my Friends

click2 laaaa

Wednesday, August 24, 2011

Thursday, August 18, 2011

Sembang mamai-mamai

Mami paksa shirou posing! shirou nak tdo la..huhu



Ala shirou,xyah sush2 posing. Tdo jer.tdo pon tomei jugak. Tiru macam abg smokey. hihi


posted from Bloggeroid

Friday, August 12, 2011

Raya di mana?

assalam peeps! bulan2 puasa nih, mulut memang rajin menjemput orang datang ke rumah untuk berhari raya. dah memang tradisi kite kat sini kan, time hari raya, akan berkunjung ke rumah sedara and rakan2. tapi kan, nak ekspresi sikit la kat sini..kalo kite rasa kite nak orang datang rumah kiter, kiter pon kene la jugak rajin bertandang ke rumah orang kan? takkan la asyik duduk umah jer. kalo i, kalo dah 2 tahun berturut2 i datang raya umah die, tapi die langsung tak jenguk umah i, memang i tak pergi dah beraya lepas tu. lain la kalo uzur ke ape. bukan nak berkira, cuma kadang2 kita kena jadi strict cket kan? so, moral of the story, kalo nak i beraya umah u all, jangan la segan2 bertandang rumah i jugak ya. i jemput ni tau. tahun ni kat umah mertua i. heheBatting Eyelashes

p/s: tak sabar nak tunggu iftar ramai2 malam ni. agak jauh jugak la nak p, tapi disebabkan nak berjumpa dengan kengkawan lama, sanggup jugak ku redah ke sana. kalo tak, biler lagi nak jumpa kan? hujung minggu, masing2 sibuk dengan family suma. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. kalo nak, mesti kita usaha jugak sampai dapat, kan? selamat berpuasa! Big Grin

Thursday, August 11, 2011

tension!

Asal tanya jer, tension. Asal tanya jer, tension. tau tak, i yang bertanya ni lagi tension tau!

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday Entry

credit to FB Izul Zahrin

Bantuan Diperlukan

Assalam semua.. ni nak tolong kongsi hebahan ni. Vee terbaca kat beberapa blog pasal kehilangan Seri Najwa Ferda. maklumat lanjut adalah seperti berikut ya..

Maklumat dari laman facebook Setiausaha J/Kuasa Khidmat Masyarakat Dan Rakan Muda Majlis Belia Malaysia , Rizan Hassan:->

Seri Najwa Ferda hilang dipercayai diculik pada 04/08/11 di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak

Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 156

Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubungi

Puan Seri Wangi (Ibu) – 017-5999137
Ameerul (Abang) – 017-5351451
Sarjan Norhisham – 019-5162896

Atau hubungi mana2 balai polis yg berhampiran. Sekian terima kasih.

maklumat didapati dari blog kak kujie

Tuesday, August 9, 2011

Revolusi

Assalam semua!

mata macam mengantuk nih. maka untuk ilangkan ngantuk, i karang2 la cket. hehe. sebebnarnyer dah lama nak buat entry yang nih. eleh ko ni vee, sume entry ko cakap dah lama nak buat, tapi tak buat2 kan. huhuhu. ampunn..hehe. nak cakap pasal handphone. sebelum ni kan vee dok giler citer pasal handphone kat sini, dan sini, dan sini jugak, dan sini lagi..haha!! ya, i tau. memang banyak entry pasal handphone kan. so, skang vee nak kenang2 kan balik handphone pe vee pernah pakai. hehe Day dreaming

handphone yang first vee pakai masa time blaja kat matric. masa 1st sem vee pakai handphone 3310. ingat lagi tak rupe die? camni la rupe die. very old skool kan?

 

pastu 2nd sem, i pakai butterfly. i suke yang nih. kecik and comel. zaman ni, credit i memang kayo la sebab abah top u kan tak agak2 punyer. sampai tak abes pakai pon. tapi, credit2 tu banyak kol umah jer. heheBatting Eyelashes

 

pastu bateri si butterfly ni asyik abes jer. penat nak charge. dah kong la tu. tukar plak kepada ini. 3200. hehehe. masa ni time i tengah buat degree. tahun pertama kot i pakai. x ingat sangat plak. sume nokia kan? sebab dulu i rasa nokia ni friendly user. senang nak guna. lama jugak vee pakai 3200 nih. tapi time nih, topup sume sendiri. dah blaja jimat cermat kredit. Big Grin

 

pastu ada skali tu phone i buat hal. rasanya awal tahun ketiga degree. mula2 bateri kong tu perkara biase dah. tapi die buat hal takleh nak on pon. sakit jiwa den time tu. makanya bergegas jugak la ke mall carik phone baru. nampak sangat la takleh hidup takde phone kan. ekekekek Hee hee masa tu i cari murah2 ja. so, ini yang i rasa ok dan kena dengan bajet masa tu. i tak igt model die tapi rupe die seakan-akan yang kat bawah ni la. yang kat bawah ni model 2600

 

 

pas degree, i sambung blaja lagi. amek master plak. masa sem 3 rasanya, end of 2007, i tukar phone lagik. hikhikhik. kali ni dah tak loyal dah. i amek brand lain plak. sebab camera die cun. sony ericsson k550i. hensem kan tepon ni? sayang giler kot! sampai skang ade lagi ngan i. tapi dah bertukar rupe pasal i deco die ngan deco sheet leopard. hahahaHee hee

 

pastu masa early bulan april tahun lepas, i dapat henpon baru as besday gift. from my sweet boyfriend yang skang dah jadi my hubby yang awesome! hehehe. he gave me this. nokia 5730 Xpress Music. sebabnyer i nak try pakai qwerty keyboard tapi nak yang nampak cantik jugak. hikhikhik. masa ni i tak minat touchscreen nih. leceh, susah nak mesej. hahahaLaughing

agak2 korang i pakai lagi tak 5730 nih? jawapannya yes and no. ya, masih ada dalam simpanan i and i masih lagi fullcharge phone nih. sebab de gps. hehehe. tapi, kene letak simcard lain la untuk guna gps sebab i dah ada phone laen! hehe. cube teka pe handphone yang i pakai skang? ha, cepat teka! cepat teka! hehehehe

tadaaaaa!!

HTC SENSATION!

Ni la phone terbaru i. adiah jugak from my hubby yang awesome! hahaha!! sila tahan muntah ya, ni kan bulan puasa. kang tak pasal2 batal puasa tu. hehe. i kan memang dah lama mengidam nak pakai htc. eh, mengidam ker? tak la, tapi memang nak giler2 kot. so, he bought me antara yang latest model kat pasaran skang. best2x! camera dia cantik gila woo. nak post entry blog pun senang sangat2x. pastu bley download macam2x dari android market. phone ni besar cket sebab skrin die 4.30inch, tapi sedap pegang. thanks hubby! you memang awesome! Love Struck

to stalker, pasni u all ada bahan lain plak untuk dibincangkan. hehehe Oh go on

 

entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk ya, cuma untuk mengingatkan i nanti bila dah tua tentang apa yang i dah lalui Winking

berkudis kah?

assalam peeps!

amaran: ini adalah entry yang vee gatal tangan nak post semalam tapi terbantut. entry ini berbaur kebudak-budakan sebab orang yang terlibat juga bersikap kebudak-budakan. harap maklum ya! hehe

baru lepas bergayut tepon with my abah. tiba2 adik i cakap dia tau i nak balik sebab dah baca blog i. wah! die baca jugak blog i rupenyer yer. ntah2 kan blog i ni memang ramai silent reader. alaaa, bagila i chance nak konon2 berangan femes sebab ramai silent reader plus stalker. yup! anda tak salah baca tau. STALKER! 

i menyampah betul la manusia hipokrit nih. ada yang pelik, tak boleh tengok orang bahagia. tengok orang bahagia jer, dia sakit jiwa. mental sungguh. lagi pelik bila ada manusia-manusia yang agak bijak pandai pergi ikut jejak langkah si mental nih. dengar jer cakap si mental tuh. tapi, ape i nak kesah kan? Ooo, jap. i kene kesah sebab si mental ni dok stalk blog i! oit, pegi main jauh2 la. semak jer mata i nih tau. if u tak suka, takyah sibuk2 datang BW ke sini tau. buang masa u jer. baik u pergi buat keje yang bertimbun tu. oh wait! u mana ada keje! keje u kan surf internet jer, pastu kuar pergi jalan2. padanla banyak masa nak stalk blog i yer. time kasih la sudi singgah sini. terharu i rasa tau! Smug

kepada manusia-manusia bijak pandai tu pulak, terima kasih banyak2 memeriahkan blog i yang takde ape sangat neyh. korang memang kaki kipas susah mati yang superb la. zaman skang memang ramai yang macam tu kan? takpe la, kalau rasa hidup anda berkat dengan cara macam tu, teruskan la. Allah Maha Adil. i tak cakap i baik tau! takkkkk.. i bukan manusia sempurna yang tak buat silap. tapi i tak cari pasal dengan orang sesuka ati. i tak sakit ati kalo tengok orang bahagia. i lagi happy, ade la. ni memang entry khas untuk anda-anda semua tau. siapa anda? sendiri mau ingat la.Batting Eyelashes oh ya! selepas ni akan ada lagi entry2 sweet pasal hubby i yang awesome tau. silalah ternanti-nanti ya! Big Grin i faham, anda2 semua takde gf/tunang/ wife or bf/tunang/hubby nak buat entry sweet2 untuk anda2 semua kan..

kawan2 b2b & ex b2b, apa i nak buat dengan orang2 macam neyh ek?Thinking

p/s: see? entry nih langsung takde “F” word. unlike some people, tak suka insolent words tapi “F” word berlambak giler dalam blog die.hurmmm…Applause

Monday, August 8, 2011

gatal tangan

Assalam semua! tadi i dah taip satu entry tapi tak terpublish plak atas sebab2 tertentu. tapi memang dah gatal tangan sangat dahni. takmo biar terpendam kat draf jer. kene la bagi orang baca, baru best kan? hehe camne ek? nak publish ker tak?

hm...

 sabtu lepas mood adalah sentap, okeh! sampai skang pon masih terasa sentapnyer tu. Ya Allah, tolong la buang perasaan negatif ni jauh2. Amin..

Friday, August 5, 2011

hohoho balik kampunggg!! hohoho

Assalam semua! pagi jumaat yang mulia, mulakan dengan bismillah..

arini nak cakap pasal ape yer? hm.. pasal balik raya la. pose baru 5 hari i dah sibuk2 pikir balik raya kan? hehe. nak buat camna, kat opis i semua dah sibuk2 mohon cuti raya tau. so, i pon terkesan jugak la pikir pasal raya nih. siap ada dah pasang lagu raya tau. hampeh btol dorang nih. huuhu Sad

i survey2 kat opis, kalau raya first as husband and wife. yang lelaki, harus la vote balik umah husband kan. memang sungguh bias jawapan itew,okeh! yang perempuan plak vote kene balik umah wife sebab patut lebihkan wife. itu pon jawapan bias jugak tau! but i like! hahaha!! pastu yg pangkat mak2 cakap, kalau anak diorang perempuan, diorang nak anak diorang balik rumah dulu for first raya tu. tu pandangan mak2 la, which i think tak bias sangat. heheBig Grin

dulu-dulu memang tak payah pikir pon sebab de satu umah jer. memang itula hometown ku. skang ni lain. takleh buat keputusan sendiri. kene tanya hubby. maka keputusan telah dibuat. 1st day raya i di sini. ya, di sini. hari raya nanti, kena jalan2 pusing rumah sedara jugak ker? Thinking ish, penat la. penat nak dengar lecture. takut kesabaranku menipis, terkeluar perkataan2 yang tak sepatutnya.Sigh so, boleh tak duduk akat umah jer? 2nd raya baru balik penang. mak, tunggu kepulangan anakmu ya. i’m going to miss u all..sedih, but i have to mak..

on the bright part, since tak balik sana 1st day, both of us akan balik penang next two weeks. sempena cuti nuzul quran. hohohoho balik kampungg! hohoho balik kampung!..

Wednesday, August 3, 2011

Shopping lagi..



Amboi,siap anta voucher kat den ye..voucher ni dapat sebab join club dorang masa beli his ring dulu. Tapi, boleh pakai if beli Rm500 ke stash jer.dush! Hihi

posted from Bloggeroid

Slamat bersahur!



Assalam semua! Semalam mami pesan suruh saya kejut bangun sahur. Bila alarm mami bunyi,mami tak bangun2. Saya ingat pesan mami, jadi saya pon menyondol2 kat mami, kiss2 mami suh mami bangun.berjaya! Terus mami bangun. Saya pon sahur la skali.hihi- SHIROU
GUD JOB SHIROU! MUAHH3x! :)

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 2, 2011

Goodnite Minna san..




Assalam peeps! Testing camera phone scene low light. Cantik jugak. Puas ati ar.hihi.. gudnite semua. Jangan lupe niat pose tau. Semoga mimpi indah ya! :)

p/s: bear ni vee menang masa main games kat lost wolrd of tambun. hehehe

posted from Bloggeroid

Smokey merajuk



Smokey merajuk sebab kena bawak pergi vet. Haha! Comel giler die majuk. X nak tengok camera tuu..hihi.Mami kena la bawak p vet sebab dah sampai masa untuk vaksin. Mami nak smokey sihat walafiat. Sayang Smokey! Muahh!! :*

posted from Bloggeroid

Anniversary sebulan! :)

Assalam peeps! arini first day sahur nasi. semalam minum air kosong ngan supplement jer. ahaha! idup orang bujang..camni la..setakat ni alhamdulillah segar lagi. korang.. korang nak tau tak, arini kan 1st anniversary sebulan kami! dah sebulan rupenyer ye. cepat sungguh! sesi post wedding pun tak abes lagi photoshoot. hikhikhik.. nasib baik OP cool Big Grin

Alhamdulillah..rupenyer peristiwa sebulan lepas bukan mimpi. kenyataan yang nyata. sebulan lepas, kira-kira pada pukul 10.30pagi vee selamat menjadi isteri kepada Syed Abdul Rahman Almahdaly dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah, sepanjang tempoh bertunang dulu, tak banyak dugaan yang kami lalui. gaduh2 manja tu biasa la kan. kalo tak gaduh cket2, bosan jugak kan. hehe Happy macam tu jugak pas kawen. we tried untuk bertoleransi to each other. dah mula kenal perangai masing-masing dari sudut yang berbeza. like how he is so immune dengan bunyi alarm clock die yang sangat kuat tu and me sensitif giler dengan bunyi alarm. haha!! ya, i know, we do complement each other Blushing

walau pon kami ni jumpa time weekend jer, boleh rindu-rinduan kan? hehe. memang betul kata orang, bercinta lepas kawen lagi nikmat. skang dah boleh kuar tengok wayang midnight. hehe. kalau dulu, susah cket sebab vee tak gemar nak kuar malam tak tentu pasal ni. skang lesen dah besar kan? hehe. rasa bahagia bila ada tempat mengadu, ada kawan nak berborak, hangout sama2. bukanla maksudnya vee takde kawan. cuma kawan yang ini sentiasa available untuk vee. alhamdulillah..

vee tak reti nak buat entry romantik2 nih. hubby vee nih jenis yang suka buat lawak. memang tak kering gusi la vee ari2. his family pon awesome! best rupenyer ada kakak2 and abang. syukur..hehe

 

to Aman,

  • Thanks sudi jadi hubby saya yang awesome!
  • harap perhubungan ni kekal bahagia selamanya. Aman kene sayang ina ari2 tau! jadi pemimpin keluarga yang baik, jangan stress2 dengan perangai Ina ek Love Struck
  • harap kite cepat dapat ahli family yang baru. amin…. Big Grin

SELAMAT ANNIVERSARY SEBULAN HUBBY! Kiss

credit pic to izul zahrin(chanteeq pictures) and munzir(jejari pictures)

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers