my Friends

click2 laaaa

Saturday, July 30, 2011

Friday, July 29, 2011

Post Wedding!

assalam peeps! tenggelam timbul LV skang ni kan. hehe. pakej yang LV amek masa kawen dulu de post wedding. tapi tak tau bila nak buat. tup2, hubby kate ahad ni. OMG!!! nak pakai baju pe nih? konsep dah tau dah, ala2 urban la kot sebab around city jer time sunset. hehe. tgh pikir nih..either cari t shirt cute, pakai sedondon atau die pakai tshirt i carik dress putih comel. comel ker? comel kot. hahaha!! sempat ke nak p shopping nih. hm.. props pon tak tau nak bawak pe. hm..camno nih? camno nih?

 

Wednesday, July 27, 2011

Melayang layang…

Assalam peeps! sape2 yang follow blog i, mesti tau betapa i gila teringin nak tukar phone kan? hehehe. memang dah gatal tangan gila kot. aritu, tunggu pas kawen sebab time kawen, banyak pakai duit kan..skang ni kan.. kan.. yuki plak buat hal! dah lama yuki ni tak ketuk aku. aku anta yuki g servis tadi.. rupenyer timing belt pon kene tukar jugak..huhuhu. pejam mata jer la bayar kang..dekat 450 jugak la..takleh gatal2 nak survey tepon lagi sebab nanti i stress sebab tak dapat. ya, i know i fanatic! hahaha

bye-bye desire hd..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

 

bye-bye sensation

 

mungkin kalau umur yang panjang rezeki yang lebih, kita berjumpa bulan depan. atau bulan seterusnya. atau… hehehe

Whining!

assalam peeps. i’ve been whining a lot lately kan? in this entry,this one and  a little bit in this one too. am i not grateful enough with my life? i keep blaming my environment for what had happen in my life. until i read this from someone’s page..

“YOU need to make you marketable. not expect/depend on others to help you be marketable. it just doesn't make sense to me. you've made it to uni, learn, equip yourself... don't expect everything to be handed to you ALL the time. sendiri mesti ada effort, brader heheh”

when i think back, i memang lain dari zaman uni dulu. dulu, i sangat outspoken, aktif sana sini tapi bila dah keje, i jadi pasif. macam kalah dengan keadaans ekeliling. So, from today onwards, i kena regain balik my confident. tak boleh asyik nak harapkan orang even though reality memang slalu harsh on you. maybe i dah duduk lama sangat kat dalam comfort zone nih. okeh time to change!

Tuesday, July 26, 2011

First time!

First time minum sebab aku tak suka yogurt.rupenye sedap gila kot!patut beli botol besar.huhu
Lyena Vee tru Nokia5730

new job

assalam peeps! i need new job. tengah mencari-cari. job kat sini kontrak setahun-setahun. masuk ni dah tahun ketiga, tak dapat2 tetap lagi. department, dah banyak kali bertukar. tinggal 2 bangunan @ cawangan jer yang i belum merasa keje lagi. kat sini, politik kene hebat. kalau pandai buat keje pon, kene pandai tunjuk kat orang kita pandai buat keje. me, i bukan orang macam tu. makanya orang takkan nampak i. tu yang kene tendang ke sana sini tu.

tapi, i bersyukur. tempat ni banyak ajar i macam mana nak keje. ye la, 1 st job kan. tambah2 plak, i ni jenis gugup gila bila pergi interview. sampai soalan2 bodoh pon i tak bole jawab sebab nervous punya pasal. lepas interview, baru nyesal. nape la aku tak study btol2. nape la jawapan aku bodoh sangat. tapi nak wat camna, kalo nervous, semua lupa. so, camna nak cari keje lain kalo tak reti nak handle interview? hm..

hubby keep saying, arini dapat adiah lagi dari orang opis. wahhh! itu jer la yang aku cakap. nak buat macam mana, opis aku sengkek. takde adiah2 ni even dari jabatan sendiri. bos pun tak datang majlis, takut “bersih” katanya. bos lama aku jugak yang baik, sanggup datang. aku appreciate gila kot. bos lama aku banyak train aku macam mana nak buat keja. takpa la, masing2 ada kekangan masing2. hidup ni bukan pasal aku ja kan? tapi, skang aku malas gila okeh. buat keja pon sekadar buat ja. dah tak best macam dulu. tak pulun kata orang kedah. takdak chemistry dengan bos sendiri, department sendiri. bos aku tak baik ka? baik ja. ada sorang tu, siap sangat “concern” lagi sibuk tanya bila nak ada isi. hello! aku baru kawen tak sampai sebulan tau. gila apa. kalau ada, ada la. tu kan keja Allah, bukan keja aku. kita ni sekadar usaha. kalau Allah nak bagi, Dia bagi la. kalau tak, sapa kita nak mempersoalkan?? kalau sekali dua tu bergurau la. kalau dah selalu sangat, bernanah jugak telinga aku neyh

ok, mood memang bengang arini. eh tak, memang akhir2 ni cepat bengang. cepat la balik. dapat jumpa anak2 aku si smokey and shirou tu, baru ilang stress aku.

Paksa!

Shirou kene paksa amek gambar ;)
Lyena Vee tru Nokia5730

Selagi tak dapat

Assalam peeps. selagi tak dapat, selagi tu la i akan melihat2, men google2. hehe

source: everydayonsales.com

diorang ada buat promosi pembukaan. murah sikit dari current price. haih… tadi g workshop, bawak yuki tu sebab radio tu kan dah berbulan tak mengeluarkan sebarang bunyi. dah pergi tanya and diorang check, rupa2nya, player yang rosak. player made in china, sungguh tak tahan. baru pakai 6 bulan kot. ish! pastu ingat nak tukar la radio baru. nak yang ada usb la sebab yang lama ada usb. paling murah they can quote me, rm350!! bodoh! dah nak raya nih, takkan nak spend sampai rm300++ untuk radio jer. baik aku abeskan trus duit yang ado beli handphone kan? lagi berbaloi kot sebab slalu ada ngan aku. pastu beli jer car charger, dengar jer radio from handphone. ish, mood asyik swing jer minggu ni. memang hangin la. patut tadi, die takyah pasang balik radio tu, bagi aku campak jer dalam tasik, baru puas ati. time camnih, p main boling syiokk jugakk. bole baling2 bola boling tu. anyone, boling jom?

Monday, July 25, 2011

cerita weekend lepas

assalam peeps. weekend ku agak sibuk sebab jumaat petang LV akan gerak ke PJ, umah mertua. currently my hubby duduk dengan mertua lagi sebab kunci rumah belum dapat. ntah biler la nak dapat kunci. fed up plak rasa. malas nak pikir pasal rumah tu dah, buat sakit ati jer. weekdays plak LV kat serdang. since lagi dekat nak pergi keje and my cats pon de sini, so i pon duduk la sini. rasanya, kalau kene ulang jauh tu, boleh tahan lagi kot. tapi, nak tinggal my cats totally, memang tak la.

so, sabtu lepas, tengahari, kitorang lunch kat grand dorsett subang, his cousin belanja makan dim sum. kenyang giler kott! no pics sebab i malu nak snap any pics. ye la, baru jer kenal kene control baikk la. hehe. after lunch, kitorang gerak ke umah his pakcik plak. i thought dah takde makan2. rupenyer ade jugakk! my fave plak tu. durian served with pulut! hehehe and ade mee rebus. i think it is mee rebus la. hormat pada tuan umah, makan la lagi..malamnyer plak, kaklong ajak g buffet yang served mostly daging. mak aih.. giler!! macam nak pecah perut. memang banyak giler makan. penat rasa asyik makan jer. memang bersyukur dapat makan banyak, tapi penat giler kot. balik umah, trus tido jer.

ahad, takde pape. we just lepak kat umah. too lazy to go anywhere. hubby anta i balik pas dinner. sampai bilik, rasa penat giler. sebab berulang kot. kene kemas bilik lagi sebab dak2 tecik tu sepahkan. sampai bile my life akan macam ni, i pon tak tau. am i enjoying it? ntahla..pasrt family tu best la sebab i never had sister or big brother. my stress tak release tau. dulu weekend ditunggu2 sebab bole kuar dating, cuci2 mata, window shopping, kemas bilik, lepak2 tengok tv. now, i macam terkejar2. tengok tv? hardly kot. no more melodi, no more conan, no more enjoying shows in my cosy room..life is different. but i still don’t have to cook or wash his clothes. am i happy? sort of but still got room for improvement kan?

Friday, July 22, 2011

OMG!! TEMPTED! versi 2

Assalam peeps. asyik tempted jer kan. haha. nak wat camna, dah habit Big Grin

rasanya LV pernah cakap before ni, sangat la adore ngan HTC neyh. tak tau nape. tengokla harga desire hd! owh, tempted sungguh neyh. rasa nak pejam amta jer beli. huhuhuhu

source: everydayonsales.com

Wednesday, July 20, 2011

OMG!! TEMPTED!

Assalam peeps! arini LV terlebih rajin plak. agaknyer sebab terjumpa banyak benda menarik perhatian kot. hehe. tadi lawat satu blog nih. tengah ada birthday month sale! pergh!! cube tengok nih!

lc

huhuhu. dulu LV pernah buat entry pasal clucth nih. nak buat hantaran kononnyer tapi dulang dah penuh. skang nih, tengah sale plak! hadoi la. tempted giler neyh. tapi, kalo beli, nak buat pe plak ek? sebab die macam wallet kan? LV baru jer beli wallet baru…. huhuhuhuThinking

source :strawberry tags

terima kasih b2b Lala!!

assalam semua!! tadi blogwalking, pastu rajin plak skroll ke entry2 lama. then, LV terjumpa ini!! http://misilala.blogspot.com/2011/07/review-wedding-b2b-veesakura.html

review pasal majlis LV kat sungai petani,kedah! terima kasih banyak2 lala!! first time LV jumpa member blogger. agak kekok jugak la. tapi memang terharu ar. LV pon takde buat review lagi pasal hari persandingan aritu. haha!! memang lambat btol kan? sooo sowie. pasni, LV promise akan cube buat review satu persatu secepat mungkin. ngeeee

to Lala, LV doakan majlis pertunangan dan perkahwinan kamu akan berjalan lancar semuanya ya. aminnn

canteknyerrr!

assalam peeps!

LV tak pasti kalau ada yang dah review pasal mizz nina. tadi melawat ke blog beautifulnara, tengok gambar persandingan mizz nina. wah!!! cantik siot baju dier! LV rasa ni sebelah noh hujan kot. ntah kenapa LV berkenan dengan baju die. simple but nampak die pengantin. i likeeeee

owh, how lovely!!Day dreaming

credit pic to beautifulnara.com

Tuesday, July 19, 2011

Gudnite

Assalam peeps. Aku tak kisah kalo entry aku takde isi. Blog aku,sukati aku la nak letak type entry yg macam mana kan. Kalau tak suka,tak payah baca. Mata dah nantok,ati tak senang. Mood aku swing malam ni,tersentapkah? Hm..goodnite semua,assalam..
Lyena Vee tru Nokia5730

2nd day keje

Assalam semua. okeh, dah kurang malas cket. semalam malas giler kot. almaklum la cuti lama. erm, tengah pikir nak buat ape arini. life zaman bujang and skang sama jer untuk vee sebab i’m a weekend wifey. hehe. ni gara2 malas nak berulang alik jauh. lamabat betul nak tunggu dapat kunci umah ni.. hm…

Saturday, July 16, 2011

Exam!

Assalam peeps! Vee tengah tunggu next paper untuk exam ptd. Thanks guys bagi sokongan kat vee on my nikah review. Apa2 pun, vee bersyukur dah jadi wifey.aminnn.
kebulur,pening pale sume ade.sejak balik ho neymoon, badan rasa tak sedap jer. Banyak sangat main air kot. Kejap rendam dalam pool la.kejap dalam jacuzzi la. Tu la, lupa diri lagi.hehe. Neway, wish me luck ya. Tak sempat study pape pun, main hentam je. Hehe
Lyena Vee tru Nokia5730

Friday, July 15, 2011

sesi nikah 2 julai 2011

assalam peeps! dah sudah kawen, blur jap. tak tau nak tulis ape. hm… ok la, review pasal nikah la.

i nikah ari sabtu,2 julai 2011, dijadualkan pada pukul 10.00 pagi. memang pagi tu bangun awal giler. dahle malam sebelum tu i tido kul 2.30 pagi. so, i slept about 4 jam jer. memang new record la sebab i ni jenis yang tidur cukup 8 jam. hehehe. i request nak nikah kat umah tapi tok imam insist nak jugak p kat masjid yang jauhnyer cume 10minit dengan berjalan kaki. dahle time tu i period. agak geram jugak la

i g masjid dengan 2 buah kereta. walaupun dekat takkan nak suh menapak kot dengan heels sume. my dad’s car, die yang bawak. ada me, my pengapit(ijat) and farah, my schoolfriend. the other car ada both my brothers, makngah, pakngah, tok sebelah mak and adik sepupu. tu jer. disebabkan kelam kabut i tak bawak pon cincin untuk batal air sembahyang and bantal nikah. even my mom pon tak datang masjid. sedihh siot. i wish both my parents ada untuk tengok i nikah. but then mak kate ada banyak keje nak buat kat umah. sob..sob..Crying face

sampai kat masjid, rombongan hubby blom sampai lagi. since i tak boleh masuk masjid, i just duduk akt laur masjid, kat koridor tu. tok imam datang, die cakap kat my father suh turun bawah lagi which is tempat yang orang pijak2 dengan kasut tu. bodoh giler! nak mengamuk i kt situ. i degil, i g duduk kat tangga. konon de tempat khas untuk orang yang tak boleh masuk masjid. tak lama lepas tu rombongan hubby sampai. dorang datang dengan 15 buah kereta tau. malu giler i masa tu. rasa macam kawen lari jer. takde whole family sume, kene buat kat masjid, duduk tepi tangga lagi. memang pagi tu bergenang juga la mata ni. tapi tahankan jer.

bila sume dah amek tempat, upacara pon dimulakan. lagi sekali darah i menyirap sebab tok imam tu tak guna mic. langsung tak dengar pape. memang terpinga2 la. tau2 jer dah sah jadi bini orang. 1 thing yang buat i sedih and terkilan, bukan father i yang nikahkan i tapi tok imam. anak pompuan dia sorang ja.. sedih giler time tu. tengah taip ni pon, mengalir air mata bila ingat saat tu. after sah nikah dengan sekali lafaz, my hubby datang dekat i dan bacakan taklik. alhamdulillah, btol la i dah jadi isteri yang sah. lepas baca taklik, my hubby masuk dalam masjid semula tapi i tak tau untuk ape.

settle everything, kitorang bergambar depan masjid. memang sikit giler kot gambar time tu. nasib baik hubby’s relatives banyak snap gambar. so, sume gambar ni i cilok from hubby’s relatives and my friend’s fb.

me tengah cuak nak g masjid. this is my bilik pengantin. love it! In love

this is me and my pengapit, farizat aka ijatt. ijatt ni one of my bff dari dulu sampai skang. kecik molek jer orangnya Winking smile

us masa pembacaan taklik

the husband and wife! Open-mouthed smile

pic credits to farizat, sheha and simfoni rias

Tuesday, July 12, 2011

Tuntutan Ambiga Melalui IFC

Assalam peeps! LV tengah ber honeymoon lagi nih. best giler, rasa takmo balik jer. cume kureng cket sebab smokey and shirou is not here. ni lanjutan bersih aritu, LV  dapat email list of tuntutan Ambiga. hebat giler ek tuntutan die. camner orang Islam boleh sokong????

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Monday, July 11, 2011

Hornymoon!

Gateway to our hornymoon sanctuary.hehe
Lyena Vee tru Nokia5730

Sunday, July 10, 2011

Tidur?

Tengah cuci rambut pun bole nak terlelap.hehe
Lyena Vee tru Nokia5730

Saturday, July 9, 2011

Friday, July 8, 2011

Frust

Otw bawak my parents to homestay. Penat! Who said kahwin best? Penat, tak cukup tido, sume ade. Frust jugak la my inai tak renew pakai balik. Just yang i pakai untuk last saturday. Special day,apa salahnyer kan.nak pakai sendiri, i'm too busy layan tetamu. Even henna tube tu pon takde. Sedey2x..
tambah plak people keep asking bout jalan ok ke x.hayyo! It's not me yang tutup jalan,how should i know which one yang clear coast?? Ni sume bersih bodo tu punye pasal
Lyena Vee tru Nokia5730

Busy!

My sister in law tengah monitor dorang do da dais and hall deco
Lyena Vee tru Nokia5730

Wednesday, July 6, 2011

1st time dating legally

Transformers time!hehe
Lyena Vee tru Nokia5730

1st update!

assalam guys! LV tengah rehat2 ni. best jugak cuti lama ni ek. tapi cam bosan pon ade gak. hahaha. skang vee kat bilik lama vee. so, smlm tido sorang la, tido ngan kucing2. hehe. malam ni balik umah mertua semula.

so, nak review pe dulu ek? just letak jer la my nikah n bersanding pic. gambar2 ni, banyak sedara hubby yang snap.

ya, vee memang debab! hahaha!! nanti vee tunjuk gambar penuh baju nikah with review skali ya. gambar ni diambil right after nikah. masih malu2 kucing lagi tau! hahaha

ni plak baju untuk bersanding. memang vee nak color royal blue. sangat2 berterima kasih dengan k.yan, my mak andam sebab dapat cari apa yang vee mintak. bersyukur sangat. hehe. thanks to my school friend yang snap gambar ni. ally, thanks a lot tau! :)

sume gambar tadi tak diedit langsung. ni ada 2 gambar yang my OP letak kat fb diorang. memang cantik di mata vee. hehe

sangat suka gambar yang last tu. hahaha!! memang outcome sangat cantik. sebab tempat tu takde la cantik mana pon. seriously, vee suka sangat. weekend ni, sebelah hubby OP yang sama jugak yang akan snap. kene ajak hubby praktis pose nih. hehehe Big Grin

Monday, July 4, 2011

Feelings

Assalam guys! Dah dua hari bergelar isteri orang. Perasaan? Sangat2 bersyukur. Rasa bahagia sangat. Tapi still ada rasa takut cos lepas ni,stay with his family for a while. Tadi pon my mum dah marah i tak buat air minum petang for him.haha! Im still getting use la. Me myself jarang minum petang. Slalu air kosong je. Have to remind myself yang i dah ada hubby. So everything yang i pikir,i have to includes him skali. Hehe. Ok,time to sleep. Curi masa update while he's sleeping. Nyte2x! Hehe
Lyena Vee tru Nokia5730

Saturday, July 2, 2011

Officially married!

Me masa tengah waiting groom's arrival tadi.
Lyena Vee tru Nokia5730

Save The Date!!! (sticky entry)

assalam guys! since my ticker dah tinggal 1 month plus, so, dengan gediksnya, i nak buat entry nih. save the date! yeah!! details as follows:
1 copy
design by my officemate. dia suka buat2 design nih, so i mintak tolong dia. gambar ni pon di snap oleh member jugak masa openhouse tahun lepas sebab i takde pre wed. so kene la pakai apo yang ado yer. hehe
tempat : Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah
tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
ni i letak petanya ya, tapi rasanya kecik jugak nih. huhuhu
Batting Eyelashes
 004

anda semua dialu-alukan hadir. meh la! hehehe. sape2 yang mau kad, please email me at dolphinvee_winter@yahoo.com with subject kad kahwin ek. hehehe

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers