my Friends

click2 laaaa

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Post Wedding!

assalam peeps! tenggelam timbul LV skang ni kan. hehe. pakej yang LV amek masa kawen dulu de post wedding. tapi tak tau bila nak buat. tup2, hubby kate ahad ni. OMG!!! nak pakai baju pe nih? konsep dah tau dah, ala2 urban la kot sebab around city jer time sunset. hehe. tgh pikir nih..either cari t shirt cute, pakai sedondon atau die pakai tshirt i carik dress putih comel. comel ker? comel kot. hahaha!! sempat ke nak p shopping nih. hm.. props pon tak tau nak bawak pe. hm..camno nih? camno nih?

 

Friday, July 15, 2011

sesi nikah 2 julai 2011

assalam peeps! dah sudah kawen, blur jap. tak tau nak tulis ape. hm… ok la, review pasal nikah la.

i nikah ari sabtu,2 julai 2011, dijadualkan pada pukul 10.00 pagi. memang pagi tu bangun awal giler. dahle malam sebelum tu i tido kul 2.30 pagi. so, i slept about 4 jam jer. memang new record la sebab i ni jenis yang tidur cukup 8 jam. hehehe. i request nak nikah kat umah tapi tok imam insist nak jugak p kat masjid yang jauhnyer cume 10minit dengan berjalan kaki. dahle time tu i period. agak geram jugak la

i g masjid dengan 2 buah kereta. walaupun dekat takkan nak suh menapak kot dengan heels sume. my dad’s car, die yang bawak. ada me, my pengapit(ijat) and farah, my schoolfriend. the other car ada both my brothers, makngah, pakngah, tok sebelah mak and adik sepupu. tu jer. disebabkan kelam kabut i tak bawak pon cincin untuk batal air sembahyang and bantal nikah. even my mom pon tak datang masjid. sedihh siot. i wish both my parents ada untuk tengok i nikah. but then mak kate ada banyak keje nak buat kat umah. sob..sob..Crying face

sampai kat masjid, rombongan hubby blom sampai lagi. since i tak boleh masuk masjid, i just duduk akt laur masjid, kat koridor tu. tok imam datang, die cakap kat my father suh turun bawah lagi which is tempat yang orang pijak2 dengan kasut tu. bodoh giler! nak mengamuk i kt situ. i degil, i g duduk kat tangga. konon de tempat khas untuk orang yang tak boleh masuk masjid. tak lama lepas tu rombongan hubby sampai. dorang datang dengan 15 buah kereta tau. malu giler i masa tu. rasa macam kawen lari jer. takde whole family sume, kene buat kat masjid, duduk tepi tangga lagi. memang pagi tu bergenang juga la mata ni. tapi tahankan jer.

bila sume dah amek tempat, upacara pon dimulakan. lagi sekali darah i menyirap sebab tok imam tu tak guna mic. langsung tak dengar pape. memang terpinga2 la. tau2 jer dah sah jadi bini orang. 1 thing yang buat i sedih and terkilan, bukan father i yang nikahkan i tapi tok imam. anak pompuan dia sorang ja.. sedih giler time tu. tengah taip ni pon, mengalir air mata bila ingat saat tu. after sah nikah dengan sekali lafaz, my hubby datang dekat i dan bacakan taklik. alhamdulillah, btol la i dah jadi isteri yang sah. lepas baca taklik, my hubby masuk dalam masjid semula tapi i tak tau untuk ape.

settle everything, kitorang bergambar depan masjid. memang sikit giler kot gambar time tu. nasib baik hubby’s relatives banyak snap gambar. so, sume gambar ni i cilok from hubby’s relatives and my friend’s fb.

me tengah cuak nak g masjid. this is my bilik pengantin. love it! In love

this is me and my pengapit, farizat aka ijatt. ijatt ni one of my bff dari dulu sampai skang. kecik molek jer orangnya Winking smile

us masa pembacaan taklik

the husband and wife! Open-mouthed smile

pic credits to farizat, sheha and simfoni rias

Saturday, July 2, 2011

Save The Date!!! (sticky entry)

assalam guys! since my ticker dah tinggal 1 month plus, so, dengan gediksnya, i nak buat entry nih. save the date! yeah!! details as follows:
1 copy
design by my officemate. dia suka buat2 design nih, so i mintak tolong dia. gambar ni pon di snap oleh member jugak masa openhouse tahun lepas sebab i takde pre wed. so kene la pakai apo yang ado yer. hehe
tempat : Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah
tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
ni i letak petanya ya, tapi rasanya kecik jugak nih. huhuhu
Batting Eyelashes
 004

anda semua dialu-alukan hadir. meh la! hehehe. sape2 yang mau kad, please email me at dolphinvee_winter@yahoo.com with subject kad kahwin ek. hehehe

Tuesday, June 21, 2011

b**i!!

my konon2 nya professional MUA tiba2 backout after we all dah secured deposit and gantikan with "her" friend yang kitorang tak tau macam mana hasil contengan dia. so we asked for test makeup, dia berani lagi nak charge RM250 untuk test makeup?!! memang b*** la. doa orang teraniaya termakbul. kalau betul ko aniaya aku, memang aku doakan ko tak dapat job outstation yang ko kejar2 tuh!
stress!!!!

Friday, June 17, 2011

Petua Orang Dolu2

assalam semua. tadi baca pasal petua orang dulu2 kat blog natrah. macam menarik jugak la. LV letak sikit ek..

  • Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. < ini memang den takleh buat la. seminggu sebelum, bole la kot sebab banyak benda tak setel nih! hehehe>

  • Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik. <susah jugak nak buat sebab memang kene kuar, banyak benda nak setelkan.huhuhu>

  • Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. <memang aku buat sebab lately selera pelik sikit. makan macam orang sakit makan. hehe>

  • Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) <hayyo! kurus mak camnih. pastu masuk wad sebab gastrik. hehehe>

  • Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. <Mucukk, take note on this ya. hahahaha!!!>

  • Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. <erk, macam leceh jer nih. tapi memang aku minum madu hari2 pon>

  • Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. < this is soooo true! dah buat pon!hihihi>

sebenarnya ada banyak lagi petuanya. kalau nak tau dengan lebih lanjut, lawat la bolg natrah ya.

Wednesday, June 15, 2011

Guestbook?

assalam kengkawan! ada lagi persoalan nih. arini penuh dengan persoalan. guestbook tak wajib kan? tapi patut ada tak?

mula2 memang aku pikir nak ada guestbook. tapi, bila dipikirkan balik, buat majlis kat kampung. ada ker orang nak p tulis guestbook aku? kang kosong jer buku tuh kang. and setakat ni memang takde setting untuk meja guestbook. camner ek? patut ada ke? nak kene cari guestbook yang lawa plak nih.

kalau macam yang kat bawah ni, menarik jugak ek. kene DIY la, tapi rasanyer boleh DIY. cume terpikir, camner plak orang nak tulis ek?

 

source

ni pon rasanyer senang jer nak buat nih. tak payah setup sangat dah. tampal jer kat dinding kan?

yang ni cute kan? tapi, kesian plak my guest, kotor la tangan dorang nanti. tapi serious, simple but cool!

source

nih pon cool kan? owh, banyaknyer yang cool. pening mau pilih

source

ni memang senang giler. just buy any basket, deco it, provide cards and pens and some instructions dalam frame. settle!

senang jer nak buat guestbook sebenarnya. tapi, tu la. tengah pikir lagi nih, nak buat ke tak. cost die, kalo yang simple2 tu, tak mahal sangat la rasanya. tapi kena ada kreativiti sket la. hehehe. so, camna nih? perlu ada guestbook tak?

source from google unless stated

Tuesday, June 14, 2011

OMG!

assalam semua. tengah cari idea for pelamin nih. my vendor said, de masa algi untuk cari design yg i berkenan. if die bley buatkan, die akan buatkan. hm..pelamin yang sesuai untuk rumah. just 1 panel jer. tapi nak pakai panel ker? aduh, banyak lagi nak kene pikir. nak kene cari contoh pose, nak belajar pose. kang kaku plak depan OP. nak kene cari songs untuk dimainkan masa majlis. oh, banyaknyer nak kena.. tapi kan, teringin sansgat nak pi sini. cantik kot! and tak payah pergi jauh. ada internet, ada phone line. penting tu, senang nak check on kids. ngeeeeee

kat mana? rahsia. kalau dapat p, baru vee bagitau ek. ngeeee

Monday, June 13, 2011

fitting baju bersanding

assalam semua. wah, title mau gah! baju bersanding ya. padahal takde la sanding sangat pon sebab takde renjis2 bagai. okeh, for my side, aku pilih biru. k.yan, my vendor dah cuak dah bila ada sekali tu, aku tag gambar dato ct pakai baju biru nila with silver bling. sangat cantik hokeh! hahaha!! tu reference jer. sebabnyer, aku memang mintak royal blue pon. royal blue tu dark blue la. nape ntah dorang panggil die royal blue. design baju, aku tiru dalam mags. tiru lagi. hahahah!! aku ni tak kreatif, mana yang cantik, yang tu la aku tiru. ngeee

baju sebelah aku, dress jugak. kesimpulannya, memang aku pakai dress ja untuk big day aku. tapi, beza pada his attire sebab die pakai baju melayu with tanjak and all the accessories. macam pendekar melayu! hahaha!! suke tengok dia masa fitting <pengakuan berani mati!> color tu sangat suits him. ye la, orang cerah kan.aku ni tak berapa nak cerah. hehehe. tapi kan, aneh tau, dress aku besar doo. aku tak slim pon. baju tu besar banyak. macam kene kecikkan 1 inch lebih kot. lega! aku takut tak muat ja. kalo besar, takpe, leh kecikkan. hehe. and k.yan bought me shoes size 5! and shoes tu sangatttt cantik tau. sebab kan dia jenis strappy, aku dah risau dah takut tak reti pakai. tapi, bila aku sarung, rasa comfortable plak. and tak nampak la kasut tu besar sangat ngan kaki aku. gambar, aritu, k.yan ada snap. aku tak snap la plak. haih..excited sangat sampai lupa snap gmbr. nanti aku mintak k. yan bagi aku gambar yang dia snap aritu.

tu la keje aku weekend lepas. balik penang untuk fitting baju, sempat g tengok x men kat village mall Big Grin, pergi tengok rumah homestay yang dah kitorang booking for his family, finalise dengan catering. penat jugak la sebab sampai sana, jumaat petang. ahad pagi, dah balik. tapi puas ati sebab dah setel. and my kids pon both ikut balik. ni gambar dorang otw balik after 2hours travelling.

baik jer dorang nih. tak nak dok carrier asing2 plak tu. rugi jer bawak sampai dua carrier. tapi, bila nak angkat dorang sekaligus, memnag nak pengsan rasa. tu shiro tak membesar dengan jayanya lagi tuh. hehehehe

long holiday!

assalam semua. sorry, lama menghilang. bukan takde idea nak tulis pape, cuma agak sibuk lately. bila dah bukak lappy, tertidur jer depan lappy. haih.. ok, first fitting sebelah bertandang.

ceritanya camni..aku p fitting ari rabu malam with he, fmil, fsil n his adik sepupu. the more the merrier kan? hahaha!! merrier la sangat. padahal dalam ati dah malu giler dah kot. bile aku tengok baju tu, cantik! tapi cam kecik jer. muat ker aku nak pakai nih?? hm, cube la sarung. color die green petronas tu. tapi dia tak abes letak bling2 lagi. aritu, aku rs dah ok, cuma tak cukup bling. dah sarung, okeh,muat! tapi…………………….agak ketat di bahagian bawah. almaklum la, aset nih besar sangat. ke dorang yang buat terkecik? sebab part lain, ok jer. aneh. aku rasa takde gain weight pon pas fitting. takde bertambah inch. rasanya la. tapi serious, baju tu cantik. aku suka part kain kat bawah tu. train die yang meletop. kene praktis jalan slow2, takut terpijak kain sendiri. hahah!! takde gambar, cos aku terlampau malu nak snap depan dorang semua. if aku ngan he ja, konfirm banyak gambar bley aku letak cni. takpe la, ada beberapa hari je lagi pon untuk rasmikan baju tu.hehehe. tu kisah fitting sebelah dia. nanti aku story kisah fitting sebelah aku plak Big Grin

Wednesday, June 8, 2011

FITTING!!!

assalam kawan2!  malam ni sesi fitting untuk baju bertandang. erm, tak tau la ok ker tak ni. al maklum la, rasa badan makin gemuks jer. matila kalau tak muat. huhuhu. ni illustration yang JC bagi untuk baju bertandang i

Ina dress 2

tapi takde bow tu la. i rasa rimas dengan bow tu. dahle leher tak jinjang pon, bow tu akan menampakkan flaws i lagik.hehehe.  tak sabar plak nak tengok baju nih hasilnya camna. ni la first time aku tempah baju mahal. in fact, nak kawen ni la baru merasa pakai baju mahal2. harap2 pengalaman yang menggembirakan la. aminn..

 

Monday, June 6, 2011

keep hunting

assalam semua.. memandangkan list barang hantarn for him ada slight changes, so, kene keep hunting lagi la. now, i’m hunting Quran untuk salah satu dulang hantaran. at first i nak beli Quran digital tu. ala, yang ada ngan pen skali tu. bila tunjukkan jer pen tu kat mana2 ayat, pen tu akan bacakan ayat tu. contoh dia macam ni la..

ni aku amek dari sini. ma aku pon pernah ada satu Quran camni, tapi dia beli dari orang la. aku pon tak kenal orang tu sapa. tapi mahal doo. ma aku beli dengan harga rm499. memang la orang kata tak payah berkira nak beli Quran tapi dalam masa ini dan waktu ini, kekangan bajet tu adalah sangat tinggi. huhuhu. thenk kawan aku offer, dia ada member jual yang camni. leh dapat lagi murah. memang murah harga die bagi akt aku, tapi still over bajet maka tak jadi la aku nak beli. melepas! sebab aku pon suka Quran ni sebenarnya..

then, aku survey yang lain plak. aku jumpa yang ni. Al Quran per kata. maksudnya die tafsir tu by setiap perkataan, bukan by ayat. maka akan lebih jelas la maksud dia kan? rupa dia camni la..

sumber gambar

pastu aku pon isi la borang nak tempah color biru. tup2. dorang balas email, cakap takde stok. cedih…nampaknyer kene p kedai jugak la jawabnyer nih. sebab sebelum nih, aku ternampak Quran ni tapi masa tu aku survey untuk member sebab die nak wat hantaran. tak tertengok plak la harganya kat kedai tu. harap2 tak melebihi bajet aku la.. bukan nak berkira. kalo beli quran sebijik ja takpa. ni banyak benda lagi yang nak kene bayar. silap2 bajet untuk aku ke spa pon kene tarik jugak. pasrah sajor la. padan muka kan. kalau aku setel awal2 barang2 ni semua, takde la rasa perit sangat kan. haih.. too late too regret dah..

Sunday, June 5, 2011

Solemnization Outfit

assalam semua. actually baju nikah i dah lama siap. pertengahan mei lagi.  tapi masa tu, veil i blom siap. then i said, takpe la. i amek end of may. pastu kan, asyik la dok terlupa nak call kak ina tu nak tanya veil dah siap ke blom. pada yang xtau, ia anta baju nikah ni kat kimie kajang. bagi i, charge die berpatutan dengan kualiti baju. i tak cakap murah tau, tapi takde la mahal giler tahap designer tu. i tiru design baju nikah dri mag pengantin, tak ingat bulan bape punya tapi edisi this year la. and kimie hasilkan baju i as i bayangkan how it would be! so, sangat kesukaan bila p amek baju tu. memang tak sejibik macam design dlam mag tu, tapi almost the same. bley dikatakan 85% sama! i bagi teaser cket ek. Big Grin

Iena 081-pencil simple jer, takde sarat2 pon. baju nikah kan, kene la simple and sweet. hehehe. tak sabar nak pakai baju ni. part i paling suka adalah part collar die. susah kot nak wat camtu. tapi memang kemas la. tip top! letak satu lagi la pic Tongue

Iena 083hm..tak sabar sungguh! Day dreaming pakai dulu, aci tak? hahahaha

THE RING!

assalam guys. as i promise before, i would reveal his ring right? so, this is the ring..

..

Iena 080ops! sorry! that’s the box only. hehe. comel tak model sayer? hehe. yup, his ring is from goldheart. ini jer yang i mampu. nak p beli habib, lagi super pricey kowt. redha jer la ek. ni gambar isi kotak tu..

Iena 079-pencilmotip blur2 kan gambar? sebab bukan ring i, takleh nak reveal sesuka ati kan. see? ring ni memang simple pon. takde pape batu, just de design cket2 jer. tapi puas ati la sebab dapat ape yang dicari. bukan main seksa lagi nak mencari. tambah plak dengan masa yang makin suntuk. tu la, memang padan muka saya kan sebab cari lambat2. pengajaran namanya tu.. hope he likes this ring.aminnn Batting Eyelashes 

Saturday, June 4, 2011

sentap!!

assalam korang. aku sentap nih. sungguh sentap tau. kalau dah penat tu, tak yah la nak bising2 kat aku. nak naik angin plak aku rasa. aku rasa aku da cukup pening dahni. g mana2, terpikir pe lagi barang yang tak cukup untuk wedding nih. at least aku bagi pilihan jugak nak ape. aku ado? takde kan? terima jer ape orang nak bagi. tak jumpa pon ape yang dicari, pilih jer ape yang de depan mata. ish, geramnya! nak nangis plak rasa.sakit ati! baik sangat pon susah jugak. dah nak kuar kata2 yang tak sepatutnya nih.ok, bye!

Friday, June 3, 2011

lega!!!!!!!!!

assalam semua. lega sangat2!!!!! tau tak, balik penang, aku bawak parents aku p pusing almost sume kedai emas yanga da kat sungai petani tu. nak cari cincin untuk bakal hubby. euww!!cam aneh jer panggil bakal hubby.  mode gatal plak.hahahaha!! dah abes sume kedai aku p, aku dapat buat conclusion. kedai emas kat sana tak banyak choices untuk suasa warna silver. dorang ada suasa yang warna kuning tu ja. and disebabkan size ring bakal hubby tu sangat besar, maka kene custom made yang mengambil masa 3minggu paling cepat. gila apa. kang tak siap dalam masa 3minggu tu, nangis tak berlagu aku jadinya..

korang tau tak suasa sangat mahal sebenarnya? harga segram lebih kurang rm77-rm79 segram. separuh dari harga emas kuning tuuuu!!!aduh,pening pale aku. sume kedai yang aku masuk, design yang aku berkenan, sume over bajet. over bajet sbb size besar, maka kene lebihkan gramnya..

maka aku masuk satu kedai nih tadi. ada design yang aku berkenan jugak la. tak nak pikir panjang, tanya dia, berapa dia bley bagi untuk size yang aku nak. memang over bajet! huhuhu. tapi yang bestnyer, die bley resize dan siap arini. memandangkan aku tak nak die rushing, aku kate nak amek esok. kalo tak cantik, memang aku suruh die buat balik. tak kire. aku dah bayar mahal2 tu. sayang punya pasal, sanggup jugak aku beli. sah kene ikat perut diet la jawabnyer pasni. nanti aku tunjuk teaser ek. ring tu simple jer, takde batu pape pon. aku memang tak suke die pakai batu2, tak macho btol. hehe. tapi aku lega la sebab dah setel satu benda penting. lega sangattt!! Applause

p/s: nak tukar salah satu barang dalam dulang ke Al-Quran. but my mom says, orang pompuan tak bagi al-Quran ke lelaki. naseb la. de hadis ker pasal pompuan takleh bagi Quran kat laki? pastu cita2 i nak beli yang digital tu. tapi, memandangkan bajet dah lebih ke cincin, macam tak dapat jer nak beli yang digital nih. huhuhuhu Sad

Friday, May 27, 2011

hmmmm

assalam semua. makin dekat ari nak kawen ni, makin senang rasa nak sakit ati. banyak sangat setan dok ngan aku kot. sumpah aku rasa angin gila. bengang suma ada. dahla cuak tengok ticker tu tinggal 36 ari ja. aku rasa nak cuti ja nak setelkan suma benda. takmo pening2 lagi dah. since he said better simpan duit for raya dan hold dulu honeymoon, aku rasa aku ada banyak cuti lagi nih. maka memang aku nak cuti suka2 ati ja pasni. no more simpan2. padan muka aku, nak kawen time dekat ngan raya sangat kan? tapi memang takde pikir pon nak g honeymoon. kesian kat anak bulus aku kang, kene tinggal plak. motif pagi2 nak bebel kat blog? disebabkan sakit ati, aku rasa tengahari ni and esok, aku nak p shopping. bagi lega cket. dah abeh duit nanti, aku makan megi ja. padan muka aku kan?

Thursday, May 26, 2011

Nak cantik tak??

assalam semua!! rindu  nak berblogging. sibuk cket dengan opis yang asyik kene audit. pastu kene ganti bos p meeting plak. dahle memang kau nih tak suka p meeting. lama giler kott! huhudah2, takmo bebel lagik. nak cakap pasal ni. pasal spa. bukan suruhanjaya perkhidmatan awam tau. tapi spa nak cantikkan diri la.hahaha. aku takde masa la nak balik umah p tengok mana spa yang best. jadi aku mintak tolong makcik google jer. memang aku cari kat area sungai petani jer. or maybe area penang jugak kot. sebab aku pon tak tau, balik awal seminggu nanti, aku dok sungai petani ka, aku dok kat penang.

yang pertama,Lamar Spa. servis yang ditawarkan adalah ini:

Facial Lifting
  1 Sesi - RM70.00
  * Tambah Ampoule 1 - RM10.00 (Collagen & Vitamin C)Sauna - RM20.00
  Mandi Susu - RM35.00
  Mandi Bunga - RM35.00
  Lulur Badan - RM50.00
  Urutan Badan - RM50.00
  Urutan Badan + Sauna - RM70.00
  Urutan Badan + Mandi Susu / Mandi Bunga - RM80.00
  Sauna + Lulur + Mandi Susu / Mandi Bunga
  1 Sesi - RM90.00
  Lulur + Mandi Susu / Mandi Bunga
  1 Sesi - RM80.00
ada lagi servis dia. aku amek mana yang aku rasa aku berminat ja. nak tau lebih lanjut, click
Lamar Spa ya!

yang kedua, Salun Ikhtiyar. dia ada pakej pengantin. rm250. macam berbaloi dengan harganya tapi tak tau la best ke tak.. ni antara servis yang ade..

num fon untuk dihubungi pon ada kat gambar tu. kalo nak tau lebih lanjut pasal spa nih, klik sini ek..

ok, ini jer yang aku jumpa web dia. yang lain, kena p tengok kat kedai kot sebab selalunya kedai2 kat sana takde web. tu yang susah cket nak survey dari jauh. huhuhu

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers