dulu aku pernah punya angan-angan yang tinggi menggunung. begitu menggunung sampai bila aku jatuh ke bawah, sakitnya, sungguh terasa. malah masih terasa sengal sampai kini. dan kini, aku seakan alpa lagi. cukup! pesanku pada diri sendiri.. mahukah kau melalui waktu gelap itu lagi? waktu dimana dunia sekeliling menjadi gelap walau matahari terik memancar? tiada kata terucap selain senyuman palsu yng menghiasi ulas bibir? TIDAKK! aku tak mahu kembali ke situ. maka, bunuhla angan yang semakin berbunga itu sekarang. kerana aku hampir pasti, angan-angan itu akan lebih membawa kesakitan daripada kebahagian..
No comments:
Post a Comment