my Friends

click2 laaaa

Wednesday, November 23, 2011

Fibroid..

Assalam semua!

pagi tadi vee teman member opis g klinik panel. die pregnant jugak, 3weeks earlier dari i. die ngadu perut die sakit. so, i teman la die. dah kebetulan p klinik, i pon checkup la skali. padahal my appointment for next checkup jumaat ni tapi klinik len. hehe

masuk arini, i dah 17 minggu! Alhamdulillah.. Big Grin i prasan bile i baring malam2, cam sakit kat bahagian bawah perut tu. tapi sakit sikit2 la. doc kate takde pape, maybe muscle je kot. then, i mintak doc scan. berat baby arini dah 169g. saiz kepala n saiz pehanya pon dah cecah 16w 5d. baby aktif sangat. masa start scan, baby dalam posisi macam tengah sujud. tengah2 scan tu, baby gerak2 kaki tangan suma. syiokk tengok. pastu kan, kaki baby terkangkang. so, nampak la gender die. hehe. lagi la i senyum lebar . cuba teka? Winking dah syokk2 senyum2 tu, tiba2 dengar doc cakap..

“ni ada fibroid ni” aku macam..hah?? pe tu? fibroid?

doc pon explain slalunyer fibroid ni akan flatten sendirik. saiz fibroid i tadi dalam 2cm x  3cm. doc kate jangan risau, kita just monitor je through every checkup. balik dari klinik tadi, memang dok terngiang2 jer. dah sampai opis, trus google pe benda la fibroid nih.. ni pon i tengah membaca lagi. mostly cakap fibroid ni tak bahaya.

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka. 70% wanita yang ada fibroid ni, fibroid diorang tak membesar and tak mendatangkan bahaya atau mudarat la. fibroid ni boleh dijumpai kat sebelah dalam dinding rahim,luar dinding rahim atau di saluran rahim. simptom fibroid yang saya jumpa:

  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

ok, simptom yang i ada, sakit semasa haid. memang senggugut hebat giler la. pastu skang ni macam dah start sakit pinggang tapi rasanya tu biasa la kan time pregnant nih. sembelit and kencing kerap plak happen jugak time pregnant nih. hm..

Komplikasi Fibroid Semasa Hamil

* Keguguran. Fibroid boleh meningkatkan risiko keguguran semasa hamil sekiranya janin tersebut melekat pada fibroid

* Kelahiran songsang

* Rasa sakit akibat degenerasi sel-sel fibroid (fibroid mati)

* Rahim kelihatan lebih besar daripada biasa

* Pembedahan caesarean

Sekiranya fibroid yang besar tumbuh di bahagian bawah rahim, ia boleh menghalang proses kelahiran secara normal. Sehubungan itu, pembedahan caesarean diperlukan.

Malah, sekiranya terdapat lebih daripada satu ketumbuhan fibroid dalam rahim, doktor juga perlu berhati-hati semasa melakukan pembedahan membantu kelahiran bayi.
Pembedahan mungkin agak sukar jika fibroid tumbuh pada bahagian bawah rahim.
Selepas bersalin, risiko pendarahan adalah tinggi (post partum haemorrhage).

tengah sambung baca lagi, tengok ada ubat tak..

4 comments:

  1. insyallah semuanya takde ape kot...sumtimes makin baby besar fibroid tuh ilang dgn sendirinya kan?...insyallah..doa byk2 ye mommy...=)

    ReplyDelete
  2. thanks dear! harap2 la fibroid tuh ilang sndrik. yg i risau kalo die membesar jer..yup, pls pray for me too ya :)

    ReplyDelete
  3. org ckp kalo fibroid ni juz jaga pemakanan je la, insyaAllah xde pape...elakkn mkn jambu batu, makanan yg bergoreng & seafood

    ReplyDelete
  4. camtu ye nana? i slalu makan jambu batu tu n food bergoreng. ok, kene kurangkan la after ni kan. tenkiu dear!

    ReplyDelete

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers