my Friends

click2 laaaa

Wednesday, December 30, 2015

Plan Plan Plan!

Assalam semua,

Masih bekerja? Sama la kita, high five! Hahaha! Gigih bekerja sampai esok.

Saja nak share apa yang I jumpa arini.
2015 Year In Review Printable

sumber: skiptomylou

Menarik bukan? I nak print nanti, nak tulis untuk Hussein. Nak suruh empunya badan, nak pegang pensel pon tak berapa betol lagi. I baru berjinak2 dengan planner. Sebelum ni, list down pasal kerja je. Sekarang konon2 nak organize sikit la. Rupanya ramai member luar sana baik hati share printables pasal organizing nih.

Lepas tu, ada satu post nih, Author dia list down kan organizing hacks. Macam2 cara la nak organize bagi cantik, sedap mata memandang. Ada jugak yang I berkenan di hati. Nak kena buat bajet lagi nih. Hurmm

27 Organizing Hacks - it's almost the new year (Happy 2016!), and it's the perfect time to reevaluate how things are stored and organized. Here are 27 amazing tips and tricks to start off a clutter-free new year!


Nak baca lebih lanjut, baik pegi tengok sendiri. Ni link dia.

Till then,

Wednesday, December 23, 2015

Trip to Zoo Negara


Assalam,

Arini rasanya suma dah mood bercuti. Al maklum la, 4 days weekend kan. Masa cuti sempena birthday Sultan Selangor, kami se family pergi ke Zoo Negara.

1st time I dengan Hussein jejak kaki ke sini. Kitorang sampai dalam pukul 10.30am macam tu. Langit dah mula mendung. I memang dah beli tiket secara online,jadi pegi redeem saja la. Sebelum beli tiket tu,dah tengok ramalan cuaca dah. Nama pon cuma ramalan kan. Harga tiket adult rm54, children above 3yrs rm22, senior citizen rm 27. Harga ni skali dengan tiket untuk tengok panda. Kalo tak nak tengok panda, harga tiket akan lagi murah.

Dah masuk dalam, kami cepat-cepat nak pegi tengok animal show pukul 11 pagi. Tapi kene tahan plak untuk bergambar kat photo booth. Dah siap ada photographer dah dan tak boleh guna camera sendiri tau. The promoter,they kinda dont care yg kita rush nak pergi tengok animal show,dok paksa2 ambil gambar. Ok,dh bergambar,gambar tu kalo nak,kena beli ya. 7 keping rm110, dah promo katanya. Pastu I tanya dia kalau 2 keping je? Rm50. Disebabkan I beli tiket online, I dapat voucher,beli 2keping gambar,free 1 keping. So,pilih la 3 gambar,ambil masa nak keluar nanti. Masa ni hujan dah mula rintik2..

Rupa-rupanya tempat animal show tu tengah renovate! Dorang buat show dekat area children's world. Kecik dan sempit. Yang I sempat tengok dorang tengah buat parrot show. Tu pon celah2 kepala orang sebab sampai lambat kan. Show pon tak berapa nak menarik, hujan pun dah nak mula lebat, makanya kami pilih naik trem. Tiket trem ni pula adult rm5 and child/senior citizen rm3. Mula-mula I ingat trem ni jalan keliling, rupanya tak. Jalan sampai separuh je, then patah balik. Kami turun kat tengah2, sebab dekat cket kalo nak pergi tengok panda nanti. Lalu kat tasik yg masuk dalam cerita 'Masam-masam manis' tu, ada baanyakk flamingo. tapi takdok gambar, I takut camera rosak kene air.

Jalan2 sikit, pegi tengok Orang Utan and Chimpanzee. Ya Allah,comel gila okeh Orang Utan tuh! Then, masuk panda conservatory. Tak boleh bawak stroller dan air ke dalam. Kat dalam tu ada cafe. Tapi, pricing dia, MasyaAllah! Mineral 500ml is RM5.40! Mahal2 pon, kitorang makan je la kat dalam tu sebab masa tu Hussein baru bangun tido, agak bad mood. Total food for 4 people and satu mineral water dalam rm60++.

Sudah makan, kitorang masuk balik area panda tuh and pegi tengok baby panda. Boleh tengok through cermin saja but super cute tau! Macam anak patung. Rasa mau angkut balik! Hahaha! Then, keluar tengok bapak panda tengah makan. Anak panda boleh tengok time 2.30-3.30pm sahaja ye. Time yang sama jugak untuk feeding time bapak panda. Mama panda takde. tengah dalam confinement lagi.

Stranded at one of the cafe sebab hujan lebat
Bapak panda tengah feeding time
Ha, ada 2 keping ja gambar. Yang selebihnya dalam camera, I dah upload kat fb. Keluar dari panda conservatory, kitorang jalan2 tengok all the big/ganas cats. Reptile part, tak pergi pon sebab Hussein tak nak. Kesimpulannya, pegi Zoo kali ni kurang best sebab hujan. Tak boleh nak jalan2 sangat. Pastu a few places tengah renovation which for me macam kurang sesuai sebab holiday season kan. Keadaan dalam zoo tu pon macam tak terjaga sangat..

Till then,

Wednesday, December 2, 2015

Achievement 1,2,3!

Assalam and good morning!

Dah a few months Hussein join playgroup at Genius Baby On Board(GBOB) kat Puchong. Mula, saja try hantar nak bagi Hussein berkawan. Lagi pun,dekat sangat dengan rumah.

Takde la serious sangat playgroup dia. Ada sesi baca buku, learn ABC but phonic way, sensory play, and Art session. Alhamdulillah,menampakkan hasil. Semalam dah pandai kira 1-5. Sebelum ni, memang tau num 1-20, tapi tunggang terbalik and main hafal je. Means kalo tunjuk jumlah, he tak boleh nak bagitau berapa jumlah. Tapi semalam dengan jayanya dia boleh main2 jari tunjuk I 1-5. Ho yeah!

Hasil art session last weekend


Sesi baca buku. Mana nak cari children's islamik book in English eh?


Ni I curi from IG GBOB. Takleh tahan sebab cute sangat! Hahaha!!


Few weeks dulu. Suka la dapat main air


Mari mengira!

Memang suma aktiviti ni boleh buat sendiri kat rumah tapi mak dia ni tak berapa Istiqamah. Tak nak la anakku ketinggalan plak kan. Suma aktiviti kat sini,memang Hussein enjoy la except bubbles time. Entah kenapa,he taknak pop the bubbles. Penat kot. Cuma this playgroup kurang interactions dengan kawan2. Sebab activity dia,mak or bapak kena join skali. So,most of the time, child akan duduk dengan parents. But the good thing is they learn to listen to teacher. Takde la khayal dalam dunia sendiri je. Hehehe

Tahun depan Hussein will be 4years old. Kami masih berkira2 mau hantar Hussein ke kindergarten. Takut dia boring plak kena pegi school smpi 3thn before masuk skolah rendah. Potty train pon blom lagi. Tu slh mak dia sebab tak curi masa untuk ini. Huhuhu

Till then,

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 1, 2015

Spek oh spek!

Assalam,

Arini lambat lagi keluar rumah. Mencari spek mata!

Ada dalam 10-15min kot. Huhu. Nak pakai lens,dah keras kejung sebab lama tak pakai and tak tukar air(bad habit). Pastu teringat,semalam tido awal. Budak kecik blom tido. Bukak drawer nampak nih


Laaa,dia simpan dalam ni rupanya. Ni kalo balik kang tanya,mesti dia cakap mak sepah,tak simpan. He tolong me simpan. Huhuhu. Dah besar anak aku eh. Dah boleh harap 😄 Hahah!!

Disebabkan takde lens, makanya impromptu, I tengok2 contact lens color. Lama tak pakai lens color weyh. Order aura lens from IG. Kita tunggu tengok color yang I pilih sesuai tak dengan I. Hehe. Tak sabar oi!

posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers