my Friends

click2 laaaa

Saturday, August 3, 2013

Nak declare, boleh?

Assalam semua,

Salam ramadhan..entry before ni I ade cakap I lost my phone kan. Sayang gila sebab banyak gambar n video kenangan dalam tu. Ralat sangat2..

Tapi! Syukur Alhamdulillah! I dapat balik most if the pics sebab I link kan ke dropbox. Cume video je byk x dpt. Jadi la kan. Dari tak dapat pape langsung. Sadiss woo..

Alhamdulillah jugak I dapat phone baru. Aman belanja. Padahal dekat nak raya ni,lagi nak pakai duit kan. Mesti die tau bini nyer ni tak senang duduk takde phone. Thank you sesangat yang! Now, trauma tu still ade. Still rasa suspicious gila bila nak kuar rumah. Rasa geram gila tengok orang bawak motor honda ex5, rasa nak langgar je. Huhuhu

Syukur jugak kejadian tu berlaku lepas we all dah shopping raya. Dah beli baju hussein,baju I, baju aman. Kalo tak,pening jugak nak pikir kan. Almaklum la kot mana pon mesti nak jugak baju baru untuk raya untuk anak. Mak bapak ni takpe,tak kisah sangat pon.

Dah nak dekat raya ni, benda lain pulak yang I dok pikir. Rasanya I kene declare awal2 kot. Pasal apa? Pasal benda bawah ni

R O K O K

Ya, rokok. Sesiapa yang agak2 nak merokok,sila jauhkan diri dari Hussein ya. Atau pon jangan sentap bila tiba2 I bawak Hussein men jauh2. I takmo Hussein jadi 2nd smoker. After merokok,sila la basuh tangan dulu sebelum nak pegang pipi Hussein ya. If malas sangat, nanti I bawak hand sanitizer tu. Kata la apa nak kata, I nak elak Hussein dari jatuh sakit. Kalo sakit nanti, I yang susah ati. Benda boleh cegah, kita cegah. Kalo nak sakit jugak, tu kuasa Allah. Asalkan I dah usaha. Harap maklum ya :-D

Sekian,selamat ari raya, maaf zahir batin.


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers