my Friends

click2 laaaa

Tuesday, December 25, 2012

Hussein knows how to kiss back!

Assalam,

Long hiatus ek.sgt la super malas nak kn lappy.byk cerita,tapi tak tertaip plak.mood swing here and there.hehe

Well,my darling Hussein dah 7months! Macam tak percaya je dah big boy dah anak bujang ku. And Hussein dah pandai crawl.laju okeyyyy. Pantang nampak henpon,or benda yang die rasa best,laju je crawl pegi amek. Im proud of u son!

And pagi ni,as usual after menyusu,i biarkan Hussein in our bed.best woo tido peluk Hussein.bantal busuk i nih.ngeeee.so,pagi ni i macam dah terlelap.tapi Hussein wide awake.tibe-tibe i rasa pipi i basah. Hussein KISS ME! basah cheek i ngan air liur dia.but,its ok.i suka! Hahahaha.usually i memang suka men kiss2 cheek die lama2 sampai die sengih.and this morning he balas balik.bestnyaaaa! Best sungguh pinjaman Allah ni.bersyukurrr :)


Hussein's first time in Alamanda

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 21, 2012

Hussein dah berjaya merangkak! - 20 nov 12

Assalam semua,

mood blogging ke laut. camne nak pi carik balik ek? hurmm. banyak story yang terhutang, yang belum tulis. untuk kenangan kan. if not, nanti2 lupa.

ni la beg diaper Hussein.satu kerusi tu ha.besar gedabak kan? tu yang sumbat suma tu.hikhikhik.

pastu kan, semalam SIL cakap, hussein dah merangkak! yeay! selama ni dok gostan ke belakang je. semalam, die baling badan ke depan, gostan ke belakang, baling badan ke depan lagi, goyang2 cket pastu gerak ke depan and sampai kat Siti! lalalalala


ruginya tak dapat tengok depan mata. ni la nasib ibu2 bekerja kan..semalam kat rumah, tak plak Hussein tunjuk skill kat I. dia goyang2 n baling badan ke depan je. penat dah kot praktis kat umah Siti die.hikhikhik



Tuesday, November 13, 2012

apa ada dalam diaper bag Hussein

Assalam semua,

dah lama terpikir nak buat entri beg diaper Hussein. ade a few bloggers yang dah buat kan? okeh, beg diaper Hussein skang pakai yang member hubby bagi sebab besar. leh sumbat everything. sebab selalunya i tak bawak dah handbag lain. so, meh kite intai apa ada dalam beg diaper Hussein nih


  1. diapers= selalu bawak max 6 keping. tengok bape lama la kat luar.tapi 2-3 keping memang wajib ada dalam beg nih. i top up kalo i agak2 nak keluar rumah lama sebab Hussein ni suke poo2 tercirit so memang selalu tukar diaper. after menyusu pon, memang selalu Hussein akan poo2
  2. nursing poncho= i sokong NIP! hehehe. senang weyh. tapi i akan cuba sedaya upaya cari tempat tersorok la. tapi kalo dah anak melalak2 nak susu, dah cranky2 takde maknanya ko nak p cari nursing room yang entah dimana tu kannnn. yg ni brand autumnz. tapi i rasa nak cari satu lagi sebab yang ni macam panas cket la. bila pakai, Hussein ingat i main cak2 dengan dia. huhuhuu
  3. baju bajan Hussein. ada 1 sweater jacket yang i rasa pakai kat cameron highland dulu ja. tempat lain, jangan harap sebab nanti Hussein akan komplen panas.1 romper, 1 tights, 1 set baju lengan pendek seluar panjang.
  4. toys=wajib jugak untuk leka kan dia dalam stroller. selalunya ada 2-3 la toys nih
  5. cream moogoo=penting untuk jaga kulit Hussein supaya tulus mulus. nampak macam nak dry ke, dah merah2 ke, cepat2 sapu cream sebab taknak melarat.i bawak ISB dengan MSM je.
  6. swaddle and napkin=swaddle tu kalo sejuk, buat selimut. memang ada satu dah dalam kete, kat carseat. yang ni, spare je. napkin kalo tibe2 Hussein termuntah, senang nak lap.
  7. mittens/booties/stokin and bip=kalo nak g mall siang2, Hussein selalu pakai romper je. so, kene pakai booties or stokin taknak kaki dia kesejukan. mittens tu, kalo tido dalam kete,sejuk sangat, baru i sarungkan. or time i taknak die garu2 telinga dia. bip plak sebab now, memang suke btol nak drooling sampai basah baju..

8. topi= memang selitkan je dalam beg sebab kadang2 i lupa nak bawak topinya. kalo keluar, time dukung, bukan dalam bangunan, memang bagi Hussein pakai topi..
9. hanky= senang nak lap2 muka Hussein
10. pacifier= memang tak elok guna paci ni tapi i dah terjebak.huhu.kadang2 nak tido, Hussein nak paci dia.so, i redha jer la...
11. alcohol swab= in case perlu. selalu guna untuk cuci pusat Hussein sebab pusat dia belum kering sepenuhnya.
12. minyak yu yee= sejak Hussein sah de eczema, i dah tak pakai lagi minyak2 sume nih. tapi i bawak je just in case perlu. kot2 Hussein kembung perut ke.
13. barang i =hahaha! kan i kate i tak bawak handbag. so, i selitkan jugak disposable breast pad and pantyliner :p
14. tissue= kite pon perlukan tisu kan? hihihihi
15. plastik= ni sebenarnyer plastik sampah. tapi i buat untuk simpan baju Hussein in case die poo2 ke. and untuk buang diaper Hussein
16. shower oil= sabun mandi Hussein. again, kot2 diperlukan

 17. buku hospital Hussein= memang always ada dalam beg. so, kalo perlukan, memang angkut diaper beg je terus suma ada. cuma insurance card dia je de kat i.
18. nailclipper= convenient untuk i potong kuku Hussein sebab nak potong kuku dia kena tunggu dia tido. if not, de yang terpotong isi..
19. eye drops and panadol= untuk mak bapaknyer kot2 perlukan sebab selalunyer ubat2 ni suma dalam handbag i. now dah tak bawak handbag kannnnn

20. diaper clutch= i memang guna ni untuk tukar diaper Hussein kalo keluar. memang besar ar nak sumbat dalam diaper bag, tapi i lebih selesa sebab kadang2 changing room tu cuma la simen keras. kesian Hussein kalo alasnyer kecik and nipis..

21. tiada dalam gambar-wet tissues=untuk cebuk poo2 Hussein :)

that's it. banyak kan barang Hussein. i memang suka angkut suma terus. senang, anytime pon boleh guna. tapi tu la, memang berat kot beg Hussein. macam bawak batu. hukhukhuk



Monday, November 12, 2012

checkup 5m0

Assalam mommies,

sabtu lepas, hussein pegi checkup 5months punya. yup, memang checkupnyer dah lewat sebulan. layan kan jer la...

as usual, keluar umah macam biasa. dalam pukul 1.30pm macam tu. sebab appointment pukul 2.30pm. tapiiiii, all the way to hospital sangkut dalam jem. takde benda sangat pon. rasanyer sebab hujan kot. so, sume orang bawak slow and extra cautios. agaknyer la. so, we end up sampai ka t hospital nak dekat pukul 3pm. masa tengah nak keluarkan stroller suma kat lobby hospital, ada myvi putih lalu sebelah pastu dia horn sape ntah. kuat kot!!! bodoh! nasib baik Hussein tak nangis sebab terkejut. i yang tua ni pon terkejut. dasar mentaliti low class. nak je pegi ketuk cermin dia tanya apa masalah. geram sungguh! nasib baik la i dah lambat time tu. so, bawak Hussein masuk sementara hubby p cari parking.

mula2, monyok je.bosan kot

sampai dalam klinik, tengok ada 1 family je. tu pon dah sudah. i terus tanya kat kaunter, doc dah sampai ke? nurse kate ade, arini orang tak ramai. so, i sengih je la. alhamdulillah. terus kene panggil masuk. then, doc check heartbeat ok ke tak, tengok suhu suma. pastu timbang. 6.6kg. alhamdulillah.. i dah risau naik 100g je sebab Hussein dok aktif melompat skang ni. kot2 la berat kurang naik macam yang lepas kan.. then ready for jab. Hep B jab. i main2 dengan Hussein so die tak perasan la kene cucuk. lepas doc cabut needle, baru die perasan. nangis la cket, ekkk. pastu dah lupa. hehehe. paling cket nanges la setakat lima kali jumpa doc nih. i'm proud of u Hussein! :) pastu i cakap kat doc pasal pusat Hussein yang belom kering sepenuhnya and macam merah2. doc tengok, die kate dah kene infection nih. so, die bagi fucidin. i tanya, cream ni de steroid. doc kate takde, antibiotik je. then, bayar kat kaunter and tunggu hubby. p changing room sebab Hussein dah poo2. hehehe. balik dari hospital, lepak umah Siti dia sampai malam :)

pastu kene agah2, terus sengih2! hehehe

Selamat 6mo Hussein!

Assalam semua!

hussein dah 6mo! happy 6mo sayang! semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. aminnnnnn.

dua benda yang tengah bermain2 di pikiran mak kamu sekarang ni. satu, nak pi buat akaun untuk hussein.tabung duit syiling yang mak abah tabungkan untuk Hussein pon macam nak penuh dah.

dua, nak start solid food untuk Hussein. hurm, tengah berkira2 nak bagi Hussein rasa apa dulu as first solid food. apa ek?






Friday, November 9, 2012

alhamdulillah..training Hussein berjaya

Assalam semua!

alhmadulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur padaMu Ya Allah.

semalam Hussein sampai rumah lewat sebab abahnyer ade keje. pas main2 jap, dekat kul 11malam, i letak dalam crib. acah2 kejap then tiba2 dia terperasan dia dalam crib. mula la start radio. tapi sikit2 je. pastu i cakap elok2, Hussein kene tido sini. dah lewat ni, time to sleep dah. tengok die pon dah nantok2. i bagi toy untuk dia main. pastu i duduk atas katil i tengok cite. ala, sebelah je pon katil i tuh dengan crib. then, i jeling2 tengok Hussein. die meniarap, main2 mainan yang hado. pastu dah penat, nanges lagi...aduhhh. tapi, kurang la dari malam sebelumnya.

i tengok jam dah kul 12 tegah malam ni. dak tecik ni dok merengek2 lagi. i pon, jenguk kat crib, sengih2. pastu i mengiringkan dia, then tepuk2 montotnye sambil zikir. memang sekarang ni zikir adalah lullaby dia. tepuk2 je terus terlelap. dah memang ngantuk sangat kan. and i tak tau la Hussein ada nangis tak selepas tu. kalo ade pon, nanges slow2 je kot sebab i memang tak sedar langsung sampai la pukul 5am pagi tadi. and Hussein still sleeping! alhamdulillah..pastu i angkat je bagi susu. dah halfway menyusu, baru la Hussein tersedar. penat betol la tu. hikhikhikhik



alamak! malunyaaaaaaaaa

Assalam semua,

pagi ni de benda cemas berlaku.huhuhu. mana taknyer, i dah elok2 letak barang semua dalam kereta and i locked it dengan kunci kete kat dalam!! huhuhuhu. 

dahle enjin dah start.nak bukak tingkap pon takleh sebab rapat. selalu tingkap tu i tak tutup rapat. huhuhu. panik dah ni. naseb baik la i dok apartment, de guard. i pegi pinjam hp guard la call hubby. nasib jugak hubby mau angkat since num tak dikenali kannnnn. masa tu hubby dah sampai umah MIL dah..

hubby sampai half an hour lepas tu. memang de kunci spare kat hubby. disebabkan itu, i masuk keje lewat arini. kul 8.20am! aduhaiiiiii. padahal dah kuar awal dah. sementara tunggu hubby tu, dok tengok la burung2 berkicauan, ayam tengah cari makan suma. siap terpikir nak p joging seround kot2 la hubby lambat sampai. hahahaha! sengal tak i! berangan lebey niiiiii




Thursday, November 8, 2012

mari belajar meniarap!

assalam mommies!

Harini coach Hussein nak ajar cara-cara meniarap dengan betul ya. sila tumpukan perhatian dengan sepenuhnya tanpa berbelah bahagi sikit pon tau


step 1

step 2 adjust2 kaki

kaki dah setel. adjust tangan plak tau

goyang2 kan badan sikit bagi stabil

done! eh, pe ade bawah bantal nih?

kuis2 cket tengok ape ade. macam menarik jerrr

macam ada bunyi2. meh kite cakar lagiiiiii
ops! mak nampak laaaaaaaaa

kawasan jajahan

ok, setel. penat dahhhhhh

training Hussein tido dalam crib malam kedua

Assalam mommies,

sungguh ting tong arini. semalam berperang dengan Hussein lagi..

die tido kul 10pm, kul 10.30pm, die tersedar dan perasan die dalam crib, terus melalak. aduhhhhh. dan berlarutan sampai ke 4am. memang melalak je. tapi, stop2 ar. air mata pon berjurai la cket. nangis jap, berenti tarik napas tengok mak dia datang ke tak.then, nangis lagi. memang i tahankan je ati. rasa nak je amek dukung, tido sebelah i. tapiii, sampai bila plak kan. kang sampai besar nak tido sekatil.tak ke haru tu?

tengah malam, selepas penat melalak, ditepuk2 baru tertidur. tapi, ni baru halfway. pastu Hussein sambung lagi bunyi radio die
siap belajar cabut2 stokin lagi masa tengah nanges2 tu. hai la anak..tengok la sendiri. ni after 10-20min nanges. sambail nanges, sempat lagi main sembur2 air liur. huhuhuhu


sebelum ni, elok je Hussein tido dalam crib sorang2. bila tersedar pon, main2 sendiri, then tido balik. dah besar ni, dah pandai nak ngade2. kul 2am, die sedar i bagi minum susu. then i letak dalam crib je, automatik start radio sound dia tuh. pastu i bagi die meniarap dalam crib. die pandang keliling crib. 2-3min pastu i ngiringkan balik, then tepuk2 bagi tido. tido tau, tapi kejap je. dalam kul3am++ bangun lagi. nangis2 tapi dah kurang dari sebelumnya. dah penat agaknye. pastu die main2 mainan dia i tengok2 dah tertidur. pagi ni, kul 6am++, i bagi susu, die tersedar. bengkak matanya tau. tu la, nangis banyak sangat kan.. hopefully malam ni, dah ok la. nangis cket2 je. hopefully..

pantang nampak camera

terkejut sebab flash! hahaha

jangan nak lebih2 ye Hussein, nanti mak sedia rotan panjang kang

muka ceria pagi ni even tak cukup tido. tengok bahagian mata, lebam cket akibat tak cukup tido...


Tuesday, November 6, 2012

Hussein kene marah!

Assalam semua,

now, entry tak menentu la kejap ade, kejap takde. hurmmm..bila ada masa tu memang i buat 2-3 entry sekaligus buat scheduled entry jugak. tapi bila tak buat tu, sunyi sepi je la jawabnya. 

termasuk semalam, dah dua hari Hussein buat perangai takmo tido dalam cot. kul 3-4 pagi die berjaga. agaknyer dah terbiasa tido ngan i kot. ishh, takleh jadi nih. time kecik, boleh je tido sorang2 dalam cot. dah besar, nak merengek plak. semalam i biar je Hussein bising plus merengek dalam cot. lama jugak ar. sampai i dah membebel2 marah dah. last2 i angkat , letak atas our bed, terus diam. nampak sangat kan? huhuhuhu. so, i cakap la leklok Hussein kene belajar tido dalam cot. tak muat nak tido sekatil with abah and mak. entah die paham ke tak, tak tau la. pastu i tepuk2, suh tido. mau plak die tido. aduyai....

pukul 4am, takmo tido
so, camne nak train suh Hussein tido dalam cot balik? aduhhhh, no more outing or sleepover until Hussein nak tido dalam cot. okayyyyy?



Friday, November 2, 2012

walker for baby -perlu ke tak?

Asalam semua,

now tengah warehouse sale mydear kan? dahle dekat je ngan umah i.10min dah sampai kot. tapi, nak g sorang2, macam tak syok plak. ingat nak pi sana and survey walker. tapi, bila baca kat internet, dia kata walker ni not good for baby. acaner? i suka tengok baby dalam walker, nampak comel jer. tapi bila baca2, google2, dia kata walker not good sebab
  1. baby bebas sangat. laju je ke sana sini. takde brek plak tu. bahaya, takut parents tak terkejar.
  2. walker tak membantu pon untuk development dia. malah melewatkan sebab bila pakai walker baby dah terbiasa ada sokongan untuk berdiri kan. bila takde walker, mula la takleh berdiri
  3. Canada dah ban walker since 2004. a country boleh ban terus, kira mesti de something kan yang tak elok pasal walker nih.
  4. pastu baby akan terlepas la momen2 best untuk belajar kuatkan kaki dan tangan, aktiviti meregang2 sume tu, cubaan merangkak and terus merangkak.
so, i rasa i takmo la beli walker. beli je mat untuk die belajar crawling2.so, i belikan crawling mat untuk dia. kat jusco. tengah offer katenyer. rm59. tapi lupa ukursan sebab de yang besar cket. tebal 1cm. i berkenan yang gambar cars and yang tu both sides bley pakai. tapi harga plak la yang tak best..rm179! huhuhuhu

cantikkkkkk
*taken from here
tapi, i rasa nak jugak beli untuk umah i. yang i beli skang ni, i letak kat umah MIL.hehehehe.plan nak membeli je kejenye. tak senonoh sungguh. yang i beli tu, kecik cket dari ni and gambar ba ba black sheep.nanti i snap eh. eh.ok daaaa. de something mau buat

Thursday, November 1, 2012

Amanah Saham Nasional

Assalam,

mommies kat luar ada buka akaun tak untuk little angels? baru2 ni, i pergi cimb bank nak tanya cara nak bukak akaun asb untuk Hussein. staf yang dekat tempat ambil nombor tu cakap, baby 8bulan ke atas, baru boleh memohon untuk buka akaun. tapi, info yang i dapat kat web asb lain. ni infonya

Nama Tabung SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
Jenis Pertumbuhan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 20 April 1981
Objektif Bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.
 
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke panjang
Kelayakan Bumiputera Malaysia
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
 
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad
 *taken from here

kalo ikut sini, katanya 6 bulan. so, hussein 6bulan nanti, i nak pergi bank, tanya balik. ke mommies ada info lain?

Wednesday, October 31, 2012

medela harmony

assalam semua,

now, i pakai breastpump swing. boleh pakai bateri or cucuk plug.best, senang guna. susu pon, alhamdulillah even de up and down still mencukupi untuk Hussein. selalu i pump kat bilik officer yang dah tak pakai. but now, bila dorang reno opis, suma bilik diguna pakai semula. so, i hilang port untuk mengepam.

then, my friend suggest kat bilik fail.alhamdulillah, selesa. cuma satu masalah.takde port nak cucuk plug. so, arini i pump pakai bateri. tapi, larat i nak beli bateri.so, tengah usha2 harmony. aritu memang berkenan avent manual tapi bila pikir balik, avent pakai botol wide neck. now,dah pakai medela, storage bottles sume fit with medela. tu yg kuat nak beli harmony. paling murah i jumpa rm199. de lagi murah tak? nak jugak yang manual as backup..

p/s: even dalam ati still tengah pikir membazir ke tak de backup pump nih.hurmmm


Allah Maha Besar

Assalam semua,

dah bersawang blog nih. bukan takde idea tapi mood menulis yang hilang. stress dengan keadaan sekeliling. sakit hati pon ya jugak..

lama jugak i pendam benda ni, takmo cakap kat blog. tapi, rasanya nak jugak cakap sebab kalo tak cakap, orang tak tau. i rasa kalaus ape2 yang amek tau pasal bajet terbaru ni, staf gomen dapat durian runtuh katanya.bonus sebulan setengah gaji. keje senang, pegi minum 2-3 kali sehari, gaji naik memanjang. yes, btol suma tu TAPI untuk yang tetap dan berpencen sahaja ya. untuk staf kontrak, tak payah harap la. buat masa ni, semua staf kontrak akan ditamatkan kontraknya hujung tahun ini dan berkemungkinan besar tidak akan disambung walaupon ada yang dah keje 4 tahun keatas. to me, 4 tahun tu tempoh yang lama ya. kalo yang keje swasta, mesti kene buang kalo tak perform.tapi if perfom, konfem la dah diserap kan? so, takyah la orang2 yang di sektor swasta tu nak jeles2 sangat dengan staff gomen yang kontrak ni ya.at least korang bila dah perform, terus diserap. kitorang ni nak kene mengemis dulu tau..

pastu bab keje plak. yang selalu kuar minum2-3kali sehari pastu berlama2 plak kat luar tu, selalunya staff tetap yang dah senior. well, dorang ni tetap, jadi kebal.yang u nampak kat opis tu, kebanyakannyer kontrak. dorang2 ni la yang setia duduk opis buat keje, sanggup berpanas hujan plak kalo de keje luar. malah, banyak staff kontrak ni pegang post penting tau. bila cakap2 begini, ada yang salahkan kenapa tak cari keje lain. ko ingat senang nak cari keje lain?? dengan ada yang dah berfamili,beranak pinak. yang bujang tu, okey sikit la kot. banyak benda nak pikir bila nak tukar keje. apatah lagi kalo dah keje bertahun kat situ, anak2 ko dah 'setup' kat situ.

lagi bengang bila bos2 atasan main politik. suma nak selamatkan bontot masing2. kesal dan terkilan sungguh rasa..apa yang i harapkan, semua staff kontrak dapat disambung kontraknya or even better serap terus ke tetap. yang dah tetap dan berpencen tu, kalo tak larat nak keje, pencen jer la. tak payah nak goyang2 kaki kat opis..if tak disambung, harap2 kita semua dapat keje lebih baik or rezeki lebih baik.aminnnnn

Friday, October 19, 2012

cara nak dapatkan hindmilk

Assalam kawan-kawan,

di usia umo 5 bulan, hussein still tido berbedung. whattttt?! aah, berbedung walaupon dalam beberapa saat je dia mampu melepaskan diri dari bedung dia, i still bedung jugak. why? sebab die suka sangat smash diri sendiri. camne? pastu bila dah smash2 camtu, hussein bangun nangis2. skait la tu, ingta orang kaco die tido padahal tangan dia sendiri yang buat. tapi kalo die dah nyenyak, dah tak kisah dah nak buat apa. angkut la, dukung la, kaco la, memang dia tak sedar punya.

so, mommies out there, ada tak cara untuk tak perlu bedung? dulu i bedung hussein sebab taknak dia terkejut. now, sebab die suka betol smash diri sendiri time2 baru nak tido tu. hurmmmm. bedung pon dah kecik dah, dah tak muat nak ikat2 cam dulu. bedung tangan bagi cukup syarat je.

pastu kan, i ada terbaca salah satu sebab berat baby tak naik sebab die dapat foremilk je, tak dapat hindmilk. so, kene paksa baby hisap lagi lama sebab nak dapatkan hindmilk tu. tapi, now perangai si kecik nih, kalo menyusu sekarang, takleh de distractions. orang tengah borak, die sibuk nak dengar jugak. kalo dengar je, takpe. ni siap menoleh tengok orang yang tengah borak tu lagi. pastu tengah menyusu tu, boleh plak die stop2 sambil sengih tengok i. aduhaiiiii! panas je dalam ati ni, tapi sengih jugak tengok dia. huhuhu. so, de cara tak nak suh die nyusu lebih lama?



Thursday, October 18, 2012

playmat please...

Assalam,

kawan2 semua, i nak tanya ni, kat mana nak beli playmat yang affordable dan cantik? yang tebal ar, takmo nipis2. selalu range harga berapa ek? yang i jumpa dalam rm100++ la. kalo ade lagi murah tapi tebal and tak toxic, tolong bagitau ek. thanks! :D

Wednesday, October 17, 2012

Seiras sungguh!

Assalam semua,

pic cilok dari fb hubby :D

Ini gambar family hubby masa dia kecik. with arwah Abah. i memang tak pernah jumpa arwah sebab masa i kenal hubby, arwah memang dah takde. but, i selalu dengar story pasal Arwah Abah. sebenarnya yang menarik perhatian i pasal gambar ni adalah hubby. sebabnya dalam pic ni, muka hussein adalah sangat seiras dengan hubby okehhhh. sentap i! huhuhu. Husseinnnn. tiba2 macam emroyan plak. hahahaha! okeh, stop melalut. tu je nak cakap. daaaaaa :D



MODEL TOPI ABAD INI :D

Assalam semua,

masa SIL tengah kemas2 barang nak pindah, dorang banyak terjumpa barang anak buah i. so, here Hussein menjadi model sambilan.hahahaha


im a rapper yo!

hensem tak saya?

eh, camera kat situ rupanyaaaaaa

super happy! ni yang paling cantek! agree? AGREED!



Tuesday, October 16, 2012

jom crawling2

Assalam kawan2,

now Hussein dah dok try2 angkat bontot. nak crawling kah? hehehe. pastu sekarang dah pandai nak ngade2 nak suh pegang je. sebabnya? dia dok syok nak lompat. dukung je, tak dok diam. mesti terketik2 melompat. aduhai anak, merangkak pon belom, ada hati ya nak jalan sendiri? hikhikhik


see pic atas? Hussein poo poo sampai tembus ke mattres protector! pastu die syok dok atas tilam tu sebab bile di scratch dengan tangan, ada bunyik2. hikhikhik


cakkk!
hahahahaha!! semua benda pon nak masuk mulut.sabo aje laaaaaa




My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers