my Friends

click2 laaaa

Tuesday, November 7, 2017

Tonsil - Admission Day

Assalam semua!

Bismillah..Dah lama draft ni tak bersentuh, dah lebih sebulan! Tapi tetap nak cerita kat sini. Untuk kenangan dan jugak rujukan orang lain. Masa nak buat keputusan untuk teruskan, I memang banyak google, blogwalking baca pengalaman orang lain. Memang sangat berguna tau. Kitorang buat appointment utk tonsil removal  untuk Hussein dekat Pantai Hospital, KL. Sebenarnya hospital ni tak dekat pun dengan rumah, tapi sebab memang dari kecik rekod ada kat sini. Makanya senang buat di sini  je la.

Lagi pun dah berkali-kali masuk hospital atas sebab yang sama, kami sepakat untuk proceed dengan pembedahan kecil ni. Hussein pulak dah mula tunjukkan tanda-tanda sleep apnea. Masa tidur, berdengkur tu dah memang la kan. Di antara dengkuran tu, dia macam susah nak bernafas. Macam stop kejap lepas tu gasping for breath. 

Kitorang dah rujuk 3 pakar kanak-kanak. Suma cakap benda yang sama, kalau dah tahap macam ni, baik buat segera. Takut nanti efek pada jantung dia sebab jantung kena kerja kuat. Tumbesaran pun akan ternganggu jugak. Ye la, budak kena la dapatkan rehat yang berkualiti, kalau tak macam mana nak membesar kan. Masa tu berat dia 12kg. Paling tinggi dia pernah cecah 13kg. Lepas tu, demam sebab tonsil. Turun balik 11kg. Untuk budak umur 5 tahun, memang sangat under weight dah. Nak kata tak makan, selera dia boleh tahan. Tapi kalo dah sakit tekak, kita yg tua ni pun takkan lalu nak makan. Btol tak?  

18 September 2017
Sampai kat hospital tengahari. Nurse dah pesan suruh datang awal sebab proses kemasukan mungkin akan ambil masa. Bukan mungkin, memang lama pun. Haha! Alang-alang ada sana, terus lunch sana. Mak abah dari kedah pun terus je ke hospital. 

Walau insurans sebenarnya dah approve, agak lama jugak kitorang nak tunggu bilik. Ramai pulak orang, musim orang sakit kut. Deposit RM600. Boleh bayar guna kad atau pun cash. Malangnya bilik single dah penuh, terpaksa berpuas hati dengan 2 bedded. Tu pun, bukan kat pediatric ward. Cuma sama floor je. Bilik single yang ada, tinggal yang mahal ja dalam RM600 lebih. Idok la nak amek yang tu, nak duduk banyak malam pulak tu. Mau semput nak membayor nanti ha.

Ha, macam ni la rupa bilik dia

Mujur katil sebelah takde orang. Alhamdulillah, selesa. Dapat masuk bilik dalam pukul 4 petang. Lepak sekejap, makan malam sampai sekali dengan doktor. Nama doktor ni, Dr Chang, salah sorang pakar ENT dekat hospital ni. Tak lama lepas tu, Dr Das, pakar bius pula datang check. 

I tanya Dr Chang pasal apa-apa komplikasi yang mungkin akan terjadi yang I patut tau. Dia cakap, takut pendarahan erlampau banyak. Dia jangka dalam 1 jam, semua akan selesai. Dia ada cakap dia akan check adenoid jugak. Kalo besar, dia akan buang adenoid tu jugak. Memang masa x-ray dulu, nampak adenoid Hussein besar dari normal. Adenoid ni muscle kat belakang mulut. Sepatutnya membantu antibodi kanak-kanak, tapi dalam kes Hussein, dah terbalik. 


Doktor yang terlibat
Atok wan kepenatan drive dari Kedah. Sayang cucu punya pasal. hehehe

Malam tu, i sorang-sorang je jaga Hussein kat ward. Ye la, bilik share kan.Tak boleh la nak stay ramai-ramai. Husband balik rumah MIL, dekat sikit nak ulang alik hospital. My parents balik tido rumah kitorang. I tak tidur sangat pun malam tu, pikir macam-macam. Bukannya Hussein tak pernah masuk hospital. Selalu masuk sebab demam..tak pun tonsil..makan ubat dan drip saja. Kali ni lain sikit kan. Hati mak ni macam tissue padahal minor procedure je. Siap rakam video Hussein tido, malam terakhir dengar dia tido dengkur. Hehehe

Malam tu, last bagi Hussein makan dan minum dalam jam 10 lebih sebelum dia tidur. Sebenarnya kena puasa 6 jam sebelum procedure, tapi budak ni kalo dah tido jangan harap la dia nak bangun dah.
Nanti I sambung lagi ya..

Wednesday, May 3, 2017

Untunglaaaa

Assalam,

Berhabuk bersawang blog nih. On the way datang office tadi, dalam kepala tiba-tiba rasa nak menulis. 

Labour day 2017, Hussein masuk hospital lagi. Kali ni sebab keracunan makanan pula. Alhamdulilah, cuma satu malam. Ikutkan, ini dah kali ketiga dia check in hospital untuk tahun ni. 

Ada suara-suara kecil cakap, untungla. Tiap kali pon pergi swasta. Riak? Nak bercerita, sebab selalu orang nampak yang senang saja. Selesa, tak susah. Ada tv, takde la boring. Meh sini nak kabor ye. Kalo takde insurance coverage, memang kitorang pun tak mampu la. Give and take. Kerja bertukus lumus, tak jumpa anak 13jam sehari, untuk famili. Jadi, harus la ko bagi yang terbaik ko boleh bagi untuk famili, untuk anak. 

Memang tak dinafikan la memang selesa sebab ko dapat bilik sendiri, toilet sendiri, ada tv. Tapi sedar tak, masuk hopital sebab apa? Sebab sakit kan? Walaupun ada semua fasiliti yang agak best, hati ko still sakit sebab tengok anak ko kena cucuk. Kalo yang masuk sebab pembedahan or luka yang sampai kena jahit, still sakit bila nurse tu nak bersihkan luka. Ada tv pon, bape jam sangat la ko boleh fokus ke tv tu? 

Itu belum masuk kos extra lain-lain. Makanan orang yang jaga pesakit, parking hospital, deposit etc. Walau ada insurance, masih perlu bayar deposit ya. Setakat ni, yang kitorang kena, deposit RM600. Parking maximum RM10. Kalo sehari keluar sampai 2 kali, mau cecah RM20. Makan lagi. Bersyukur ko jaga pesakit, selalunya ko dapat kerusi yang boleh convert jadi katil tu. Tapi, ko kan di sana sebab jaga patient, jangan harapla boleh tido macam tido kat umah ye. Kejap-kejap tersedar nurse masuk check drip or bagi ubat. Kejap-kejap kena bangun sebab nak tolong patient tu pegi toilet or termuntah. Memang la ada nurse. Dah kalo patient tu anak ko, harus la dia nak mak dia yang buat kan? Penat tu tetap ada tau. Mata toksah cakap, boleh geng dengan panda.

Macam I, akhir-akhir ni, selalu sangat my son check in hospital. Everytime check in, kena cucuk tangan. Everytime jugak ayaq mata meleleh malam-malam.Tapi depan dia, kita tunjuk la kita kuat. Teman dia main, berborak supaya tak bosan dengan harapan dia boleh lupa sekejap sakit yang dia tanggung masa tu. Sambil tu, berfikir what went wrong sampai kena check in lagi. Check ibadah cukup tak. Mungkin Allah marah sebab selalu alpa. Audit diri. 

Moralnya, simpanan perlu ada. Kos perubatan sekarang mahal. Cuba-cuba la mampu kan diri ambil insurans. Bukan nak cakap hospital kerajaan tak elok, tapi pesakit dorang terlalu ramai. After all, kalo sport rim kereta ko boleh tukar,handphone boleh bersilih ganti, takkan tak boleh simpan duit sikit untuk kesenangan sendiri?

Lama tak membebel. 

Till then,

Friday, January 20, 2017

Hussein start school!

Assalam,
Entry 1st untuk tahun 2017. Hahaha! Dalam hati, memang asa gatal nak menulis. tapi, faktor "al-lazy" tu menjadi-jadi. Haih..

Ok, 5hb haritu, Hussein dah start bersekolah dekat Genius Aulad. So, sekarang memang praktiskan dia tido awal. 1st day, parents boleh tunggu. Tapi budak kecik ni nampak happy je pergi sekolah. Siap lambai2 bila I pretend nak balik. Hahaha! Dah besar anakku. Maknye yang risau bukan2. 
Hussein tak nangis langsung. Tengok la, siap melompat lagi dalam class. At one point bila kawan-kawan lain mula nangis, dia duduk situ tutup telinga. Hahaha!

Sekolah dia dekat je dengan office I. Tengahari, I hantar dia balik rumah Siti. So far, Alhamdulillah. Cuma bab makan la susah sikit. I bekalkan hari-hari, Kalo tak cereal, bread or biskut. Hari I bagi bread, tak habis sebab dia cakap tak sempat makan. Ha, tu la. Makan slow motion sangat. 
Sekolah ada bagi breakfast. The only day yang dia makan setakat ni la, is bila diorang serve coco crunch and milk. Diorang ada bagi roti canai, karipap. Dia tak makan pun. Padahal, one of his favourite tu. Macam-macam alasan la dia bagi. Takpe la, asalkan dia tak banyak ragam nak pi sekolah, dah kira bersyukur.

Dah habis orientation 2 hari, terus weekend. Jalan-jalan pegi home expo dekat midvalley. Saja je cuci mata. hehehe


Hussein masuk sekolah 8.30am. Makanya pagi, dia akan lepak sekejap dekat office I. Alhamdulillah, bos beri kebenaran. Suka la dia, ramai kakak-kakak or should I say Auntie? Hehehe
Memang dari kecik, hobi masuk bawah meja. Sebab kawan dengan Smokey ke? 😅
Weekend lepas, takda pergi mana-mana. Konon nak bagi budak kecik ni rest. So, pegi je la main playground dekat rumah. Hussein asyik tanya I, no need to shower? No need to change clothes? I cakap dia, no need la. Later baju kotor, nak kena mandi jugak. Sampai kat playgorund, bebudak lain pon pakai baju tido je. Hehehe
Silau katanya. Hehehe

Bangun pagi on Monday, dah siap mandi nak pergi school. I pegang badan dia, agak panas. Pastu start batuk. Makanya duduk la rumah, bagi ubat apa yang ada.
Tuesday, hidung dia berdarah. Panas sangat.
Wednesday, I bawak jumpa doctor kesayangan dia tu. Kena neb skali. Dapat ubat lain pulak. Makanya, minggu ni seminggu la dia tak pergi school.
Selain dari ubat doctor, tiap-tiap malam diffuse thieves and lemon. Kalo bab nak diffuse tu, laju je. Siap request lagi ha. Vitamin je dia selalu ngelat nak makan. Hurmmmm..
Tengah neb

Pagi tadi, husband cakap Hussein sedar at 5am. Siap bangun duduk. Pastu cakap Yess!! I'm feeling better! Hahaha! Dah rasa makin okay la tu. 

I rasa minggu depan InsyaAllah, dah boleh pergi school semula. Doakan Hussein ya :)
Till then,

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers