Assalam semua,
Now my phone dah jadi macam lappy plak. Since dah bersalin,x pernah on lappy lagi. Anything pon kat phone je. BW pon kt phone je. Tu yg kadang lambat balas komen kawan2. Thanks pada yang sudi singgah blog ni dan ucapkan tahniah. Dah masuk ari keenam berpantang. Still kekok nak handle baby. tengah learning la skang ni..
sebenarnya nak cite pasal pengalaman bersalin. jumaat lepas, 11 may 2012, last checkup with dr idris. dr idris bagi surat untuk serah diri ke hospital on 12 may 2012 untuk diinduce. so, malam tu memang prepare diri la sebab tau akan bersalin esoknya. memang i makan puas2 apa yang i rasa nak makan. tido dalam kul 12.30malam kot.
tiba2 dengar my mom ketuk2 pintu. aduh, malasnyer nak bangun. takkan dah pagi kot? sebab alarm phone tak bunyi pon lagi. dah my mom 2-3 kali ketuk, bangun jugak la bukak pintu. then, nampak dorang sibuk berkemas baju. aikk? pelik ni. muka ma macam lepas nangis. rupanya my grandma kat kampung meninggal......... terkedu i kat situ. terkejut sangat. no respon came out from my mouth. nasib tak terduduk jer. sebab sianynya, adik i ada cakap tok tak sihat. tapi tok memang slalu tak sihat skang ni. and last news yang i dapt earlier tu, tok dah masuk kecemasan dah, tunggu turn nak masuk ward je sebab ward penuh. bila i sedar yang ni bukan mimpi, terus berderai air mata. first Q i, skang kul bape? 3am. then, i g kejut hubby yang tengah tido. sedihnya tak tau nak kata. tengah type ni pon bila ingat balik, bergenang airmata. memang malam tu kami semua berendam air mata. even my abah menangis. 1st time i tengok abah nangis teruk camtu. then, bila dorang dah balik, kitorang try sambung tido. ye la, sebab i need energy to push nanti kan. but its really hard. susah nak tido. i tak sure kul bape i tertido balik.
sedar2 je, i rasa perut i cramps. macam period pain tu. tengok jam, pukul 5.45am. i time the contractions. 15minit sekali. tapi, i macam tak percaya je tu contractions. sebab before ni banyak sangat false alarm kan. then, i p toilet. ada titik darah kat panties. btol la ni, i nak beranak rupanya. syukur, baby nak jugak keluar sendiri. terus kejut hubby cakap perut sakit. agak kelakar bila hubby terus ajak jom ke spital. i plak yang slumber jawab, eh mandi la dulu. so, we took our time mandi, bersihkan litter box smokey n shirou, kemas cket dapur and grab bag spital. dalam kete, i dok tengok jam dashboard je. sampai kat spital around 7am++. masa tu, contractions i dah 4minit sekali. sakitnyaaaa. terus masuk labour room. nurse suma ingat nak induce sebab memang dah diinform awal2 kan. i said no, i dah sakit nak beranak ni. masuk labour room, dorang terus suruh i tukar baju spital and check my contractions. masa tu, paling kuat pon i tengok kat monitor 40++. then, masuk nurse india, ambikai nama dia. dia buat VE. ouchhh!! sakit gila okehh! i rasa nak sepak je nurse tu. dia kata i tak relax. dahtu, dah sakit, camne nak relax. dahle perut pon tengah sakit. pas check, dia kata dah bukak 2cm. after VE tu, i rasa ade discharge. memang ada darah yang kuar. then, dorang biar je i kat dalam LR tu.
dalam kul 9am++ rasanya, dr idris datang. and dia pon buat VE lagi. aduhhhhh!! tapi kan, cara dia buat macam kurang sakit dari nurse ganas tu buat. tapi i memang tak relax pon. tu yang sakit tu. dah tahan nafas pon, still tak relax. dr cadangkan i amek epi sebab baru buat VE pon i macam ni, macam mana nak beranak? kepala baby nanti lagi besar. i pon angguk jer said ok sebab sakit weyhhhh. then nurse ambikai masuk bagi enema, untuk paksa berak. ubat cocok bontot okeh!! menjerit i! macam rasa melecet pon ade. huhuhu.pas cocok je, terus rasa mau p toilet. after that, dorang dah tak bagi i makan berat. makan yg light2 je. sementara nak tunggu anesthetic, dr joseph, nurse ezalze datang cucuk tangan untuk letak drip. tapi dia kata vein i tak straight, susah nak cucuk. dia try cucuk sekali, tapi tak kena vein. dahla jarum drip besar n panjang tau. last2 dia cakap tunggu dr joseph buat la. selamat nurse tu memahami. if not, banyak la bekas jarum kat tangan i nih. huhuhu. tunggu dr joseph, agak lama gak ar. i rasa nak mengamuk dah kot apsal dr lambat sangat sebab sakit makin kuat. dah naik sampai 70 rasanya. ya, i memang tak tahan sakit. i rasa, orang len relax lagi kot kalo 70 nih. tak berapa ingat dr joseph datang kul bape. rasanya dalam kul 11am lebih. dia cucuk kat tangan, skali ja. then, dorang amek darah i skali untuk stemlife. pastu dia cucuk kat belakang badan, kat tulang belakang tu untuk epi. sakit tapi tak sesakit yg kat tangan sebab jarum dia lagi kecik. bila epi dah start berkesan, memang i relax sangat2. naik sampai 100 pon i tak rasa pape. tapi, memang badan sebelah kiri rasa numb. nurse suruh tukar posisi baring sebelah kanan plak bagi ubat tu gerak sebelah kanan. bosan, i pon dok update fb. haha!! tengah dalam LR pon dok update fb. my MIL n SIL datang jenguk kat LR. MIL memang tunggu i kt LR daripada pagi. memang dorang takde la tinggalkan i sorang2. alhamdulillah.. kalo i sorang2, mesti dok berendam air mata memikirkan both my parents xde dgn i. dalam tengahari camtu, dr idris masuk lagi, buat VE. time ni, i memang tak rasa pape dah. rasa la ada sumthing masuk kat bawah tu tapi tak sakit. so, relax ja. bukaan dah 4-5cm. he estimate dalam kul 3-4pm, beranak la ni. sebab bukaan n contractions pon laju. then, he suggest induce air. nurse panggil acceleration. untuk cepatkan bukaan. disebabkan ade epi, drip induce tu macam laju cket.
tapiiii, dalam kul 2 lebih camtu, i start rasa sakit. aneh! sakitnya macam tak amek epi. nurse datang check. padahal contractions cuma 40++, tapi i bley rasa sakit tu. adakah sebab ubat induce tu?? then, dr joseph bagi i ubat lain, oksitoksin kot nama dia. i pon x sure untuk apa. tapi, epi still going on. after amek 2nd med tu, baru tak rasa contractions. time ni, i macam dah lembik cket sebab lunch tu, just makan sandwich wholemeal and tak abes pon. rasanya setiap 2-3 jam, i kena VE. dah terlupa dah bape kali kena sebab amek epi, tak rasa sakit tu kan. kalo sakit, konpem ingat punya :p tapi memang after first VE, i kena pakai pad. sebab after that, memang ade heavy discharge. orang kata ni namanya kembar darah and its more painful. ntahla..
alamak, my lunch dah ready plak. kena makan dulu, kang perut masuk angin. nanti, i sambung ya. :)
p/s: cookies yg spital bagi sempena hari ibu. sweet kan?? :)