my Friends

click2 laaaa

Friday, August 17, 2012

pengalaman Syawal

Assalam semua,

rasanya ini bukan entri terakhir before raya sebab i raya kat pj dulu then baru balik penang. tapi, takut tak sempat nak taip plus takut penyakit M datang, maka anggap jer la ni entri terakhir before syawal ek.

untuk kawan-kawan, silent readers(ade ke), followers, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin andai entri2 i selama ni ada mengguris perasaan, terkasa bahasa dan yang sewaktu dengannya.i suka ada blog. sebab dapat kenal kawan2 blogger lain even through maya je kan. harap2 one fine day, kita sume boleh jumpa reramai. i selalu jugak blogwalking.tapi untuk tinggalkan komen, kadang2 jer sebab selalu online kat phone je.kes malas nak bukak lappy la nih. hehehe :p

raya tahun ni, turn raya umah mertua dulu. raya sini meriah sebab raya 1st, orang datang tak berhenti-henti. then raya kedua, dorang plak jalan2 umah sedara. tapi dalam kemeriahan tu, ati kecik ni nak jugak balik penang. kalau dulu, kitorang kumpul umah arwah tok sebab arwah yang selalu masak rendang,buat ketupat bagai.masa arwah sihat walafiat dulu, siap buat bahulu lagi. owh,sedapnyer! pastu arwah suka giling inai.kadang2 gedik juga p tadah tangan suh arwah pakaikan inai. kalo kat umah plak, tolong ma buat cookies.dulu cookies yang beli, boleh dikira dengan jari. now suma beli sebab takde orang nak tolong ma buat. ye la, since i start keje, dah takleh nak cuti lelama cam masa student. balik pon btol2 nak dekat raya..pastu tolong tok gantung langsir bagai. kalau nak raya, arwah memang kemas umah bagai nak rak. basuh suma pinggan mangkuk,gelas suma.buat wajik,my fave tu..kadang2 rasa macam tak percaya tok dah takde. agaknyer sebab masa arwah meninggal, i tak dapat balik sebab kena masuk hospital. nak balik jalan2 dalam umah tok pon dah takleh sebab umah tu dah dijual atas2 sebab2 yg tak dapat dielakkan. sedihh..tak sabar nak balik g kubur arwah tok. entah i dapat control emosi tak if g lawat kubur arwah nanti.

masa my 2nd graduation.1st graduation pon arwah datang, but pic tu kat lappy plak..
masa graduation my lil bro pon, arwah follow jugak

arwah pakai tudung pink,masa engagement i

tok datang masa kenduri i sebelah hubby

dulu, masa kecik2 dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, i rajin antar kad raya. anta kat arwah tok, kat tok sebelah abah, kat my makcik2.padahal kan, tiap2 minggu balik kampung kot.rasa best sangat bila tok simpan kad tu elok2.i missed her so much! :( ter beremosi plak.ok lah,see u in next entry.salam syawal..




1 comment:

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers