my Friends

click2 laaaa

Monday, April 30, 2012

pet boarding mana yang bagus??

Assalam kawan2!

Vee tengah menanti lagi if ada pape tanda nak beranak. until now, i'm still ok even kalo jalan banyak2, sangat sakit kat bahagian bawah tu. ok, arini vee dok search pasal pet boarding. tengah cari tempat nak letak my smokey and shirou time raya nanti. this time, dorang takleh nak ikut balik sebab at that time, baby kecik lagi. tak sesuai kot nak travel ngan cats. if next year, insyaAllah no problem. hopefully la. and nak tempat yang bagus, kena book cepat kan. nanti takdak tempat plak. i am particular cket bila pasal cats i. ya la, dorang ni pon anak jugak. kena la jaga elok2..paling lama i pernah tinggalkan dorang ni pon, seminggu. masa pegi honeymoon. tu pon, tinggalkan with my good friends and dorang memang dah biasa ngan budak2 ni. pastu, ari2 i call tanya khabar dorang. seb baek la my friends tu dah kenal i camna. hehehe

my criteria:
  1. nak bilik, takmo cage. dorang ni tak biasa dok dalam cage, nanti stress plak. especially smokey la, sebab dia memang cepat gila stress.
  2. owner and tempat tu cats friendly. bukan just tinggal my cats dalam room, then buat tak tau. they need petting jugak. tau tak, susahnya nak cari  cat's boarding? untuk dog, lagi senang kot.
  3. klang valley, takleh la jauh2. nama pon dok area sini.
  4. kalo ada cctv with internet, lagi bagus. senang i nak stalk dorang anytime kan. hehehe
  5. must be indoor. my cats ni sensitip. dengar guruh kuat pon dah lintang pukang lari sembunyikan diri. kalo i tengah vakum, konpem dorang lari naik atas kabinet dapur or sembunyi bawah comforter or sembunyi dalam closet.
see? tak banyak pon my criteria. cket jer. tu pon susah mau cari. yang i jumpa kat web, ada la cket:

Scallywags


untuk indoor units, Each unit has steps between levels, a choice of shelves (great for lazing around or being on look-out), a chair, mats, sleeping basket, bedding, scratch post, fan, activity toys and litter tray. Each cat's individual preferences and needs will be noted on the whiteboard located on the door of their unit.
Commercial cat foods are provided and included in the fees. Some cats enjoy new food but others cannot cope well with a change of diet at boarding time and may become more stressed so we feed your cat's usual home brand and flavour of biscuits.  We also serve quality canned cat food if required. You may bring your cat's own food if you prefer, although prices will remain the same. 
tengok gambar, macam kecik cket room dia. kena p tengok depan2 la. price dia


OUR NEW 2012 CHARGES (inclusive of food, litter, furnishings, brushing and cuddles) START FROM:
SINGLE CAT             RM 39  PER DAY
2 CATS SHARING    RM 32 each PER DAY
3 CATS SHARING    RM 30 each PER DAY
4 CATS SHARING    RM 28 each PER DAY

Owner: Liz Tay +6012 2930522



We have only 10 cat rooms and 2 dog rooms. Our premise is equipped with extractor fans and a huge 5ft x 7ft window for superb ventilation.  We also have three ceiling fans running 24/7 and AC units that are activated upon a certain temperature.  We also use OZONE CONNECTION Ozonisers that emit O3 to purify the air and eliminate germs, bacteria and viruses. 
 
A 50% (of cost of total stay) deposit is required to secure your booking.  Full refunds available for cancellations made up to one week from commencement of stay.  Late cancellations are NOT REFUNDABLE. 
cat boarding-
standard room-Our rooms are 5ft x 5ft and furnished with a full height climbing/scratching post, four lounging shelves, a toilet and some toys.  The rooms are constructed from full height glass panels and have a mild steel mesh ceiling for ventilation.
One Guest RM35
Two Guests RM60
Three Guests RM75
Four Guests RM100

Suite 9
Suite 9 measures 5ft x 7.5 ft.  It is constructed from full height glass panels and contains a full height climbing/scratching post.  This room is customiseable to suit large groups (up to 7 cats), young kittens or the usual adult guest.
Two Guests RM70
Three Guests RM90
Four Guests RM100

hurmm. menarik tapiiiii, kaca la plak kan. emmang nampak kiri kanan ar. langsung takde tempat nak sorok. if nak anta sini, kena letak dorang punya carrier la as tempat tido. at least, tersorok cket.
info to contact
FIND US AT 16 Jalan Bandar 2, Taman Melawati, 53100 KL
OUR OPENING HOURS ARE
CLOSED on Mondays and Public Holidays
9.30am - 5.30pm Tuesday to Friday
9.30am - 4pm Weekends

petepicure@gmail.com 0129059010 - Olivia 0123313318 - Alicia


petplaygroundonline


not much info kat web dia. if nak tau lebih lanjut, kena email terus. tapi, dia cageless pet hotel. tengok gambar, cats n dogs boleh jalan2. link fb dia

For further enquiry about pet boarding and activities for your pets at our centre we are contactable at petplayground@gmail.com or call +6017 364 8117 for more information. Drop by and visit us at

J-G-6, Jalan PJU1A/20B
Dataran Ara Damansara
47301 Petaling Jaya
Selangor.
 



not much info. tapi, rasanya owner dia muslim..kena p tengok tempat dia dulu. and email dia untuk boarding rate. ada grooming plak tuh. and dekat dengan umah.

Waktu beroperasi :

4 ptg ~ 10 mlm


SEMUA BERSAMA TEMUJANJI


SILA MSG ATAU CALL

Hubungi kami di talian :

019 3o68678 (Pn.Sha)

012 9299062 (Mr.Sab)


013 3779909 (Mr. Ren - Shop)
 
No: 38A, jalan PU 7 / 3, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia

link fb dia

anyone ada tau tempat bagus untuk cat boarding? if ada, please do let me know ek. thanks tau! :)

all the info and pic, credits to link pet boardings yang i dah letak kat atas ya

Saturday, April 28, 2012

checkup semalam

Assalam kawan2..

watpe arini? jalan2? me,dok umah je. malas nak menyesakkan diri dengan jem BERSHIT tu. hehe. setiap orang ada pandangan masing2. i ada terjumpa link nih masa mengoogle BERSHIT 3.0. klik SINI. ntah kenapa, bangsa kita nak sangat ikut telunjuk Pengerusi BERSHIT nih. dorang ni otak bergeliga, bak kata kawan i kat fb, 
"BERSIH: ada sesuatu yang tersembunyi yang diperjuangkan yg akan memakan bangsa sendiri. Pandanglah di sekelilingmu, apa yg berlaku pada bangsamu. Sedarlah sebelum bangsamu dikekang di bumi sendiri..."

tu pandangan i la. pandangan orang len, no komen. sebab i warga penang. i kesian dengan warga penang yang dok pulau skang ni. ni. gara2 kononnya bangsa lain itu boleh mentadbir dengan lebih baik dan lebih adil. adil ke yang depa dapat skang? kene tindas lagi, ade la. erm, kang cakap lebih2, kate berat sebelah plak. tapi, p tengok sendiri la..

ok, ni nak cite pasal checkup semalam. Dr Idris takde, ade emergency. so, kene jumpa anak dia, Dr Ana. dulu, i pernah ada experience buruk bila checkup ngan dr ana. so, macam agak gerun la nak p jumpa dia. tapi, nak wat camna, takdak pilihan. p timbang ebrat, berat i turun balik hampir sekilo!. hurmmm.. dorang kate, dekat nak beranak, memang berat akan stay or turun. so, berat terkini adalah 73.5kg. masuk ja jumpa. bagi salam, dr ana dah senyum. ahh, arini mood dia baikk! alhamdulillah.. hehe. then, as usual la, dia tanya baby gerak ok ke tak. ada sakit2 tak. i said, ada, tapi tak interval la. then, i asked her, boleh tak nak scan sebab nak tau berat baby. die kate, boleh jer. hehe

i pon p la baring untuk scan. dia check blood pressure, dia kata ok, normal. memang style dr ana ni, dia letak jeli sejuk tu banyak2 before scan. memang sememeh cket la. tapi, scanner dia canggih. hehe. dia check everything la, dah macam detail scan plak. die check saiz kepala baby, saiz badan baby, panjang tulang kaki baby, air ketuban cukup ke tak. overall, suma ok. masa scan, baby tengah sujud, dalam position nak kuar. hearttbeat dia 126 which is normal tapi kurang dari minggu lepas. berat baby skang adalah 3.14kg. wow! tak sangka plak my baby dah cecah 3kg. ingatkan bawah 3kg lagi. ye ar, sebab perut i ni kecik je. tak macam nak tunggu ari sangat pon. anyway, i bersyukur my baby sihat semuanya. yang penting, jangan kuar arini ye sayang. kalo kuar arini, memang ada chance la abah kamu jadi bidan terjun kang. hikhikhik



Friday, April 27, 2012

breastpump dah sampai! :)

Assalam semua!!

okeh, yang ni takmo emo2 dah. nak cakap pasal ni sebenarnya. 



weekend lepas i ada order barang from littlewhizz.com. buat shipping address umah MIL sebab takut takde orang kat umah i. then , dapat call semalam dari orang courier, cakap tak jumpa umah? hahaha!! lawak gila. dah lama kot dorang dok situ, tak pernah2 posmen tak jumpa rumah. orang delivery, cab suma, jumpa ja. pelik sungguh! hikhikhik. sudahnya, i bagi alamat umah i la. tapi, i mintak dorang anta pagi ni sebab petang i ade checkup. so, arini, kul 10.30 tadi, barang tu pon sampai. happy weyh! lega sebab barang yang i nak dah dapat. hehehe. jom tengok satu2, nak? tak nak pon, kena paksa tengok jugak. muahahaha

ok, i order set breastpump dari littlewhizz nih. bagi i agak berbaloi sebab sebelum ni yang i prasan diorang takde set camnih. set breastpump with cooler bag skali.

dalam pakej ni ada bereastpump medela swing with calma teat, reusable autumnz ice pack(3 pieces), autumnz storage bottles(8 pieces), autumnz cooler bag. price yang i dapat is RM759.00 which is to me berbaloi jugak la. if nak tau lebih lanjut, boleh tengok SINI. cooler bag tu muat untuk simpan breastpump jugak and boleh sangkut kat stroller, pegang gitu jer or buat macam sling bag. ok la even tak dapat medela citystyle pon. sebab yang tu kena carry macam handbag. then, my handbag nak campak mana? ke dah ada anak nanti, tak yah bawak handbag? hurmmm

dah order, takkan nak order 1 barang je kan. rugi shipping tau. oh ya, shipping dia free for purchase above Rm200 untuk weight yang below 6kg. mine, tentu la tak sampai 6kg pon. hehe. then, i order jugak backpack supaya senang nak bawak breastpump berjalan2. rupa dia adalah macam ini ->
harga dia RM99.90. ada less RM10, so tinggal RM89.90. alang2 nak beli, i amek je. cooler bag yang dapat free tu, muat untuk masuk dalam beg nih, kat bahagian atas dia. bahagian zip bawah tu, boleh letak pump. bila nak pump, bukak jer zip tu. kat bahagian belakang plak ada opening untuk plug kan power outlet pump. takyah susah2 kuarkan pump dari beg. more info, tengok SINI ya :)

ada lagi ke i order ek? ada! hehehehe! i  order 2 nursing wear and 1 nursing tank. hubby kata, nursing tank nih, nak buat apa? seksi bukan main! laaa, if i pakai baju yang bukan nursing or takde butang depan, dah pakai tank ni, i still boleh selak2 without nampakkan any skin kan? hehe. i order jugak nursing poncho autumnz tu, color dark purple.harga dia RM39.50. tapi sayangnya, masa nak deliver, abes stock plak. maka yang itu, dorang tak deliver lagi. tunggu next batch la jawabnya. total damaged suma dalam 1k. agak cam nanges jugak masa nak bayar. seb baek share ngan hubby. hehe. thanks mucuk! muahh3x!

alhamdulillah, dapat jugak lengkapkan keperluan nursing untuk baby nih. i memang nekad nak bf my baby. harap2 ada la susu nanti. skang ni, memang takde pape lagi. ada m2b yang dah ada susu time preggy lagi, rezeki masing2 kan. even if awal2 tu, kalo terpaksa bagi fm, i redha. i tetap akan usaha utk bf lepas tu. semoga dipermudahkan. aminnnn

oh ya, tadi ada orang tak sabar nak unbox everything. maka box ini dah dibuka :p poyo kan? orang lain beli fs pon tak gedix macam i. takpe la, i excited ngan barang sendiri. ok what. hehe


i just bukak gitu jer. tak try pon assemble everything. tengok la, malam kang ke, esok ke, try assemble. nak dengar bunyi dia bising ke tak. ok, done! pasni nak kene siap2 mau p checkup. kena p awal sikit arini sebab konpem jalan2 banyak kena tutup kan. maka lama la kat dalam keta nanti.

BERSIH yang bongokk!




Assalam semua!

yess, i'm very excited! haha!! no no no.. i belum beranak lagi ya. semalam ada jugak rasa contractions. dok doa banyak2 jangan bagi baby kuar lagi. alhamdulillah, pagi nih takde pape. why i tak bagi baby kuar lagi? sebab i takmo sangkut dalam jem BERSIH. 

dahla masa i kawen, kena berebut dewan dengan DSAI plus ramai gila tetamu jemputan tak dapat hadir sebab sangkut jem tahap dewa punya. ni nak beranak, nak kena layan jem lagi sebab orang2 bodoh yang kononnya berakal tinggi. menyusahkan idup orang, ade la. pelik aku. sibuk nak berdemo bagai. selalunya kan, orang memang pandai nak kritik2 orang lain. tapi, bila diri sendiri kat tempat yang sama, dia akan buat benda yang sama macam orang sebelumnya. why? sebab dah kelabu mata dengan power yang ada plus baru nampak ada kekangan2 yang menyebabkan dorang amek tindakan yang macam tu. 

ni my mom call plak said my father tak dapat cuti. macam mana nak mai tengok cucu dia? cuti dibekukan because of election yang akan datang nih. tak ke menyakitkan ati? ko bersusah payah keje, tak dapat cuti, tapi ada orang mulut longkang senang2 jer cakap orang2 ini tak buat keje, lembab la, makan gaji buta la. kalo ko rasa keje beruniform ni senang, ko pegi la apply. aku nak tengok, ko mampoo tak nak survive. jangan pandai cakap ja. damn! this entry suppose to be an excited one, dah ter emo plak. sebab nila setitik, abes susu sebelanga. sebab sorang makan gaji buta, abes suma kena tuduh sama. bajet yang keje swasta tu suma bagus? ramai je yang pandai mengular tau. ish, i nak buat entry pasal benda lain. jumpa next entry la baru citer. entry ni dah emo sangat. k, tata!



Tuesday, April 24, 2012

kisah weekend lepas

Assalam semua!

semalam monday blues tak? hehe. ni cite weekend aritu. before this, i ade cakap de besday party kan? haa, ni la besday party nya. malam sabtu lepas. ada birthday boy and besday girl. its more to makan2 and tiup kek. among family je. tapiiii, ada party pack tauu! thanks to k.ngah sebab sangat rajinnn. layankan gambar ya. tak banyak pon, cket jer. hehe

 yusuf and mohamad. mohamad is the besday boy!

 comeinyerr dak sorang neyh

 my aunty and my hubby

 kak long and mohamad. kaklong tengah bukak party pack dia

 ada orang dah terbaring kekenyangan. tak senonoh btol! haha

 chu, hubby's uncle. chu nak snap gambar yusuf, tapi sebab dia pon macam beraksi bagai, i snap gambar dia. hikhikhik

 besday boy and besday girl. ni akak sedara hubby

 alamak, tak sempat amek gambar time blow cake. sempat amek masa potong jer. kira aci la kan. hehe. blackforest cheese. sedappppp

 mohamad unwrap adiah besday dia. tapi, dia bukak gitu je, tak kaur kotak pon. tunggu balik umah, baru nak bukak kot. hehe

enjoying his present! :)

ops! tetiba terselit gambar dak naughty nihh. hehehe. he also dah jadi sangat manja skang ni :)

esoknya, ahad, kitorang g amcorp mall. layan flea market dia. and i nak cari novel murah2 kat bookexcess. nak wat stok untuk time pantang nanti. tapiiiii, i kena ceri beri plak. tak dapat nak jalan2 sangat tengok barang. asyik dok ulang alik p toilet ja. almost every floor plak tuh. sedeyyy. seb baek de watson. SIL said, charcoal tablet bley makan. so, p la beli and makan. alhamdulillah, petangnya dah stop dah ceri beri tuh. tapiii, penat weyh. memang terus ketiduran pas sampai kat umah.

since semalam, kaki dah start bengkak balik. tangan plak asyik dok kebas2. apakah? hurmmm



Saturday, April 21, 2012

checkup 38 minggu

Assalam semua..

selamat berhujung minggu! hehe. ni nak cite hal semalam. semalam p checkup. skang, dah start checkup seminggu sekali kan. sampai klinik lambat semalam sebab hujan lebat kan, so kene drive slow2 jer. sampai2 je, nampak ada sorang tengah menunggu. alhamdulillah, tak lama la kalo camni. hehe. terus p timbang berat. berat sekarang adalah 74.2kg! pergh! membesar dengan jayanya! tu la komen i pas timbang berat. this time, nurse lain. nurse tu senyum je sambil komen anak sulung kan, biasa la tu. lagipon tengah tunggu hari. hehehe. then, pegi toilet, untuk test urin. kuar dari toilet jap je, dorang dah panggil masuk. tak sempat pon nak baca novel yang i bawak. hehe

as usual, dr idris tanya how are u, sihat? sihat, alhamdulillah. tapi i cakap dia, baby macam gerak tak kuat sangat. before ni kan, sekali tendang, senak perut mak dia. skang, macam light2 gitu. so, he asked me to baring la untuk scan. tapi, tiba2 dia dapat phone call plak. maka i pon berborak dengan nurse dia dulu. lupa nak tanya nama nurse tu. i tanya dia, nape everytime datang, nurse lain2? dia kata, oo, dorang ada 3 orang. yang layan i semalam, memang duty dari pagi sampai petang. yang lagi dua orang, tukar2. ada shift pagi and petang. ooo, so nurse yang kene sound minggu lepas tu dah keje shift pagi semalam. padanla tak nampak dia. hehe

pastu dr idris datang. dia check blood pressure. pastu check perut. kat bahagian atas, dah kosong cket sebab baby dah turun bawah. he asked ada contractions tak. i said, ada, tapi tak regular la. he said its normal la sebab baby dah engage kan. memang akan rasa. and disebabkan baby dah gerak ke bawah, memang pergerakan dia tak kuat macam sebelum ni. ooooo, baru tau. hehe. agaknyer sebab i sampai lambat, he just scan pakai doppler tu jer. heart beat baby semalam adalah 130. agak rendah la compared ngan minggu lepas tapi still dalam normal range. ye la, minggu lepas, before masuk checkup, i dok kunyah chocolate. agaknyer sebab dapat caffeine, baby macam aktif terlebih kot. kot jer la. then, he gave me mc for next week. after that, i memang dah start cuti bersalin. he told me jangan banyak jalan sangat. orang dok cakap banyak jalan boleh cepatkan bersalin, tapi tak semestinya pon. i tanya dia, my weight ok ke? risau plak naik banyak dalam seminggu. he said ok, naik cket je tu. hurmm, rasanya kalo tak mc, maybe tak naik2 kot berat i nih. skang dok kat umah jer kan, jalan2 pon dalam umah je. hikhikhik

after checkup, kitorang g makan. sebab i pon dah nak dekat waktu bersalin, maka p makan yang sedap2 la. nanti dalam pantang, dah takleh nak makan macam2 kan. layan gambar jer la ye. hehe









kitorang amek starter and pasta je. kate makan bertiga, dengan baby sekali tapiiii, makan banyak tu pon tak abes. tengok la gambar last, i dah tersandar kekenyangan dah. dah macam ular sawa plak. hahaha!! tapiiii, i memang suka pasta kat sini. even just classic carbonara, memang sedapppp! ngeee. tu jer story arini. pasni nak p umah mertua, got besday party. tido sana. sok, nak jalan2 lagi. if larat. ngeee. how's your weekend? :)


p/s: simptom minggu ke-38, baru rasa panasnyer badan nih! tengahari tu, rasa nak berendam je dalam bilik air sampai petang. adoyaiiiii


Friday, April 20, 2012

minggu 38

Assalam semua..

Alhamdulillah.. dah masuk minggu ke 38. dah boleh beranak anytime dahni. minggu ni dah kira start cuti dari keja sebab amek mc and sambung terus dengan cuti bersalin. perut dah sangat besar, macam tak percaya je ni perut i. hahaha!! 

minggu ke-38 nih, baru rasa kelaparan tahap maksima. selalu orang dok cakap lapar time pregnant, sekarang ni baru i rasa. before nih, light2 ja. makan pon 3 kali sehari, then dah cukup. now, dah makan heavy meal, 2 jam lepas tu lapar lagi. asyik pikir nak makan ja. sebab asyik lapaq ja dok kat umah, maka kena la rajin masuk dapur. ye la, takkan ari2 nak delivery. bosan jugak kan. dua ari lepas, teringin nak makan bubur pulut hitam. maka, gigih menggoogle resepi. haha!! bubur yang mudah pon i tak reti buat, okeh. tu la, dok umah dok harap kat ma ja masak. cakap ja nak makan apa, mesti ma masakkan. ni, kena la buat sendiri. hehe. dah google resepi, kena la kuar p cari bahan nak masak plak kan. sadis nya, i tersalah beli! i p beli kacang itam! huhuhu. dah balik, baru terpikir, ma kate pulut hitam tu rupa dia macam beras, warna itam. adoyai.. kuar balik time makan malam, p cari pulut hitam. padan muka sendiri. haha!  maka, semalam try la buat. senang ja resepi dia, tapi still i salah buat sebab cairrrr. huhuhu. agak frust jugak la. tapi, untuk mulut sendiri, i ngappp ja. hehe. pic cilok from my instagram. jadi la, nak lepaskan kempunan. 1st time buat kan. nanti2, boleh cuba lagi. ngeeee

arini plak, rasa macam nak makan mihun goreng. seb baik takde rasa nak makan pelik2 kan. hehe. maka, lunch tadi, masak la mihun goreng kosong. nak letak sayur, i tak suka makan sayur. lupa nak letak telur. hajat dihati nak goreng nugget, makan ngan nugget. tapi, sebab dah lapar sangat, ngapp gitu jer. 1st time jugak neyh goreng sendiri. hasilnya, sedapppp! tak lembik or benyai, pedas, cukup rasa. i likeeee!! boleh tak puji masakan sendiri?? gila angkat bakul. eh, biarla. blog i, sukati i la. yang dok buat muka sinis tu, pasai pa? debik kang, baru tau. lalalala..

tengah pikir kacang itam tu nak buat apa. pau? hurm..kena google resepi nih. oh ya, petang ni checkup. harap2 sumanya ok. and nak mintak doc scan la. nak tau bape berat baby skang since i dok kebulur je 24jam kan. till then, assalam.. :)



Tuesday, April 17, 2012

checkup 37weeks ++

Assalam semua,

tenggelam timbul je i skang ni kan. huhuhu. dah makin bersawang rumah pink i nih. erm, jumaat lepas i p checkup. my weight naik! hahaha!! happy plak. padahal dah jadi tong drum dahni. hehe. current weight adalah 73kg. haaaaa gemokkk kan? ok la, dari tak naik. naik sekilo lebih tu. berkat makan meat banyak2 la nih. pastu kunyah chocolate tak berenti. hikhikhik. kat klinik dr idris, ade nurse baru. pas i timbang berat, dia macam uishh! macam berat gila. i sengih ja, siap cakap alhamdulillah. untuk normal people, memang la takut berat naik. tapi untuk preggy woman, happy weyh! dah timbang berat, macam biasa p check urine. nurse check kan, tak pernah buat sendiri pon. just tinggalkan ja your urine kat toilet with your name.

kali ni, agak lama gak la tunggu dr idris. dia dah sampai kat parking lot, tapi takleh nak turun sebab hujan lebat gila. masa tengah tunggu tu, dr. Ida sampai. dr. ida ni anak dr idris, work kat situ jugak. nurse offer suruh jumpa dr. ida kalau nak cepat. i dah pernah jumpa her, garang weyh. pastu kasar plak tu. takmooooo! nak tunggu dr idris jugak. hehe. as i expected, kali ni dia tak tegur pon pasal berat i. see? dia akan tegur kalo dia rasa benda tu tak normal. pastu dia tanya sihat ke tak. i cakap la tangan kiri i kebas especially after bangun tido. dia kata, mungkin tertindih sendiri. and dalam keadaan sekarang, memang senang nak kebas. dia suruh i kurangkan garam. kali ni dia tak scan pon. just dengar heartbeat guna doppler ja. heartbeat baby masa tu, 147, dalam normal range lagi. tapi, for me, slightly higher la sebab selalu check, 137 or 140. agaknya baby syok dapat caffeine sebab before that, i melantak chocolate lagi. ngeeeee. then, i mintak la surat untuk confirmkan due date i sebab i nak apply cuti awal. and i tanya, leh dapat mc tak sebab now kaki and tangan memang dah bengkak. hard for me untuk jalan2 dalam opis and drive pergi sana sini. he said ok, no prob. so, minggu ni i mc seminggu. jumaat ni, checkup lagi. now dah start checkup seminggu sekali sebab baby dah full term. maksudnya, any time i boleh bersalin dah. hehehe. now, nebes tu dah kurang sikit. perasaan tak sabar plak. nak cepat tengok muka baby. hehe

then, masa bayar kat luar tu, nurse yang kepochi awal2 tu ada. dia tengok mc sampai seminggu, dia komen "uih, sampai seminggu mc!" i buat2 tak dengar je. hubby memang tak dengar. pastu wife dr idris tegur dia "orang nak beranak. awak tau apa. lain kali nak cakap t, mulut jaga sikit". ops! sekali dia kena sound setepek daa. hikhikhikhik. then i tengok kat surat yang dr idris bagi tu, dia tulis my due date 4th may plak. aikk? dah berganjak dua ari ke? tak sempat nak tanya dia balik sebab i bukak surat tu masa otw balik. takpe la, jumaat nanti, i tanya dia. dah berubah ka due date i nih? hurmmmm


Friday, April 13, 2012

Shopping lagi?

Assalam semua,

pagi-pagi dah menempel kat sini kan? hehehe. pagi ni mood adalah baik. no grumpy2 even susahnya nak bangun pagi tadi. haha!! petang ni ada checkup. doakan everything ok ya. semalam, baby kurang gerak dari biasa. risau gak sebenarnya. agaknyer i kurang makan manis kot. hurmm..

ok, nak bagi info neyh. baru terbaca tadi kat everydayonsales.com pasal ini-->




Summary: Mom’s Care is having its Baby Carnival Sale now. Brands that offered are Avent , Maclaren , Esprit , Fisher Price , Ferrari , Nania , Gracce and many more. It’s starts from 10am to 9pm. Please drop by to enjoy discount up to 70% now.

Sales: from 13 April 2012 to 22 April 2012

Venue:
Main Concourse Area,
Ampang Point ,
Selangor
For those who are interested , kindly visit to Moms Care Malaysia Facebook

aduh, nak g ampang yang bercinta tuh. kene tengok kerajinan nih. hehehe. happy shopping! 

Thursday, April 12, 2012

syiokknya abeskan duitttt! nangessss :p

Assalam semua!

i am so sleepy. pagi tadi terjaga pukul 4.30am, pastu takleh lelap dah. ni mula la nak nantok bagai ni. my opismate pegi kursus plak. camno nak naik surau p tido nih? hurmmmm

semalam buat ape? i bangun lewat gila semalam. best btol tido golek2. haha!! baddddd habit! pastu terpikir2, nak lunch kat mana sebab perut dah berkeroncong. bekpes, makan roti cket jer, maka cepat la kebulurnya. kebetulan my friend nak g midvalley, nak cari dress sebab dia ada dinner next week. disebabkan pikir nanti takut tak sempat nak jumpa before deliver, so kitorang pon berjanji la untuk lunch sesama kat mid. gigih weyh padahal pagi tu kaki tangan suma bengkak. cincin pon dah tak muat nak pakai. tapi, puas ati la dapat jumpa even tak sempat nak borak lama. pas makan, masing2 ikut haluan masing2. sebabnya i nak p renew jcard and cari slipar. slipar sekang ni, buat sakit kaki gila. ingatkan boleh bertahan sampai beranak, rupanya tak boleh. lama tak shopping untuk diri sendiri. erkk, ye ke lama? hahaha!!

sampai kat kaunetr jcard, as usual la, ramai gila orang. kalah weekend plak. public holiday jer pon. amek nombor, ada 50 orang lagi depan aku. sedihhhh..tapiiii, ada promoter jusco yang baik ati, tukar number ngan i. ikut numbor dia, ada dalam 15 orang depan i. ok la kan? alhamdulillah.. bersyukur gila. agaknya dia kesian kot tengok perut besar sangat. hikhikhik. after that, hubby p cari perfume dia sebab dah nak abes. dia bli yang botol besar trus, pastu dapat body spray untuk i, botol besar jugak weyh! murah hati siot akak promoter tu. tersengih i. ngeeeeeee. suka2x. pastu pusing2 tengok slipar. slipar okeh, bukan kasut. pusing2 kat area scholl jer sebab kaki sakit, best kasut scholl jer la kan. tapiii, as usual banaykd esign orang tua kan. yang i berkenan, takde saiz plak. and baru tau skang sebab kaki bengkak, saiz kasut i dah bertambah satu setengah saiz. gila besar! dari saiz 5, pakai saiz 6 pon susah nak sarung sebab kaki dah kembang. hukhukhuk. maka, keluar la dari jj dengan hampa.

jalan2 nak balik, nampak hush puppies. singgah jer. test2, macam best. tau size apa i pakai? saiz 7 uk! besar weyh! pasni, simpan jer la jawabnyer kasut ni. tapi, dalam ati, still harap bley pakai sebab mahal kot. bukannya 30 hinggit.so, inilah sliparnya yang i dah rasmikan arini. simple ja, design pon ala2 orang tua.


harga pas diskaun, rm197.00. to me, its mahal la. selipar jer pon. tapi, sebab sedap pakai, pejam mata jer bayar. jalan2 lagi on the way nak balik, ternampak kedai rockport. whatttttttt! ada rupanya kat mid. tak pernah perasan plak before nih. kalo la i tau ada rockport kat sini, konpem2 masuk situ dulu. tapiiii, selipar dia, berdarah jugak idung nak beli kan. tapi, hubby kata brand rockport ni tahan lama. kira berbaloi la beli. takpa la, takdak rezeki skang. tunggu rezeki pas pantang la. hikhikhik

balik dari mid, terus g umah cousin hubby ada makan2. lepak sana sampai malam. ada bbq weyh. sedappppp! topik yang dibincangkan, pregnancy! haha. sebab ada 3 ibu mengandung and yang sorang tu dah ada experience bersalin before ni. maka, dia lah jadi sifu kitorang. hehehe. dekat tengah malam, baru sampai umah. basuh2 kaki, solat, trus melepak atas katil. smokey and shirou la teman. lagipon, nak pujuk dorang. sebab siang semalam kan, ada gegaran. tinggal dorang berdua jer kat umah. mesti cuak dua2 ekor tuh. dahlah memang dorang tu penakut. dengar guruh pon lari bersembunyi. my mom kat penang pon dah cuak2 sebab dorang rasa rumah bergegar. yang peliknya, kitorang kat mid, takde plak rasa pape. called my neighbour, dia kata kuat jugak rasa gegar. hurmm..ok la, time to sambung buat keje even mata cam dah tersengguk nih. tak produktif btol la :p

p/s: kalo ada mulut jahat nak cakap i macam2, beli kasut pon nak cakap kat blog, ni jer jawapan i-> peduli hape aku. blog aku, sukati aku la nak tulis pasal ape. rasa2 takmo baca, tekan jer pangkah kat atas tu, abes cite :)




Tuesday, April 10, 2012

Rindu!

Assalam semua,

tetiba rindu zaman dak2 ni baru kenal. ni, gambar 1st day dorang jumpa. garang kemain si kecik tuh. now, not so kecik anymore la kan. hehe. mula2 hidu2 bau dulu..



pastu, shirou berdehem dengan garangnya. smokey dah malas nak layan. apahal dak tecik ni garang2 sangat ni?? dahla datang rumah orang. ye la, masa tu kan shirou baru sampai. kira smokey tuan rumah la kan. hehe


then, smokey plak cuba goda2 shirou. nak berbaik la kononnya. tapiiii, shirou tak layan..
 amek masa seminggu jugak la dorang nak berbaik2. smokey ni kuat jeles. bila shirou datang tak balik2, dia baru sedar yang shirou pon akan duduk sekali ngan dia. mula la cemburu dia melampau2. sape2 yang datang nak jumpa shirou, kena pegang or tegur smokey dulu. if not, sampai sudah la dia tak layan orang tu. haha!! 

tu dulu. sekaran, dorang dah macam adik beradik dah. kemana-mana berdua. takleh nak pisah2. kalo kurung sekor dalam bilik, sekor lagi mesti cari2. love them soooo much! harap2, dah ade baby nanti, dorang akan well behave. aminnnn

entry banyak hari :)

Assalam semua!!

NO..NO..NO..i belum bersalin lagi. hehe. rupe-rupenye dah dekat seminggu tak update. cian blog neyh. terabai. blom ada baby kecik lagi neyh. adoyai.. so, kena start citer dari jumaat aritu la kan. hehe

jumaat, nothing much. i mc. p klinik panel yang dekat dengan umah. bagus klinik tu, bukak 24 jam, bumiputera punya. doc pompuan suma. tapi, masa i p pagi tu, dr Locum yang on duty, dr. laki. nampak giler muka dia tak cukup tido. ye la, duty dari malam, tak abes lagi kan. masa i p tu, kul 8am. dia just bagi i pil kecik pe ntah and pesan kalo tak baik jugak sakit kat perut tu, malam kang datang balik. i makan sekali jer pil tu. pahit gila weyh! pastu takmo makan dah sebab pahit sangat plus i rasa i perlu rest jer kot. after rest, ilang la sakit2 tu.so, memang melepak atas katil sambil ngadap laptop jer la. nak wat keje umah, tapi kang sakit balik plak. mana bley sakit nak dekat weekend. rugi woooo :p

sabtu, siang xde wat pape. just g umah MIL for lunch and malamnyer, ke rumah mak sedara. ada besday party anak dia. konon nak p sat ja, sekali dah berborak, lama plak lepaknya. no pics sebab bateri phone dah tinggal separuh. pastu i dok sibuk men game online je kejenye. tengah tunggu besday gurl upload gambo. best p sana. kat umah mak sedara tu ada macam2 haiwan. dah macam petting zoo plak. hehe. ada angsa, kucing, tortoise besar, ikan pe ntah dalam akuarium tu, ada rabbit. cute siot rabbit tuuuuu. hikhikhik

esoknya plak, p amcorp mall,cuci mata sambil jalan jalan kat flea market dia. best jugak ar flea market dia. first time p. i  tot flea market dia kat luar mcam the curve, berpanasan bagai. rupanya, stalls dia suma kat dalam. cool! boleh jalan berjam2 pon takpa. hehe. pastu ada kedai buku murah. excessbooks kalo tak silap. sempat rembat storybooks pasal vampire 1 set. murah jer, rm39.90! patut harga dia 100++ kot. rambang mata dok dalam tu. too bad, buku pasal parenting tak banyak and yang ada pon tak best. after that, terus balik umah. sampai umah, konon2 nak kemas umah. tapiiiiii, apa yang terjadi adalah membuta smapai ke petang. hohohohoho! dah penat berjalan kan, memang mata laju jer nak pejam. hehe

i dah nak masuk 37weeks dah. tak sure la baby nak kuar on time ke tak. skang ni, idung dah kembang, muka pon dah kembang. kaki, plak dah dua kali bengkak and surut. tapi, bengkak i tak teruk. cuma kat tapak kaki ja. kalo kat tapak kaki ja, kira bengkak ke tu? hurmm. pastu semalam, bangun tido, tangan kiri plak sakit gila. macam urat saraf problem. sakit kat sendi2 tu. pastu refleks nak gerak jari macam lambat. agaknyer i tido terhempap tangan sendiri or tangan i tergantung kat ujung katil kot. sampai arini terasa sengal. nasib baik, tangan kiri. kalo tangan kanan, seksa jugak ek..

semalam plak, g sungai besi, amek food smokey and shirou. i memang selalu order ngan akak felix nih. dia jual murah, direct order dari warehouse. sekali amek, memang amek 1 bag terus. senang. tak payah nak risau dah dorang ada food ke tak. 1 bag tu 24kg. tahan la dalam 5 bulan. ok la kan, untuk 2 ekor. siap boleh bagi kat stray cats lagi kalo jumpa. alhamdulillah..

even dah lama takda entry, tapi i selalu jer BW. rupenyer ada mommies yang kena pantang sendiri. sedih baca entry diorang. i pon rasa, i kena pantang sendiri. my mum maybe akan jaga i untuk seminggu jer kot. hurmm..takpe la, mintak tolong smokey and shirou la jaga i. tetibe jeles gile ngan one of my friend. dia dok korea. 1st baby dia, mak dia fly p sana dok sana sebulan tau untuk jaga dia dalam pantang. rezeki masing-masing. pada yang due date lebih kurang i, mesti berdebar-debar skang kan. gudluck to u alls! :)


Thursday, April 5, 2012

membebel jer..

Assalam semua,

arini sangat mencabar keimanan dan kesabaran i. lebih kepada kesabaran rasanya. sepanjang ari, asyik tweet je nak lepaskan rasa hati. kalo dok update status kat fb, bahaya plak. kang ada yang tak berkenaan terasa. seb baek my SIL rajin dok balas tweet. hehe

pagi ni, i ada meting. sebenarnya i tolong setup meeting. tapi, macam dah jadi macam i ni leader plak plus moderator. meeting pasal sistem manual skang yang nak di online kan. ingatkan kejap jer. tapiiii, sampai 2 jam setengah! lama gila! dah pening i dibuatnya. pening sebab, orang tengah discuss benda lain, tapi ada hamba2 Allah ni, suka sangat nak lari topik. time ni la ko sibuk nak utarakan permasalahan yang takde kena mengena bagi memudahkan keje ko kan? sampai vendor yang datang tu pandang i senyum jer. senyuman bermakna, okeh. kot ye pon nak tunjuk ko buat keje, takyah la nak memekak dalam meeting ni. g la memekak kat meeting ngan bos2 atasan. dok lama sangat dalam meeting, pinggang dah lenguh2. pastu de report yang nak kene anta, i jugak yang nak kene setelkan. konon2nya orang kontrak ni kena lebih pro aktif. mkasud korang, permanent  nak goyang kaki la?? yang permanent tu, awal2 i panggil masuk meeting pon banyak cekadak. dah kena paksa masuk, baru nak masuk. kang i cuti 3 bulan, baru nak terkedek-kedek tepon tanya macam mana nak buat kan?

meeting abes tengahari, time lunchtime. ada minum pagi tapi agak berat. so, macam dah kenyang. maka tak makan nasi. rehat jer kat meja. nak naik tido kat surau, macam segan. perut dah start nak mengeras jer which i rasa normal la. then dekat kul 3, naik ke surau untuk zohor. rehat jap tapi tak baring pon. time ni, perut dah kurang mengeras, tapi pinggang plak lenguh nya, Tuhan ja yang tau. rasa nak putus pinggang. turun balik opis pon slow2 ja. sakit on off, so i biarkan jer.  dekat kul 4 camtu, tiba2 sakit gila kat bahagian bawah perut sebelah kiri. ntah nape. tak pernah2 sakit camni. ingatkan sebab salah duduk ke, bangun nak berjalan2. lagi sakit rupanya. dah tekan2 perut, mu toksah cakap ar. memang berkerut2, badan pon dah start berpeluh tahan sakit punya pasal. bos i dah risau takut i nak beranak jer. duduk balik kat meja, layan sakit sorang2. nak mintak hubby datang amek, dia g site. after a few seconds, sakit tu ilang. tapi datang balik lepas beberapa minit. i tak rasa itu contraction sebab dr idris kata sakit contractions lain. tapi, i gagah jugak jalan p toilet tengok2 kalo ada darah ke ape. mana la tau kan, baik check dulu. tengok, takde pape. so, should be ok la kan. agaknya baby dok tekan2 nak cari jalan keluar kot. loceng kul 5 bunyi ja, rasa lega ati. dah boleh balik. pastu baru pikir, boleh ke nak drive balik nih? bos i tak balik lagi, tengah siapkan keje dengan sorang lagi staff. pastu yang kelakarnya, bole plak staff tu tension sebab bos i suruh dia siapkan keje dulu before balik. masa tu baru kul 5.30pm. dia dah stress sebab tak boleh balik. sampai dia kuar ayat lebih kurang camni "saya nak kena pegi amek orang lagi, nak pegi beli barang lagi. orang dok tunggu2 saya. bayar keje, sampai kul 5 jer, bukan kul 6" i was like, WHATTTTTTT?? oi, yang ko merayap mengular time opis tu, ko tak kira plak gaji ko kan? tu la mentaliti orang dah permanent ya kawan2. patutnya ak yang stress sebab tengah sakit. ni dia plak yang lelebih. nasib baik mulut ni tak lancang membalas. senyum jer. padahal bukan selalu pon kena balik lambat and tak lambat mana pon. hurmmmm

kuar opis, jalan slow2 p kat keta. time ni, macam menyesal plak park keta jauh2. padahal tak jauh mana pon. sampai dalam keta, lock pintu, terus berderai air mata sebab tahan sakit. first time sakit kat perut sampai nangis. now i rasa la kot pe yang nadya rasa. relax dulu dalam keta sampai tenang. tunggu sakit tu ilang dulu. kang tengah2 drive tiba2 sakit, tak naya. doa banyak2 supaya i ok sampai balik umah. alhamdulillah, dah sampai parking rumah, rasa lega gila. seb baek tak bawak yuki comel tu. kalo tak, lagi sakit la kot sebab kena tekan clutch bagai. sampai umah jer, solat asar pastu terus tido. magrib baru bangun.

before tido, tak ingat dah nak makan ke ape. nak lie down je. dah bangun ni, kebulur plak. padan muka i kan tak tapau pape. now, tunggu hubby bawak balik beger. pale still pening. tengah pikir nak keje ke tak esok. if tak keje, nak amek mc. nak cakap apa kt doc? doc baik ati ke nak bagi i mc? hurmmmmm. nape agaknyer sakit camtu ek? normal ker? orang lain, i tengok relax jer. ke i yang tak tahan sakit? ke stress dengan perangai orang sekeliling yang buat i jadi camtu?

Wednesday, April 4, 2012

36 weeks!!

Assalam semua!

nak tepek sekeping
WOW! i dah cecah 9 months ker???? macam tak percaya. tampar2 pipi cket, btol ke nih? waaa, dah tak lama dah la ni. kalo ikut baby centre, die kate:

  • Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki (really hope my baby ikut standard weight ni. jangan kecik sangat ek,sayang)
  • Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. [ ok, yang ni, memang i rasa. rasa discomfort kat bawah tu sebab kepala baby dok tolak2. pastu dah takleh jalan laju2. kalo lambat sampai opis pon, kena jalan macam kura-kura jugak sebab kalo jalan laju2 nanti, kat bahagian bawah perut sakit plus kaki pon unsur2 nak cramp. cramp kat betis plak tuh. then, asyik rasa macam nak pee ja. tapi bila p toilet, hasil dia cket sangat. rasa, jer lebih. pastu perut macam rasa ringan cket. senak2 pon kurang except kalo duduk salah posisi la. contohnya kalo duduk menekan perut, memang senak la jawabnya. makan pon tak banyak sangat portion yang i amek. tapi, kerap ar. asyik nak mengunyah jer. kat umah tu, de stok kek 2-3 jenis, ada buah. ada oat crackers.minum plak, nak manis2 ja.  air kosong ni, kalo sejuk or panas, baru minum. kalo room temperature, segelas pon susah nak abes.] 
  • Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.) [yes, yang ni dr idris ada cakap aritu. sebab tu dia kata, suh baby tunggu lagi 2 minggu. lagi 2 minggu, kalo baby nak kuar, xde hal punya sebab dah full term. tapiiii, baby nak kuar awal ker? nak sama besday ngan tokwannya ya? hehe. sebab my father punya besday 25 april. kalo dorang sama besday, tokwan dia kena bagi adiah besaq kat baby nih. boleh kan tokwan? hikhikhik :p] 
  • Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.[ni maksudnya kena seluk ka? ngeriiiiiiii. checkup minggu lepas takde plak kena seluk. next checkup kah? scaryyyyyyy. namo2x. namo kena seluk banyak2 kali sebab orang cakap sakit kotttt. dahla i ni kurang tahan sakit. huhuhu]
tadi ada orang tegur, perut i besar. memang besar pon. tapi, baby tak besar pon. agaknyer sebab berat suma p kat perut kot, so nampak perut ja besar. badan dok saiz tu jugak. dahla i ni kategori pendek comel, tu yang orang nampak kat perut ja kot. hikhikhik :p setakat ni, cincin kawen boleh pakai lagi. maksudnya tangan i tak bengkak lagi la kan? cuma kaki ja la kadang2 bengkak especially bila pagi. sakit2 pon kena gak jalan2. baru kurang cket bengkak tu. ok then. patut arini tak bebel banyak. ni, dah panjang lebar plak. haha. take care mummies!

p/s: dalam dok taip entry nih, boleh plak tangan tertekan nama seseorang kat fb. dia jual barang baby. ADAKAH?? hikhikhik :D

Tak tahan,comel sangat!


posted from Bloggeroid

Tuesday, April 3, 2012

Sakit ke manja??

Assalam semua,
 
Ahad lepas, smokey buat i panik. dia tengah tido atas bantal tido kitorang. tengok, bantal tu basah. rupanya air liur dia meleleh! aneh! tak pernah2 air liur dia meleleh. i kejut dia bangun, dia macam tak sedar jer air liur die drooling. panik dahni. dahle die pandang i ngan muka kesian. adoyai.. 

then, bila usap2 dia, dia gerak2 dah xde drooling2 neyh. hurmmm..pastu monitor dia lagi sampai tengahari. kalo dia tengah rest or tido, dia tak sedar air liur dia meleleh. i memang tak senang duduk dah. kebetulan plak vet dia tutup arini. huhuhu. terus post kt fb, tny any vet terdekat yg bukak on sunday. ramai jugak yang bagi suggestion tapi i plak tak sure jalan. maklum la, i memang ratu sesat. nak pergi, satu hal. nak bawak smokey ke kereta pon satu hal sebab die gemokkkk. tak larat nak angkat dia jauh2. huhuhu. member i banyak bagi link home remedy. last2 i bagi dia madu. dia memang gila makan madu. lepas dua kali minum madu, nampak die macam dah kuat cket. kalo tak, monyok jer muka dia. tido pon, ngendeng jer kat sebelah i. dah panik2 camni, baru tau rupanya ada hospital vet yang 24 jam! fuyyo! best gila. nama dia Animal Medical Centre. hospital vet UPM pon office hour jer tau even canggih manggih. dalam ati dah terdetik dah, kalo malam kang tak ok jugak, nak ajak hubby p redah jer vet nih. nak p sorang2, tak berani sebab kat kl..

petangnya, smokey dok baring lagi. tiba2 dia bangun, bluekkk! termuntah hairball! seb baek dia lari turun katil., g muntah atas lantai. pandai jugak anak mami ni eh. kalo muntah atas katil, 1 hal plak nak bersihkan. huhuhu. after muntah tu, dah kurang cket meleleh2 suma tu. ke sebab dah lama tak muntah hairball, maka dia jadi camtu?? hurmm... kalo nak ikutkan, dekat seminggu kot dia tak muntah.. malamnya, he's getting better. dah nak main2 cket, makan n minum takda masalah. memang dia makan and minum cuma kurang cket dari biasa.

pagi esoknya, which means isnin, i cuti. nak bawak dia g vet. tapi vet dia bukak tengahari. so, i bagi jer madu dulu. tapi, pagi isnin tu, dia macam smokey yang biasa. macam tak sakit pon ari sebelumnya. aktif gila! and takde drooling suma dah. aneh bukan? i pon tak tau apa yang jadi sebenarnya. pastu i bukak fb vet dia. ALAMAKK! i lupaaaa!! vet dia memang tutup isnin. huhuhuhuhu. seb baek smokey dah ok. tapi, tengok la pic nih. pic semalam. even dah ok, still nak ngendeng ngan i. manjanyer, subhanallah!

ada baby nanti, mesti dia jeles. camne ek? hubby dah bagi syarat, ada baby nanti, furry friend takleh masuk master bedroom. ye la, baby kecik lagi kan. kalo dah 4 bulan ke atasa, imun dah kuat cket, ok la.  i pon paham benda tu. cuma i dapat rasakan smokey memang akan meroyan nanti. hurmmm


My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers