my Friends

click2 laaaa

Wednesday, October 31, 2012

medela harmony

assalam semua,

now, i pakai breastpump swing. boleh pakai bateri or cucuk plug.best, senang guna. susu pon, alhamdulillah even de up and down still mencukupi untuk Hussein. selalu i pump kat bilik officer yang dah tak pakai. but now, bila dorang reno opis, suma bilik diguna pakai semula. so, i hilang port untuk mengepam.

then, my friend suggest kat bilik fail.alhamdulillah, selesa. cuma satu masalah.takde port nak cucuk plug. so, arini i pump pakai bateri. tapi, larat i nak beli bateri.so, tengah usha2 harmony. aritu memang berkenan avent manual tapi bila pikir balik, avent pakai botol wide neck. now,dah pakai medela, storage bottles sume fit with medela. tu yg kuat nak beli harmony. paling murah i jumpa rm199. de lagi murah tak? nak jugak yang manual as backup..

p/s: even dalam ati still tengah pikir membazir ke tak de backup pump nih.hurmmm


Allah Maha Besar

Assalam semua,

dah bersawang blog nih. bukan takde idea tapi mood menulis yang hilang. stress dengan keadaan sekeliling. sakit hati pon ya jugak..

lama jugak i pendam benda ni, takmo cakap kat blog. tapi, rasanya nak jugak cakap sebab kalo tak cakap, orang tak tau. i rasa kalaus ape2 yang amek tau pasal bajet terbaru ni, staf gomen dapat durian runtuh katanya.bonus sebulan setengah gaji. keje senang, pegi minum 2-3 kali sehari, gaji naik memanjang. yes, btol suma tu TAPI untuk yang tetap dan berpencen sahaja ya. untuk staf kontrak, tak payah harap la. buat masa ni, semua staf kontrak akan ditamatkan kontraknya hujung tahun ini dan berkemungkinan besar tidak akan disambung walaupon ada yang dah keje 4 tahun keatas. to me, 4 tahun tu tempoh yang lama ya. kalo yang keje swasta, mesti kene buang kalo tak perform.tapi if perfom, konfem la dah diserap kan? so, takyah la orang2 yang di sektor swasta tu nak jeles2 sangat dengan staff gomen yang kontrak ni ya.at least korang bila dah perform, terus diserap. kitorang ni nak kene mengemis dulu tau..

pastu bab keje plak. yang selalu kuar minum2-3kali sehari pastu berlama2 plak kat luar tu, selalunya staff tetap yang dah senior. well, dorang ni tetap, jadi kebal.yang u nampak kat opis tu, kebanyakannyer kontrak. dorang2 ni la yang setia duduk opis buat keje, sanggup berpanas hujan plak kalo de keje luar. malah, banyak staff kontrak ni pegang post penting tau. bila cakap2 begini, ada yang salahkan kenapa tak cari keje lain. ko ingat senang nak cari keje lain?? dengan ada yang dah berfamili,beranak pinak. yang bujang tu, okey sikit la kot. banyak benda nak pikir bila nak tukar keje. apatah lagi kalo dah keje bertahun kat situ, anak2 ko dah 'setup' kat situ.

lagi bengang bila bos2 atasan main politik. suma nak selamatkan bontot masing2. kesal dan terkilan sungguh rasa..apa yang i harapkan, semua staff kontrak dapat disambung kontraknya or even better serap terus ke tetap. yang dah tetap dan berpencen tu, kalo tak larat nak keje, pencen jer la. tak payah nak goyang2 kaki kat opis..if tak disambung, harap2 kita semua dapat keje lebih baik or rezeki lebih baik.aminnnnn

Friday, October 19, 2012

cara nak dapatkan hindmilk

Assalam kawan-kawan,

di usia umo 5 bulan, hussein still tido berbedung. whattttt?! aah, berbedung walaupon dalam beberapa saat je dia mampu melepaskan diri dari bedung dia, i still bedung jugak. why? sebab die suka sangat smash diri sendiri. camne? pastu bila dah smash2 camtu, hussein bangun nangis2. skait la tu, ingta orang kaco die tido padahal tangan dia sendiri yang buat. tapi kalo die dah nyenyak, dah tak kisah dah nak buat apa. angkut la, dukung la, kaco la, memang dia tak sedar punya.

so, mommies out there, ada tak cara untuk tak perlu bedung? dulu i bedung hussein sebab taknak dia terkejut. now, sebab die suka betol smash diri sendiri time2 baru nak tido tu. hurmmmm. bedung pon dah kecik dah, dah tak muat nak ikat2 cam dulu. bedung tangan bagi cukup syarat je.

pastu kan, i ada terbaca salah satu sebab berat baby tak naik sebab die dapat foremilk je, tak dapat hindmilk. so, kene paksa baby hisap lagi lama sebab nak dapatkan hindmilk tu. tapi, now perangai si kecik nih, kalo menyusu sekarang, takleh de distractions. orang tengah borak, die sibuk nak dengar jugak. kalo dengar je, takpe. ni siap menoleh tengok orang yang tengah borak tu lagi. pastu tengah menyusu tu, boleh plak die stop2 sambil sengih tengok i. aduhaiiiii! panas je dalam ati ni, tapi sengih jugak tengok dia. huhuhu. so, de cara tak nak suh die nyusu lebih lama?



Thursday, October 18, 2012

playmat please...

Assalam,

kawan2 semua, i nak tanya ni, kat mana nak beli playmat yang affordable dan cantik? yang tebal ar, takmo nipis2. selalu range harga berapa ek? yang i jumpa dalam rm100++ la. kalo ade lagi murah tapi tebal and tak toxic, tolong bagitau ek. thanks! :D

Wednesday, October 17, 2012

Seiras sungguh!

Assalam semua,

pic cilok dari fb hubby :D

Ini gambar family hubby masa dia kecik. with arwah Abah. i memang tak pernah jumpa arwah sebab masa i kenal hubby, arwah memang dah takde. but, i selalu dengar story pasal Arwah Abah. sebenarnya yang menarik perhatian i pasal gambar ni adalah hubby. sebabnya dalam pic ni, muka hussein adalah sangat seiras dengan hubby okehhhh. sentap i! huhuhu. Husseinnnn. tiba2 macam emroyan plak. hahahaha! okeh, stop melalut. tu je nak cakap. daaaaaa :D



MODEL TOPI ABAD INI :D

Assalam semua,

masa SIL tengah kemas2 barang nak pindah, dorang banyak terjumpa barang anak buah i. so, here Hussein menjadi model sambilan.hahahaha


im a rapper yo!

hensem tak saya?

eh, camera kat situ rupanyaaaaaa

super happy! ni yang paling cantek! agree? AGREED!



Tuesday, October 16, 2012

jom crawling2

Assalam kawan2,

now Hussein dah dok try2 angkat bontot. nak crawling kah? hehehe. pastu sekarang dah pandai nak ngade2 nak suh pegang je. sebabnya? dia dok syok nak lompat. dukung je, tak dok diam. mesti terketik2 melompat. aduhai anak, merangkak pon belom, ada hati ya nak jalan sendiri? hikhikhik


see pic atas? Hussein poo poo sampai tembus ke mattres protector! pastu die syok dok atas tilam tu sebab bile di scratch dengan tangan, ada bunyik2. hikhikhik


cakkk!
hahahahaha!! semua benda pon nak masuk mulut.sabo aje laaaaaa




Monday, October 15, 2012

kisah Lepat

Assalam kawan2,

ni i amek dari facebook Lepat..dah lama dah dia post masa 18 September aritu. baru teingat nak share kat sini..

"Tadi aku cakap kat Pekerja kat Tadika Azali,
Yang aku nak kena pi town sat-->"NAK KENA BELI HADIAH!!"...

Depa terkejut, sebab bagi mereka, Aminah seharusnya menerima hadiah dari ku pada awal pagi tadi...

Lepas tu aku jawab, Bukan untuk Aminah, Tetapi untuk Ibu Aminah... Mereka pun bertanya "Kenapa pulak??!"...

Aku jawab, "Aku nak Aminah memberi satu hadiah dan
sekuntum bunga Ros untuk Ibu dia

di setiap kali tiba nya hari
lahir dia, Sebab Aku mau Anak aku tu SEDAR!, Pada hari
kelahirannya, Ibu nya TELAH bertarung nyawa, menahan
sakit yang tak terhingga, dan kemudian bergembira walu
di dalam kesakitan....

Aku nak Anak aku memberi hadiah kepada Ibunya bagi
menyatakan rasa TERIMA KASIH di atas pengorbanan yg Ibu
nya lalui... :-D

Lepas tu.. Pekerja tu cakap.."woOOW!!"...

:-D"
me speechless!


hussein checkup 5 bulan

Assalam semua,

chekcup hussein dah 2 minggu sudah, tapi sekarang baru nak buat entry.nak buat camno, maknyer kene food poisoning, takde ati nak taip entry. huhuhu..

so, sampai klinik dr kama macam biasa, tapi terlewat cket la. dekat kul 3pm baru sampai. timbang berat. berat hussein cuma naik 100g. alahai anak, buat mak kamu risau. doc tanya susu banyak lagi tak. cakap la, banyak je. sekali minum dalam 4oz. doc kate tak cukup.untuk umo hussein sekarang ni, die kene minum 6oz sekali minum. so, kene naikkan kuantiti susu cket2 ar so that perut hussein tak terkejut.

tengah tunggu turn nak jumpa doc

tengok ape tu?
 pastu check temperature, sebab lately temp hussein cam yoyo. kejap naik, kejap turun. tapi panas yg demam, pernah sekali je la. temp normal. so, boleh la cucuk. kitorang dok agah hussein.masa cucuk,die tak perasan. sekali doc tarik needle, terus nangis sendu gitu. tibe2 tengah nangis kan, sempat plak hussein brurrrrrr. sembur air liur! huhuhu. bley plak dia teringat nak sembur air liur time tu. tergelak kitorang kat situ.doc kama pon sengih tengok dia. dah men air liur, terus tak jadi nanges. hahahaha! gud boy! i tanya doc ni cucuk ape.die kate last dos tiga serangkai tu. after this, de satu cucuk lagi pe ntah then pneumococcal. after balik dari klinik, terus tuam tempat cucuk tu. sebab taknak bagi bengkak. tapi, tak cukup tuam agaknya, bengkak jugakk. tapi sikit je la. huhuhu

then, keluar pergi makan beramai2. hussein layan diri dalam strolller.

tengah intai menu

hai makkk!

bosan la mak. nak tummy time, bley?

alaaaaa, takleh tummy time ke? isap jari la.nyum nyum!
pastu tepuk2 dan hussein tertidur masa kitorang tengah makan. waiters kat situ dok intai2 tengok hussein relax je tido padahal sekeliling bising yang amat. tapi die tido kejap je. bangun pastu, merengek sebab bosan. hikhikhik



Friday, October 12, 2012

5months today

Assalam,

banyak entry yang tertunggak. akibat minggu ni diserang food poisoning. sakitnya sehari je, tapi lembiknya badan berhari2. today Hussein turns 5months old. makin cerdik, makin pandai menakal, makin pandai buat muka comei sampai nak marah pon tak jadi. aduh, kalah ngan anak sendiri camno tu? hehehe




Monday, October 8, 2012

senyummmmmmm






assalam

tak sempat nak taip pape entry. layankan jer la pic dak tecik ni

muke happy baru lepas susu :D





Friday, October 5, 2012

jom investigate JoM!

Assalam semua,

Asyik cakap pasal hussein je. kesian anak sulung and tengahku.hehehe.gambar ni dah berminggu2 dah, tapi still kelakar for me.. bukannya food dorang takde, tapi dorang pelik tengok i letak laundry bag atas foodbag dorang.time to investigate!


smokey: pe ni shirou? macam lawa jer!
shirou: tu la, macam menarik jer. jap2, nak tengok apa ada dalam


smokey:shirou! cepat kluar! mami dah NAMPAK!abes la kiteeeeeeeeeeee
shirou tarik kepala sambil laundry bag jatuh sekali.gedebukk!
 shirou: macam2 bau kat sini. bau daddy ada, bau mami ada, bau hussein pon ada. buat kubu, okay gak nih!
smokey:kubu?? cantekk.mami buat tak tau ja, bley main la nihhhh
 after that, i terus capai laundry bag and simpan dalam bilik. ternganga dua2 ekoq! hahahaha
padan muka.sibuk je suma benda nak main.hikhikhik

aikkk! terselit jugak budak tecik nih.hikhikhik. muka tengah investigate bee :D



Thursday, October 4, 2012

macam mana nak pakai cream moogoo

Assalam semua,

rentetan entry sebelum ni, ramai jugak yang bertanya. maksudnya banyak la baby yang kene ruam2 bagai ek? i rasa persekitaran sekarang ni kot..

so, arini rasa nak explain btol2 macam mana penggunaan cream2 tu.ni cara i guna setelah i refer kat otai2 kat fb tu ya. masa awal2 start pakai moogoo, kawasan yang merah2 adalah pelipat tangan, pelipat kaki, kat lengan, pergelangan tangan,belakang badan, tengkuk, dahi sampai ke kawasan eyelid sikit, celah kelengkang, ketiak,bahagian dada cket. i detect, carpet is the trigger.then heat membantu bagi jadi lagi teruk. 

so, i sapukan irritable skin balm(isb) and scalp cream(sc) berulang kali bila2 i ada dengan dia.sapu selang seli. dah sapu, isb,biar dalam 10-15min, sapu sc plak.ulang sekerap boleh. tapi sebab hussein memang pakai steroid cream before this, ada satu malam tu rash die kat bahagian dahi makin teruk, jadi berbiji2. tempat lain plak takde perubahan, sama je.masa tu dah nangis sorang2 dah tengok anak jadi camtu. yes, i memang cepat emo. tapi, yang buatkan i yakin untuk teruskan sebab keesokan arinya, MIL bagitau kawasan kelengkang hussein dah tak merah! alhamdulillah sangat2! syukur ya Allah! tu yang i rasa happy sangat and terus gunakan moogoo nih. i mean, i beruasaha, tapi Allah izinkan untuk sembuh.

now, kulit hussein dah jarang merah2. ada, tapi tak kerap macam dulu. panas cket je,terus jadi macam udang bakar. tapi kawasan yang jadi rash tu jadi color putuih dari kulit. dicsoloration. sebabnya, kawasan tu, dah kene steroid before this, so memang akan jadi camtu. now, i teruskan plak with soothing cream(msm) and sc. msm ni elok untuk repair skin tu, nak ilangkan discoloration tu, nak bagi kulit cantik balik. sc kena continue untuk apstikan kulit lembab.if kulit kering, tu yg senang kene rash.bile de merah2 cket yang kadang2 naik kat leher, i sapu balik isb sampai ilang merah2 suma.

tapi, before guna any of these cream secara full, kene buat patch test tau. sapukan cream ni kat bahagian merah2 yang tak de kene steroid cream lagi and if takde pape reaction, baru boleh continue ya.macam i, i sapukan je kat bahagian kaki dia sebab nampak kering kat situ and takde reaction pape. kalo nak tau lebih lanjut camne nak buat patch test, bley tengok sini..


tu je la kot, kalo de tak paham,tanya je ye. i pon bukan pandai sangat nak ajar orang, tapi ni pengalaman i. lain orang, lain cara dia. so, sama2 kita belajar mana yang terbaik. semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia kan :)

Wednesday, October 3, 2012

Jom fight ECZEMA

Assalam,

Weekend dah nak abis.huhu.maka abes la masa untuk ngempeng ngan hussein..

As i bagitau before this,hussein have eczema.i think mild eczema la.start masa raya aritu. Memang sume pelipat area merah including belakang tengkuk dia,kat dahi,mata cket, lengan and belakang badan. Rasanya sebab die tak tahan peluh sendiri. Pegi paed,dorang bagi hcort n eumovate which i called magic cream.letak arini,sok dah ilang merah2.until my SIL bagitau pasal steroid and terbaca ada orang post pasal anak eczema kat facebook Kumpulan Ibu Menyusu(KIM). then 1 of the mommies ijvite me ke group natural healing and i terus bukak mata pasal bahaya steroid and everything..

Ni gambar tangan hussein after raya dulu


See? Nampak merah2 tu suma kan?letak magic cream,ilang.tp bila panas,jadi lagi teruk.maka,i stop all steroid cream.i pakai produk moogoo


Ada irritating scalp balm untuk merah2 tu.then pakai soothing cream untuk repair the skin.lastly,scalp cream,utk moisturize. Banyak kan cream hussein?i pon tak pakai pape produk skang ni tau.just cuci muka ngan pencuci je.tak berani nak mekap2 bagai pon takut tersentuh hussein nanti,takut hussein tak tahan ka apa. Mula2 pakai moogoo ni,rash dia makin teruk.naik berbiji2 dah.ari2 sapu cream2 ni berkali2.alhamdulillah,dalam masa 3minggu,dah nampak perubahan positif.


Bersyukur sangat2.tapi area leher belum heal abes lagi.after this,no more steroid cream!mommies,kalo sayangkan baby anda please kurang2kan ya.i mean kalo de alternatif,pe salahnye cube kan?k,byeeee :)

P/s:type entry ni ari ahad halfway,pastu sambung type arini.ngeeeee

posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers