my Friends

click2 laaaa

Thursday, December 18, 2014

Hussein marah!

Assalam,
Lama tak jenguk kat sini. Nak mengadu nasib la. Pagi ni kene marah ngan Hussein! Ok,kesat air mata dulu. Ceritanya gini..

As usual, Hussein still tido masa angkat dia nak masukkan dalam kereta. Letak kat carseat, dia mamai cket. Tangan dok hayun-hayun. Pastu i nak btolkan tangan dia. Mata pejam lagi,boleh die marah cakap
nak salammmm! Huhuhuhuhuhu. Sadisss. I pon okay,nak salam. Hulur tgn bg dia salam. Matanya still pejam ye. Allah anak! Ni yg rasa mau EL aje nih. Kan best kalo bley dok umah. Tapi sapa plak nak bagi ongkos mau shopping. Hahahaha!

Till then,

posted from Bloggeroid

Friday, October 17, 2014

Konon-konon juicing

Assalam,
Salam jumaat!
Ni cite semalam. Baru 2-3 buat juice. Everytime pon different recipe. Konon2 nk boost weight loss la. Tapi derhaka recipe,g letak pisang! Kalo tak,rasa kebuluran. Hahaha

Ada terbaca somewhere, juicing patutnye 40% fruit, 60% veggies. So,semalam ikut la rate tu. Letak epal hijau, salad, celery, carrot and halia cket. Hasilnya


Super tak sedap okeh! I buat satu tumbler tu, mampu minum half je. Punya la x yummy! Last2, sebab nak abeskan jugak,i add in soya. Hahahha,cheat lagi! Memang x berhasil la weight loss ni jawabnye. Tapi,akan diteruskan jugak kot sebab using this way, I makan veggies lebih cket. If not, memang ciput sangat or tak makan langsung! Hahaha

Till then,

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 15, 2014

Mom baby expo 2014!

Assalam,

Ada baby sale coming soon! Located kat midvalley.

Masa Hussein dulu,i pegi sale kat Midvalley nih. Dua kali kalo tak silap. We bought stroller, car seat, diaper(a must!), bedding set for his cot. Yang lain,tak ingat dah. Hehehe.

Do check it out!
posted from Bloggeroid

Tuesday, October 14, 2014

Smokey kena bite!

Assalam,

Weekend aritu bawak smokey g vet. Sebabnya kening dia dua2 dah luka. Takutt!

Doc suspect kene gigit something. Sebabnya cuma die kening aje,tempat len takde. Kening plak botak cket kan,senang la nak gigit. Mujur tak serious. Alhamdulillah..

Sungguh tak sangka, kene gigit benda kecik je. Masa doc tunjuk bacteria dlm darah dia,agak ngeri gak la. Huhuhu. Pasni kene pasang jaring lagi halus kt tingkap tuh. Kelkatu n lebah kecik tu suka masuk pagi2.

Sudahnya,makan la ubat selama seminggu ye

Bersilat nak bagi makan. 1 session, 1 scratch. Huhuhu. Sayang punya pasal, turutkan aje la..hehehe

Till then,
P/s: gambar luka smokey xde. X amek plak. Nmpk cm kita luka biasa ja
posted from Bloggeroid

Monday, October 13, 2014

Random facts

Assalam,
Ini budak dh banyak akal


Dah banyak words boleh sebut. Dah pandai demand. Pantang nampak toy r us! Tapi bila keluar dari kedai,tak ingat dah nak beli toy. Main dalam tu je. Selalu memang beli simpan. Later baru bg. Macam suprise gitew. Hehehe


Tak abes2 ngan phone pink. Tinggi last month 82cm. Bulan ni,blom ukur.
Rasa mau balik peluk2 takmo lepas. Tapi bila dah jumpa,asek la dok gaduh. Hahahaa! Normal kah? Normal kot kan.

Dah pandai tido katil sendiri. Even katil tu sebelah je katil kitorang. Hehehe


Till then,bye!

posted from Bloggeroid

Friday, July 4, 2014

6th Ramadhan- Sahur with lil boy!

Assalam,

Arini 6th Ramadhan, Hussein bangun sahur!! hussein tersedar, pastu dok peluk I. Taknak lepas2 plak tu. Siap suruh baring balik sebelah dia. Adeh.

Sudahnya I bawak die turun pegi dapur. Duduk kat seat, akak sedara bagi dia makan epal. pagi2 buta makan epal. Yang kelakarnya, suma orang cakap kat Hussein, after this, go back upstairs, tido okeh. See outside, gelalp lagi. Hussein pon, iye kan aje sambil sengih2. hehehhe. Rugi tak bawak phone tadi, if not boleh snap his pic. aishhh

Naik atas, bilik gelap lagi. Memang I suruh baring tido. Suprisingly, he baring and trying to sleep! baiknyaaaa anak aku nih! hahahaha! tapiii, tiba2 he bangun balik mintak air. okayy, mak bagi air ye. Memang his habit dah minum air malam2 sebelum tido. Tekak kering agaknya. Nasib lepas tu baring and tido balik. Alhamdulillah...

Thursday, July 3, 2014

Throwback- Langkawi Day 1

Assalam semua!!

Entry holiday yang terperam kat draft. Holiday dekat2 ja. tapi beli tketnye dah lama sebab nak harga murah punya pasal kan. hikhikhik. Here is the story, untuk Hussein baca bila dia dah besar nanti :D Entry yang penuh dengan gambar. ngeeee

Sabtu (19/4/2014)

Our Flight pukul 9am ishh. So, pukul 7.30 gerak from Kelana Jaya. Masa sampai airport, Hussein nanges sebab ingat Angah tinggal dia kat situ. Angah balik naik car kan, selama ni dia jalan naik car aje. Kelakar la Hussein nih!
Bekpes hash brown
 Hussein tak mandi pon pagi tu. I salinkan baju dia pon, dia tak sedar. Cuci muka ja. Nasib la nak. Awal sangat nak bagi kamu mandi. tapi kan, I kiss Hussein bau wangi ja. hahahaha!!
Asek la nak buat action melompat. Siap suruh orang pegang kiri kanan plak tu. First timer for Hussein!

Hussein nak meraba la tuuuuuu

Leka tengok stewardess dok bagi instructions pasal safety

Sibuk nak baca jugak buku tourism tu
 Masa nak takeoff, I suruh Hussein minum air, die taknak. Pastu marah2 suruh tutup window shade tu Nak takeoff, mana boleh tutup kan. nak bagi die leka, ajak la baca buku, borak2. I perasan masa takeoff, Hussein ada pegang telinga dia. Sakit agaknya.. Kesian anakku..
alaaa, Hussein yak tengok camera ponnnnnn. Khayal layan video kat my phone

Dah sampai!!!Panas oi!

Tunggu luggage
 Dah sampai airport, tengah tunggu luggage, I call orang kereta sewa. Dia kata, okay, orang dia dah ada kat sana. Keluar dari balai ketibaan, ramainya ulat kereta sewa kat situ. Siap dok main teka2 kata nak sewa kete ape. Viva ke, vios ke. I dah keliru, mana satu orang yg i tunggu. Keluar terus tunggu depan pintu.

Ada mamat ni datang tny ade kete sewa ke. i ckp yes. dia tny lagi sewa kete ape. dahle panas gila time tu, lagi panas bila stranger tanya bukan2. bengang, i jawab je, nape nk tau saya sewa kete ape. awak sape. pastu dia describe i dah bagitau kat tepon cakap pakai baju hitam, tudung purple. haaaa, btolla. hahaaha!!ok, sign2, dapat ketenye. Alhamdulillah, condition kete elok and dalam dia bersih la jugak.
Mr Hubby aka our tourist guide sepanjang kat sana.lappp u la honey!

Ada budak kelaparan!

here we are! hehehe

isi minyak dulu. banyak stesen buraq oil kat sini.

aik, dah tido dah. penat eh?

waiting for lunch
We makan kat kedai arab kat cenang. Sebab pergi hotel, takleh check in lagi, bilik not yet ready. ok ar, not bad food dia. sedap! and portion dia banyak ye. pas makan, tersandar terus :D
my happy boy!




hotel's lobby
Around 3pm ish kot kitorang back to hotel for check in. I xde plak amek gambo lobbynyer. Proses check in pon tak lama sangat, tak ramai orang pon. kitorang stay kt Bella Vista.Amek bilik for 4 people. Book tru agoda, murah la compare kalo book direct. Puas ati la biliknya. hotel, review kat enry lain ek.

Rehat with Siti
Petang tu pergi Dataran Lang. Hotel kitorang kat Pekan Kuah, so agak dekat la nak pegi Dataran Lang ni. Best oi, berangin je rasa. Memang dok kat pulau ni rasa macma holiday la. I wonder macam mana orang2 Langkawi sendiri keje camne. Santai2 gak ke? hurmmmm




Siap ada live band kat Dataran Lang ni. Hussein suka. Lama gak die lepak situ tengok. Siap ad minah Arab ni tolong dance ikut rentak lagu. Malamnya, dinner seafood. owh, nyummy!!! dinner tu sambung next entry la ek. Nak sambung buat keje. hehehhe



Tuesday, June 17, 2014

phone mainan?

Hi All,

last two weeks, sedey gila! tetiba je my phone cannot charge. nak cabut bateri, bateri built in. haihhhh....terbiasa dah ada phone kan, macam sewel ja takde phone. ahad, dah start takleh charge. isnin, tangan gatal gila nak tekan2 phone. boleh? hahahahaha. mengada la ko vee :p

petang isnin, adik sepupu bagi pinjam tepon. alhamdulillah, syukur! tapi tangan still gatal nak check fb, instagram bagai. phone tu boleh online biase je. hurmmmmm..selasa, anta phone g service centre. dia kata kene tunggu sebab skang banyak phone in queue. estimation, dalam seminggu lebih jugak phone kesayangan tu masuk clinic. haihhhhhh...... mengada tahap dewa, petang tu jugak pegi cari backup phone :D

phone murah2 ja, pergi cari kat directd, subang jaya. harga dia murah dari tempat lain. tapiiii, nak kene tau phone apa nak beli. pegi sana, terus beli ja. takde belek2, tanya2. orang ramai gila macam kat pasar malam. dah rasa macam dorang tengah jual phone mainan plak.hihihi. tapi, phone yg i nak tu takda, murah gila kot rm299, tapi smartphone. makanya, amek la yang mahal cket.

this weekend, mau relax2 ja. sebab i dah pokai. padan muka sendiri. :p

Tuesday, June 3, 2014

Alhamdulillah

Assalam,

Arini sebak tengok gambar ni. Even bukan pic my abah,but my abah gi through the same thing.

Keje susah payah,makan ntah kemana sampai dapat acute gastric. Orang yang tak mengalami,takkan paham apa perasaannya. Tau nak kondem ja kan.cuba bersyukur sikit ada orang sukarela nak tolong tangkap all the penyangak,penyamun dsbnya. Bayar gaji pon,ko ingat gaji tu setimpal dengan apa yang dorang lalu setiap ari?? Jangan sebab sorang dua yang makan gaji buta,abes satu batalion ko hentam. Tu mangkuk namanya. Gambar pe yang i tengah cakap kan? Gambar bawah ni..



Ok,sambung keje.lunch hour tamat

posted from Bloggeroid

Monday, June 2, 2014

Hair cut!!

Assalam!

sabtu lepas bawak Hussein pegi gunting rambut. Masuk kali ni,dah 3 kali dah. 1St time guntibg rambut,kat kedai mamak. Nanges bagai nak rak budak itu. Maknyer pon rasa nak nanges sekali. Huhuhu..tambah2 potong pendek abes. Lama gilr nak tunggu rambut panjang.

After that memang g saloon je la. First time p saloon,dia ok ja. X nanges pon. Ralit main superman and batman. Second time g,dh mrh2 a bit,refuse to gunting. Tapi pasang video ironman,die dok diam.

Sabtu lepas,3rd time. Tengah tunggu turn,elok je joget2. Datang je orang yg nak gunting rambut tu dok belakang die,terus nanges bagai nak rak. Sudahnya,abahnye peluk,maknye pegang kepala die. Seksa weyh! Sebelum gunting,time tunggu turn



Lepas gunting,tapi dah mandi,dah balik umah.



I kene trim sendiri bahagian belakang. Tapi cket je la. Pasni,nak gunting rambut,kene cari idea camne xnak bagi meronta-ronta. Ke i kene blaja trim rambut Hussein sendiri? Hurmmmm. Camno ek??

posted from Bloggeroid

Monday, May 26, 2014

Third time!!

Assalam,

Semalam kan kali ketiga i tengok Istanbul Aku Datang!

ok, yg pertama tu,tgk 10min je pastu tertidur. Second time tengok smlm kt astro. Tu pon 10min yg tengah2. Pastu kene kuar. Then mlmnye,i pegi tengok online. Berjaya! Comel rupenye cite ni. Macam cite korea gitu. Tapi hero kurang hensem la dari cite2 korea tu. Ok,kurang banyak ye. Huhuhu. Tapiii,lisa cute sangat!!!!!

Dah tengok cite tu, tup tup la rasa nak p Istanbul! Mula la berangan kann. Muahaha!! Ok,malam ni nk sambung tengok vampire diaries and antm 20. Orang dah habes layan,i baru nak layan. Ngeeee:p

Till then,tata!
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 25, 2014

Innalillah..

Assalam,

I tertidur early malam ni. Woke up at 1.30am,terjaga.

Scrolling whatsapp group, scrolling fb, read the latest news about MH370. Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allhahuakbar!! Read the PC script by Najib. Air mata menitik. Finally, it's confirmed! Innalillah.. Despite this, deep in my heart i still hope all the passengers are safe somewhere. I do hope that some conspiracy theory that i read before is true somehow so that all the passengers are safe somewhere.. i can't imagine what the passengers are going through detik the plane ended..

We keep asking our government what is the result. Latest announcement was done after they done some calculation. And i can still see on the fb,there are some poeple who still feeling suspicious and tak puas ati. Stop being a keyboard warrior,man!! U don't even join the rescuing team! How should you know the real situation then? Do you guys think it's easy to announce it crashed? please show some respect to the family members. They just received heart wrenching news. Condolences to those all family members. Al fatihah..

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 19, 2014

Rezeki ari ini

Hye!!

Orang belanja, memang sedap kannnn


Nyum nyum!!! Thanks opismate!

Oh ya, Hussein nak menyelit jugak.


Hussein with Auntie Wie. Mula mula malu kucing dak tecik ni.

Sekarang not,Hussein macam tengah mengalami separation anxiety. Kalo nak pergi keje pagi, memang nanges2 sedey tak bagi i pegi. Pastu everything pon nak mak buat. Mentang2 skang dah pandai panggil mak, sikit sikit je makkk makkkk. Hahaha!! Baru 2weeks++ kot pandai panggil Mak.

Baca kat tenet, katanya umo 18mo sampai 21/2.so,wait and see la. Kalo pagi i g keje die terjaga, mesti rasa cam xmo g keje.alahaiiii

posted from Bloggeroid

Saturday, February 15, 2014

Hussein dah big boy!

Assalam,

Malam ini 15 feb 2014, dalam sejarah! Umo Hussein setahun 9bulan 3hari!


Hussein tido sendiri dalam cot dia. Dulu-dulu masa kecik, memang die tido dalam cot. Tapi, maknyer malas nak angkat kuar masuk pas bagi susu, plus macam best je tido peluk dak tecik, maka cot pakai siang ari je. Huhuhu..

Dalam minggu lepas de few days Hussein tido sendiri tapi sebelah i. Dah nyusu suma, dia takmo tido lagi, maknyer lelap dulu. Hahaha! Tengok macam dah boleh je layan diri, tu yang malam ni test tengok.

Tu pon umpan baik punya tau. Mula2 bagi tengok video baby duduk and tido dalam cot kt youtube. Siap de satu video tu, bapak die masuk skali dalam cot sebab nak tidokan anaknye. Hahaha!! Klaka siot! Sambil tengok video,sambil promote kat hussein, cakap friends suma tido dalam cot. Pastu timbul idea. Tinggg!! Masukkan Hussein dalam cot,dgn i skali masuk! Untung cot ni kukuh. Ngeeee. Pastu cari alasan nak ambil air die, untuk keluar dari cot. Hussein ok, terus maknyer tinggalkan dia dalam tu.
Dah lama cket, dah sampai time tido, tengok Hussein dah macam ngantuk, tanya dia,lights off? Hussein cakap off off, off lampu bilik, on night light, tutup tv. And my big boy pon baring sambil nyanyi2 and tertido! Tak tau la terjaga tengah malam ke tak ni. And if terjaga, tak tau la die akan nanges ke tak. Hopefully sampai pagi. Aminnn

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 21, 2014

Say cheese!

Assalam,

Hussein jalan2 cari makan kat alamanda. Pergi cold storage, ini yang die berkenan.


Hahaha!! Mesti sebab gambo mickey tu.

Pastu g makan, I order mihun tomyam. Untuk Hussein, I order American fried rice sbb itu je yg x pedas. Boleh tak waiter tu ingat both dishes I punya???? Huhuhuhu. Sadis disitu ya.. pastu kan, paksa Hussein amek gambo ngan mak dia. Hihihi






Tengok tu, sampai kene pegang tangan dia sebab nak suh dok diam! ngeee


Lighting buat Hussein nampak macam patung gtew. Padahal x edit pon sebab malas. Hahahaha!

Thank you abah bawak Hussein and mak jalan2! Muahhh!!

posted from Bloggeroid

Monday, January 20, 2014

Throwback!

Hahaha!!










Ntah camne bley tersepit camni. I gelakkan dulu before tolong sebab kelakar sangat!! Ala,bukan death threat pon kan. Hehehe. Tu la,kreatif lagi, panjat sana sini. Kan dah stuck. Hahaha

posted from Bloggeroid

Friday, January 17, 2014

Till we meet again..

Assalam,

Today is the last day for one of my colleague. We just go makan2 kat rakuzen to celebrate her..ye la,not easy nak kuar dari comfort zone tau.

I rasa orang kat rakuzen tu pelik tengok kitorang. Mula2 punya la happy gelak2 x ingat dunia. Pastu tetibe masing2 nanges plak. Sampai bengkak2 mata. Alkmaklum la,time sharing, sume memory terbayang balik depan mata kan..

To her, all the best di tempat baru. Bak kata Margareth, kami suma akan kangen sama kamu. All the time we spend together even sekejap tapi macam dah lama je kenal. Minggu2 akan datang, mesti rasa pelik tak nampak kete merah u too. Aish, I can feel tears coming already..
Anyway, sempat jugak la bergambar kenangan sebelum balik. Abaikan la muke masing2 yang serabai tu ye.Sebab slalu in office ja kan, nak amek gambo pon macam xde mood gtew









P/S: jgn lupe jemput kitorang time u kawen tau. Tau! Hehehe

posted from Bloggeroid

Thursday, January 16, 2014

New year's eve

Assalam!

Selamat tahun baru! Lambat btol I wish ek. Kira belated la kan. Hehehe.

New year's eve aritu I and family in law pergi tgk fireworks kt klcc. Stay 1night Kt nearby hotel. Tak turun pon,tengok dari bilik je.

Lama gak la fireworks tu, dlm 7min. Hussein first time tengok fireworks. So,die mcm takut cket..tengok dari hall, die berani, tengok btol2 depan tingkap, die xmo. Maybe sebab bunyi kuat sangat kot. Pastu gaya fireworks tu turun pon macam ke arah kitorang..hehehe


Hussein kt sofa


fireworks cantek


Multi tasking! Hahaha

posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers