salam semua. semalam singgah di blog fida aishah. entry die dilabelkan di hospital. mungkin fida kene tahan kat ward lagi kot. semoga fida cepat sembuh dan jaga diri selalu. doa LV sentiasa bersama fida..
tanpa aku sedar, kebelakangan ni, aku banyak menghabiskan masa kat blog. blog yang aku wujudkan secara suka2. sekadar membantu seorang teman pada mulanya sebab die mintak aku ajar camner nak buat blog utk tugasan ilmiahnya. untuk membantunya step by step, maka blog ni pon wujud. alang2 dah create, guna jer la. rupanya best jugak kan? aku sedar ada sesetengah orang di luar sana tak suka konsep blog yang bersifat personal. seolahnya tulis diari dan biarkan satu dunia baca. untuk apa? untuk ceritakan pada orang apa yang berlaku kt kau setiap hari?? bukan..bukan itu sebabnya. blog ini satu wadah, satu channel untuk luahkan perasaan dengan cara yang agak selamat sebenarnya. asalkan tidak mendedahkan information yang sangat bersifat peribadi. melalui blog juga, dapat bercerita apa yang berlaku pada kawan2 yang jauh yang susah nak berjumpa. yer la, kalau nak call ari2, botak la kepala kan nak bayar bil. kadang2, kawan yang dok dekat pon susah nak jumpa disebabkan komitmen masing2. bila baca blog yang bersifat personal, kamu akan rasa kamu seakan mengenali tuan punya blog itu. aku bukan lah blogger tegar yang nak mengejar ranking atau nak dapatkan hasil dari nuffnang. tidak, itu bukan aku. aku menulis sekadar luahan rasa. jadi, aku tak kesah pon kalau tiada unique visit setiap ari. aku jugak tidak terkejar2 untuk menghasilkan entry setiap ari. tapi, aku bahagia. aku suka kerana aku punya blog yang comel ini. comel ker? comel kot. hehe..
p/s: kalau kamu baca setiap entry aku, kamu pasti tahu apa yang berlaku padaku..maka tidak perlulah ungkapan kenapa ni itu keluar kan?
aku pun suka tulis blog untuk luahkan apa yang aku rasa aku boleh share dengan semua orang...mungkin pengalaman kita boleh jadi panduan untuk orang lain... ;p~
ReplyDeletecuma sekarang bila bz, seminggu sekali je buleh update blog...he.
btol2.. dari blog jugak la aku mula rapat ngn ko an? kira ok ar tu.hehehe
ReplyDeletelg suka baca blog personal nih
ReplyDeleteskrg semua org nak ade blog, rasa macam lg byk blogger yg kejar traffic & sebok soh klik nuffnang jek
btol2.. bg aku, kalo dapat pendapatan dari nuffnang tu, itu kira bonus n incentives la..tp main point ko, bukn utk kejar ranking dan iklan nuffnang tuh kan..
ReplyDelete