my Friends

click2 laaaa

Tuesday, May 17, 2016

March yang berwarna warni!


Assalam,
Dah May,baru sibuk nak post pasal march kan? Gila tak up to date. Hahaha. Takpa la, untuk bacaan Hussein bila dia dah pandai baca nanti.

Ok,mula2 nak story pasal first time Hussein kena nebulize. He demam masa tu, bawak pegi KJMC, Dr Syed cakap ada wheezing sound. Tu yang kena neb. 2 kali. Satu siang, satu malam. Memandangkan rumah mertua dekat secotet je dengan KJMC, maka pas neb, kami balik rumah mertua. Malamnya, lepas dinenr pegi semula untuk 2nd neb.

Awalnya memang Hussein macam nak nangis. First time kan, cuak la tu. Pujuk2, cakap pakai mask macam superhero. Dengar je super hero, terus okay. Fanatic sangat eh? hehehe

Ha, siap pegang sendiri senyum-senyum lagi


1 week lepas tu, kami pergi bercuti ke Langkawi, again! hahaha!! Macam tak boring je pegi sana. 

Sebelum gerak, Hussein baca Al-Fatihah dulu. Siap pakai belt sendiri tuh. Pakai baju hard Rock KK. Oh ya, KK. tu entry lain la. 

Touch down dalam keadaaan cuaca yang sangat terik! Time ni memang musim panas lit lit. My mom cakap memang utara takde setitik pon hujan turun. Dah selesai amek kete sewa, pegi makan laksa power yang dekat dengan airport tuh. Hurm, dah tak power cam dulu la. Rugi sungguh! Tapi angin pantai sangat la best! Terus holiday mood turn on bila nampak pantai dan laut. Hehehe
Selca dengan buah ati

Kitorang stay dekat The Villa, area pantai Tengah. Kurang dari 10 min driving, dah sampai cenang. Hotel baru, selesa la tempat dia untuk budget hotel. Ada dua katil queen for family room. Bilik air pon besar, nama pon nak tido je kan. Bukannya nak lepak dalam bilik 24 jam. Swimming pool tak ramai orang. Suka la Hussein conquer pool. Malamnya, kami makan kat kedai seafood kat cenang. Orkid Ria Seafood. Sedap weyh! Even kedai tu penuh, servis bagus. Takde la tunggu lama gila. Pastu jalan2 la cuci mata kat cenang tu. Tengok2 seluar ala2 palazzo, harem pant.
Muka lapar tunggu makanan sampai.

Breakfast was okay. Tak banyak choice tapi good enough for us la. Ada scramble egg, nasi goreng, mee goreng, mee sup. Alhamdulillah, kenyang. 
Budak masyam pegi breakfast dengan baju tidur.

Shopping, kitorang pegi HIG Group je. Malas nak round2. Tal beli banyak pon. Learn from experience, banyak sgt coklat sampai tak abes makan. Beli yang agak2 takde kat sini je. Pastu pegi tengok kaftan nak pakai tidur and souvenir. Oh ya, I ada beli air gamat.18 botol! Mujur beg ada space, tapi Mr A la susun. Kalo I yang susun, confirm tak  muat punya. hehehe.

Lunch time, kami pegi makan dekat kedai ni. Scarborough Fish n Chip nama dia. Harga, boleh tahan mahal. Tapi, portion and ikan yang dia pakai fresh oi. Berbaloi la. 

Belek2 gambar sambil tunggu makanan

Ni ha set dia. Bila tengok, bajet macam tak kenyang. Tapi sebenarnya kenyang sesangat! Alhamdulillah..

Kan dah cakap, Hussein suka btol pool dia. Takde la besar mana, tapi sebab takde orang sangat, suka la dia. Bersih pon bersih. Asal balik hotel je, nak terjun pool. Mr A la kena layan. hehehe. I turun sekali je kot. The rest, jadi photographer tak bertauliah je :p

Tak sah kalo p Langkawi, tak p cable car. Beratur panjang gila! Kitorang pon sampai sana lambat dah. Kalo tak silap, dalam pukul 11am kot. Naik cable car je, tak pegi pon bridge dia tu. Tak mampu nak kendong budak tak bape kecik sambil redah p bridge. Tu pon, banyak k.ngah yang kendong. Bukan tak boleh jalan. Jalan sekejap pastu penat. Kena dukung. Mak dia ni dengan handbag la, bagpack dak kecik la. Dah macam p camping. Hahahaha
Posing adalah harus! :D



Lepas tu, pegi minum coffee dekat Panji-Panji Tropical Wooden Home. Cantik seeting dia, siap ada vintage van yang pickup guest. Tak dekat pon dengan laut, tapi rasa tenang je. Hotel ni mengadap sawah padi ke arah Gunung Raya.


Last before bertolak balik, lunch dekat Red Tomato, Pantai Cenang. Hussein macam biasa, nak pasta yang tak pedas. So, carbonara je la ye. Sedap gak pasta dia. Hussein makan banyak sangat sampai terkeluar balik. Kesian dia..


2 weeks lepas balik adri Langkawi, I demam. Temp 39! Patut la kepala rasa super berat. 2days after start demam, keluar bintik2 merah. Heat rash la kot sebab masa tu tengah kecoh pasal heat rash. RUPANYA TAK! CHICKEN POX! huhuhu. Memang tak pernah kena pon sebelum ni. Tiba2 menyesal tak pergi ambil vaccine awal2. Makanya terpaksa la kuarantin dari Hussein. Sedih gila kot time nih. First week, my parents datang jaga. The 2nd week, duduk rumah dengan anak-anak bulus je. Layan korea sampai lebam. Syukur internet laju, aktif dok download cite korea.
Masa ni, baru naik kat badan. Belum naik kat muka lagi. 

Ni dah start naik kat muka. Gigih jugak cuci muka hari2 dengan pencuci muka Shaklee enfuselle. Pastu telan banyak2 vitamin C dengan nutriferon. Ubat doktor pon makan jugak. Sapu calamine sampai putih melepak! hahaha! Ada la sakit badan dalam2-3 hari. Gatal tu, masih dalam kawalan la, tak gatal sangat pon. Maybe sebab ubat yang doktor bagi tu. Awal-awal tu tido je kejenye. 

Sambut bitrthday pon sorang2 kat umah sambil layan cite Korea. Tup2 Mr A buat jugak suprise.

Ada candle sebatang. Pasang lagu happy besday kat youtube sebab tak reti nak nyanyi dalam bahasa korea. Ok la, touching la jugak kan. So sweet eh Mr A. Hehehehe


After 3 weeks!
Parut kat muka tinggal satu dua ja. Yang dekat hidung tu, tak boleh nak buat apa. Sebab dah garu awal2. Ingatkan jerawat time tu. Tembam still tak ilang. Hahahahaha!!!

Ada lagi rupanya suprise bila sampai office.
Thanks princess! Comel sangat mug nih. Sayang nak guna. Buat masa sekarang, simpan dalam kotak lagi.


From Mr A! Kalau ada yang tengok drama Descendants of the Sun, tau la ni rantai apa. Hehehe.

Ha, tu dia! Panjang lebaq! Lama kan tak pot pet kat sini. 

Ok, jumpa lagi. Bye!

Wassalam..


2 comments:

  1. Bestnya langkawi..lm dh tak pergi...kena chicken pop mmg sedih amat bila terpaksa pisah dgn anak....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, setakat ni tak jemu2 lagi p sana. hehehe. memang time kuarantin tu seksa amat kot walaupon anak macam okay je mak takde. kuang kuang kuang :p

      Delete

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers