my Friends

click2 laaaa

Wednesday, February 23, 2011

no title~

assalam sahabat semua. dah lama aku takde disini. aku ada, cuma sempat blogwalking sahaja. tak sempat nak buat pape entry walaupon idea dan bahan tu dah ada. aku asih hutang gambar-gambar yang aku snap masa kat pameran pengantin shah alam tu. tapi, aku lihat dah ramai blogger yang wat review. my review, mmore or less akan same jer dengan dorang. nak review lelebih pon, aku takde la survey sangat pon. cume he jumpa la catering yang dah berkenan di ati. tu jer la achievement nyer. kire kejayaan jugak tu kan.

lately, aku banyak cari idea pasal nak design kad kawen sndiri. takde la gempak mana pon, just design kad tu pelik cket la. itu pon kalau lepas standard piawaian yang dibenarkan. almaklum la, terikat dengan apa yang ada di sekeliling. kalau tak terikat, dah jadi macam wau putus ekor kot? aku jugak sedang cari rubber stamp maker yang cantik design die dan aku memang dah jumpa dengan seseorang yang aku sangat berkenan dengan hasil kerjanya. nama we dia mangosteenskin. aku akan letak link die nanti yer sebab aku pown x ingat full link die. emang kerja die superb, tapi aku tak tau la kalau die nak buat rubber stamp untuk aku sebba aku takut die tak punya masa yang mencukupi. hasil kerja die ni memang agak famous jugak tau.

pastu aku banyak survey pasal centrepiece table. kalo aku punya rezki lebih, aku wat centrepiece table sendiri sebab pada mulanya glass kecik tu aku nak jadikan hadiah vip tapi tak memenuhi standard piawaian pulak. maka aku terpaksa la cari alternatif lain sebab aku macam suka sangat dengan glass kecik tu. tapi, tu kalau ada rezeki lebih la. maklum la, aku ni kan bakal pengantin yang bajetnya sangat ciput tapi berselera besar. memang tak sedar diri sungguh kan?

apa lagi yang aku buat ya sampai tak tertulis entry sebelum ni? oh ya, sibuk dengan election kampus yang baru jer selesai. tapi, nama jer la selesai, hakikatnya tak selesai abes pon. bak kata pepatah, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. btol ker pepatah aku tu? dah ingat-ingat lupa dah. aku tak nak ulas lebih2 cuma aku tak setuju dengan tindakan merosakkan pintu kaca tu. jangan la salahkan orang kalau kamu solat lambat kerana terpaksa membuat demo sebab demo itu tidak tercatat pon dalam KPI kamu. kamu yang leka berdemo smapai kelewatan bersolat, tapi nak salahkan orang pula. malah menyusahkan mangsa-mangsa yang tak terlibat pon dengan agenda yang kamu rangka kan itu.

apa lagi ya? esok terlibat pula dengan karnival kesedaran kanser (3k). tak terlibat secara penuh, cuma sub sahaja. tapi macam dah sibuk sangat pula kan? kesian aku, sibuk giler2, gaji ciput jer. nak buat camner, aku kuli kecik jer. kene la terima hakikat.

bab hantaran pon buat aku pening. tak perlu hantaran ni semua pon takpe. mau kene sembur dengan ma aku kalau aku cakap tiada hantaran. aku impikan wedding yang kecik, dihadiri oleh orang yang rapat dengan aku, almost every aspect ada sentuhan aku. tapi skang, itu cuma tinggal angan2. even kaler kuning tu pon macam tak dapat jer sebab kombinasi color langsir pon dah jadi lain. o, sungguh pasrah hati ini..

LYENA VEE

No comments:

Post a Comment

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers