my Friends

click2 laaaa

Wednesday, May 3, 2017

Untunglaaaa

Assalam,

Berhabuk bersawang blog nih. On the way datang office tadi, dalam kepala tiba-tiba rasa nak menulis. 

Labour day 2017, Hussein masuk hospital lagi. Kali ni sebab keracunan makanan pula. Alhamdulilah, cuma satu malam. Ikutkan, ini dah kali ketiga dia check in hospital untuk tahun ni. 

Ada suara-suara kecil cakap, untungla. Tiap kali pon pergi swasta. Riak? Nak bercerita, sebab selalu orang nampak yang senang saja. Selesa, tak susah. Ada tv, takde la boring. Meh sini nak kabor ye. Kalo takde insurance coverage, memang kitorang pun tak mampu la. Give and take. Kerja bertukus lumus, tak jumpa anak 13jam sehari, untuk famili. Jadi, harus la ko bagi yang terbaik ko boleh bagi untuk famili, untuk anak. 

Memang tak dinafikan la memang selesa sebab ko dapat bilik sendiri, toilet sendiri, ada tv. Tapi sedar tak, masuk hopital sebab apa? Sebab sakit kan? Walaupun ada semua fasiliti yang agak best, hati ko still sakit sebab tengok anak ko kena cucuk. Kalo yang masuk sebab pembedahan or luka yang sampai kena jahit, still sakit bila nurse tu nak bersihkan luka. Ada tv pon, bape jam sangat la ko boleh fokus ke tv tu? 

Itu belum masuk kos extra lain-lain. Makanan orang yang jaga pesakit, parking hospital, deposit etc. Walau ada insurance, masih perlu bayar deposit ya. Setakat ni, yang kitorang kena, deposit RM600. Parking maximum RM10. Kalo sehari keluar sampai 2 kali, mau cecah RM20. Makan lagi. Bersyukur ko jaga pesakit, selalunya ko dapat kerusi yang boleh convert jadi katil tu. Tapi, ko kan di sana sebab jaga patient, jangan harapla boleh tido macam tido kat umah ye. Kejap-kejap tersedar nurse masuk check drip or bagi ubat. Kejap-kejap kena bangun sebab nak tolong patient tu pegi toilet or termuntah. Memang la ada nurse. Dah kalo patient tu anak ko, harus la dia nak mak dia yang buat kan? Penat tu tetap ada tau. Mata toksah cakap, boleh geng dengan panda.

Macam I, akhir-akhir ni, selalu sangat my son check in hospital. Everytime check in, kena cucuk tangan. Everytime jugak ayaq mata meleleh malam-malam.Tapi depan dia, kita tunjuk la kita kuat. Teman dia main, berborak supaya tak bosan dengan harapan dia boleh lupa sekejap sakit yang dia tanggung masa tu. Sambil tu, berfikir what went wrong sampai kena check in lagi. Check ibadah cukup tak. Mungkin Allah marah sebab selalu alpa. Audit diri. 

Moralnya, simpanan perlu ada. Kos perubatan sekarang mahal. Cuba-cuba la mampu kan diri ambil insurans. Bukan nak cakap hospital kerajaan tak elok, tapi pesakit dorang terlalu ramai. After all, kalo sport rim kereta ko boleh tukar,handphone boleh bersilih ganti, takkan tak boleh simpan duit sikit untuk kesenangan sendiri?

Lama tak membebel. 

Till then,

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers