my Friends

click2 laaaa

Thursday, April 5, 2012

membebel jer..

Assalam semua,

arini sangat mencabar keimanan dan kesabaran i. lebih kepada kesabaran rasanya. sepanjang ari, asyik tweet je nak lepaskan rasa hati. kalo dok update status kat fb, bahaya plak. kang ada yang tak berkenaan terasa. seb baek my SIL rajin dok balas tweet. hehe

pagi ni, i ada meting. sebenarnya i tolong setup meeting. tapi, macam dah jadi macam i ni leader plak plus moderator. meeting pasal sistem manual skang yang nak di online kan. ingatkan kejap jer. tapiiii, sampai 2 jam setengah! lama gila! dah pening i dibuatnya. pening sebab, orang tengah discuss benda lain, tapi ada hamba2 Allah ni, suka sangat nak lari topik. time ni la ko sibuk nak utarakan permasalahan yang takde kena mengena bagi memudahkan keje ko kan? sampai vendor yang datang tu pandang i senyum jer. senyuman bermakna, okeh. kot ye pon nak tunjuk ko buat keje, takyah la nak memekak dalam meeting ni. g la memekak kat meeting ngan bos2 atasan. dok lama sangat dalam meeting, pinggang dah lenguh2. pastu de report yang nak kene anta, i jugak yang nak kene setelkan. konon2nya orang kontrak ni kena lebih pro aktif. mkasud korang, permanent  nak goyang kaki la?? yang permanent tu, awal2 i panggil masuk meeting pon banyak cekadak. dah kena paksa masuk, baru nak masuk. kang i cuti 3 bulan, baru nak terkedek-kedek tepon tanya macam mana nak buat kan?

meeting abes tengahari, time lunchtime. ada minum pagi tapi agak berat. so, macam dah kenyang. maka tak makan nasi. rehat jer kat meja. nak naik tido kat surau, macam segan. perut dah start nak mengeras jer which i rasa normal la. then dekat kul 3, naik ke surau untuk zohor. rehat jap tapi tak baring pon. time ni, perut dah kurang mengeras, tapi pinggang plak lenguh nya, Tuhan ja yang tau. rasa nak putus pinggang. turun balik opis pon slow2 ja. sakit on off, so i biarkan jer.  dekat kul 4 camtu, tiba2 sakit gila kat bahagian bawah perut sebelah kiri. ntah nape. tak pernah2 sakit camni. ingatkan sebab salah duduk ke, bangun nak berjalan2. lagi sakit rupanya. dah tekan2 perut, mu toksah cakap ar. memang berkerut2, badan pon dah start berpeluh tahan sakit punya pasal. bos i dah risau takut i nak beranak jer. duduk balik kat meja, layan sakit sorang2. nak mintak hubby datang amek, dia g site. after a few seconds, sakit tu ilang. tapi datang balik lepas beberapa minit. i tak rasa itu contraction sebab dr idris kata sakit contractions lain. tapi, i gagah jugak jalan p toilet tengok2 kalo ada darah ke ape. mana la tau kan, baik check dulu. tengok, takde pape. so, should be ok la kan. agaknya baby dok tekan2 nak cari jalan keluar kot. loceng kul 5 bunyi ja, rasa lega ati. dah boleh balik. pastu baru pikir, boleh ke nak drive balik nih? bos i tak balik lagi, tengah siapkan keje dengan sorang lagi staff. pastu yang kelakarnya, bole plak staff tu tension sebab bos i suruh dia siapkan keje dulu before balik. masa tu baru kul 5.30pm. dia dah stress sebab tak boleh balik. sampai dia kuar ayat lebih kurang camni "saya nak kena pegi amek orang lagi, nak pegi beli barang lagi. orang dok tunggu2 saya. bayar keje, sampai kul 5 jer, bukan kul 6" i was like, WHATTTTTTT?? oi, yang ko merayap mengular time opis tu, ko tak kira plak gaji ko kan? tu la mentaliti orang dah permanent ya kawan2. patutnya ak yang stress sebab tengah sakit. ni dia plak yang lelebih. nasib baik mulut ni tak lancang membalas. senyum jer. padahal bukan selalu pon kena balik lambat and tak lambat mana pon. hurmmmm

kuar opis, jalan slow2 p kat keta. time ni, macam menyesal plak park keta jauh2. padahal tak jauh mana pon. sampai dalam keta, lock pintu, terus berderai air mata sebab tahan sakit. first time sakit kat perut sampai nangis. now i rasa la kot pe yang nadya rasa. relax dulu dalam keta sampai tenang. tunggu sakit tu ilang dulu. kang tengah2 drive tiba2 sakit, tak naya. doa banyak2 supaya i ok sampai balik umah. alhamdulillah, dah sampai parking rumah, rasa lega gila. seb baek tak bawak yuki comel tu. kalo tak, lagi sakit la kot sebab kena tekan clutch bagai. sampai umah jer, solat asar pastu terus tido. magrib baru bangun.

before tido, tak ingat dah nak makan ke ape. nak lie down je. dah bangun ni, kebulur plak. padan muka i kan tak tapau pape. now, tunggu hubby bawak balik beger. pale still pening. tengah pikir nak keje ke tak esok. if tak keje, nak amek mc. nak cakap apa kt doc? doc baik ati ke nak bagi i mc? hurmmmmm. nape agaknyer sakit camtu ek? normal ker? orang lain, i tengok relax jer. ke i yang tak tahan sakit? ke stress dengan perangai orang sekeliling yang buat i jadi camtu?

No comments:

Post a Comment

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers