my Friends

click2 laaaa

Sunday, June 13, 2010

sAbarLah wAhai HaTi~

salam semua. sudah beberapa hari aku x buat pape entry. fikiran aku kacau. aku xmau kekacauan itu berjangkit disini pulak. minggu depan bakal berlaku perubahan dalam hidup aku. perubahan yang memberi impak bukan sedikit pada jiwa dan mental aku. aku bakal meninggalkan tempat yang cuba aku pertahankan selama ini. kalau dulu, aku datang ke tempat itu dengan hati yang kurang rela akibat gajah kurus yang menunjukkan kuasanya. kali ini,aku harus meninggalkan tempat itu untuk memberi laluan pula. aah, sang kancil haruslah pandai beradaptasi ke sana dan kemari. apa nak buat, kene pergi kursus profesionalism dlu kot..

ini juga adalah hasil dari plan yang x menjadi. kalaulah..kalaulah plan aku menjadi, aku tidak akan melalui semua ini. mungkin aku akan menghadapi banyak cabaran, tapi tidaklah melibatkan emosi dan jiwa raga kan? bagi aku,cabaran emosi dan jiwa raga ni lagi seksa dari cabaran fizikal. dan kerana itulah,jiwa aku agak tidak tenteram. dan kerana itulah aku tidak menghadiri kursus yang sepatutnya aku pergi hari ini. aku tau, ada yang akan marah sebab ketidakhadiran ini, tapi aku harus pikirkan diri sendiri dahulu. kerana itu adalah apa yang aku baru belajar dari sekeliling baru2 ini. watch out for yourself first..

aku rasa sudah ramai yang tahu,aku ni cat lady. aku baru ter attach dengan seekor kucing yang comel dan sangat manja. sudah 3 bulan,kot. perubahan yang aku lalui ini menyebabkan aku harus meninggalkan dia. aku tak mau jadi orang yang pentingkan diri, hanya menjaga diri. kalulah boleh kubawa die, dah lama aku angkut. aku cuma berharap die dapat menjaga diri dan aku akan selalu melawatnya sekerap yang boleh. pernah juga timbul idea untuk bawa dia tinggal bersamaku, tapi aku tak sanggup untuk mengambil kebebasan itu daripadanya. sampai saat ini, wajah dia terbayang2, berlegar2 dalam minda aku. melalui kawasan tempat tinggalnya pon,membuat aku sebak, bergenang kelopak mataku. sihatkah dia? sudah makan kah dia? aku harap, akan ada yang menjaganya. kerana zaman ini, alim macam mana pon, itu tidak menjamin yang dia akan baik hati pada haiwan. memanglah tidak memukul, tapi tiada kasih sayang seperti yang didambakan oleh setiap haiwan di muka bumi ini. seorang teman pernah memberitahu aku bahawa Abu Hurairah sangat sukakan kucing. kalau beliau berjalan2, akan ada anak kucing di dalam jubahnya, dibawa bersama berjalan2 untuk menikmati keindahan bumi Allah swt ini. alangkah bahagianya kalau aku juga boleh begitu..

2 comments:

  1. awatnya???
    ada masalah ke?
    lately ni nampak macam cik veesakura ni macam banyak masalah je...

    hmm..tak perlu sedih2 k, kalo bersedih jugak...bacalah buku Jangan Bersedih, sekurang2nya dapat hilangkan kesedihan. semua manusia tak dapat lari dari masalah n dugaan, sebab mende2 camtu la yang akan buat kita jadi lebih matang.

    ReplyDelete
  2. agak la.. but then, its ok. layankan jer la..dah penat nak bersedih.. nanti aku cari buku tu ye. tq hasniey

    ReplyDelete

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers