salam semua. arini aku berjanji dengan diri aku, nak menulis kat blog ni sekurang-kurangnya sekali seminggu. nak tulis ari2, takut tercapai anganku plak.hehehe. arini de audit dalaman kt opis aku. actually, dua ari sebenarnya, arini ngn sok. tapi, aku blom kene soal pape lagi walaupon dorg dh dtg cni tadi. xtau la kalau sok kne soal jawab kan...
aku dah lama nak cakap pasal bunga, tapi x tertaip plak. kalaulah everytime aku terpikir tu, terus convert dalam bentuk entry, alangkah mudahnya. memang pemalas la ko nih Lyena Vee.hehehe. dalam bilik aku de 2 jambangan bunga, dan 2 kuntum bunga ros. yang jambangan bunga tu, satu bunga idup yang dah layu, aku keringkan, dan satu lagi bunga plastik yang memang kekal cantik dan harus dibersihkan selalu. jambangan bunga idup tu memang cantik ms die mekar, harum jer. tp buruk dan busuk biler dah layu dan selalunyer tong sampah la destinasi terakhirnya.
jambangan bunga plastik tu memang cantik dipandang, xde bau pape, tapi die kekal cantik jer. mmg betul2 plastik kan? kuntuman ros yang de, de 2. satu besar, satu kecik. tapi aku rasa, die sama jer cm bunger plastik tu,hanya cantik di luaran, tapi dalaman..ntahla. kalo kehidupan cinta korang, mana satu korang nak pilih? yang berbau wangi tapi utk seketika, tapi yang plastik kekal cantik setiap masa tapi tiada harumnya. mana satu ya? hm...
Wednesday, July 21, 2010
Thursday, July 15, 2010
hm....
salam semua..bz sgt skang ni. em, bln depan dh nak pose. pastu ry.. pastu raya aji.. pastu end of dis year. aku? camni jugak la. agaknyer x ckup usaha yang aku wat utk perubhn dlm idup kot. perlukah keputusan drastik dibuat? aku rs aku dh bagi masa ckup lama utk diri aku mencari peluang kat cni. dan skang aku rasa, peluang aku bukan di cni. bukan di tempat ini.. di sini, semuanya serba x menjadi, serba x kena..
Monday, July 5, 2010
garang...
semalam, dengan excitednyer bawak smokey balik. akhirnya, smokey sah dudu ngan aku. yeay!! tapi pagi ni sampai kt opis, aku jupe bangkai..bangkai GARANG!! sedih tak terkata.sepanjang jalan aku menangis. aku kebumikan garang kat tempat aja dulu, dengan bantuan dak sebelah bilik. skang, kt opis sgt sunyi..x sangka garang yang sihat walafiat tu akan pergi macam tu jer..sumpah aku x bley trime hakikat..terbayang2 wajah die, die mengiau, die tgh tgu aku depan pintu opis..jumaat lepas, die memang dah bagi hint kat aku. manjanyer lebih dari biasa, asek nek berkepit jer. dua kali cuba nak ikut balik, naik kereta..rindunya aku pada dia..RIP GARANG..mummy akan slalu rindu kamu. moga kamu tersenyum di sana..~~huhuhuhuhu
Friday, July 2, 2010
salam semua.lately, agak busy cket dengan minggu perkasa putra yang bakal berlansung sepanjang minggu depan bermula esok. kejap jer rs, dah bulan julai pon. apa perancangan utk part 2 thn ini? utk aku, xde pape. just go on with my life. berjalan dan ketawa bagai mayat hidup kerana isi dalamnya kosong. kosong? ya, kosong. andai Allah cabut nyawa aku arini, maka nerakalah jawapannya bagiku. sebab kalo nak dibandingkan dengan para ulama yang memang tinggi ilmu agamanya, warak dan alim orangnya, pun tidak dijanjikan syurga lagi kan? inikan aku, orang biasa yang cetek ilmunya, malah slalu benar membuat dosa..aku tak salahkan orang lain. tidak ada siapa2 yang mempengaruhi aku atau mengajar aku buat itu dan ini. aku bertanggungjawab sendiri atas apa jua tidakan yang aku lakukan. kalau kamu diluar sana orang baik2, heretlah aku bersama. kalau tidak, jauhilah aku kerana aku takut aku tak tahan godaan syaitan dan nafsu..
Subscribe to:
Posts (Atom)