my Friends

click2 laaaa

Monday, February 4, 2013

Hussein's 2nd time in pool

Assalam semua,

ahad lepas, adalah 2nd time hussein belajar berendam dalam pool. hehe. kali ni lebih baik sebab air suam2 gitu. i pon tak sure kenapa air pool tu suam-suam macam tu padahal jam baru pukul 8.30pagi. hussein turun dengan abahnya sahaja. i duduk tepi pool jadi jurugambar tak bertauliah. hikhikhik

masa ni abahnyer pegang bahagian bawah badan. nampak macam dah berani sikit la.

ni memang abah die dah lepas terus. bagi die pegang sendiri tepi pool tu.
cakk! sempat lagi tu tengok camera. hehe. muka macam dah ala2 sejuk dah tu. sebab dah 15minit kot dalam air. tambah plak pagi ahad lepas, takde matahari sangat. redup je.
ok, hussein dah sejuk. makanye bungkus die ngan towel, terus balik rumah. oh ya, aritu ada promise nak tunjuk swim diaper kan? tengok kan link ni ek

http://www.fabulousmom.com/catalog/product_info.php?products_id=1335

rupe die macam spendar. just to trap poo poo je, die tak serap air kencing ya.. swimming suit tu konon-kononnya nak bagi hussein kurang sejuk. sebab nak beli body warmer, mahal sangat. dahle takleh terbesar or terkecik, kene ngam2. bape lama plak boleh pakai kan kalo camtu? huhuhu


Friday, February 1, 2013

Driver F1 termuda! Hahahaha

Assalam semua,

Selalu dok tunjuk hussein baik je kan? Haaa,ni nak tunjuk plak time mood kurang baik



Still comel tak?hahaha! Ni nangis sebab kena dok dalam carseat. Kadang-kadang even dah biasa dok dalam carseat, nak jugak buat perangai takmo duduk. Nak pi duduk depan,kat stereng. Nanges sampai keluar air mata. Sekarang memang pandai nanges berair mata camtu.sedih sangat la tu ek? Selalu biar je nanges.angkat pon bg susu,then letak balik pastu i pura2 tido.hahahaha

Syok boleh pegang stereng. Macam pandai drive je. Dah besar,de lesen nanti bawak mak abah jalan-jalan ye nak. La ni,bagi mak abah bawak kamu jalan-jalan




Nak tekan panel meter tu tapi tak sampai.haha! Berangan sungguh!


Sukanya dia!

Ok now mak dah rindu kamu dak tecik.aduh,cepat la pukul 5pm. Oh ya,arini abahnyer pon balik dari outstation. Double happy! Lalalala

Till then,tata!

posted from Bloggeroid

favourite hussein

Assalam,

hussein ada habit tengok tv yang pelik. i bukak baby tv, upin ipin,die layan tapi sekejap2 je. pastu i bukak cartoon lain macam barney, sesame street lagi la die buat derk je. tau tak pe yang die suka?


haaaa, ni la die. law and order. pantang la dengar iklan ke, atau memang tengah cite law and order, tengah main mengadap lain pon konpem akan toleh ke tv. siap berneti main tu punya nak tengok tv time tu. pelik tak? bagi i pelik. huhuhu. pastu die suka sangat tengok cite ni sebab banyak orang bercakap. ye la, memang cite ni bercakap tak henti-henti kot. die ingat orang dalam tv tu cakap ngan dia. hahahahah! perasan sungguh anak bujangku ini :p

pe yang anak/baby anda suka tengok kat tv?

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers