my Friends

click2 laaaa

Friday, November 18, 2016

My best friend for today!

Assalam semua!

Tergerak nak buat entry hari ni sebab rasa tak berapa sedap badan. Nak buat kerja pun kurang fokus.

Dah 3 hari macam ni. Mula-mula sakit tekak je. So, titis 1 drop Thieves kat lelangit. Feeling dia lepas tu, fuh! Macam boleh p karaoke. Tanya kat group sifu-sifu, dorang cakap pakai 2-3 kali sehari. I pulak guna pagi je. By the time maghrib, tekak dah start sakit balik.

Bangun arini, dah ilang suara terus. Sekarang, dah rasa sengal2 badan. Adoyaiiii, dahla weekend ni banyak aktiviti nak buat. Oh badan, tolong la jangan jatuh  sakit. I terfikir, pengaruh Supermoon ke? Hurmmm....

Oh ya, tak perkenalkan pula Thieves tu apa kan. Dia essential oil. I rasa ada banyak brand, tapi yang I guna dari Young Living. Kira best friend I la arini. Macam mana rupa dia?


Macam ni ha.. Disebabkan I beli set, maka botol nya kecik-kecik aje. Kalo beli sebotol, rasanya size 15ml.

Disebabkan badan sudah start rasa sengal, kepala pun dah mula berdenyut, makanya I sapu je terus kat tapak kaki. Kurang sikit rasa sengal2 tu. I sapu macam tu je, tak dilute pon. Patutnya kena dilute, sebab Thieves ni campuran beberapa minyak. Kesan dia kalo tak dilute, akan ada rasa pedih sikit. Sesiapa yang ada kulit sensitif atau kalau nak letak kat budak, memang harus dilute.

Ada satu lagi minyak yang selalu dalam hand bag I. Tadaa!

Peppermint diluted

Peppermint ni bagus kalau selalu sakit kepala. Tak kisah la rasa macam nak pitam ke, stress ke. Sapu je kat belakang tengkuk atau kat dahi. Yang ni, I dah dilute dah. Memang sangat membantu bila tetiba I motion sickness.

Ini semua natural. Konon2 mahu ke arah natural la, kurangkan penggunaan bahan kimia. Selain essential oils, I makan vitamin Shaklee utk kesihatan. Ni dah lama ponteng Vitamin C plus banyak buat dosa kot ni. Kenapa? La, kan sakit tu penghapus dosa kecil. hehehe

Ada kawan-kawan kat sini guna produk natural? Share la sikit! Hehe

Doakan I cepat sembuh ya. Aminnnnn

Till then,

Tuesday, September 6, 2016

First time breakfast kat McDonald

Assalam,
Pergh! Sebulan satu entry. Takpa la, ni more to kenangan untuk Hussein baca bila besaq nanti.

Sunday,  4 Sept 2016
Class playgroup cuti. Mengaji pon cuti. Hussein dah bangun awal, dah mandi. So, I suggested kita p breakfast kt Mcd la. Lagipun, budak kecik ni tak pernah duduk Mcd makan. Hahahaha!! Di kala umoq 4 tahun 4 bulan, baru merasa dok Mcd ye nak? :p

Us
Abaikan muka mak nyer yang kembang semangkuk tu. Hussein takleh nak senyum sebab mulut tengah penuh. Hehehehe


Beli family pax tu, dia makan hash brown dengan telur ja sikit

Lunch time, masing2 kekenyangan. Abahnye bawak Hussein p potong rambut. Tengok rambut tu, dah kembang semangkuk dah


Dah hensem! Ish, nampak sangat big boy nih. Don't grow up too fast eh


As usual, kalo dapat sweets, konpem pass kat mak nyer. Macam la mak nyer suka sangat kannnn. Kadang I buang je cos takde orang nak makan. Pembaziran betol.

Memalam I suka gomol2 Hussein. Walaupon dah besaq kan. Pastu semalam, he said "Mak nihhh, always miss Hussein" Hah???? Hampeh betoi. Lagi I geram, peluk takmo lepas.

He cakap lagi, "Makkk! Hussein dah besar la. I'm not a baby!"

Ehhhhhh..takde maknanya. You will always be my baby tau. Takleh nak lari. Hahahahaha!

Till then,

Wednesday, August 10, 2016

Aduhaiii

Dialog malam ini..

Mak: weekend ni nak kena pergi...

Abah: mana?  Ikea?

Mak: bukann

Hussein: kena pegi Tesco!  I want to buy juice n soya.  Juice for our house, soya for Siti's house
(Awat anakku ni macam pakcik2? Hahahahah)

Sekian.

Friday, May 20, 2016

19 May 2016 - Hawk Eye in the making?

Assalam,

Siapa ni? Baby baru ke? Hahahaha! Taklaaaa..Ini Hussein la, 3 tahun lepas. Bagus betul FB sekarang, asyik dok remind apa post kita on the specific date. Gambar ni I post kat facebook 3 tahun lepas. Comel je dengan sleeping bag. 


Rasanya Hussein pakai sampai setahun lebih je. Bukan sebab tak muat, sebab dia dah pandai bukak sendiri! Dari selimut biasa, I tukar guna sleeping bag sebab budak ni asyik la dok tendang selimut tu. Memang sampai sekarang tak suka berselimut. Badan tu dahla tak berapa nak ada isi, boleh pulak takmo selimut.


Kan I dah cakap, budak ni memang die hard fan super hero. Ni, dia tengah berangan nak jadi Hawk Eye. Reti pulak Hawk Eye pakai baju melayu eh? Hahahahaha!!

Memang tersimpan dalam list angan2 mak nye ni ha, nak hantar dia pegi belajar archery. Tapi belum punya kesempatan. Sebab sekarang ni, weekend dia ada class playgroup dan mengaji. Tak nak la pack2 sangat. Dahla jumpa mak bapa pon weekend and malam2 je. Maybe tunggu dia besar sikit kot. Bila dah pergi taska, mungkin. Sebab taska kan weekdays, boleh la amek kelas lain masa weekend kan.

I belum survey pon sekolah dia. Ada a few place yang I nak p tengok tapi belum ada kesempatan waktu.

Bila tanya Hussein, nak pergi school tak? Mesti dia jawab “Hussein nak pergi dance school!”

Ko rasa? Huhuhuhu :D

Any suggestions untuk kindergarten area Kelana Jaya or Subang Jaya?

Till then,

Thursday, May 19, 2016

18 to 19 May 2016

Assalam,

Apa pulak gambar untuk dua hari ni?

18 May 2016
Dapat gambar ni melalui whatsapp. Menangis tersedu sedan di pagi yang tak berapa nak pagi.


Nak tau kenapa? Al-kisahya my MIL panggil Hussein turun untuk breakfast. Saw him dah turun half way, tapi tak sampai2 bawah. Pergi tengok, rupanya tengah nangis sedih sorang2. Siap peluk my MIL. Rupanya sebab ni haaaa

credit: google

Apa benda nih? Ni charger untuk morpher power rangers. Benda alah yang kecik ni terjatuh bawah tangga. Terus sedih sedu sedan. Drama sangat ko kan nak? hehehehe. Eh, jap tau tak morpher tu rupa camna? Untuk yang tak tau, jangan risau. I pon kenal sebab budak kecik ni kipas susah mati power rangers. Ni ha morpher nya
credit: google
Tapi kan, budak ni kipas susah mati superheroes. Most of them, dia kenal. Tambah2 character dalam Avengers. Hehehe

19 May 2016
Yang ni pulak I snap pagi tadi, masa siap2 nak pegi keja. Comel sangat posing. Tengah nyenyak tido tuh

Terang benderang bilik ha sebab semalam I ngantuk sangat. Terus tertidur. Hussein tengah syok lagi layan citer dekat Iflix. Bad habit. Takleh amal selalu. Ntah pukul berapa dia tido. Tapi I rasa tak lama lepas I tertidur kot, sebab phone yang dia pakai tu pon, bateri dah nak abes.

Sejak dua menjak ni, budak kecik ni rajin amek buku, mintak orang bacakan. Tak sia2 la mak dia beli buku banyak2. Selama ni, buku tu kalo tak koyak, berhabuk tersimpan. Tapi, I perasan selalu dia nak buku English je. Kalau yang Melayu, dia macam tak fokus sangat. Entah kenapa. Tak faham ke? Kitorang cakap dengan dia, dwi bahasa, takde la English memanjang. Hurmmmm

Iklan jap, sapa2 nak order multivitamin Shaklee untuk budak, boleh la cari I. Ni memang favourite Hussein ni. Tak payah paksa2. Rasa grape nyum nyum!


Harga retail: RM 117.66

Tapi bulan ni tengah ada promotion. Maka contact la I . Konpem I bagi harga kasih sayang

Till then,

Wednesday, May 18, 2016

BABY CLOTHES UNTUK SI KECIL

It doesn’t matter whether you are a new parent of having your second, third child, every parent should know the type of baby clothes that they need to purchase for their little one. Some may be lucky if you have older siblings or close friends who have kids to get advice from, but for those who have no clue, check out the must-have baby clothes!

Everyone knows that onesies are the perfect comfortable clothing to let your baby in as it allows them to move around freely. Besides that, it is easy for you to slip it on your baby as your little one might be crawl or spin around while you dress them. Stock up on the adorable baby rompers as it comes in handy when you are in a rush or wants your baby to appear sweet as he/she can be. Like the one below. Super cute, isn’t it?

I personally loves onesies! It help to keep the diaper in place because some time diaper tu akan senget benget a bit kan. Plus, there’s a lot of fun design to choose from!


Another must have baby clothing that parents should not overlook is to add some trendy outer wears. Nowadays, our country weather is unpredictable. Some time it’s scorching hot, another time it rains heavily. Hence, it is crucial to add a few outer wears into your baby’s wardrobe as there are days where you just have to keep your little one feel comfortably warm on rainy days or in air conditioning space.  Outer wears also serves as a trendy fashionable touch to your child especially when you are going out.


Last but not least, do not forget to add some casual tees and bottoms as well. This can be great when your baby has grown a little as you can mix match their clothing to match your own style. Some time, even your child wants to choose their own outfit. Give your baby a style of his or her own with the adorable patterned tops and bottoms available. Turn your little adorable child into a young stylish fashionista and remember to snap some photos for memories in the future.



Have fun shopping around!

17 May 2016

Assalam,

Kenapa tarikh semalam eh? Sebab i ada terbaca kat satu blog nih, dia sarankan everyday snap a photo. Sekarang ni ramai yang pelupa dan tak aware dengan surroundings,termasuk la i. Hehehe

Jadi photo semalam yang i rasa interesting adalah photo bawah ni..

Kenapa dengan Lego nih? Ini adalah hasil kerja tangan Hussein. Memang dia buat sendiri. Dah lama dia tak main set yang ini sebab dah lama tak balik rumah. I memang suka kalo Hussein main Lego. Ye la, kena gunakan imaginasi macam mana nak buat kan? Sejak-sejak umur dah 4 tahun ni, dah pandai nak bukak buku instruction, baca dan tengok macam mana nak buat.

Tapi tu la, Lego ni ada pieces kecik2. Ada sekali tu, Hussein masukkan 1 piece dalam hidung dia! Ish budak nih. Sejak dari tu, semua Lego yang size kecik2 boleh main bila ada adult je. If not, main je la yang saiz Duplo tu.

Anyway, time to get back to work.

Have fun!

Tuesday, May 17, 2016

March yang berwarna warni!


Assalam,
Dah May,baru sibuk nak post pasal march kan? Gila tak up to date. Hahaha. Takpa la, untuk bacaan Hussein bila dia dah pandai baca nanti.

Ok,mula2 nak story pasal first time Hussein kena nebulize. He demam masa tu, bawak pegi KJMC, Dr Syed cakap ada wheezing sound. Tu yang kena neb. 2 kali. Satu siang, satu malam. Memandangkan rumah mertua dekat secotet je dengan KJMC, maka pas neb, kami balik rumah mertua. Malamnya, lepas dinenr pegi semula untuk 2nd neb.

Awalnya memang Hussein macam nak nangis. First time kan, cuak la tu. Pujuk2, cakap pakai mask macam superhero. Dengar je super hero, terus okay. Fanatic sangat eh? hehehe

Ha, siap pegang sendiri senyum-senyum lagi


1 week lepas tu, kami pergi bercuti ke Langkawi, again! hahaha!! Macam tak boring je pegi sana. 

Sebelum gerak, Hussein baca Al-Fatihah dulu. Siap pakai belt sendiri tuh. Pakai baju hard Rock KK. Oh ya, KK. tu entry lain la. 

Touch down dalam keadaaan cuaca yang sangat terik! Time ni memang musim panas lit lit. My mom cakap memang utara takde setitik pon hujan turun. Dah selesai amek kete sewa, pegi makan laksa power yang dekat dengan airport tuh. Hurm, dah tak power cam dulu la. Rugi sungguh! Tapi angin pantai sangat la best! Terus holiday mood turn on bila nampak pantai dan laut. Hehehe
Selca dengan buah ati

Kitorang stay dekat The Villa, area pantai Tengah. Kurang dari 10 min driving, dah sampai cenang. Hotel baru, selesa la tempat dia untuk budget hotel. Ada dua katil queen for family room. Bilik air pon besar, nama pon nak tido je kan. Bukannya nak lepak dalam bilik 24 jam. Swimming pool tak ramai orang. Suka la Hussein conquer pool. Malamnya, kami makan kat kedai seafood kat cenang. Orkid Ria Seafood. Sedap weyh! Even kedai tu penuh, servis bagus. Takde la tunggu lama gila. Pastu jalan2 la cuci mata kat cenang tu. Tengok2 seluar ala2 palazzo, harem pant.
Muka lapar tunggu makanan sampai.

Breakfast was okay. Tak banyak choice tapi good enough for us la. Ada scramble egg, nasi goreng, mee goreng, mee sup. Alhamdulillah, kenyang. 
Budak masyam pegi breakfast dengan baju tidur.

Shopping, kitorang pegi HIG Group je. Malas nak round2. Tal beli banyak pon. Learn from experience, banyak sgt coklat sampai tak abes makan. Beli yang agak2 takde kat sini je. Pastu pegi tengok kaftan nak pakai tidur and souvenir. Oh ya, I ada beli air gamat.18 botol! Mujur beg ada space, tapi Mr A la susun. Kalo I yang susun, confirm tak  muat punya. hehehe.

Lunch time, kami pegi makan dekat kedai ni. Scarborough Fish n Chip nama dia. Harga, boleh tahan mahal. Tapi, portion and ikan yang dia pakai fresh oi. Berbaloi la. 

Belek2 gambar sambil tunggu makanan

Ni ha set dia. Bila tengok, bajet macam tak kenyang. Tapi sebenarnya kenyang sesangat! Alhamdulillah..

Kan dah cakap, Hussein suka btol pool dia. Takde la besar mana, tapi sebab takde orang sangat, suka la dia. Bersih pon bersih. Asal balik hotel je, nak terjun pool. Mr A la kena layan. hehehe. I turun sekali je kot. The rest, jadi photographer tak bertauliah je :p

Tak sah kalo p Langkawi, tak p cable car. Beratur panjang gila! Kitorang pon sampai sana lambat dah. Kalo tak silap, dalam pukul 11am kot. Naik cable car je, tak pegi pon bridge dia tu. Tak mampu nak kendong budak tak bape kecik sambil redah p bridge. Tu pon, banyak k.ngah yang kendong. Bukan tak boleh jalan. Jalan sekejap pastu penat. Kena dukung. Mak dia ni dengan handbag la, bagpack dak kecik la. Dah macam p camping. Hahahaha
Posing adalah harus! :D



Lepas tu, pegi minum coffee dekat Panji-Panji Tropical Wooden Home. Cantik seeting dia, siap ada vintage van yang pickup guest. Tak dekat pon dengan laut, tapi rasa tenang je. Hotel ni mengadap sawah padi ke arah Gunung Raya.


Last before bertolak balik, lunch dekat Red Tomato, Pantai Cenang. Hussein macam biasa, nak pasta yang tak pedas. So, carbonara je la ye. Sedap gak pasta dia. Hussein makan banyak sangat sampai terkeluar balik. Kesian dia..


2 weeks lepas balik adri Langkawi, I demam. Temp 39! Patut la kepala rasa super berat. 2days after start demam, keluar bintik2 merah. Heat rash la kot sebab masa tu tengah kecoh pasal heat rash. RUPANYA TAK! CHICKEN POX! huhuhu. Memang tak pernah kena pon sebelum ni. Tiba2 menyesal tak pergi ambil vaccine awal2. Makanya terpaksa la kuarantin dari Hussein. Sedih gila kot time nih. First week, my parents datang jaga. The 2nd week, duduk rumah dengan anak-anak bulus je. Layan korea sampai lebam. Syukur internet laju, aktif dok download cite korea.
Masa ni, baru naik kat badan. Belum naik kat muka lagi. 

Ni dah start naik kat muka. Gigih jugak cuci muka hari2 dengan pencuci muka Shaklee enfuselle. Pastu telan banyak2 vitamin C dengan nutriferon. Ubat doktor pon makan jugak. Sapu calamine sampai putih melepak! hahaha! Ada la sakit badan dalam2-3 hari. Gatal tu, masih dalam kawalan la, tak gatal sangat pon. Maybe sebab ubat yang doktor bagi tu. Awal-awal tu tido je kejenye. 

Sambut bitrthday pon sorang2 kat umah sambil layan cite Korea. Tup2 Mr A buat jugak suprise.

Ada candle sebatang. Pasang lagu happy besday kat youtube sebab tak reti nak nyanyi dalam bahasa korea. Ok la, touching la jugak kan. So sweet eh Mr A. Hehehehe


After 3 weeks!
Parut kat muka tinggal satu dua ja. Yang dekat hidung tu, tak boleh nak buat apa. Sebab dah garu awal2. Ingatkan jerawat time tu. Tembam still tak ilang. Hahahahaha!!!

Ada lagi rupanya suprise bila sampai office.
Thanks princess! Comel sangat mug nih. Sayang nak guna. Buat masa sekarang, simpan dalam kotak lagi.


From Mr A! Kalau ada yang tengok drama Descendants of the Sun, tau la ni rantai apa. Hehehe.

Ha, tu dia! Panjang lebaq! Lama kan tak pot pet kat sini. 

Ok, jumpa lagi. Bye!

Wassalam..


My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers