my Friends

click2 laaaa

Wednesday, December 30, 2015

Plan Plan Plan!

Assalam semua,

Masih bekerja? Sama la kita, high five! Hahaha! Gigih bekerja sampai esok.

Saja nak share apa yang I jumpa arini.
2015 Year In Review Printable

sumber: skiptomylou

Menarik bukan? I nak print nanti, nak tulis untuk Hussein. Nak suruh empunya badan, nak pegang pensel pon tak berapa betol lagi. I baru berjinak2 dengan planner. Sebelum ni, list down pasal kerja je. Sekarang konon2 nak organize sikit la. Rupanya ramai member luar sana baik hati share printables pasal organizing nih.

Lepas tu, ada satu post nih, Author dia list down kan organizing hacks. Macam2 cara la nak organize bagi cantik, sedap mata memandang. Ada jugak yang I berkenan di hati. Nak kena buat bajet lagi nih. Hurmm

27 Organizing Hacks - it's almost the new year (Happy 2016!), and it's the perfect time to reevaluate how things are stored and organized. Here are 27 amazing tips and tricks to start off a clutter-free new year!


Nak baca lebih lanjut, baik pegi tengok sendiri. Ni link dia.

Till then,

Wednesday, December 23, 2015

Trip to Zoo Negara


Assalam,

Arini rasanya suma dah mood bercuti. Al maklum la, 4 days weekend kan. Masa cuti sempena birthday Sultan Selangor, kami se family pergi ke Zoo Negara.

1st time I dengan Hussein jejak kaki ke sini. Kitorang sampai dalam pukul 10.30am macam tu. Langit dah mula mendung. I memang dah beli tiket secara online,jadi pegi redeem saja la. Sebelum beli tiket tu,dah tengok ramalan cuaca dah. Nama pon cuma ramalan kan. Harga tiket adult rm54, children above 3yrs rm22, senior citizen rm 27. Harga ni skali dengan tiket untuk tengok panda. Kalo tak nak tengok panda, harga tiket akan lagi murah.

Dah masuk dalam, kami cepat-cepat nak pegi tengok animal show pukul 11 pagi. Tapi kene tahan plak untuk bergambar kat photo booth. Dah siap ada photographer dah dan tak boleh guna camera sendiri tau. The promoter,they kinda dont care yg kita rush nak pergi tengok animal show,dok paksa2 ambil gambar. Ok,dh bergambar,gambar tu kalo nak,kena beli ya. 7 keping rm110, dah promo katanya. Pastu I tanya dia kalau 2 keping je? Rm50. Disebabkan I beli tiket online, I dapat voucher,beli 2keping gambar,free 1 keping. So,pilih la 3 gambar,ambil masa nak keluar nanti. Masa ni hujan dah mula rintik2..

Rupa-rupanya tempat animal show tu tengah renovate! Dorang buat show dekat area children's world. Kecik dan sempit. Yang I sempat tengok dorang tengah buat parrot show. Tu pon celah2 kepala orang sebab sampai lambat kan. Show pon tak berapa nak menarik, hujan pun dah nak mula lebat, makanya kami pilih naik trem. Tiket trem ni pula adult rm5 and child/senior citizen rm3. Mula-mula I ingat trem ni jalan keliling, rupanya tak. Jalan sampai separuh je, then patah balik. Kami turun kat tengah2, sebab dekat cket kalo nak pergi tengok panda nanti. Lalu kat tasik yg masuk dalam cerita 'Masam-masam manis' tu, ada baanyakk flamingo. tapi takdok gambar, I takut camera rosak kene air.

Jalan2 sikit, pegi tengok Orang Utan and Chimpanzee. Ya Allah,comel gila okeh Orang Utan tuh! Then, masuk panda conservatory. Tak boleh bawak stroller dan air ke dalam. Kat dalam tu ada cafe. Tapi, pricing dia, MasyaAllah! Mineral 500ml is RM5.40! Mahal2 pon, kitorang makan je la kat dalam tu sebab masa tu Hussein baru bangun tido, agak bad mood. Total food for 4 people and satu mineral water dalam rm60++.

Sudah makan, kitorang masuk balik area panda tuh and pegi tengok baby panda. Boleh tengok through cermin saja but super cute tau! Macam anak patung. Rasa mau angkut balik! Hahaha! Then, keluar tengok bapak panda tengah makan. Anak panda boleh tengok time 2.30-3.30pm sahaja ye. Time yang sama jugak untuk feeding time bapak panda. Mama panda takde. tengah dalam confinement lagi.

Stranded at one of the cafe sebab hujan lebat
Bapak panda tengah feeding time
Ha, ada 2 keping ja gambar. Yang selebihnya dalam camera, I dah upload kat fb. Keluar dari panda conservatory, kitorang jalan2 tengok all the big/ganas cats. Reptile part, tak pergi pon sebab Hussein tak nak. Kesimpulannya, pegi Zoo kali ni kurang best sebab hujan. Tak boleh nak jalan2 sangat. Pastu a few places tengah renovation which for me macam kurang sesuai sebab holiday season kan. Keadaan dalam zoo tu pon macam tak terjaga sangat..

Till then,

Wednesday, December 2, 2015

Achievement 1,2,3!

Assalam and good morning!

Dah a few months Hussein join playgroup at Genius Baby On Board(GBOB) kat Puchong. Mula, saja try hantar nak bagi Hussein berkawan. Lagi pun,dekat sangat dengan rumah.

Takde la serious sangat playgroup dia. Ada sesi baca buku, learn ABC but phonic way, sensory play, and Art session. Alhamdulillah,menampakkan hasil. Semalam dah pandai kira 1-5. Sebelum ni, memang tau num 1-20, tapi tunggang terbalik and main hafal je. Means kalo tunjuk jumlah, he tak boleh nak bagitau berapa jumlah. Tapi semalam dengan jayanya dia boleh main2 jari tunjuk I 1-5. Ho yeah!

Hasil art session last weekend


Sesi baca buku. Mana nak cari children's islamik book in English eh?


Ni I curi from IG GBOB. Takleh tahan sebab cute sangat! Hahaha!!


Few weeks dulu. Suka la dapat main air


Mari mengira!

Memang suma aktiviti ni boleh buat sendiri kat rumah tapi mak dia ni tak berapa Istiqamah. Tak nak la anakku ketinggalan plak kan. Suma aktiviti kat sini,memang Hussein enjoy la except bubbles time. Entah kenapa,he taknak pop the bubbles. Penat kot. Cuma this playgroup kurang interactions dengan kawan2. Sebab activity dia,mak or bapak kena join skali. So,most of the time, child akan duduk dengan parents. But the good thing is they learn to listen to teacher. Takde la khayal dalam dunia sendiri je. Hehehe

Tahun depan Hussein will be 4years old. Kami masih berkira2 mau hantar Hussein ke kindergarten. Takut dia boring plak kena pegi school smpi 3thn before masuk skolah rendah. Potty train pon blom lagi. Tu slh mak dia sebab tak curi masa untuk ini. Huhuhu

Till then,

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 1, 2015

Spek oh spek!

Assalam,

Arini lambat lagi keluar rumah. Mencari spek mata!

Ada dalam 10-15min kot. Huhu. Nak pakai lens,dah keras kejung sebab lama tak pakai and tak tukar air(bad habit). Pastu teringat,semalam tido awal. Budak kecik blom tido. Bukak drawer nampak nih


Laaa,dia simpan dalam ni rupanya. Ni kalo balik kang tanya,mesti dia cakap mak sepah,tak simpan. He tolong me simpan. Huhuhu. Dah besar anak aku eh. Dah boleh harap 😄 Hahah!!

Disebabkan takde lens, makanya impromptu, I tengok2 contact lens color. Lama tak pakai lens color weyh. Order aura lens from IG. Kita tunggu tengok color yang I pilih sesuai tak dengan I. Hehe. Tak sabar oi!

posted from Bloggeroid

Saturday, November 7, 2015

Good morning sunshine!!

Assalam and Good morning!

Tengah golek2 lepak2 sambil cuci mata tengok budak kecik ni tido. Haaaa,psiko tak? Hahahaha!!


Fresh from oven nihh. Nikmat tak terkata. Macam ni la mak mak. Anak tido,sibuk p kiss,p gomol. Dah bangun nanti, pening nak layan 1001 soalan dia. Ada tak yang sama macam I? Hahahah!! Ok la, nak p iron baju,kang nak g wedding.

Happy weekend semua!
P/S: promo vitamin C Shaklee masih ongoing. Whatsapp je 011-3246 8087 kalo nak order ya 😃

posted from Bloggeroid

Thursday, November 5, 2015

Promo November 2015

Assalam semua,

Diam tak diam dah nak sampai penghujung tahun dah. Agak-agak, tercapai tak azam yang kita buat masa Januari dulu? I dapat capai azam I, tapi dua je la dari yang banyak2 dalam list tu. hahahaha! Jadi la kan dari takde :p

Ni nak cakap pasal supplement nih. Rasanya dah nak masuk 2 tahun kot I consume Shaklee. I consume ESP, Alfalfa, Cinch Shake and Lecithin. Tapi I ni tak istiqomah, on off makannya. jadi hasilnya pon agak on off la. Cuma I boleh rasa perbezaan la kat kulit muka, less jerawat,macam soft cket.

Sekarang I nak top up plak dengan vitamin C. Kebetulan plak bulan ni Shaklee ada buat promosi, macam tau2 saja dorang ni eh? Memang tak lepaskan peluang la beli. Sebotol ni, kalo consume sebiji sehari, boleh tahan 6 bulan tau! Murah kot. Vitamin C dia dikenali sebagai Sustained Release Vita-C. Ia bersifat larut air jadi, sesiapa yang consume Vita C, better minum air secukupnya at least 2-3 litre per day.

Then, again banyak je Vitamin C kat luar sana kan. Why Shaklee?
Sebabnya:

1. Berasaskan bahan semulajadi, berdaftar dengan KKM dan disahkan Halal
2. No animal testing
3. Lebih 57 tahun dalam pasaran dunia


So, cepat2 la grab peluang nih! Beli tengah offer ni, dapat jimat banyak worr

With Love,
Lyena


posted from Bloggeroid

Tuesday, October 6, 2015

Cincin owh cincin!!

Assalam,

Semalam I keluar rumah lambat. Sebab cari cincin tak jumpa. Habis keluar suma peluh jantan dah. Cincin kawen kot oi!

Memang selalu letak kat dressing table je. Dah give up,keluar je pegi office. Malamnya, I tanya Hussein, ada nampak cincin mak?

Hussein jawab there mak! There! Sambil tangan tunjuk ke arah dressing table. I pelik. Mana ada. Dah selongkar atas dressing table tu. Takde! Ok,Hussein show mak where is it, pleaseee

Dia bangun bukak laci cabinet SEBELAH dressing table.
"Here, Mak!"

I macam HAHHH! Hussein yang ambil rupanya. Padan i cari tak jumpa
Hussein kata "Hussein help. Mak sepah" dengan muka tak bersalahnya.. 😂 ok, rasa nak gelak guling2. Huhuhu..

Hussein kalo Hussein baca la cerita ni bila dah besar nanti, sila lah gelak guling2 jugak ye.


Suap sendiri!

P/S: my baby dah besaarr laaa

posted from Bloggeroid

Monday, September 14, 2015

Kren Runtuh di Mekah-Takziah..

Assalam,

Pagi ni tengah bersiap2 nak ke office, on tv tengok TV3. Diorang buat liputan pasal jerebu dan rakyat kita yang meninggal di Mekah akibat kejadian kren runtuh.

Telah dipastikan, 4 orang meninggal akibat kejadian tersebut. 

"Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan), Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan) dan Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dikenal pasti oleh pasukan perubatan Tabung Haji (TH) yang diberi kebenaran me­lakukan pengecaman ke atas 108 mangsa oleh kerajaan Arab Saudi di Hospital Arab Saudi.'

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3lfSjsWBn 

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Masa baru dapat tahu kejadian kren runtuh, I memang berharap sangat2 jemaah kita kalo ada pon yg terlibat, cuma cedera ringan. Ternyata I silap. Ada video yang tengah viral sekarang, tapi I tak sampai hati nak tengok. Semoga kejadian ini tidak memutuskan semangat seluruh bakal jemaah haji untuk meneruskan urusan rukun Islam yang kelima ini.

Semoga semua jemaah terutama dari Malaysia sentiasa dilindungi dari segala bencana dan diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah haji hingga selesai. Aminnnn

p/s: Cousin hubby jugak ada yang akan pergi menunaikan Haji tahun ni. Semoga selamat pergi dan selamat pulang ya D&D

Wednesday, September 9, 2015

Potty training?

Assalam

Haha!! Arini nak tak nak,kena jugak up entry. Kenapa? Sebab semalam adalah hari bersejarah!

Kisahnya begini, malam semalam Hussein cepat2 bukak seluar. Normal for him, bukak seluar bila nak poo2. Sebabnya poop dia sangat la 'wangi' sampai melekat bau kat seluar. Ewwww..i know! Hahaha! Jadi mak2 ni,suma benda kita check,sampai poop pon kita analyze 😂

Ok,Abah dia bawak pegi toilet. Lama duduk kt toilet,tapi takde hasil. I dah tido,bangun say hi kt Hussein kt toilet,then Zzzz(sorry Hussein!)..

Abahnye tunggu lagi..

Dan tunggu..

Masih takde hasil. Then keluar,sambung tengok Abah dia main game. Tiba2 cepat2 nak bukak seluar lagi. Cepat2 masuk toilet. Kali ni,menjadi! Yeshh!! Haha!! First time Hussein poop in the toilet. Maknanya he's ready for potty training. Maka,kene beli barang untuk potty training. Yang dapat I pikir adalah:
1. Seluar pendek banyak2
2. Alas tilam
3. Spender comel2
4. Mental yang kuat
5. Sabar dan sabar dan sabar


Latest picture. Snap sendiri dalam gelap guna my handphone
P/s: thanks Abah sebab tolong Hussein. Mak dah jumpa tilam, susah mau bangun balik. 😂😂

posted from Bloggeroid

Monday, July 27, 2015

Dah malam,kena ti??

Assalam,

Lama tak menceceh kat sini. Apa khabar?
Selamat Hari Raya!

Nak cite je semalam penat sangat,dah baring nak tido. Tiba2 rasa ada tangan kecik tolong cabutkan getah rambut from my hand. Pastu selimutkan I,tepuk2 bahu. Tiba-tiba...
Mak, shilau la! Dang....
Dak kecik nihhhh. Baru nak rasa comel dia nak tidokan Mak dia. Aishhh
Bangun tutup lampu,dua2 baring semula. Dah berpelukan,dah bismillah,pejam mata. Rupanya I dah tido,dia bangun pegi bilik Siti. Grrrrrrr. Asek terkene je tau. Huhuhu


Gambar takde kene mengene. Sekadar hiasan ☺

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 26, 2015

Avengers at Midvalley!

Assalam,

Sabtu 18th April 2015, bawak Hussein pergi tengok favourite dia,Avengers! Dah janji dari weekend sebelumnya lagi. Tapi masa tu Abah dia tak berapa sihat,jadi terpaksa lepak kat rumah aje.

Sampai je kt Centre Court tu,ada orang malu. Tengokla macam mana gaya dia amek gambar..

Ape kes senyum camtuh? Tak tengok camera plak tuh

Hulk strong!



Dah kurang malu. hehehehe
Kitorang sampai dalam pukul 11.00pagi. Orang memang dah start ramai dah. Berdiri lama gak la kat situ sebab nak gambar cantik tanpa ada photo bomb. Tapi hubby cakap muka I dah macam ibu kucing nak telan orang. I dah memang tak sihat. Telan panadol, gagah jugak sebab dah promise dengan Hussein. Pastu dah tunggu lama, sedap2 mau bertenggek ambil gambar. Memang menyirap la. Bergilir la ambil gambar. Semua nak gambar dia cantik kan?

Beratur nak cuba Iron Man 3D simulation
Sabar betul budak kecik ni beratur. Tak merungut langsung. Dekat sejam gak la beratur baru dapat try simulation ni. Tapi sayang, Hussein too cute, tak cukup inch. Sensor tak dapat detect dia. Salah sorang promoter selit belakang Hussein bila dia tak nampak dan dia la tolong gerakkan. Yang bagusnya, dia ikut ja apa Hussein buat. Hussein pon perasan la konon2 dia yg dok gerak. Hahahaha!!



Hulk kalah!

Thor Hammer yg berat amat oi!

Abah dia banyak tolong main games. both games kt atas kat station yg sama, tak payah beratur panjang. Agaknya sebab simple je kan, main pon cepat ja habes. Kat station ni dapat total 2 chop. Kena complete kan 4 chop, pastu dapat pilih hand fan yang dorang sediakan.
Lagi satu station ada game tembak2 untuk Captain America dan arcade game untuk Iron Man. Yang tu takde gambar sebab I yang bawak Hussein pergi main. Station yg ini, sejam jugak beratur. Then, dapat la pilih hand fan. Hussein haruslah pilih Ironman.
Both my boys happy siot. Well, I'm happy too!
Till then,
 

Wednesday, February 18, 2015

Main masak masak

Assalam,

Hussein tak pernah pergi indoor playground yang kene bayar tu. All this while,memang pergi playground biase or kt mcd or dekat hotel.

So, on 7th February 2015, first time la dia pergi yang kene bayar punya. Kecik je tempatnya,kt giant Kelana Jaya. Bayar pon untuk sejam ja. Facility dia tak banyak,tapi masih cantik and baru la. Hussein suka btol la dok kat sand pit sampai takmo keluar.


teropong ape tu?


Sibuk nak basuh tangan. Rupanya ada kitchen yang tak berapa nak kitchen sangat


"Hussein masak rice and egg"




Main slide few rounds je pastu sibuk masak. Oh anak,Mak belikan kang kitchen olok2 tu. Mau? Hahahaha. Overall,he enjoy la main kat sana even sekejap. Pastu tak ramai orang, so takde la rasa crowded sangat.

Till then,

posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers