my Friends

click2 laaaa

Thursday, June 21, 2012

Beg hospital mengikut pengalaman

Assalam semua!

Arini nak cakap pasal beg hospital. Ni ikut pengalaman i yang baru sekali bersalin ya. Untuk peringatan diri sendiri jugak masa akan datang..

Masa pack beg spital nak bersalinkan Hussein, memang kitorang bawak banyak barang. 1st timer kan,blur. Memang la kat tenet berlambak guidance,tapi slalunya orang akan bgtau apa kena bawak, x cakap berapa kan. Bayangkan kitorang bawak receiving blanket sampai 3 helai, set baju baby sampai 3sets,mittens and booties 6sets. punya la berat beg sebab isi barang i and baby in 1 bag. End up, my SIL bawak balik separuh barang2 tu.sebab memang tak pakai pon.

My advice, barang mak and anak better isi satu beg je. Senang nak bawak. Takde la tertinggal ke ape. Macam i,de 1beg utk my stuff and baby's stuff,de 1beg utk gadget where i simpan my camera,phone charger,ipod suma. My mistake,sebab bawak handbag i jugak. Patutnya tak payah. Just put wallet dalam gadget bag pon dah ok. Senang sebab all valuable stuff dalam satu beg. Beside bukan pakai pon handbag tu.

Barang yang kene bawak plak more to mother's stuff.
-Baju and kain batik mak untuk pakai harian. Bawak je dalam 2sets dulu. After bersalin and dah settle everything,husband boleh balik rumah amek lagi if kena stay lama. I prefer kain batik even though tak reti pakai pon sebenarnya sebab senang nak p toilet. Tambah2 dok ngeri sebab bawah tu kena jahit kan. Kalo pakai seluar, takut je seluar tu terkena jahitan. Beside senang bila nurse datang check kalo pakai kain.selak je.if pakai seluar,satu hal plak kan. Dahla takleh gerak sangat. Macam i aritu,nurse datang check every two hour pas bersalin sebab i demam. Sambil check suhu,dia akan check sekali pad u and tekan kat area pusat untuk keluarkan darah.sakitt woooo. Kalo lupa bawak maternity pad,xpe.hospital ade pad tu. I bawak maternity pad tp dia adhesive.so, i pakai spital punya,yang jenis ikat tu.tapi tak ikat pon.just letak je kat panty.
-disposable panties. Beli one size bigger than your size so that senang nak pakai. If bocor pon,tak kesah sebab disposable kan. Takde la leceh2 nak kena cuci plak your panty.
-nursing bra. Ni pon essential jugak. Tak yah la berangan nak pakai fancy2 bra lagi ya.kalo fancy2 tapi nursing bra,then its ok.
-mother's clothes untuk balik. Utk balik, i pakai nursing blouse with long skirt and dun forget to bring tudung ya bagi yang bertudung. Boleh je nak balik pakai kain batik. Me,tak berani sebab takut kain tu terlondeh tengah jalan. Beside, nak melawa la jugak kan even dah jadi mak.hahaha
-toilettries and towel. I bawak yang asas je. Ubat gigi, berus gigi,pencuci muka,and sabun manfi/shower gel.
-selipar toilet. I lupa dis one. So,1st day mandi terpaksa pakai sandal hush puppies tu.sayang woooo.huhu
Stokin- tak tau la orang lain,tapi kaki i cepat rasa sejuk even badan rasa panas. Yang ni,bawak la dalam 2-3pairs.

Then,barang utk baby plak ye..
Baju untuk balik- yg ni,kalo nak cute bawak la 1 set.mesti la mak2 nak baby dorang nampak cute kan.hehe.jadi bawak la baju,suar,mittens n booties
Receiving blanket- bawak la dalam 2helai.sebab macam hussein dulu,pakai blanket spital je. Baju pon pakai baju spital.i pakaikan yang sendirk pon bila baby g nursery,msti dorang pakaikan yang spital punya.so, tak payah banyak2
Topi- kat spital kan ber aircond,jadi sejuk. Jadi,pakaikan la baby tu topi ya
Surah yasin- letak je kat dalam katil baby.macam i dulu,i lupa. Luckily my SIL bawakkan.
mittens n booties: yang ni, bawak lebih takpe. sebab memang baby kena pakai. masa lepas lahir, kuku baby ni panjangnya, masyaAllah. maka untuk elakkn kena scratch ke ape, pakai la pelindung2 ni ya. hehe. tapi, takyah bawak yang comel2 sangat. yang biasa2 je sebab ada possibility untuk ilang bila baby p nursery. ya la, dorang nak handle banyak babies kan, so kadang bila mitten tertanggal sebelah, dorang tak perasan. tambah2 bila dah bedung. kalo yang comel2 simpan bila dah boleh balik umah ya :)

Ok,seingat i,itu je barang yang diperlukan.pampers,memang pakai spital punya. After all,suma benda2 tu u dah bayar kan. Baik gunakan sepenuhnya.hehe. ok,nak tidokan hussein.daaaa
posted from Bloggeroid

7 comments:

  1. woahhh..tq sbb share.boleh buat rujukan kemudian hari.. :)

    ReplyDelete
  2. hai.memang berguna la tips ni.sebab masa mula2 memang tak tau apa.thanks ya!

    ReplyDelete
  3. no prob guys! harap dapat membantu member2 yang tengah nak kemas beg spital tu. hehe

    ReplyDelete
  4. nice sharing sis..:)

    tp ni deliver kat hosp gov or private ye?

    ReplyDelete
  5. mynameismy: no prob dear.. :) ni kt private.kalo gomen, kene bawak extra stuff rasanya sbb banyak tak disediakan..

    ReplyDelete

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers