Assalam,
Entry 1st untuk tahun 2017. Hahaha! Dalam hati, memang asa gatal nak menulis. tapi, faktor "al-lazy" tu menjadi-jadi. Haih..
Ok, 5hb haritu, Hussein dah start bersekolah dekat Genius Aulad. So, sekarang memang praktiskan dia tido awal. 1st day, parents boleh tunggu. Tapi budak kecik ni nampak happy je pergi sekolah. Siap lambai2 bila I pretend nak balik. Hahaha! Dah besar anakku. Maknye yang risau bukan2.
Hussein tak nangis langsung. Tengok la, siap melompat lagi dalam class. At one point bila kawan-kawan lain mula nangis, dia duduk situ tutup telinga. Hahaha!
Sekolah dia dekat je dengan office I. Tengahari, I hantar dia balik rumah Siti. So far, Alhamdulillah. Cuma bab makan la susah sikit. I bekalkan hari-hari, Kalo tak cereal, bread or biskut. Hari I bagi bread, tak habis sebab dia cakap tak sempat makan. Ha, tu la. Makan slow motion sangat.
Sekolah ada bagi breakfast. The only day yang dia makan setakat ni la, is bila diorang serve coco crunch and milk. Diorang ada bagi roti canai, karipap. Dia tak makan pun. Padahal, one of his favourite tu. Macam-macam alasan la dia bagi. Takpe la, asalkan dia tak banyak ragam nak pi sekolah, dah kira bersyukur.
Dah habis orientation 2 hari, terus weekend. Jalan-jalan pegi home expo dekat midvalley. Saja je cuci mata. hehehe
Hussein masuk sekolah 8.30am. Makanya pagi, dia akan lepak sekejap dekat office I. Alhamdulillah, bos beri kebenaran. Suka la dia, ramai kakak-kakak or should I say Auntie? Hehehe
Memang dari kecik, hobi masuk bawah meja. Sebab kawan dengan Smokey ke? 😅 |
Weekend lepas, takda pergi mana-mana. Konon nak bagi budak kecik ni rest. So, pegi je la main playground dekat rumah. Hussein asyik tanya I, no need to shower? No need to change clothes? I cakap dia, no need la. Later baju kotor, nak kena mandi jugak. Sampai kat playgorund, bebudak lain pon pakai baju tido je. Hehehe
Silau katanya. Hehehe Bangun pagi on Monday, dah siap mandi nak pergi school. I pegang badan dia, agak panas. Pastu start batuk. Makanya duduk la rumah, bagi ubat apa yang ada. Tuesday, hidung dia berdarah. Panas sangat. Wednesday, I bawak jumpa doctor kesayangan dia tu. Kena neb skali. Dapat ubat lain pulak. Makanya, minggu ni seminggu la dia tak pergi school. Selain dari ubat doctor, tiap-tiap malam diffuse thieves and lemon. Kalo bab nak diffuse tu, laju je. Siap request lagi ha. Vitamin je dia selalu ngelat nak makan. Hurmmmm.. |
Tengah neb |
Pagi tadi, husband cakap Hussein sedar at 5am. Siap bangun duduk. Pastu cakap Yess!! I'm feeling better! Hahaha! Dah rasa makin okay la tu.
I rasa minggu depan InsyaAllah, dah boleh pergi school semula. Doakan Hussein ya :)
Till then,