my Friends

click2 laaaa

Wednesday, January 4, 2012

shopping2x!

Assalam semua! arini vee start keje. sakit2 badan blom hilang lagi. alhamdulillah, vee and hubby dah selamat mendiami our home sweet home. dapat jugak kami duduk serumah before new year. even though new year's eve aritu balik tido umah mak mertua. hehehe. memang hari2 keluar g cari barang rumah. haha!! ada aje yang tak cukup.

sabtu, first barang yang kitorang cari adalah set bilik tidur. vee rasa sakit pinggang bila tido atas lantai even ada alas pon. ye lah, sape suruh gedix lagi p tido terlentang? tapi, memang tido mengiring jadi kurang best skang neyh. hehe. mula2 kitorang pergi ke puchong avenue tu. orang puchong mesti tau kedai ni sebab dia kat tepi jalan ja. erm, mahal gila barang2 dia. pastu dia takdak ready stock. kalo order, mau 2 minggu baru dapat barang sebab after order, baru die buat furniture tu. ada jugak berkenan kat satu katil neyh. cantik n stylo tuuu! cumanya, katil tu tinggal yang display set. harga plak, sampai 1k++, katil sahaja. juling biji mata jap. tapi memang lawa and kena la price tu ngan barangnya. cumanya, bajet kitorang jer tak berapa nak ado. maka, bergerak lagi. hajat dihati nak cari kedai homestar. kedai homestar ni antara tesco n ioi mall. dah belok sebelah tesco tu, ternampak kedai puchong 2020 furniture mall. disebabkan dekat, maka masuk la ke situ dulu. masuk kedai yang ada tulis moving out sale. tapiiii, kedai tu bau semacam. and SA die macam bangla jer. macam tak konfiden sungguh. kuar balik, masuk lagi satu kedai. nampak ada lori baru sampai, antar stok kot.. borak2, SA die melayu, kak liza nama dia. set yang die tunjuk cantik. tapi amek masa seminggu jugak nak siapkan. terus i tanya, which one yang dia ada ready stok tapi yang baru. die tunjuk la yang promotion set. dalam rm899. set includes katil, cupboard, 1 bedside table, 1dressing table and chair. dah campur ngan tilam, dekat rm2k jugak la jadinya. dorang promise nak antar selasa. then, kitorang balik umah mertua.

ahad pagi tu, dok lepak2, tibe2 phone hubby bunyik. rupenyer orang unifi nak datang pagi plak. patutnyer tengahari. masa tu kitorang kat umah mertua, memang rushing la balik puchong. siap angkut skali ngan tv yang dah beli aritu. konon2 nak test iptv trus kan. excited tuuuu! and i dah post pon gambarnya before neyh. tunjuk tv dok atas lantai ja, sebab tv bench tak beli lagi :p setel orang tu pasang unifi, kitorang lepak2 kejap. petangnya, amek mertua menuju ke ikea. masyaAllah, ramai giler orang! alhamdulillah, rezeki kitorang dapat parking dekat ngan entrance. sampai sana, mata memang dok usha tv bench, meja makan jer la. hajat di hati nak cari tv bench ja dulu. yang len, kemudian jer. tengok2, kena amek yang saiz besar since kalo yang kecik takleh nak tampung tv. tu la, sape suh gedix g beli tv besar2 sangat. huhuhuu. kalo dah gedabak camtu, delivery jer la jawabnya. alang2 nak bayar rm65 for delivery, maka kitorang pon amek jugak meja makan, kerusi and rak display yang kaca tuh. meja makan tu, amek yang boleh lipat kiri kanan bagi jadi lagi besar. kalo tak silap nama dia bjursta. amek yang oak veneer, color kayu. rupe dia camni la..
 
 
tapi kerusi, amek yang plastik tu jer. sebab senang nak stack n lipat simpan. kalo orang datang, baru bukak semua chair tu. if not, letak jer 2-3 chairs. amek warna putih. nanti cari table cloth putih la untuk cover meja ni supaya tak nampak odd sangat. harga dia rm445, kalo tak silap la. harga chair plak, rm39 per chair. yang tv bench tu i tak ingat nama dia. i ingat harga dia jer. rm699. hikhikhik. pastu hubby amek display rack yang kaca tu untuk letak collections die. dah lama benar dia usha rack tu. akhirnya dapat jugak. alhamdulillah.. i plak de sambar dish drainer rm99, mattress protector queen size rm59, gelas kecik2 yang rm4.90 per set. ada 6 pcs dalam satu set. kitorang amek 4 set. senang kalo ada yang datang melawat kan. pinggan mangkuk, mertua dah bagi cket. nanti add on sndri la. hehe. tu jer kot hasil dari ikea. tu pon dari petang sampai ke malam berkampung kat ika tu. sakit tumit den banyak berjalan. dah kuar dari ikea, de orang jual comforter set nouvelle, 70% off. since i tak tau bila nak p jusco sebab badan pon dah penat, maka amek jer 1 comforter set. cuma curtain jer tak sempat nak beli. padahal ada warehouse macy kat floor paling atas. masa kitorang pergi tu, dah pukul 9.40malam. warehouse tu dah tutup….huhuhuhuhu

isnin plak, furniture mall call cakap leh antar bedroom set ari isnin. senyum lebar la i.maka, bergerak la pulang ke puchong. lorry sampai dekat kul 2pm. seb baek management rumah i tak strict sangat. sesetengah tempat, tak bagi lorry furniture ke, orang nak buat maintenance ke datang time cuti sebab die takut bising. nanti ganggu orang yang nak berehat. i amek set warna putih. erm, kualiti wise, average jer la. benda murah kan. tapi, i suka bed headboard tu ada tempat simpan barang. hehehe.
 
selasa, i cuti. i citer next entry ya pe i buat on selasa. ngeeeee
 
p/s: tak sabar nak tunggu lori ikea sampai esok. ngeeeee :p


4 comments:

  1. wah, berhabisan betul vee shopping.. dah settle setup rumah bleh la pk utk baby pulak ye :)

    ReplyDelete
  2. huhu. hubby yang ebrhabis.. :p tu la, pasni takmo pikir dah pasal barang rumah. nak pikir barang baby plak sebab barang baby, baru ada dua jer dari checklist yang panjang berjela tu. hihihihi

    ReplyDelete
  3. fuhh masuk rumah baru ni memang macam2la nak kena beli kan...

    ReplyDelete
  4. amal: aah, tu la. laju jer duit keluar. dahla sume benda pon mahal..huhuhu

    ReplyDelete

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers