my Friends

click2 laaaa

Tuesday, February 28, 2012

adjusting..

Assalam semua

sorry, menyepi. still adjusting. sebabnya vee baru berpindah opis. bukan tukar keje, cuma pindah opis ja. balik ke bangunan HQ..

masa vee mula2 keje sini dulu, vee kat bangunan HQ. pastu pindah ke pulau. now, i’m back to my old place. tempat yang sama masa vee mula-mula keje dulu. tapi, environment yang berlainan. ramai kawan2 yang seangkatan vee dah tak keje sini. kiri kanan meja vee takde orang. memang kera sumbang la aku jawabnyer.

dari segi kemudahan, memang la kat sini suma ada. tak payah nak minum air water cooler yang filternye tak pernah bertukar. ATM pon dekat. convenient store pon dekat.  tak payah nak bau orang isap2 rokok. arini ari ketiga kat sini. semalam balik, meamng terus tido jer. penat gila rasa badan. nak kata keje banyak, i don’t think so. rasanya kerusi vee ni kot. nak tau tak kerusi vee skang camna? lebih kurang macam gambo kat bawah ni. bezanya belakang dia tu tinggi cket and grey color.

bukanla nak demand ke ape. kalo i tak preggy, i don’t mind. masalahnyer skang, sejak dok sini, cepat benar sakit pinggang. kaki pon start cramp tak tentu pasal. ye la, perut dah besar kan, slah cket jer, cepat la sakitnya. nak complaint, tapi i rasa takde gunanya. sebab opis i memang takde bajet pon if nak mintak anything. tambah lagi i nih kuli bawahan jer kan. hm….

Sunday, February 26, 2012

Excited!!!!

Assalam. Tengah check balik list. Tadi main amek jer mana yang nampak comel.sume ponnnn comel. Hehe. Excited! 1st time shopping baju baby :))



Banyak color safe jer,putih. Hehe. De lg yg blom snap such as receiving blankets, washcloth. Amboi2, suma.pon nak amek gambar. Jakun sungguh kan? Hehe

posted from Bloggeroid

Thursday, February 23, 2012

Sale Sana Sini..hehehe

Assalam semua!

sihat? vee, alhamdulillah sihat. pagi ni nak share pasal sale2 yang ado this weekend. yang 1st, yang ini la.

My Dear Baby and Children Warehouse Sale

Summary: My Dear are having their baby and children warehouse sale now. Products that offered are baby cot , safety grill , crib spring , hammock spring cradle , car seat , playpen , bouncer , battery operated car , stroller , buggy , mattress , baby walker and many more. It’s starts from 9am to 7pm.

Company: My Dear

Sales: from 23-2-2012 to 4-3-2012

Venue:
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong

 

yang second plak, yang ini.. hehehe

AEON Jusco 1 Malaysia Baby Fair

Summary: AEON Jusco are having their baby fair in 1 Malaysia now. Products that offered are baby products , baby apparels and many more. Please come and see what kind of surprise they are giving out now.

Company: AEON Jusco Malaysia

Sales: from 20-2-2012 to 4-3-2012

Venue:
All Jusco Store in Malaysia

 

and lastly, for today…

The Biggest Annual Warehouse Sale of Fella Design

Summary: Fella Design are having their biggest annual warehouse sale now. Everything has to be cleared. 100,000 Sq. Ft. space brimming with thousand of quality home solutions at really great discounts and unbelievable low price. Products that offered are furniture , sofa , chairs , curtains , lightings , dining ware and many more. It’s starts from 9am to 8pm.

Company: Fella Design

Sales: from 24-2-2012 onwards

Venue:
Lot 2791
Persiaran Elektron
Bukit Subang
Seksyen U16
40160 Shah Alam

 

source: everydayonsales.com

Wednesday, February 22, 2012

Cita-cita saya

assalam semua!

arini nak cakap pasal cita2. masa kecik2, bila cikgu tanya nak jadi apa, i always cakap lawyer. ntah nape ntah. rasanya sebab suka sangat lawan cakap ngan orang kot.  tapi bila dah besar ni, lain plak jadinya. study pon, tak amik course law. tapi arini bukan nak citer pasal cita-cita masa kecik. nak story pasal cita-cita skang.

cita-cita i skang nak buat bisnes from home. buat duit banyak2 sampai boleh bukak shelter untuk stray cats. yup! tu cita-cita i skang. mesti ada yang tengah gelak terbahak-bahak kan? nasib la. my blog, sukati i nak tulis apa. rasa meluat nak baca, sila klik button pangkah kat corner atas tu. childish? aku rasa tak. lagi childish orang2 yang men blok2 kat facebook tuh.

so, pe bisnes from home yang i boleh buat ek? online ker? since de unifi at home, patutla kena fully utilise kan. nape gedix sangat nak dok kat umah ni? ye la, nanti dah de baby. kan elok kalo i boleh jaga baby i sendiri. i grew up, my mom housewife. memang ada sepanjang masa kat rumah. kalo i cakap i nak dok umah jaga anak, mesti ada yang pandang sinis. yer la, belajar tinggi-tinggi, tapi nak dok umah ja. tak tau la my hubby support ke tak kalo i cakap nak dok umah. tapi, i bukan nak dok kosong ja. sebab tu, i nak buat bisnes. tapi, bisnes ni kan de risikonyer. tak sure i boleh buat ke tak. hurm.. pe bisnes yang sesuai ek?

pastu kan, i sedih gila kalau baca cerita pasal stray cats kena tendang ker, kena blasah ker, kena langgar ker. serta merta la bergenang air mata. serta merta jugak teringat kat smokey n shirou at home. i tau la kat luar tu anak manusia yakni orphans pon banyak yang bergelandangan. tapi kan dah banyak shelter untuk diorang, banyak pihak dah buka mata untuk bantu golongan nih. tapi kucing? kena hentak sampai mati pon, dendanya baru rm200! padahal cakap pasal nyawa nih. hurmmm

Ya Allah, murahkan la rezeki ku. Bukakan la jalan untukku mencapai cita-cita ku. aminnnnnn (korang doakan jugak ya)

Tuesday, February 21, 2012

Friday, February 17, 2012

Tag along holiday

Assalam suma!

Vee dah sampai cherating! 1st time sampai sini. Ikut company trip hubby. Sampai sesat2 jalan nak cari hotel. Alhamdulillah,dah jumpa. Dah makan and tengah rest. Oh,lupa plak. Kitorang stay kat swiss in. Hehe.

P/s: rindu gila kat smokey n shirou.........

posted from Bloggeroid

Thursday, February 16, 2012

checkup 29minggu!

assalam semua!

vee tengah duty kat kaunter pendaftaran pelajar nih. tak ramai sangat student sebab ni suma pelajar postgrade. pastu dorang bukak kaunter sampai 8ari! lama giler kan???? padahal jumlah student cuma 800orang jer. student undergrade yang ramai gila pon, bukak kaunter 2ari jer, dah setel suma. aduh, apa plak den melalut nih kan? 

sebenarnyer nak cakap, semalam i p checkup. 1st checkup la bila dah masuk 3rd trimester nih. after this checkup, dah kene start checkup 2kali seminggu. semalam Dr Idris sampai klinik agak lambat sebab jem giler. so, takde buat pape scan. cuma pakai dopler ja dengar heartbeat baby. my baby's heartbeat is 138. normal range is 120-160. kira ok la kan. hehe. but, i tak tau la berat baby naik ke tidak since tak buat scan. my weight plak dah naik ke 68.4kg. yup, paling berat dalam sejarah hidup i. even badan i nih memang jenis chubby, tapi tak pernah pon nak jejak sampai 70kg. hehe. as usual la, before checkup, mesti risau gila takut berat naik banyak. sebab skang nih, selera i menjadi2. makan ja kejanya. ada jer benda nak kunyah. tup2, dah makan banyak gila pon, baru naik 1kg++ ja. i tanya jugak doc, nape i slalu nampak suma benda pusing. he said rasanya my blood sugar rendah. i melantak benda2 manis pon, elok kejap jer. agaknyer sebab benda2 yang i makan, die naikkan sugar level tu, kejap jer kot. hm... ni pon dah de unsur2 ting tong cket. memang standby air manis jer skang nih. nak wat camna, kena jugak dok luar opis since PEGAWAI konon2nya tak layak jaga kaunter. nasib la sape yang baca statement i nih. sakit ati plak bila pikir. dah pergi haji pon, perangai macam budak kecik. aneh! hello! kalo aku nih keje yang setaraf ngan sijil yang aku ada, ko tu aku pandang sebelah mata jer tau. berlagak tak kena tempat. hm, kan dah emo. tak best sungguh! takpala, lepas bersalin, aku kena rajin dan gigih la cari keja lain. kelmarin, aku baru tolak an interview sebab dah nak dekat sangat ngan waktu due. ke nak buat online bisnes ek? hm..ha, tengok! melalut lagi. entry takde kene mengene ngan title post langsung. haish!..

my hubby plak dah 2-3 ari tak sihat. semalam jugak, i bawak dia p klinik. dapat mc dua ari. so, dia dok umah, jaga smokey n shirou. ke, smokey n shirou yang jaga dia? hehehe.memang skang musim orang tak sihat kan? kat klinik pon, ramai jer yg datang ngadu selsema, batuk and demam. since hubby mc, i bawak keta dia, si sally tuh. sebab my car tak sempat2 nak anta servis. clucth die keras giler, sakit kaki dok tekan2 clutch. malam jer, kaki kiri macam dah nak bengkak. urat2 suma dah timbul. Dr Idris said kurangkan berjalan, consume more calcium n tido pakai stokin, takut sejuk untuk elak kaki cramp. hm..pakai stokin tu, memang dah buat. calcium tablet, memang dah makan. kurangkan berjalan tu, i rasa susah cket. alamak, pale i macam dizzy plak. stop sini dulu la. nak citer pasal trip pergi istana budaya aritu. next entry la. tata. take care!


Monday, February 13, 2012

nak g jumpa ke tak?

assalam semua!

vee kat opis skang. i dunno monday blues or what. tapi memang malas gila. pagi tadi, pas mandi, terus p minum air juice. cket ja pon. then drive datang opis. sampai kat opis, dah duduk, tiba2 rasa macam duniaku berpusing balik. tangan and kaki dah berpeluh tapi tak sejuk macam before. cepat2 buat air milo and makan biskut. dah rasa ok cket, baru kuar p beli makanan skali ngan air sirap. my question is, vee nak p kat doctor, tapi nak cakap apa? sebab skang pas makan, vee dah rasa ok. dah tak nampak pusing2 dah. kang doc cakap vee menipu nak mc plak. camner ek? sabtu ahad, xde plak rasa camni. maybe sebab dok makan jer 24 jam kot. makan plak sume manis2 ja. so, camner ek? nak g jumpa doc ke tak? hurmmmm

Friday, February 10, 2012

duniaku berpusing!

assalam peeps!

mesti ramai yang tengah tunggu pukul 5pm kan? bagi yang balik keje 5pm la. vee kat rumah arini. nak bangun pagi tadi, susah gila. bangun ja, sekeliling berpusing. ntah nape. sedar dari tido tadi, dah mengeliat bagai, bangun la. terus rasa dinding rumah macam ombak. tapi kepala tak sakit pon. berpusing ja. terpaksa kejut hubby. dia bagi vee minum air jus.kurg cket but still have to lie down. tangan ngan kaki rasa sejuk. tengok tangan sendiri pon, rasa pucatnya..sudahnya, vee tak kerja arini. malas nak g clinic amek mc, apply cuti jer la jawabnyer. nak kata tak makan, makan ja semalam. makan nasi lagi ha. pas bekpes, sambung tido. tengahari baru bangun. mandi bagai. tu pon tangan ngan kaki still sejuk. now, still duduk kat katil ja. tak gerak sangat. dok minum air, kunyah coklat. hurmm..nasib baik dak demok sudi temankan mami dia sakit. siap tukar2 shift ngan shirou :)

thanks smokey! thanks shirou! sebab temankan mami arini. n thanks to hubby sebab sanggup half day arini, nak teman bini dia. takut bini dia collapse sorang2 kot. ngeeee

Thursday, February 9, 2012

entry suka hati :)

assalam semua!

alhamdulillah, semalam kaki dah tak cramp. tak tau la sampai bila bertahan. vee sapu balm dlu, baru pakai stokin. jalan dalam umah pon, bila malam, pakai selipar hotel tu. tido plak, memang kaki den dok atas bantal. gedix kan? kaki pon nak letak atas bantal. harap2 takde la cramp lagi pasni. insyaAllah.. tengah edit gambo kawen. tak edit sangat pon, adjust lighting jer. tempek la sekeping. hehehe

yup! i tau, i memang gemok. orang nak kawen, slim kan badan, i plak macam di pam2. muahaha. senang ati la katakan. skang dah preggy, rasanyer, muke i lagi slim dari gambar nih. hehehe :p




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, February 8, 2012

Kaki cramp..camne?

Assalam semua..

Dua tiga hari ni,kaki kiri vee asyik nak cramp je. Tapi kat tapak kaki je,tak sampai betis. Padahal dah pakai stokin dua lapis dah..



Tu pon tak jalan jugak. Semalam tido,kaki letak atas bantal,kurang cket la. Tapi still rasa unsur-unsur nak cramp. Nak wat camne lagi ek? Huhuhu

posted from Bloggeroid

Monday, February 6, 2012

cuti2 buat apa?

assalam semua!

camner ngan holiday korang?ari sabtu i p mines, tengok wayang sambil jalan2 cuci mata. sebenarnya nak g opis i, amek charger phone yang tertinggal. dah dekat ngan mines, singgah jer la. hehe. no pic sebab phone i padam terus sebab bateri flat.konon2 nak g kejap jer tapi bile sampai umah, malam jugak. hehe. pastu i beli another leash, sebab nak bawak dak 2 ekor ni g jenjalan kat playground bawah rumah ni.  beli satu jer sebab dah ade dah satu. dah sampai rummah, cari la mana leash yang dah ade tu. rupenyer i tertinggal kat bilik lama. huhuhuhu. cian dak2 ni takd apat turun bawah. minggu depan la jawabnyer..huhuhu. oh ye, mines dah de tutti fruiti ya. tapi flavour cookies n cream nan hadooo. huhuhu. sentap i tau. tapau kek secret bawak balik gara2 rasa mau makan. ngeeee

semalam plak, pergi umah mertua. ada sedara dari johor datang melawat. makan tengahari n makan malam kat sana. mak mertua masak ketam masak lemak! bestnyer! dapat makan cket pon dah rasa puas dah. tak tau la ni kategori mengidam ke teringin. before balik, mak mertua tapaukan lauk. banyak jugak la. untuk makan lunch arini. alhamdulillah..hehehe

pagi ni plak, i mengemas baju2 yang dah lama dok dalam kotak tuh. muahaha!! lama gila dah pindah, i rotate baju yang ada jer. malas sungguh nak mengemas. so, skang cupboard tu dah de isi ngan baju2 i ngan hubby. tapi banyak lagi tak berkemas sebenarnya.. hadoi la. nak wat camno, skang ni buat keje cket jer rasa cepat gila nak mengah. kaki kiri plak dah start nak tarik menkarung malam2. korang tau tak tarik menkarung tu ape? macam cramp la. tapi for me, jadi kat tapak kaki jer. padahal tido dah pakai stokin, pakai selimut dah..hmm..pastu kan, bila nak tido pon satu hal juugak. bila terlentang, pinggang i sakit sebab baby tekan kan. bila mengiring, baby lak men bola. baby tersepit ke ek? konpius btol.. oh ya, i dah 27weeks skang. dah nak masuk 7 bulan dah. macam dah tak lama dahni. kene start usha barang baby dahni. atleast penuhkan beg i n beg baby yg nak bawak p spital dulu kan? just in case..

Friday, February 3, 2012

26 weeks!

assalam semua..

lama tak tepek gambar sendiri kan? malas sungguh nak amek gambar. hehe. this is me masa early 26 weeks. gambo ni kat wedding my friend, sebelum kejadian kaki kerusi patah tu. which means, minggu lepas la..

 ya, i know. i da gumukss. hehehe

watpe ek?

assalam semua!

last day keje. pastu long holiday. tengah menahan nantok kat opis neyh. tengah pikir nak watpe ek weekend neyh? ermmm..


Thursday, February 2, 2012

Happy birthday to you! happy besday to u! happy happy happy besday! happy besday to u!

Assalam darls!

arini besday dak tecik neyh.. dak tecik yang tak tecik dah..

|

|

|

|

|

happy besday cayanggg! dah genap setahun dah umo die. dah big boy dah rupenyer ek. hehe. nak buat kenduri wetfood, shirou ni tak gemar sangat wetfood. weekend nanti, mami bawak p taman, jalan2 ek. taman bawah umah tu jer. hehehe

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers