salam semua.lately, agak busy cket dengan minggu perkasa putra yang bakal berlansung sepanjang minggu depan bermula esok. kejap jer rs, dah bulan julai pon. apa perancangan utk part 2 thn ini? utk aku, xde pape. just go on with my life. berjalan dan ketawa bagai mayat hidup kerana isi dalamnya kosong. kosong? ya, kosong. andai Allah cabut nyawa aku arini, maka nerakalah jawapannya bagiku. sebab kalo nak dibandingkan dengan para ulama yang memang tinggi ilmu agamanya, warak dan alim orangnya, pun tidak dijanjikan syurga lagi kan? inikan aku, orang biasa yang cetek ilmunya, malah slalu benar membuat dosa..aku tak salahkan orang lain. tidak ada siapa2 yang mempengaruhi aku atau mengajar aku buat itu dan ini. aku bertanggungjawab sendiri atas apa jua tidakan yang aku lakukan. kalau kamu diluar sana orang baik2, heretlah aku bersama. kalau tidak, jauhilah aku kerana aku takut aku tak tahan godaan syaitan dan nafsu..
No comments:
Post a Comment