my Friends

click2 laaaa

Wednesday, October 31, 2012

Allah Maha Besar

Assalam semua,

dah bersawang blog nih. bukan takde idea tapi mood menulis yang hilang. stress dengan keadaan sekeliling. sakit hati pon ya jugak..

lama jugak i pendam benda ni, takmo cakap kat blog. tapi, rasanya nak jugak cakap sebab kalo tak cakap, orang tak tau. i rasa kalaus ape2 yang amek tau pasal bajet terbaru ni, staf gomen dapat durian runtuh katanya.bonus sebulan setengah gaji. keje senang, pegi minum 2-3 kali sehari, gaji naik memanjang. yes, btol suma tu TAPI untuk yang tetap dan berpencen sahaja ya. untuk staf kontrak, tak payah harap la. buat masa ni, semua staf kontrak akan ditamatkan kontraknya hujung tahun ini dan berkemungkinan besar tidak akan disambung walaupon ada yang dah keje 4 tahun keatas. to me, 4 tahun tu tempoh yang lama ya. kalo yang keje swasta, mesti kene buang kalo tak perform.tapi if perfom, konfem la dah diserap kan? so, takyah la orang2 yang di sektor swasta tu nak jeles2 sangat dengan staff gomen yang kontrak ni ya.at least korang bila dah perform, terus diserap. kitorang ni nak kene mengemis dulu tau..

pastu bab keje plak. yang selalu kuar minum2-3kali sehari pastu berlama2 plak kat luar tu, selalunya staff tetap yang dah senior. well, dorang ni tetap, jadi kebal.yang u nampak kat opis tu, kebanyakannyer kontrak. dorang2 ni la yang setia duduk opis buat keje, sanggup berpanas hujan plak kalo de keje luar. malah, banyak staff kontrak ni pegang post penting tau. bila cakap2 begini, ada yang salahkan kenapa tak cari keje lain. ko ingat senang nak cari keje lain?? dengan ada yang dah berfamili,beranak pinak. yang bujang tu, okey sikit la kot. banyak benda nak pikir bila nak tukar keje. apatah lagi kalo dah keje bertahun kat situ, anak2 ko dah 'setup' kat situ.

lagi bengang bila bos2 atasan main politik. suma nak selamatkan bontot masing2. kesal dan terkilan sungguh rasa..apa yang i harapkan, semua staff kontrak dapat disambung kontraknya or even better serap terus ke tetap. yang dah tetap dan berpencen tu, kalo tak larat nak keje, pencen jer la. tak payah nak goyang2 kaki kat opis..if tak disambung, harap2 kita semua dapat keje lebih baik or rezeki lebih baik.aminnnnn

2 comments:

  1. sue setuju....
    sbb sue pun alami pekara yg sama...
    sue just PSH je kat kementrian nie...
    tapi tugas dan tanggungjawab yg diberi sama je mcm penjawat yang TETAP...

    ReplyDelete
  2. kan..bukan la nak berkira keje, tapi selalunya yang TETAP nih memang berkira keje. tu yang jadi client kene datang banyak kali sebab banyak keje pending tunggu untuk diambil action..

    ReplyDelete

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers