my Friends

click2 laaaa

Saturday, December 31, 2011

Exchange Link

Assalam!
Vee tengah nak update list blog kat sebelah. dah cacamarba jadinya kan? tapi amek amsa cket la since buat time opis hour ni kan. hikhikhik. sapa2 yang nak tukar link sila la letak komen beserta link skali ek. nyatakan jugak anda m2b or b2b or just nak tambah kawan. hehehe. tenkiu! Big Grin

Thursday, December 29, 2011

Wednesday, December 28, 2011

shopping tv!!!!

assalam semua! maaf menyepikan diri. alkisahnya, plan last week, nak pindah rumah.tapi, tetiba tukar plan sebab rumah takde letrik! huhuhuhu. so, dah g setelkan dengan tnb. harap2 weekend ni ado la letrik nyer ha..
jumaat lepas, after tukar plan tak jadi nak pindah rumah, kitoarng g makan kat sunway piramyd.

before nak masuk parking tu, nampak ade banyak banner cakap ada exposale courts. i yang asal-asalnya nak p shopping kat jj, trus la cancel plan lagik. pas makan, berdesup ke exposale tu. tengok2 barang. masa tu, bahagian furniture, tak abes setup lagi. so, jalan2 kat bahagian eletrik. tengok2 tv. tapi ada fridge and washing machine jugak. and memang banyak free gift yang ditawarkan. since washing machine dah ade, so, kitorang takde la tengok2 kat part tu. dah belek punya belek, terbekenan dengan yang sony punya :p awal2 nak cari yang 40inch ja since rumah kitorang pon tak besar sangat. tapi bila tiba kat sana, rasa macam 40 inch tu kecik plak. ya, i know. dah rambang mata kan? hikhikhik

last2, kitorang decide amek smart tv sony 46inch. dapat free gift blu ray dvd player n wifi usb. siap die bagi lucky draw lagi. hubby cabut, dapat bola adidas. i cabut, dapat hdmi cable. from sony jugak. hehe. pricewise, i think sangat ok la. so, kitorang dah ade tv! yeay!! tapi, letrik plak xde. sob..sob..sob..

p/s: harap2 weekend dapat masuk rumah. aminnnnnnn. eh, tau tak kat mana nak beli perabot kat puchong? i mean, yang service die ok la. yang boleh delivery same day ker.. and tak mahal sangat.hehe

Friday, December 23, 2011

Minuman berais for preggers? Yummy!!

Assalam semua!

Siang tadi vee baru beli mag pa&ma,keluaran januari 2012. Sangat jatuh ati dengam gambar cover die.comel gler!!! Tak caye? Cuba tengok neyh..



Ok,im sucks at taking pic skang. Tapi gambar baby tu tido,tersangatla comel! Macam masa smokey n shirou tido.eh..eh..motip nak compare kan baby ngan cats? Hehe. Pastu vee ada terbaca yang ini jugak..



Kalo ikut jawapan pakar dalam mag ni,die kate no harm for mom to be and the baby kalo suka minum ais. In fact,itu bley jadi penyebab berat tak naik banyak. Sebab,bila minum air sejuk,badan kita akan jadi sejuk. Maka lebih kalori diperlukan untuk kembalikan suhu badan ke suhu normal. I memang suka gila minum air sejuk. Kalo tak sejuk,memang susah nak telan. So,pasni tak yah risau la dah kan? Bukan apa,bila orang2 tua tengok i minum air sejuk or berais,mesti dorang marah. Tak elok,katanya. Pastu takut baby besar. Hm..

posted from Bloggeroid

Thursday, December 22, 2011

Miracle

Assalam semua!

Miracle does happen! Hehe. Nak tau ape dia? Benda ni la..



Tetiba je berbunyi.padahal before ni,rosak. Orang kat bengkel la cakap rosak. Tup2 masa my opismate bukak,berfungsi rupanya.hebat! Magic touch btol kawan i tu kan.hehe

posted from Bloggeroid

Monday, December 19, 2011

Week 20

Assalam semua!
 
Dah 20 minggu dah baby ada dalam my tummy. ni adalah hasil scan masa checkup jumaat minggu lepas.

mula2, sampai, nurse suh timbang. time nih dah cuak dahni. ye la, i rasa lately asyik lapar jer kan. rasa macam makan banyak gila. suma benda i ngapp. pas timbang, tersenyum dengan lebarnya! hahaha!! Alhamdulilah.. berat last checkup, 63.4kg. checkup yang ini berat i adalah 65.1kg. fuhh! lega gila. ye la, dok risau berat naik banyak, nanti kena minum air gula. dahla air gula tak sedap kan? kan? orang kata tak sedap. i tak tau, i belom rasa. tapi, memang takmo rasa. hehe

Keseluruhannya, Alhamdulillah. baby membesar ikut progress. tapi, babay sangat la malu nak bagitau gender die. asyik sembunyi2 ja. hehe. takpa baby, mami ok ja. asalkan baby sihat. i ask doc pasal neurogain PB tu. he said, tu cuma extra vitamin ja. consume takpa, tak consume pon takpa. sebab untuk gantikan susu, pil calcium tu dah cukup dah. lega rasa.. tapi, i dah beli. i makan ja la untuk bulan nih. bulan depan, tak yah beli lagi. hehe.  pastu i tanya pasal kelas antenatal. my doc said, elok g masa 8 bulan. g awal2, nanti i lupa apa yang dorang ajar. die kate, nanti die mintak his nurse find out kan pasal class antenatal kat pantai since insyaAllah akan bersalin di sana nanti. tapi pantai ni yang lecehnya,  die ada 5 session berlainan ari. maksudnya class dia tu sepanjang bulan. every session pasal different topic. i prefer antenatal yang buat class 1 ari lumsum trus. senang nak pergi. takpe, bila dah 7 bulan ++ kang, baru i pikir nak g class kat mana. hehe


motip, letak gambar smokey? ni gambar semalam. smokey takleh berenggang ngan i semalam. yer la, i baru balik kan. sebab weekend jer, i tinggalkan dorang ngan jiran. so, dorang rasa kurang kasih sayang la kot. smokey tengah get ready nak cuci bulu dia masa ni.

dak shirou ni pon sama. tido celah ketiak i tau. tapi untuk semalam jer la. bilik i pakai kipas ja. kejap jer tido ngan i, pastu turun tido bawah. panas la tu. hikhikhik Big Grin

p/s: i dah bli lotion untuk strecthmark lagi. kali ni yang ada gambar ibu mengandung macam yang neyna cakap. thanks neyna! hehe

Thursday, December 15, 2011

pilih yang mana?

asalam semua!

semalam i gigih cari nursery n pasal tilam kekabu. yang tilam kekabu tu, i put on hold dulu sampai end of this month sebab nak tau gender baby dulu. and i rasa nak p cari kain sendiri anta kat tailor. hehe. bab nursery plak, tak berjumpa lagi yang dekat ngan opis and reliable. kalo sapa2 ada suggestion pasal nursery berdekatan upm serdang yang ok, silalah beri perkhabaran kat i ek.

 

then, arini i gedik2 dok search pasal carseat. em, i suka carseat yang color merah itam. nampak cantik and maskulin cket. tapi jangan ingat i dah tinggalkan pink tuuuu. pink still my fave color tau. cuma untuk carseat, i suka merah itam. pastu i nak yang boleh pakai dari newborn sampai umur 4 tahun. lagi, boleh recline to 4 positions at least. so that more comfy for my baby nak baring etc ecpecially when travelling for long distance. ok, antara yang i berkenan adalah:

Ferrari Cosmo Convertible Car Seat

mengikut yang i survey kat tenet skang, normal price die adalah RM899. Tapi skang tengah offer, jadik RM699.

 

Halfor Lucida Convertible Car Seat

yang ni plak, normal price dia RM759. Skang tengah offer, tinggal RM499.

 

Maxi-Cosi Opal Convertible Car Seat

normal price : RM1699. Offer price: RM1299

suma ni i tengok online jer. blom p tengok live lagi. erm, muat ke carseat neyh dalam kete i ek? kete i comel jer..risau tak muat plak..ermmm

Wednesday, December 14, 2011

Mana nak cari tilam kekabu?

Assalam..

Tengah survey2 kat tenet nak beli tilam kekabu untuk baby. De jumpa few blogshop,tapi tak sure mana yang elok. Plus tak banyak review kat blog lain. Ke i yang tak jumpa? Hm...

Mode adalah cuak sebab arini dah cukup 5bulan tapi preparation barang baby tak gerak2 pon. Huhuhu..dah halfway dah perjalanan i as perempuan ngandung rupanya...alhamdulillah..

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 13, 2011

next checkup

Assalam semua

me slalu lupa nak check bile next checkup. nasib baek tadi tergerak ati nak check kad klinik. next checkup i adalah pada JUMAAT nih!! owh, tetiba i cuak.. sebab i rasa lately i makan banyak. tambah2 masa balik penang aritu, berselera sungguh! matila kalo berat naik lebih dari 3kilos. i taknak minum air gula..huhuhuhu. baca kat blog2 mommy to be, dorang cakap air gula tu tak sedap! huhuhu. eh jap, klinik swasta pon kene minum air gula jugak ker? hm..

semalam perut rasa sangat tak best. berangin semacam jer. terpaksa mintak minyak panas dari member. tapi minyak tu tak panas sangat la. kira light2 jer la. pas sapu2 tu terus tertidur. rasanya mesti sebab makan sambal petai banyak sangat. tambah plak dengan durian kan. memang heaven la balik rumah. kalo dok lama2 kat umah, mesti demok balik. hahaha!!!! ni kat opis dah rasa mata mengecil. tak cukup rest la. rasa nak cuti lagi jer. tapi takut bazir cuti plak..

sangat2 berterima kasih kat my parents sebab sanggup melayan kerenah anak dorang nih. nasib baek i tak balik slalu kan.hehe

p/s: harap dapat pindah rumah sendiri as soon as possible. kunci dah dapat tapi kitorang plak takde masa nak mengemas suma..

Thursday, December 8, 2011

Checklist baby

Assalam semua!
dah lama nak buat list barang baby nih. asyik tertunda and malas jer. hehe. okeh, list ni i edit form list permata hati and i letak sbijik2 yg littlewhizz punya. penyakit ‘m’ nak merge kan dua2 sebab i rasa list littlewhizz tu berguna jugak. hehe. inilah list i. tapi tak semua i nak beli before deliver. ada yang akan i bli after deliver. hehe

Checklist baby (edited from permata hati)

Checklist baby 2nd (from littlewhizz)

Kasut??

Assalam! Nak tunjuk ni jer..



Sebijik sama dengan kasut reception i sebelah hubby.

P/s: i tak minat pon artis ni,nak tunjuk kasut tu ja.hihi

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 7, 2011

Stretch mark?

Assalam..

Went out for shopping. Xde cari pape sangat pon,cuma beli cream ni ja..



Why? Sebab dah mula nampak strecth mark! Huhuhu.bli kat watson.rm19.90 kalo tak silap.

Pastu beli jugak yang ini..



Sebab dok baca2 kat tenet,orang kata supplement ni bagus.nak try la jugak since i tak minum susu.pil calsium yang i consume,takde DHA rasanya. Next checkup,will consult doc,ok ke tak supplement ni. Beli kat watson jugak,rm51. Tahan untuk sebulan sebab ada 30biji ja.

Sempat menyinggah kat kedai v mum tadi.ok,baju die sume tak lawa. Tak kena dengan selera i,plus mahal weyh! Pastu ingat nak beli seluar. Tapi tak cantik design die..baik i beli kat miki maternity tu,padini punya.design lagi lawa,harga plak sama ja..comfort pon comfort sebab dah beli jeans sehelai.tu jer la jeans yang boleh pakai.yang len suma sangkut perut.hehe

Ok,nak sambung tengok garfield kt tv2! Cutenya!!

posted from Bloggeroid

Monday, December 5, 2011

gambaq baru?

assalam semua

sekarang banyak masa lapang. banyak masa nak godek blog. bosan juga rupanya bila takdak benda nak buat. or memang ada benda nak buat, tapi malas tahap dewa. hehehe.

dah tukar header. amek gambar dari album salah seorang OP yang dorang letak kat fb. Mohd Munzir nama dia. munzir ni assist ja. main OP i dah letak kat wedding review before nih. sebabnya? sebab suka sangat gambar ni. tak taula kenapa. cantik tak header baru i? any komen untuk memperbaiki blog nih? kot2 la nampak serabut ka..

Sunday, December 4, 2011

Simptom

Assalam semua..second trimester ni vee banyak ada simptom2 ni..

->pelupa.kadang tu vee dah halfway nak buat something,bley plak lupa. Macam tadi,dah nak tutup tingkap,tarik langsir dulu. Pas tarik langsir,bley plak lupa nak tutup tingkap..

->sakit kepala.memang selalu sangat sakitnya. Tak tau la sebab power spek rendah atau memang sebab pregnant

->asyik nak terkencing.kalo minum air je,mesti nak p toilet.malam before tido,memang vee elakkan la minum air sebab malas nak bangun p toilet.tapi bila kurang minum air,sembelit plak..

->sensitip.cepat je rasa nak nangis.tambah2 bila teringat ma abah kat penang. Memang dah slalu smokey&shirou tengok mami dia nangis

->suka teh o.before pregnant,memang tak suka pon teh o. Tapi skang ni,memang asek rasa nak minum teh o ja. Tapi kalo minum lebih dari 1 cawan sehari,mula la nak migrain..

Friday, December 2, 2011

Breaking dawn

Assalam..

Ini cerita minggu lepas.jumaat lepas sebenarnya. Lepas checkup,husband bawak p tengok citer breaking dawn. Yup! I memang folo citer tu dari awal.hihi





Suprise cket sebab rupenyer amek seat best. Trus order makan skali sebab blom dinner. Tapi food die tak sedap sangat pon. Biase2 je. And servis die pon kureng cket. Oh ya,bantal n blanket kne sewa,rm5. Kalo gsc,dah memang ade,takyah sewa2 pon. But i'm happy la.sebab dapat tengok movie tanpa sakit pinggang.hehe

Pe yang menarik pasal breaking dawn ni? Em,kalo memang fan,mesti kene tengok. Cuma banyak scene kene cut la and ending tetiba je. Kate pon part 1 kan.huhu. tapi wedding dress and wedding shoes bella saaaaaangattttt cantik! Jeles giler! Simple tapi menggoda! Owh,sampai skang terbayang lagi wedding dress die..

Nampak macam jacob dah kecik cket banding dulu.si edward plak macam berisi cket. Ke mata i je yang nampak camtu?

posted from Bloggeroid

Thursday, December 1, 2011

Movement?

Did i just rasa my baby move??? Wow! Hehe. Sambung tengok pasta balik.ngeee

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 30, 2011

18 weeks~

Assalam semua!

genap 18 minggu baby berumah dalam tummy vee. jumaat lepas, g checkup, Alhamdulillah semuanya ok. baby pon ok, tumbesarannya mengikut progress. vee ada cakap kat dr. Idris about the fibroid. but he said, its normal and tak mendatangkan apa2 harm. he just smile jer masa vee cakap tu. otai btol my doc. hehe Big Grin tapi i still nak g checkup kat klinik panel jugak, nak follow up about my fibroid. just to be safe la.

then, cakap kat doc, nak tengok gender boleh? first time datang scan, baby tak bergerak sangat. agaknyer sebab before that, i tido, maka baby pon ikut tido kot. hehe Winking sebab selalunya baby i memang aktif bergerak. tambah2 bila tengah scan. disebabkan baby tak bergerak sangat, pastu kakinya plak bersilang macam keadaan tengah bersila, maka tak dapat la nak tengok baby bi gegerl ke boboi. baby malu ya ngan abahnya? hehe. takpe,  next checkup, try intai lagi ya. hikhikhik Batting Eyelashes 

pastu, ari sabtu, gerak p jb. ada sedara hubby bertunang. since i pon rasa nak p jalan2, maka bergerak la kami kesana. taaaaapi…..

tak sempat pon nak jalan2 sangat. even my bestfriend pon i tak sempat jumpa. mana taknyer, 1st time pergi johor kan. sedara hubby plak ramai jugak kat johor tu. maka bergerak la kami dari sebuah rumah ke sebuah rumah sedara, buat tour plak..seb baek sempat jugak p pandan, cari dvd citer. sambar citer vampire diaries, merlin n pasta(korean drama). tu setengah tahun layan, baru abes sume citer2 tu kot Tongue

tu saje la citer wiken i. i rasa yang best sebab dapat tengok his aunt bertunang and dok hotel best jer la kot. other than that, biase2 jer la. am waiting bila dapat balik penang. i rasa nak balik lama cket. cuti jer la. memang start sok i cuti pon. xtau sampai bile cutinya. nak bawak balik smokey n shirou skali. em, perut pon tak besar lagi, boleh ni kalo nak drive balik. kan? Big Grin

Tuesday, November 29, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Fibroid..

Assalam semua!

pagi tadi vee teman member opis g klinik panel. die pregnant jugak, 3weeks earlier dari i. die ngadu perut die sakit. so, i teman la die. dah kebetulan p klinik, i pon checkup la skali. padahal my appointment for next checkup jumaat ni tapi klinik len. hehe

masuk arini, i dah 17 minggu! Alhamdulillah.. Big Grin i prasan bile i baring malam2, cam sakit kat bahagian bawah perut tu. tapi sakit sikit2 la. doc kate takde pape, maybe muscle je kot. then, i mintak doc scan. berat baby arini dah 169g. saiz kepala n saiz pehanya pon dah cecah 16w 5d. baby aktif sangat. masa start scan, baby dalam posisi macam tengah sujud. tengah2 scan tu, baby gerak2 kaki tangan suma. syiokk tengok. pastu kan, kaki baby terkangkang. so, nampak la gender die. hehe. lagi la i senyum lebar . cuba teka? Winking dah syokk2 senyum2 tu, tiba2 dengar doc cakap..

“ni ada fibroid ni” aku macam..hah?? pe tu? fibroid?

doc pon explain slalunyer fibroid ni akan flatten sendirik. saiz fibroid i tadi dalam 2cm x  3cm. doc kate jangan risau, kita just monitor je through every checkup. balik dari klinik tadi, memang dok terngiang2 jer. dah sampai opis, trus google pe benda la fibroid nih.. ni pon i tengah membaca lagi. mostly cakap fibroid ni tak bahaya.

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka. 70% wanita yang ada fibroid ni, fibroid diorang tak membesar and tak mendatangkan bahaya atau mudarat la. fibroid ni boleh dijumpai kat sebelah dalam dinding rahim,luar dinding rahim atau di saluran rahim. simptom fibroid yang saya jumpa:

  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

ok, simptom yang i ada, sakit semasa haid. memang senggugut hebat giler la. pastu skang ni macam dah start sakit pinggang tapi rasanya tu biasa la kan time pregnant nih. sembelit and kencing kerap plak happen jugak time pregnant nih. hm..

Komplikasi Fibroid Semasa Hamil

* Keguguran. Fibroid boleh meningkatkan risiko keguguran semasa hamil sekiranya janin tersebut melekat pada fibroid

* Kelahiran songsang

* Rasa sakit akibat degenerasi sel-sel fibroid (fibroid mati)

* Rahim kelihatan lebih besar daripada biasa

* Pembedahan caesarean

Sekiranya fibroid yang besar tumbuh di bahagian bawah rahim, ia boleh menghalang proses kelahiran secara normal. Sehubungan itu, pembedahan caesarean diperlukan.

Malah, sekiranya terdapat lebih daripada satu ketumbuhan fibroid dalam rahim, doktor juga perlu berhati-hati semasa melakukan pembedahan membantu kelahiran bayi.
Pembedahan mungkin agak sukar jika fibroid tumbuh pada bahagian bawah rahim.
Selepas bersalin, risiko pendarahan adalah tinggi (post partum haemorrhage).

tengah sambung baca lagi, tengok ada ubat tak..

Monday, November 21, 2011

Tal puas ati!



Saya sangat geram! Saya da tido nyenyak tadi. Tibe2 terjaga dengar orang jerit2. Mami pon sama. Huhu. X puas ati nih! --> smokey

Takpela terjaga,msia menang yang oi! Hihi

posted from Bloggeroid

Saturday, November 19, 2011

selamat pagi cinta!

Assalam semua!

pagi ni matahari bersinar dengan garangnyer! garangnyer? apa punya bahasa la i pakai ni. marah cikgu bahasa melayu i dlu. i tengah tunggu baju siap cuci, so abeskan masa depan lappy jap. hubby dok syiok tido lagi. biarlah die. semalam die tido lambat, men game punyer pasal. hehe. i? pukul 11 malam dah tido! hahaha!! gila awal kan? Open-mouthed smile

i dah ada list untuk barang baby yang nak dibeli. nanti i tepek kat sini ya sebabnya list tu tertinggal kat opis. i ada yg hardcopy ja. nak taip balik, macam gigih plak kan. tapi i alter ja list tu dari list2 yang ado kat internet ni. cuma i tengah confuse nak beli mana yang mana satu dulu. pastu arini kan nak g mid tu kan? tengah pikir nak beli terus ke, nak tengok2 ja? hm…kalo beli, kat mana plak i nak letak. bilik ni dah makin takde space dah. bila la i nak dapat kunci umah. pikir pasal umah memang boleh buat darah i mendidih. nak aje i hentam lawyer tak guna yang lembab tu. sabar2x.. pagi2 tak elok marah2 kan?

ok la, perut dah berkeroncong nih. skang ni memang cepat gila lapar. baru makan ja, dah lapar lagi. double chin pon dah ada balik. tu tandanya i makin gemuk! hahaha!! tata! selamat bersarapan! Smile

Friday, November 18, 2011

Thursday, November 17, 2011

tetiba

rindu calla lily. motip tetiba? sebab asyik dok nampak bunga ros jer kot. hehehe

Pesanan Ma

Assalam semua!

Baru pas sarap nasi goreng ngan telur mata. tapi tak abes lagi, ada lagi separuh. Alhamdulillah, tekak boleh terima food arini. tapi kene rajin p kuar beli la sebab tekak ni cepat rasa bosan dengan makanan dari tempat yang sama ja. pagi tadi, terjatuh terduduk. sebabnyer cubaan nak halang smokey dari terlepas dari bilik. laju jer die menyusup keluar. nasib baik i takde pape. cume perut terasa sengal sikit. tapi kejap jer. skang ni, sengal tu pon dah ilang. alhamdulillah..

semalam ma call. borak2. ma tanya, perut dah nampak ka? erm, tak nampak sangat, nampak macam muncit ja. sebab memang before ni i badan besar, so, tu yang tak perasan kot. hehe. pastu ma bising la cakap jangan dok pakai baju tshirt ketat2, nampak perut dok bulat ja. haha!! nak buat camna, dah baju tu kecik. kene salahkan baju tu la nape die kecik. hikhikhik. i bagi alasan kat my mum yang baju maternity mahal. memang btol kot! hehehe. ma kate, takpe beli jer. bole simpan,nanti boleh pakai lagi. ala, bape kali sangat la nak ngandung kan? hm…tapi kan, tapi kan, dalam diam2 i dah ado maternity jeans n 1 t shirt. yup! just one. i rasa, i nak start tengok2 nursing blouse kot. boley pakai lagi pas pregnant kan? tapi… i dah terbekenan dress kat POPLOOK! camno nih?? motip nak shopping lagi? tapi, insyaAllah, sabtu ni i ngan hubby akan ke satu tempat sempena ini ----->

2nd Maternity & Children Expo

18-20 November 2011

MIDVALLEY CONVENTION CENTER

jom ramai2 ke sana ek! Big Grin

p/s: kat opis sekarang ni tengah berkumandang lagu-lagu selamat pengantin baru khas untuk opismate yang akan berkahwin hujung minggu neyh. hehehe

Wednesday, November 16, 2011

Bacaan..



Mag yang I baca sekarang.Ada 1lagi,Tapi kawan pinjam.sangat teringin nak beli diari Hamil Tapi tak jumpa2 lagi..

Posted via Blogaway

good news!

Assalam semua!

semalam vee dapat good news. 1 of my blogger friend  dah pregnant! happy giler masa i dapat email dia. memang dah rasa nak terlompat-lompat dah, tapi xleh la lompat. kang baby pon nak lompat jugak. hikhikhik. memang i sengih lebar jer depan pc. syukur alhamdulillah..i harap dia jaga diri die leklok. jangan buat keje berat ya dear Happy

pastu sebelah petang plak, tibe2 dapat call dari kawan lama. cakap nak jumpa. memang kitorang ni dalam satu organisasi, tapi jarang sangat jumpa. tapi i slalu la check fb dia. sebab dia suka sangat berjalan. hikhikhik. rupe2nyer die bawak adiah utk i! fuyyo! tetiba jer. die kate merangkap adiah kawen i la. suka2x. dapat adiah, sape yang tak suka kan? i dapat neklace, chopstick n fridge magnet from china. ni yang rasa nak melaram nih. ngehngehngeh Winking pape pon, tq ya! terharu sungguh ko ingat aku weyh. aku doakan aku cepat dapat walimah ko. heheheBig Grin

bagi i plak, arini, dah cukup 14 weeks baby ada dalam my tummy. perasaan? nebes ade, excited ade, sume ade. alhamdulillah, morning sickness dah kurang. cuma i still muntah pagi2 and tak bley bau orang masak. kalo bau jer orang goreng ikan ke, goreng ayam ke, terus otak i cakap bau tu busuk.huhuhu. kadang2 i macam lupa i pregnant. agaknyer sebab blom rasa baby gerak2 kot. tapi masa last checkup aritu, baby i aktif btol gerak2. i rasa i dah kene start buat list barang baby. dah tak boleh bertangguh dah. sebab nak kena beli cket2. bli sekaligus, mau botak kepala hubby. hikhikhik Big Grin

bab makan plak, dah de selera makan cket. cuma i sangat tak lalu makan makanan yang dekat cafe opis nih. agaknyer sebab tekak dah biase sangat kot dengan tempat tu. pastu kan, kalo i tertengok jer gambar makanan yang nampak sedap, mula la teringin. macam sebelum ni, ternampak food kat sakae sushi. rupa dia macam tako tako yang slalu jual kat jusco tu. terus asyik teringat jer. hadoila… n i really miss my mom’s cooking. dah lama tak makan masakan ma. hm.. Thinking

p/s: patut arini wordless wednesday kan, tapi arini la tibe2 up entry. hehe

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers