my Friends

click2 laaaa

Wednesday, May 9, 2012

kehamilan overdue

Assalam kawan2,

dok google pasal kehamilan overdue. dapat info ni dari web Kak Engku Bidan Bersalin.. Dia kata..

Bagi mengatasi masalah kehamilan overdue, kebanyakkan doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) anda bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya ia akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin anda melebihi 7 hari ataupun bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari baiasanya akan menyebabkan:
  • Proses bersalin menjadi sukar. Bayi yang melebihi tarikh jangkaan berrsalin cenderung bersaiz besar. Malah tulang tengkorak turut keras. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses bersalin.
  • Uri tidak berfungsi. Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan oksigen dan makanan. Selepas 40 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.
Faktor Sebabkan Overdue
  • Sejarah keluarga. Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce). - rasanye i and hubby both takde sejarah kehamilan overdue. kira our baby ni yang first la. hubby and siblings dia suma kuar on time ikut EDD
  • Saiz kepala. Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran. - hurmm, mungkin jugak. sebab everytime p scan, kepala baby ikut saiz normal. maksudnya dia ikut saiz yang sepatutnya mengikut minggu preggy. tapi bila ukur  panjang tulang paha dia, saiz tulang tangan dia, mesti kecik dalam seminggu dua. doc kata scan ni tak accurate sangat sebab kedudukan baby bukannya straight. so, i pon tak sure betul ke tak pale dia betol besar ke tak.
  • Tiada kontraksi. Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku. - hurmm..awal2 lepas 9 bulan, memang ada contractions. lepas tu, xde pape. langsung takde. sihat walafiat sungguh
Keperluan Induce

Induce dilakukan kerana kebanyakan doktor khuatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kadarnya sangat kecil iaitu 3:3000 (42 minggu) dan 6:3000 (43 minggu).

i rasa baby memang nak tunggu kena induce kot. huhuhu. as long as i still rasa dia gerak2, kira ok la kan? i f tak gerak tu yang risau. cuma sebab kepala baby dah memang engage, susah nak jalan macam dulu. memang jalan terkengkang2 macam penguin. buruk hokayyy. sabo banyak2 jer la. dalam ati, still praying hard baby akan kuar normal, tak payah induce. tak payah czer bagai. sebab possibility untuk berpantang sendiri adalah tinggi. kalo czer, masak la i sorang2 kat umah. so baby, please ya sayang kuar cepat2. nak kuar sok pon takpe. jumaat pon ok. and i still harap2 even tak sakit pon, bila dah p check nanti, dah ada bukaan. sebab i tak pernah kena VE. so, tak tau dah ade bukaan ke tak. praying hard. aminnnn

p/s: alhamdulillah, seselma dah makin kurang. tak telan sangat panadol. just lot of waters, obimin n calcium, susu and air kelapa

5 comments:

  1. vee,
    x kisahla kamu di induce atau c-zer sekalipun. wawa doa kan kamu dan baby selamat ye..

    take care ye vee.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks wawa. sumtimes, down jugak rasa. harap2 semuanya selamat. aminnn

    ReplyDelete
  3. semoga semuanye selamat
    insyaalah

    ReplyDelete
  4. doa byk2 k dear...x sabar nk tgk ur baby...hehe

    ReplyDelete
  5. ekin: thanks darl! insyaAllah..

    nana: praying really hard dear. me also tak sabar sangat :D

    ReplyDelete

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers