my Friends

click2 laaaa

Friday, June 29, 2012

Congested nose

Assalam semuaaaaa

Semalam bawak Hussein pegi spital lagi.hai la dak nih,asyik ulang spital je.dah mak bapak dia cepat gelabah,cket2 p spital. Mau tak gelabah weyh,dak tecik,xtau nak cakap sakit ke tak kan.huhu

Since lahir,hussein cam ada masalah breathing cket.nafas dia cam kuat. I tot normal la sebab nampak dia cam xde masalah nak breath,cuma kuat cket. Ada beberapa kali dia tengah tido,pastu menjerit dalam tido.nangis tapi mata pejam. Tak sure time t nangis sebab 'kawan' dia tegur ke or dia susah nak breath. Tapi everytime nangis,bila angkat cket tepuk2 belakang,dia diam n tido balik.

Dua ari lepas dia start bersin dengan agak banyak kali.usually dia bersin after mandi je sebab sejuk kan.padahal mandi air suam tu.hehe. tu yg i bawak p jumpa doc sebab takut dia selselma. after bersin tu,kuar la taik idung yg agak banyak. Bila kuar tu,baru nafas dia tak bunyi.taik idung dia ala2 hingus cuma tak meleleh je. Orang kata kalo camtu, sedut kuar macam siput sedut. Masalahnyer i ni,siput sedut pon x reti makan sebab tak reti nak sedut.hahaha!camno? So,bila dah jumpa doc,dia kata benda tu takde ape nak risau. Budak memang ada yang camtu,idung dia congested cket.so, doc bagi ubat untuk congested nose tu.ni ubat dia..



Bagus ubat ni.pas letak semalam, hussein bley tido dengan lena.takde nak marah2 cranky suma. Dia bangun untuk menyusu,then i just betulkan bedung,letak kat tempat tido,trus dia sambung tido. Alhamdulillah,dengan izin Allah jugak. Tengok la dia tido,lena je kan?



Seronok tengok.hehe

posted from Bloggeroid

Monday, June 25, 2012

45 days!

Assalam friends!

Arini hussein dah 45ari. Maksudnya mak dia pon dah lepas pantang dahla. Alhamdulillah..petang karang de appointment with doc idris,last checkup kot.postnatal checkup je.hehe. a friend bergurau cakap dah abes pantang,can make another baby la.hahaha!! No no no!horror yang aritu pon tak ilang lagi. Nak tanya doc camne nak merancang keluarga.apa solution terbaik.hehe. next entry cite pasal camne i berpantang ya.ngeee

Tepek la sekeping pic budak basyam yang x bangun mandi lagi ni.hehe



posted from Bloggeroid

Thursday, June 21, 2012

Beg hospital mengikut pengalaman

Assalam semua!

Arini nak cakap pasal beg hospital. Ni ikut pengalaman i yang baru sekali bersalin ya. Untuk peringatan diri sendiri jugak masa akan datang..

Masa pack beg spital nak bersalinkan Hussein, memang kitorang bawak banyak barang. 1st timer kan,blur. Memang la kat tenet berlambak guidance,tapi slalunya orang akan bgtau apa kena bawak, x cakap berapa kan. Bayangkan kitorang bawak receiving blanket sampai 3 helai, set baju baby sampai 3sets,mittens and booties 6sets. punya la berat beg sebab isi barang i and baby in 1 bag. End up, my SIL bawak balik separuh barang2 tu.sebab memang tak pakai pon.

My advice, barang mak and anak better isi satu beg je. Senang nak bawak. Takde la tertinggal ke ape. Macam i,de 1beg utk my stuff and baby's stuff,de 1beg utk gadget where i simpan my camera,phone charger,ipod suma. My mistake,sebab bawak handbag i jugak. Patutnya tak payah. Just put wallet dalam gadget bag pon dah ok. Senang sebab all valuable stuff dalam satu beg. Beside bukan pakai pon handbag tu.

Barang yang kene bawak plak more to mother's stuff.
-Baju and kain batik mak untuk pakai harian. Bawak je dalam 2sets dulu. After bersalin and dah settle everything,husband boleh balik rumah amek lagi if kena stay lama. I prefer kain batik even though tak reti pakai pon sebenarnya sebab senang nak p toilet. Tambah2 dok ngeri sebab bawah tu kena jahit kan. Kalo pakai seluar, takut je seluar tu terkena jahitan. Beside senang bila nurse datang check kalo pakai kain.selak je.if pakai seluar,satu hal plak kan. Dahla takleh gerak sangat. Macam i aritu,nurse datang check every two hour pas bersalin sebab i demam. Sambil check suhu,dia akan check sekali pad u and tekan kat area pusat untuk keluarkan darah.sakitt woooo. Kalo lupa bawak maternity pad,xpe.hospital ade pad tu. I bawak maternity pad tp dia adhesive.so, i pakai spital punya,yang jenis ikat tu.tapi tak ikat pon.just letak je kat panty.
-disposable panties. Beli one size bigger than your size so that senang nak pakai. If bocor pon,tak kesah sebab disposable kan. Takde la leceh2 nak kena cuci plak your panty.
-nursing bra. Ni pon essential jugak. Tak yah la berangan nak pakai fancy2 bra lagi ya.kalo fancy2 tapi nursing bra,then its ok.
-mother's clothes untuk balik. Utk balik, i pakai nursing blouse with long skirt and dun forget to bring tudung ya bagi yang bertudung. Boleh je nak balik pakai kain batik. Me,tak berani sebab takut kain tu terlondeh tengah jalan. Beside, nak melawa la jugak kan even dah jadi mak.hahaha
-toilettries and towel. I bawak yang asas je. Ubat gigi, berus gigi,pencuci muka,and sabun manfi/shower gel.
-selipar toilet. I lupa dis one. So,1st day mandi terpaksa pakai sandal hush puppies tu.sayang woooo.huhu
Stokin- tak tau la orang lain,tapi kaki i cepat rasa sejuk even badan rasa panas. Yang ni,bawak la dalam 2-3pairs.

Then,barang utk baby plak ye..
Baju untuk balik- yg ni,kalo nak cute bawak la 1 set.mesti la mak2 nak baby dorang nampak cute kan.hehe.jadi bawak la baju,suar,mittens n booties
Receiving blanket- bawak la dalam 2helai.sebab macam hussein dulu,pakai blanket spital je. Baju pon pakai baju spital.i pakaikan yang sendirk pon bila baby g nursery,msti dorang pakaikan yang spital punya.so, tak payah banyak2
Topi- kat spital kan ber aircond,jadi sejuk. Jadi,pakaikan la baby tu topi ya
Surah yasin- letak je kat dalam katil baby.macam i dulu,i lupa. Luckily my SIL bawakkan.
mittens n booties: yang ni, bawak lebih takpe. sebab memang baby kena pakai. masa lepas lahir, kuku baby ni panjangnya, masyaAllah. maka untuk elakkn kena scratch ke ape, pakai la pelindung2 ni ya. hehe. tapi, takyah bawak yang comel2 sangat. yang biasa2 je sebab ada possibility untuk ilang bila baby p nursery. ya la, dorang nak handle banyak babies kan, so kadang bila mitten tertanggal sebelah, dorang tak perasan. tambah2 bila dah bedung. kalo yang comel2 simpan bila dah boleh balik umah ya :)

Ok,seingat i,itu je barang yang diperlukan.pampers,memang pakai spital punya. After all,suma benda2 tu u dah bayar kan. Baik gunakan sepenuhnya.hehe. ok,nak tidokan hussein.daaaa
posted from Bloggeroid

Wednesday, June 20, 2012

set shaklee bf amazing!

assalam semua!

alhamdulillah, lepas cucuk aritu, Hussein sihat walafiat. now, dah pandai nak tunjal2 badan dia nak suruh orang dukung. takde maknanya Hussein, not all the time orang leh dukung kamu tau. maka, belajar layan diri sendiri ye. hehe

semalam, my parcel sampai. i oder supplement shaklee for bf tu, yang trial pack punya. bukan sebab susu takde, tapi nak bagi badan cergas. ni cepat sangat nak rasa ngantuk. so, after dinner semalam, i telan la pil2 tu. ada b complex, vitamin c, vita-lea ngan alfalfa. tak tau la efek pil2 tu ke atau memang nak jadi pagi tadi. memang cik B selalu bengkak and bila LDR tengah bengkak tu, susu akan meleleh sendiri. tapi pagi tadi, bukan meleleh, memancutt!! gile ah. i tekup ngan towel dulu sebab takut laju sangat, tersedak plak si Hussein kang. tekap2 pon still memancut. pe lagi, terus bagi Hussein hisap. rugi wooo biar camtu je. memang Hussein terlebih kenyang pagi tadi. tu yang after mandi pon, lalok je. tak kisah orang nak buat ape kat dia, janji dia dapat tido. haha!! tapi, takkan secepat itu kesan pil2 tu? hurmmmm

kesimpulan yang i dapat after test 1 ari, memang badan jadi cergas. kena bangun malam banyak kali pon, takde la nak cranky. slalu i yang cranky dulu before Hussein cranky. haha! and cik B cepat je nak engorged. now, tengah pikir, malam ni nak amek lagi ke pil2 tu? ke nak tunggu bukan posa? sebabnya ni persiapan untuk bulan posa. sebab risau susu drop time tu..

tengok la muka lalok Hussein. blank je mata dia. hihihi


Sunday, June 17, 2012

1st month jab - hepatitis B

Assalam semua!

Hussein baru tido pas menyusu. So,i amek chance update pe yang jadi arini ya. Arini hussein g amek 1st month jab dia. 2nd dos hepatitis B. Kuar umah pon dah lambat tadi sebab still kekok nak pasang carseat dia. Sampai kat selekoh nak masuk kawasan spital,hussein tertido.Nasib baik tak ramai orang tadi. Masa kitorang sampai, ada 2 patients. Tapi dua2 dah sudah rupanya,tengah tunggu bil. So, terus je masuk jumpa dr kama,paed dia.

Masuk bilik dr kama,rupanya wife dia pon ada. Wife dia datang tolong kot. Dr kama ni dah tua,so sangat la gentle. Ubat ubatan pon dia yang bagi sendiri tau. Ada rak ubat kat belakang meja dia.hehe. if dia takde kat pantai,dia ada kat pusrawi. Berbalik pada hussein,wife dr tolong.timbang hussein. At 1month 4days, berat hussein is 4.5kg. Alhamdulillah,sihat anak i.hehe. masa b4 nak timbang ni la baru hussein bangun. Then, cakap kat dr yang mata hussein ni tak elok2. Dia on off ada taik mata. And i tunjuk jugak ubat mata yang another paed bagi. He tengok mata hussein. Dia kata ni bukan sakit mata. Tak yah letak ubat tu,memang takdak efek. Dia ajar suh urut bahagian atas mata dari ujung kening sampai ke batang idung so that duct tak tersumbat. Tu sebab la jugak idung hussein kadang2 sok sek sok sek. Sebab duct kat mata tu tersumbat. See? Doc veteran nk selalunya tak gelabah. Relax je. Tapi, jangan pandang enteng, he pakar jantung kanak2 jugak tu other than as paed.

Then,dr keluarkan jarum untuk bagi jab. I tak duduk dekat pon.macam tak sanggup ja nak tengok hussein kena cucuk. My MIL folo tadi,dia yang tengok dekat2. She.said masa kena cucuk,hussein tak nanges pon. Nak tampal plaster,baru nanges cket. Cket je,dah tepuk2, diam balik. Good boy! Total kena charge tadi rm50 ja. Untuk price paed,murah kan? Ni gambar hussein pas kena cucuk.masa ni kat spital lagi,dia macam khayal je.syiokk dok tengok sana sini kot.hehe



Dalam kete,hussein menyusu.menyusu cket,pastu terus tertido. Sampai umah tadi,terus tuam tempat cucuk tu dengan warm cloth. Doc takde plak bagi ubat demam. Every hour i check temp dia,takut dia demam. Alhamdulillah, setakat ni temp dia normal lagi. Ni gambar siang tadi after balik spital. Memang dia tido ja.hehe



Ok la, time to sleep back. Kang nak kena bangun lagi sebab hussein kuat menyusu. Oh ya,i berdoa banyak2 agar anak kawan i cepat2 kuar spital. Dia kena tahan ward sebab jaundis. Ya Allah, sembuhkan la anak etty cepat2. Aminnnnn

posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

Teran,jangan tak teran!

Assalam!

Arini hussein dah 34days. Arini baru la hussein nak p serah diri untuk 1month jab. 2nd dose hepatitis B. Harap2 hussein strong boy la, tak nanges lama2 ya.hehe. tepek gambo baru lagiiii.muka baru nak start meneran poo2x. Meneran ja,mesti buat mulut O.hahaha!comel je! Ops,puji lelebih plak.takpe la,skali skala mak puji hussein kan.hehe


posted from Bloggeroid

Wednesday, June 13, 2012

Fullmoon + 1 day! hehe

assalam semua!

ayoyoyo..takkan lepas ni i mampu up entry sekali je dalam seminggu? huhu. dok ngadap blog neyh, tapi tukar layout. lepas tu suma jadi gila. penat nak btolkan balik satu2. ni pon bloglist hot mommas takde. nak kena create balik.hukhukhuk..takpa la, janji sedap cket mata memandang. bosan sebab dah lama pakai template tu. cuma header ja kena adjust lagikk..

sebebanrnya nak bagitau ni, semalam Hussein dah fullmoon! yeay! ada sapa2 tau maksud fullmoon? konpem la ada banyak maksud kan, tapi yang i maksud kan ni adalah kalo ikut orang cina, kalo baby dah fullmoon, maksudnya dah cukup 30 ari! hehe. yup, Hussein dah cukup 30 ari semalam. alhamdulillah..

so, apa yang Hussein dah boley buat ek? hmm..
  • masa minggu pertama and kedua, dia menyusu sukati dia, sampai setengah jam sekali pon pernah. now, dia dah panda adjust. 2-3 jam sekali. tapi kalo malam, pernah sampai 4jam baru dia bangun. kepala dia plak sangat la kuat. 
  • ari kedua lahir, dah pandai senyum. and uncle sebelah hubby dapat snap gambar dia tengah senyum. pergh! mak dia sendiri tak sempat nak snap. selalu tengok live ja. tapi tu dulu la. now, dah banyak jugak gambar senyum dia yang i ada. yes, dia memang suka senyum, tambah2 time tido. mimpi best kot. hahaha
  • kalo dukung tu, asyik nak angkat kepala ja. orang yang tengok plak gerun. ye la, budak dalam pantang lagi kot neyhh. i banyak minum susu ke? tak jugak. minum ikut mood ja susu tepung tu. masa pregnant dulu la. tapi selain susu tepung, susu2 lain i blasah dengan lahapnya. dah bersalin ni, baru minum susu tepung. tu pon, 2-3 hari sekali kot. ngeee. ngelat kan? hehe
  • suka tido mengiring. skill ni dia develop masa masuk minggu ketiga. dia mengiring sendiri tau. sebab tangan dia terlepas dari bedung, dia pusing sendiri. syiokk btol dia tido mengiring. lena sungguh tengok.
  • dah pandai nanges kuat2 bila orang tak layan dia. Hussein ni, kalo berjaga sampai 2 jam lebih. pastu dia nak orang layan borak ngan dia. if not, dia nanges kuat2. kadang i jahat, biar je dia nanges kejap baru amek.hahaha. mak kijammm eh Hussein? :p
  • tangan coordination dia sangat superb okeh. cepat je tangan tu masuk mulut nak nyonyot. u know budak tak cukup sebulan, tangan dorang kan all over the place sebab dia tak reti control lagi. sama la macam Hussein. tapi, bab masuk mulut, memang tepat ke sasaran. masa i bersihkan mata n telinga dia pon, tangan dia tepat ke sasaran nak tepis.cool! hehe
  • semalam, yakni cukup sebulan, i perasan mata dia cepat tertarik dengan bright colors. i pakai baju oren striking, mata dia ikut mana i jalan. dah kurang hazy kott.hehe

i tak ingat lagi benda lain yang signifikan. kalo ada, nanti i tulih lagi ya. now, tengah tunggu Hussein bangun, nak bagi mandi. cik abang ni lambat mandi sebab after subuh, dia tidoq balik. tepeq la gambaq semalam. mak bagi Hussein pakai baju nampak macam dah besaq ja. hihi


Friday, June 8, 2012

milk blister againnnn



assalam semua,


susulan dari i kena milk blister aritu.. dua ari lepas tu, muncul lagi white spot. kali ni sampai dua. bersebelahan dengan tempat yang sebelumnya. tapi, dis time takde bengkak susu. kira belom tersumbat la. so, apa i buat. i rendam air suam lagi. then, pump banyak2, guna suction yang paling kuat sampai nampak susu kuar dari saluran white spot tu. and, i tak repeat mistake sebelum ni. sebelum ni nampak white spot tu, i x bagi baby H hisap dah. tu yang makin bengkak. kali ni, i bagi je baby H hisap. alhamdulillah, production susu naik cket. masa bengkak susu tu, nak cecah 1 oz pon susah. now, dah makin bertambah la. dalam 3oz. untuk cik b sebelah kiri, memang hasil yang membanggakan la jugak. ni lah hasil selepas usaha pumping beria. once dah start pump, kena pump slalu. if not, jadi cam i, susu merudum..





saja nak tepek gambar baby H tido. pandai btol dak nih posing. mak saaayangg Syed Hussein Almahdaly bin Syed Abdul Rahman Almahdaly. muahhhh!
posted from Bloggeroid

Wednesday, June 6, 2012

Cara treatment untuk milk blister

Assalam,


Fuhh! Fuhhh! Banyak btol sawang kat blog neyh. Dah terabai dah. Kesiannnnn..


Ni susulan milk blister aritu. I tahan untuk dua ari ja. Dok google2, jumpa dua solution..


Solution pertama, heat theraphy+massage. Dimana, rendam nipple dalam air suam then massage. I did this. I rendam my nipple dalam air suam and massage while my nipple still dalam air lagi. I buat ni dua kali. Sepatutnya, susu bley keluar dari saluran yang tersumbat tu yakni saluran yang ada white spot tu la. Tapi,mine xde pape perubahan. Ikut apa yang i baca kat tenet, cara ni amek masa. Berhari or berminggu untuk baik. Sedangkan bengkak tu sangat la menyucuk dan sakit hokayy. So, after sesi rendaman, i buat solution kedua.


Solution kedua,cucuk white spot tu dengan sterilized needle. Which i did! Takut sebenarnya, tapi sebab sakit punya pasal, buat jugak. So, i sterilize jarum jahit yang blom pakai. Check dulu jangan ada karat ke ape,kang kena infenction plak. I guna alcohol swab n wrap needle tu dalam 5min. Pastu poke2 white spot tu. Rupanya tak sakit sangat pon. Macam kulit kat jari ni ja. Cucuk2, macam degil cket white spot nih aka kulit yg super nipis. Then, i rendam nipple again dalam air suam yg agak panas sbb nak lembutkan kawasan tu. Then,cucuk again. Picit2 sampai nampak susu keluar ikut saluran kat white spot tu. Yeay! Berjaya! After that, i picit2 bagi kuar susu banyak cket sampai ilang rasa bengkak tu. Fuh! Baru lega. If not,rasa nak macam nak demam je..


Lega mmg lega,tapiiiii..kesan akibat i x bagi baby H df sblh kiri yg sakit tu, production susu i merudummmmm. Sedeyyyyyy! Dua ari ja! I pump, x dapat 1oz ponnnnn... :(
posted from Bloggeroid

Friday, June 1, 2012

Kisah bf- milk blister. Ouch!!

Assalam semua..


Angin sepoi2 bahasa kat luar tu. Buat mata i ngantuk ja. Still malas nak godel2 lappy. So, tru fon je la.


B4 dis,i de ckp susu i byk kn? So,sepatutnya i blh pump n wat stok dari skang la. Tapiiii,aritu storage bottles abes. Terpaksa oder lain. Sementara nak tunggu oder tu sampai,i memang df je,xde pump2. Akibatnya, hari2 kena bengkak susu! Sakittt!


Hussein plak jenis yang tak isap banyak. Dia isap bagi kenyang perut cket,pastu tdo. Tapi,dia kerap la hisap. So, miss B tak kosong la even lepas hussein hisap. In fact, rutin dia tu jugak la buatkan susu i banyak. Sebab body kena psiko yang susu tak cukup,tu yg baby hisap banyak kali. Style hisap plak,dia hisap kuat, sampai rasa kena gigit dek gusi dia yang takdak gigi tu. Sakittt jugakkk. Sampai melecet miss B. Dua2 belah plak tu. Padahal dah sapu cream,dah letak air susu pas every feeding. Disebabkan tu jugak la,everytime nak feed,mak dia yang nangis dulu. Huhu


Pastu pagi semalam, i prasan ada white spot kat nipple kiri. Tekan2 xde kuar pape pon. Takut nanah je,so stop df die sblh kiri. Aduii,bengkaknya menyucuk2. Sapa pernah kena mesti tau macam mana rasa dia kan? Last2 pam je susu tu pg td. Tp. X bg kt hussein. Simpan dulu,sebab nak cari info apa benda white spot nih. Rupanya dorang panggil milk blister. Ada thin layer of skin kat atas saluran susu tu. Sebab tu la nampak putih tp bila tekan, xde apa yang kuar. Benda ni sakit sebab saluran susu dah tersumbat la sbb kna tutup ngan kulit tu. And ada certain spot kat miss B yg sakit.macam i,i sakit kat sblh kiri,kt bawah ketiak tu. Bila search tenet, dorg kata blh baik. Cuma kna sabar ar. Tuam dlu miss B b4 df or pam bagi lancar pengaliran susu. Memang btol. Bila i urut2 miss B bawah air suam, susu mengalir kuar. Tp bukan kat white spot tu ar. Bnd ni kne buat kerap. Lama2 lapisan kulit tu akn go away. Kira makan minggu jugak la..


Antara sebab bley jadi camni, adalah sbb miss B tak kosong btol. Pastu suka plus gedix nak tdo meniarap,dok tekan2 miss B tu kan. Yang lain,i tak ingat. Dua sebab ni i ingat sbb mmg i buat kot tdo meniarap. Tp tak lama pon sbb sakit weyh bila tekan2 miss B tu. So,skang i derita cket la. Doakan i cepat sembuh ya. aminnnnn
posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers