Assalam semua!
Bismillah..Dah lama draft ni tak bersentuh, dah lebih sebulan! Tapi tetap nak cerita kat sini. Untuk kenangan dan jugak rujukan orang lain. Masa nak buat keputusan untuk teruskan, I memang banyak google, blogwalking baca pengalaman orang lain. Memang sangat berguna tau. Kitorang buat appointment utk tonsil removal untuk Hussein dekat Pantai Hospital, KL. Sebenarnya hospital ni tak dekat pun dengan rumah, tapi sebab memang dari kecik rekod ada kat sini. Makanya senang buat di sini je la.
Lagi pun dah berkali-kali masuk hospital atas sebab yang sama, kami sepakat untuk proceed dengan pembedahan kecil ni. Hussein pulak dah mula tunjukkan tanda-tanda sleep apnea. Masa tidur, berdengkur tu dah memang la kan. Di antara dengkuran tu, dia macam susah nak bernafas. Macam stop kejap lepas tu gasping for breath.
Kitorang dah rujuk 3 pakar kanak-kanak. Suma cakap benda yang sama, kalau dah tahap macam ni, baik buat segera. Takut nanti efek pada jantung dia sebab jantung kena kerja kuat. Tumbesaran pun akan ternganggu jugak. Ye la, budak kena la dapatkan rehat yang berkualiti, kalau tak macam mana nak membesar kan. Masa tu berat dia 12kg. Paling tinggi dia pernah cecah 13kg. Lepas tu, demam sebab tonsil. Turun balik 11kg. Untuk budak umur 5 tahun, memang sangat under weight dah. Nak kata tak makan, selera dia boleh tahan. Tapi kalo dah sakit tekak, kita yg tua ni pun takkan lalu nak makan. Btol tak?
18 September 2017
Sampai kat hospital tengahari. Nurse dah pesan suruh datang awal sebab proses kemasukan mungkin akan ambil masa. Bukan mungkin, memang lama pun. Haha! Alang-alang ada sana, terus lunch sana. Mak abah dari kedah pun terus je ke hospital.
Walau insurans sebenarnya dah approve, agak lama jugak kitorang nak tunggu bilik. Ramai pulak orang, musim orang sakit kut. Deposit RM600. Boleh bayar guna kad atau pun cash. Malangnya bilik single dah penuh, terpaksa berpuas hati dengan 2 bedded. Tu pun, bukan kat pediatric ward. Cuma sama floor je. Bilik single yang ada, tinggal yang mahal ja dalam RM600 lebih. Idok la nak amek yang tu, nak duduk banyak malam pulak tu. Mau semput nak membayor nanti ha.
Ha, macam ni la rupa bilik dia |
Mujur katil sebelah takde orang. Alhamdulillah, selesa. Dapat masuk bilik dalam pukul 4 petang. Lepak sekejap, makan malam sampai sekali dengan doktor. Nama doktor ni, Dr Chang, salah sorang pakar ENT dekat hospital ni. Tak lama lepas tu, Dr Das, pakar bius pula datang check.
I tanya Dr Chang pasal apa-apa komplikasi yang mungkin akan terjadi yang I patut tau. Dia cakap, takut pendarahan erlampau banyak. Dia jangka dalam 1 jam, semua akan selesai. Dia ada cakap dia akan check adenoid jugak. Kalo besar, dia akan buang adenoid tu jugak. Memang masa x-ray dulu, nampak adenoid Hussein besar dari normal. Adenoid ni muscle kat belakang mulut. Sepatutnya membantu antibodi kanak-kanak, tapi dalam kes Hussein, dah terbalik.
Doktor yang terlibat |
Atok wan kepenatan drive dari Kedah. Sayang cucu punya pasal. hehehe |
Malam tu, i sorang-sorang je jaga Hussein kat ward. Ye la, bilik share kan.Tak boleh la nak stay ramai-ramai. Husband balik rumah MIL, dekat sikit nak ulang alik hospital. My parents balik tido rumah kitorang. I tak tidur sangat pun malam tu, pikir macam-macam. Bukannya Hussein tak pernah masuk hospital. Selalu masuk sebab demam..tak pun tonsil..makan ubat dan drip saja. Kali ni lain sikit kan. Hati mak ni macam tissue padahal minor procedure je. Siap rakam video Hussein tido, malam terakhir dengar dia tido dengkur. Hehehe
Malam tu, last bagi Hussein makan dan minum dalam jam 10 lebih sebelum dia tidur. Sebenarnya kena puasa 6 jam sebelum procedure, tapi budak ni kalo dah tido jangan harap la dia nak bangun dah.
Nanti I sambung lagi ya..
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
Jom follow blog saya iya seo dan
saya sudah follow blog anda #182
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya