buku tourism tu
 Masa nak takeoff, I suruh Hussein minum air, die taknak. Pastu marah2 suruh tutup window shade tu Nak takeoff, mana boleh tutup kan. nak bagi die leka, ajak la baca buku, borak2. I perasan masa takeoff, Hussein ada pegang telinga dia. Sakit agaknya.. Kesian anakku..
alaaa, Hussein yak tengok camera ponnnnnn. Khayal layan video kat my phone

Dah sampai!!!Panas oi!

Tunggu luggage
 Dah sampai airport, tengah tunggu luggage, I call orang kereta sewa. Dia kata, okay, orang dia dah ada kat sana. Keluar dari balai ketibaan, ramainya ulat kereta sewa kat situ. Siap dok main teka2 kata nak sewa kete ape. Viva ke, vios ke. I dah keliru, mana satu orang yg i tunggu. Keluar terus tunggu depan pintu.

Ada mamat ni datang tny ade kete sewa ke. i ckp yes. dia tny lagi sewa kete ape. dahle panas gila time tu, lagi panas bila stranger tanya bukan2. bengang, i jawab je, nape nk tau saya sewa kete ape. awak sape. pastu dia describe i dah bagitau kat tepon cakap pakai baju hitam, tudung purple. haaaa, btolla. hahaaha!!ok, sign2, dapat ketenye. Alhamdulillah, condition kete elok and dalam dia bersih la jugak.
Mr Hubby aka our tourist guide sepanjang kat sana.lappp u la honey!

Ada budak kelaparan!

here we are! hehehe

isi minyak dulu. banyak stesen buraq oil kat sini.

aik, dah tido dah. penat eh?

waiting for lunch
We makan kat kedai arab kat cenang. Sebab pergi hotel, takleh check in lagi, bilik not yet ready. ok ar, not bad food dia. sedap! and portion dia banyak ye. pas makan, tersandar terus :D
my happy boy!




hotel's lobby
Around 3pm ish kot kitorang back to hotel for check in. I xde plak amek gambo lobbynyer. Proses check in pon tak lama sangat, tak ramai orang pon. kitorang stay kt Bella Vista.Amek bilik for 4 people. Book tru agoda, murah la compare kalo book direct. Puas ati la biliknya. hotel, review kat enry lain ek.

Rehat with Siti
Petang tu pergi Dataran Lang. Hotel kitorang kat Pekan Kuah, so agak dekat la nak pegi Dataran Lang ni. Best oi, berangin je rasa. Memang dok kat pulau ni rasa macma holiday la. I wonder macam mana orang2 Langkawi sendiri keje camne. Santai2 gak ke? hurmmmm




Siap ada live band kat Dataran Lang ni. Hussein suka. Lama gak die lepak situ tengok. Siap ad minah Arab ni tolong dance ikut rentak lagu. Malamnya, dinner seafood. owh, nyummy!!! dinner tu sambung next entry la ek. Nak sambung buat keje. hehehhe



Tuesday, June 17, 2014

phone mainan?

Hi All,

last two weeks, sedey gila! tetiba je my phone cannot charge. nak cabut bateri, bateri built in. haihhhh....terbiasa dah ada phone kan, macam sewel ja takde phone. ahad, dah start takleh charge. isnin, tangan gatal gila nak tekan2 phone. boleh? hahahahaha. mengada la ko vee :p

petang isnin, adik sepupu bagi pinjam tepon. alhamdulillah, syukur! tapi tangan still gatal nak check fb, instagram bagai. phone tu boleh online biase je. hurmmmmm..selasa, anta phone g service centre. dia kata kene tunggu sebab skang banyak phone in queue. estimation, dalam seminggu lebih jugak phone kesayangan tu masuk clinic. haihhhhhh...... mengada tahap dewa, petang tu jugak pegi cari backup phone :D

phone murah2 ja, pergi cari kat directd, subang jaya. harga dia murah dari tempat lain. tapiiii, nak kene tau phone apa nak beli. pegi sana, terus beli ja. takde belek2, tanya2. orang ramai gila macam kat pasar malam. dah rasa macam dorang tengah jual phone mainan plak.hihihi. tapi, phone yg i nak tu takda, murah gila kot rm299, tapi smartphone. makanya, amek la yang mahal cket.

this weekend, mau relax2 ja. sebab i dah pokai. padan muka sendiri. :p

Tuesday, June 3, 2014

Alhamdulillah

Assalam,

Arini sebak tengok gambar ni. Even bukan pic my abah,but my abah gi through the same thing.

Keje susah payah,makan ntah kemana sampai dapat acute gastric. Orang yang tak mengalami,takkan paham apa perasaannya. Tau nak kondem ja kan.cuba bersyukur sikit ada orang sukarela nak tolong tangkap all the penyangak,penyamun dsbnya. Bayar gaji pon,ko ingat gaji tu setimpal dengan apa yang dorang lalu setiap ari?? Jangan sebab sorang dua yang makan gaji buta,abes satu batalion ko hentam. Tu mangkuk namanya. Gambar pe yang i tengah cakap kan? Gambar bawah ni..



Ok,sambung keje.lunch hour tamat

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 25, 2014

Innalillah..

Assalam,

I tertidur early malam ni. Woke up at 1.30am,terjaga.

Scrolling whatsapp group, scrolling fb, read the latest news about MH370. Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allhahuakbar!! Read the PC script by Najib. Air mata menitik. Finally, it's confirmed! Innalillah.. Despite this, deep in my heart i still hope all the passengers are safe somewhere. I do hope that some conspiracy theory that i read before is true somehow so that all the passengers are safe somewhere.. i can't imagine what the passengers are going through detik the plane ended..

We keep asking our government what is the result. Latest announcement was done after they done some calculation. And i can still see on the fb,there are some poeple who still feeling suspicious and tak puas ati. Stop being a keyboard warrior,man!! U don't even join the rescuing team! How should you know the real situation then? Do you guys think it's easy to announce it crashed? please show some respect to the family members. They just received heart wrenching news. Condolences to those all family members. Al fatihah..

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 19, 2014

Rezeki ari ini

Hye!!

Orang belanja, memang sedap kannnn


Nyum nyum!!! Thanks opismate!

Oh ya, Hussein nak menyelit jugak.


Hussein with Auntie Wie. Mula mula malu kucing dak tecik ni.

Sekarang not,Hussein macam tengah mengalami separation anxiety. Kalo nak pergi keje pagi, memang nanges2 sedey tak bagi i pegi. Pastu everything pon nak mak buat. Mentang2 skang dah pandai panggil mak, sikit sikit je makkk makkkk. Hahaha!! Baru 2weeks++ kot pandai panggil Mak.

Baca kat tenet, katanya umo 18mo sampai 21/2.so,wait and see la. Kalo pagi i g keje die terjaga, mesti rasa cam xmo g keje.alahaiiii

posted from Bloggeroid

Friday, January 17, 2014

Till we meet again..

Assalam,

Today is the last day for one of my colleague. We just go makan2 kat rakuzen to celebrate her..ye la,not easy nak kuar dari comfort zone tau.

I rasa orang kat rakuzen tu pelik tengok kitorang. Mula2 punya la happy gelak2 x ingat dunia. Pastu tetibe masing2 nanges plak. Sampai bengkak2 mata. Alkmaklum la,time sharing, sume memory terbayang balik depan mata kan..

To her, all the best di tempat baru. Bak kata Margareth, kami suma akan kangen sama kamu. All the time we spend together even sekejap tapi macam dah lama je kenal. Minggu2 akan datang, mesti rasa pelik tak nampak kete merah u too. Aish, I can feel tears coming already..
Anyway, sempat jugak la bergambar kenangan sebelum balik. Abaikan la muke masing2 yang serabai tu ye.Sebab slalu in office ja kan, nak amek gambo pon macam xde mood gtew









P/S: jgn lupe jemput kitorang time u kawen tau. Tau! Hehehe

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 30, 2013

Takziah untuk mak etty

Assalam,

Sampai opis awal plak. Bangun pagi ni,check fb. Pastu terbaca rumah etty kene pecah masuk! Allahuakbar! Syukur Alhamdulillah etty sefamili takde pape.

Pelik barang2 yang dorang amek. Stroller? Carseat? Selama ni I ingat pencuri cari gadget je sebab senang nak jual. Ni barang baby pon dorang sebat?

Kos hidup makin tinggi. Tak tau la pencuri2 ni tersepit ke,atau nak hidup dengan cara yang mudah. Tapi,kalo unit die panjang,sok2 bila dah tua,dah taubat,agak2nye camne die nak mintak maaf dengan orang2 yang rumahnye die pernah pecah masuk? Dosa dengan manusia,kene mintak maaf dengan tuan punya badan kan?

To etty,bertabah la. InsyaAllah,Allah alam bagi rezeki yang lebih pada you dengan cara yang kira tak pernah terpikir pun. Sabar banyak2 ya etty

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 29, 2013

Pagi yang kurengg

Assalam,

Arini keluar awal tapi sangkut pula sebab de accident. Time2 hujan camni,memang banyak je accident. Apsal eh? Either pengguna jalan raya terlalu berhati hati atau memang drive sesuka ati.ish!

Pastu kan,kete yang eksiden tu boleh jalan. Cuma kete polos iring la sebab takleh laju kan. Ngokk betol meters pengiring tu. Bawak 40kmj,tapi dok lane tengah! Saje je bagi kete bersusun kat belakang. Tak senonoh botol! Geramnyer! Nasib baik sampai opis on time. Ingatkan kuar awal cket,nak p isi minyak. Tak sempat jugak nak pi isi. Meter kete tu takleh pakai sangat. Sukati dia je. Hurmmm..


Tengok gambo shirou,bagi tenang ati. Hehehe

posted from Bloggeroid

Friday, October 25, 2013

Jalan2 umah orang eh blog orang

Assalam,
Dah lama I tak blogwalking. Arini,tibe2 menyempatkan diri be. Best weyh! Sejak kt opis baru ni,memang time kat opis,khusyuk je ngadap keje. Tapi arini atas sebab2 tertentu,kurang khusyuk. Maka p la bw umah kengkawan. Padahal umah sendiri ni dah bersawang bagai. Ngeeeeee

Pastu kan kalo kat umah,nak bw Kat tepon,susah nau. Nak on lappy. Lappy zaman tok kadok tu,after on,setengah jam pastu baru boleh bukak browser. Punya la lama tunggu die update la,tgh running la. Pe yang tengah running,entahla. Then,adaptor plak buat Hal. Takmo charging. Kejap charge,kejap x. Sedey tau! Huhuhu. Ni yang nak nyanyi bila aku kaya,hari hari hari raya! Bley bli lappy baru. Haih,kene berangan dulu ni.

Satu sebab lagi jarang dah kt blog sebab dok gila balik main game kat fb tu. Pet saga la,candy crush la, farm heroes la,papa pear la. Pe lagi ntah,sampai tak ingat. Haihhh. Teringat zaman memuda dulu. Hihihi..


Ehhhhh,nak jugak tu tempek gambo Hussein. Boleh tak ini budak buat henbeg mak dia macam beanbag? I tau la bunyik henbeg ngan beanbag tu agak2 nak sama,tapi x sama kot. Sukati dia je. Hukhukhuk. Sampai ati ko nak. Ganti Kat mak henbeg baru! Tettttt! Taktik di situ :D

posted from Bloggeroid

Friday, September 20, 2013

Sedeynyaaa!

Assalam,

Arini tak dapat tidak,kene jugak up entry. Sebab kes ni..
http://www.hmetro.com.my/articles/2013092002002120130920020021//Article

Sedih gila weyh! Bayangkan die pergi amek anak dia,ingat anak dia tido. Rupanya dah meninggal! Allahuakbar! Kalo I kat tempat parents tu,xtau nak react macam mana. Gila dah agaknya..

Pusat asuhan tu pon,baby dah muntah darah,boleh pulak tak inform parents. Susah ke nak sms? Kot la dah kedekut nak call kan,sms je la. Sangat tak boleh terima..dah amek jaga anak orang,jaga la bebetol. Dah diamanahkan tu. Bukannya orang tu suruh jaga free. Agak2 tak reti,jangan keje taska or nursery. Aniaya orang sampai macam tu rupa..

Pada parents tu,takziah diucapkan. Moga anda tabah..

Notakaki: berderau darah baca news ni. Bersyukur sangat Mak yang jaga Hussein..

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 20, 2013

Monday, August 19, 2013

Go away!



Wish it was sweet, but it's not. Scary weyh! Huhuhu :'(

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 31, 2013

Penyangak jahanam!

Assalam semua,
Salam ramadhan. Ramadhan kali ni banyak ujian. Agaknye I alpa dengan nikmat yang Allah bagi kot..

Semalam,nak tutup gate umah masa nak g keje, i dengar ade motor datang. I pusing tengok, ada 2 budak melayu dok atas motor. I pandang diorang,diorang pandang i. Enjin kete i tgh on, henbeg and phone sume kt dlm kete.

1 of budak tu dtg dekat bukak pintu amek henbeg n phone. Masa die dekat ngan kete, baru i tersedar dari panik. Terus i kejar. Tapi x dapat and i terjatuh. Terseliuh cket kaki ni. Huhuhu

Ms tgh amek henbeg i,kwn die siap ckp suh amek kete skali. I dgr die nk amek kete, darah serbu ke kepala. Dari takut jadi marah. Tu yang i kejar. Nasib baik i takde pape and penyangak tu pon takde bawak pisau ke ape. Gone everything, cash agak banyak jugak sebab baru draw duit nak bayar boarding kucing. My handbag tu handbag hantaran tau. Sayang gila! Henpon tu i ralat sebab ada beribu gambar hussein and my cats. All the video masa dorang kecik..

So, semalam dengan kaki terhencut pegi setelkan police report, ic, bank cards and phone. Today g setel lesen plak sbb semalam system down kt jpj tuh. Sampai arini the event asyik replay je dalam pale otak i nih. Dalam ati, pikir nape bodoh sangat tak langgar je motor diorang tu ngan kete. Rasa helpless btol time tu. I jerit mintak tolong kuat2 pon,takde orang dengar. Jiran2 keluar lepas penyangak tu blah. Ye la, pagi kan..orang tido lagi, tingkap pon tutup lagi..

Sekarang tengok orang bawak motor, i jadi geram. Mana yang selisih, i tengok muke dorang, kot kot terserempak ngan penyangak tu..

Now, tengah rendam kaki dalam ais sebab makin membengkak. Ilang mood raya. Nasi baik aman paham. Die temankan i pegi setel sume benda. Tolong tuamkan kaki i lagi. Thank you yang!

posted from Bloggeroid

Penyangak jahanam!

Assalam semua,
Salam ramadhan. Ramadhan kali ni banyak ujian. Agaknye I alpa dengan nikmat yang Allah bagi kot..

Semalam,nak tutup gate umah masa nak g keje, i dengar ade motor datang. I pusing tengok, ada 2 budak melayu dok atas motor. I pandang diorang,diorang pandang i. Enjin kete i tgh on, henbeg and phone sume kt dlm kete.

1 of budak tu dtg dekat bukak pintu amek henbeg n phone. Masa die dekat ngan kete, baru i tersedar dari panik. Terus i kejar. Tapi x dapat and i terjatuh. Terseliuh cket kaki ni. Huhuhu

Ms tgh amek henbeg i,kwn die siap ckp suh amek kete skali. I dgr die nk amek kete, darah serbu ke kepala. Dari takut jadi marah. Tu yang i kejar. Nasib baik i takde pape and penyangak tu pon takde bawak pisau ke ape. Gone everything, cash agak banyak jugak sebab baru draw duit nak bayar boarding kucing. My handbag tu handbag hantaran tau. Sayang gila! Henpon tu i ralat sebab ada beribu gambar hussein and my cats. All the video masa dorang kecik..

So, semalam dengan kaki terhencut pegi setelkan police report, ic, bank cards and phone. Today g setel lesen plak sbb semalam system down kt jpj tuh. Sampai arini the event asyik replay je dalam pale otak i nih. Dalam ati, pikir nape bodoh sangat tak langgar je motor diorang tu ngan kete. Rasa helpless btol time tu. I jerit mintak tolong kuat2 pon,takde orang dengar. Jiran2 keluar lepas penyangak tu blah. Ye la, pagi kan..orang tido lagi, tingkap pon tutup lagi..

Sekarang tengok orang bawak motor, i jadi geram. Mana yang selisih, i tengok muke dorang, kot kot terserempak ngan penyangak tu..

Now, tengah rendam kaki dalam ais sebab makin membengkak. Ilang mood raya. Nasi baik aman paham. Die temankan i pegi setel sume benda. Tolong tuamkan kaki i lagi. Thank you yang!

posted from Bloggeroid

Monday, April 1, 2013

Birthday treat

Assalam,

Semalam adalah birthday i yang ke 29. Tua dah kan? Hehe. Alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan usia i. Allah pinjamkan husband yang responsible,anak yang baik dan anak2 bulus yang sihat walafiat.

Malam sabtu tu,i keluar dating with husband. Sejak Hussein ada,memang amat jarang la kuar dating berdua. Nama je dating berdua,mata dok tengok jam dok pikir Hussein buat apa. Hehehe. Kitorang pegi makan buffet kat shogun. Die siap ade korean counter. So,dapat la i melantak kimchi soup and sashimi banyak2. Hahahaha


Itu adalah 3rd round ya. Hahaha! Sampai sendat seluar jeans ku yang dah memang ketat tu. Should have wear skirt, boleh makan lebih lagi. Ngeeee

Dah puas melantak,jalan2 la kejap. Lama tak jalan cuci2 mata. Lama dah tak keluar lepak2 kt mall sbnrnye. Sebab sejak ade anak,pegi tempat pon kene pikir is it sesuai bawak budak. If not,then bye2.

Sampai umah, Hussein dah tido. Dah basuh kaki semua, nak turun bawah amrk die. Hubby said ada adiah! Ehhhhh?? Bila masa plak sempat die p beli adiah? Alhamdulillah,rezeki Allah bagi. I dapat ape yg i nak. Apa dia? Erm,ade la. Tersenyum lebar hokkay :p

Turun bawah,tengok Hussein tido. Geram je tengok. Hehehe. MIL kate die dah makan,dah susu dah. Tapi baru je tdo. I angkat masuk bilik,sedar mamai2. Apalagi,mau lepas geram cari susu la tu. Nak jugak tu. Anak mak,nak buat camna. Mak rela je. Ngeeee

posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers