my Friends

click2 laaaa

Wednesday, May 30, 2012

Hussein buat lawak! Haha

Assalam semua,

Patut arini ww kan? Nak up entry kt lappy,lappy buat hal plak. Tak leh connect ke wifi. Nape ntah. Sedeyyyy..

Dua ari lepas, hussein buat klakar. Haha! Kecik2 dah pandak wat lawak. I tengah tukar diaper dia sbb dia poo2, tiba2 ada fountain! Shoooo jer. Terus kena kat tilam termasuk separuh kepala dia! X pasal2 dia mandi shi2 dia sendiri. Aduyai anak makkkkk.. kot ya pon nal shi2, tak yah la bagi kena kepala sendiri. Haha! Tergelak sorang2 bila teringat.

Alhamdulillah,sakit mata dia dah beransur pulih. Tapi kena letak antibiotik gel tu la. Pastu naik rash plak kat pipi. Sebab pas letak ubat mata, bnda tu meleleh ke pipi. Kan ada kuman tu kan. Naik rashes plak. Seb baek ada cream utk rashes,dah apply,kurang cket dah

Cite pasal makhussein plak. Arini berjaya p toilet without laxative! Yeehaaa! Haha! Syiokkk sungguh! Orang yang dah beranak ja tau macam mana takutnya nak p toilet kan? So,selama ni i bergantung ngan laxative. Tapi start semalam, i telan prune sunsweet tu. Baru telan 6 biji ja. Legaaa sangat! Ngeeee

Nak tepek gak gambar hussein yang latest. Ngeeee


posted from Bloggeroid

Tuesday, May 29, 2012

trip balik rumah!

Assalam semua..

cite ni cite sabtu lepas. after 2 weeks tinggalkan umah kitorang, vee balik sana sabtu lepas. balik jap je. 2-3 jam. sebabnya? rindu ngan smokey and shirou. ari2 berendam air mata teringat kat dorang. so, bila dah urut suma, badan dah kuat cket, hubby izinkan balik kejap.

vee bukak je pintu, terus dua2 ekor lari kuar. gaya macam kena kurung dalam cage ja. hihi. padahal dok dalam bilik tu. dak2 ni dah biasa dok ngan orang. jadi bila tak jumpa orang lama2 camtu, memang tak senang duduk la. smokey datang nyondol2. lama tau, siap ngiau2 manja dia tu, tanya kot mana i p sebab lama tak balik. shirou plak, datang hidu2 dulu sebab ada bau Hussein kot. dah puas nyondol2, dah kiss2 bagai, baru la smokey dok tepi jilat bulu. dua2 dah gemukk! asyik makan ja. pastu bulu smokey pon cam gugur2 jugak. protes la tu tak bersihkan bulu sebab kena tinggal.

pas dah lama cket, baru la dorang berlari2 satu umah main kejar2. mak aih! nape nampak shirou besar sangat ek? padahal baru 2minggu. dah dorang tengah main2 tu, i ada la snap gambar dorang kat phone. senang nak lepaskan rindu nanti. hehe. layankan cket ek..

dah ada orang, baru sibuk nak grooming

shirou yang curious


tengok apa tuuu?


besar kan??


muka ala2 majuk sebab kena tinggal
masa kat umah, cik B bengkak. so i picit je masuk gelas sebab nak buang cket bagi ilang bengkak. dak2 ni dok sibuk datang hidu susu tu. nak minum kot? hahha!dorang ni memang suka milky2 nih. hikhikhik. seronok tengok dorang lari2. tak pegang sangat pon xpa, janji dorang ada depan mata. dah nak balik, dalam lift, sedih lagi. sebab kena tinggalkan dorang. bukan la i tak sayang baby H. tapi dorang ni dah lama dok ngan i. i sedih, i happy, dorang la tempat i ngadu selain dengan Allah. smokey can feel if i sedih. mesti dia datang sondol2 muka nak kiss. camne la dah balik umah sndri nanti? i mean, dorang ni bulu panjang. mst gugur. takut baby H allergik. tapi, bagi dorang kat orang lain, memang tidak sama sekali ya. apa pon jadi, dorang stay with me.

p/s: pernah terpikir if anything jadi kat i and hubby, sapa nak jaga dorang ni and baby H? baby H rasanya akan ada yang tolong jaga. tapi dorang?? erm, ummi and amah dia nak tak tolong jagakan? nanti mami buat satu tabung untuk dorang. if ada pape, takde la orang ralat nak jaga dorang kan since expenses dah cover. hurmmm

Friday, May 25, 2012

11 hari

Assalam semua,

bahagia ja bila tiba weekend kan. dapat rehatkan badan. arini, baby Hussein pergi hospital lagi. termasuk arini, dah 4 kali baby H berjalan2 aka p jumpa doc. masa umo cukup seminggu, p jumpa doc untuk folo up. alhamdulillah, everything ok. then, umo 9 ari, p jumpa doc lagi untuk checkup bebel dia plak sebab dah sunat. alhamdulillah jugak, everything ok. 

tapi semalam..baby H g ER. sebab risau ada discharge kat tali pusat dia. tali pusat dia tak jatuh2 lagi sampai arini. tapi bahagian atas dah kering. rasanya lagi 2-3 days, jatuh la kot. then, mata dia ada tahi mata. and macam merah cket. bila jumpa doc, he said untuk tali pusat tu, normal. untuk mata tu, dia a bit concern. so dia bagi surat suh jumpa doktor pakar arini. dah p jumpa siang tadi. alhamdulillah, baby H ni macam tau2 ja nak kena p jumpa doc. pagi ni, mata dia dah tak merah. tadi masa doc nak check mata, dia terus bukak mata. padahal dia tido b4 tu. hehe. doc suluh2 mata dia pon, dia relax ja. suka doc tu sebab senang. takyah nak pegang teruk2 pon. Baby H memang good boy kan. hehe. doc cakap, baby memang senang kena sakit mata. so, dia bagi normal saline untuk titikkan dalam mata and antibiotic cream. tapi yang cream tu pakai, bila nampak mata merah ja. and doc ajaq cara yang betol untuk bersihkan tali pusat baby. before discharge aritu, nurse ada explain tapi tak tunjuk sebab masa tu dorang dah bersihkan baby H kat nursery. oh ya, tadi timbang skali berat baby H. umo 11 ari, berat baby H dah 3.72kg. sihat walafiat anak mak ye. alhamdulillah..

esok genap umo baby H 2weeks. baby H macam dah kuat untuk angkat kepala sendiri. sebab bila pegang nak burp kan dia, sibuk ja dia nak angkat kepala. and baby H jugak suka senyum. kalo orang agah2 dia, mesti dia senyum. comel sungguh!

esok jugak genap 2weeks my grandma meninggal. kesian her, berkobar2 nak datang kl, nak tengok cicit. memang dia dah kemas beg dah nak datang duduk umah i. malang sungguh, hajat dia tak kesampaian. sampai mati i akan ingat hari dia pergi sebab sama tarikh dengan baby H lahir kan. bila tengok muka baby H, teringat hari dia lahir. then automatik teringat my grandma.. i memang cucu kesayangan dia. sejak kecik lagi, apa i mintak, mesti dapat. i dah tak mampu nak cite lanjut pasal arwah. terlampau beremosi rasanya. i tak boleh nak layan perasaan sedih ni sangat takut baby  dapat rasa yang mak dia tengah sedih. tapi, i manusia kan. bukannya robot. kadang2 susah nak jauhkan perasaan emosi tu..semoga roh arwah tenang kat sana.. :'(

Ini cerita malam semalam..


posted from Bloggeroid

Thursday, May 24, 2012

hasil pump setiap ari

Assalam kawan2!

lama tak up entry. idea tu ade, tapi nak menulis tu yang susah. sebab penyakit M mula menyerang. huhu..

sebelum ni, vee letak enrty 1st day pump kan? ni adalah hasil pump ari kedua. untuk dua2 belah miss B.


alhamdulillah, murah rezeki baby H. skang ni, vee pump ari2. cuma tak tentu masa. kadang pagi, kadang petang. tapi everytime pump pon, paling kurang boleh dapat 5oz. slalunya miss B sebelah kanan lagi banyak production berbanding dengan kiri. bila vee post gambar kat fb, ada kawan2 tanya, vee buat apa bagi susu banyak. actually vee pon tak sure sangat, tapi rasanya sebab pemakanan kot.

menu berpantang vee ada banyak sayur. memang MIL suruh makan sayur banyak2. every meal ada 2 jenis sayur. sayur yang i selalu makan adalah peria, brocolli, cauliflower, sawi. then memang lauk plak ikan masak air tu, ayam, daging. antara meal, i akan minum hot milo, hot choc, makan cracker. memang tak diet langsung la. and minum air banyak2. minum banyak kali tapi sikit2. kalo ikut orang dulu2, tak bagi minum air banyak. takut perut buncit katanya. tapi, kalo tak minum air, mana nak datang susu banyak? everytime before and after pump or bagi baby menyusu, i akan minum air. kering tekak tau.

masa kat spital, nurse ada ajar camna nak urut miss B supaya dapat rangsang pengeluaran susu. nurse tu pesan lagi, masa menyusukan baby, jangan stress. amek position yang relax sebab if the mother stress, baby boleh rasa. nurse tu pesan lagi, kena ikhlaskan hati bagi baby minum susu. setiap benda yang kita buat ikhlas, pasti ganjaran dia baik. then, even rasa susu cket pon, bila baby nak, i bagi je hisap. baby boy plak memang kuat menyusu kan. then, amalkan surah hujurat masa preggy. time pantang, i bukak je kat ipod. nak baca sendiri takleh, kalo dengar takpe kan. doa dan mohon banyak2 dengan Allah. always niat dalam ati bila nak makan or minum, ni semua untuk banyakkan susu untuk baby. insyaAllah, bila hati ikhlas, doa tu akan dimakbulkan.

i bukan la expert pon dalam bf nih. apa yang i tulis, itu adalah pengalaman i. after all, my baby belom cukup 2 minggu pon lagi. tapi, i sentiasa doa agar my production kekal banyak even bila baby dah makin besar.. after this, i nak blaja power pumping plak. sebab selalu dengar, tapi tak pernah nak amek port details dia. skang ni SIL banyak bagi info pasal bf nih. so, takde la i terkapai kapai sangat. so, kawan2 yang lain yang x banyak susu tu, jangan putus asa ya. skang ni pon banyak supplement kat pasaran yang boleh membantu. jadi ibu memang kena banyak sabar :)

Monday, May 21, 2012

1st time pump!

Assalam semua!

Semalam baby H tido je siang tu. So,kurang menyusu. Sedangkan cik B dah bengkak sebelah. Dah meleleh2 air susu. Maka,vee pon merasmikan la breastpump yg vee oder online tu. Ini adalah hasilnya after setengah jam pumping. Tapi sebelah je tau :)



Almost 3oz. Alhamdulillah sangat2. Dulu risau susu takde sedangkan i kiasu nak fully bf. After this, cik B bengkak je,i nak pump. Boleh start storage dah. My SIL banyak ajar cara camne nak bf and store susu tu. Oh ya, i pakai swing. Bila suction kuat,dengar jugak la bunyik motor dia. Cuma tak kuat sangat la. Lite2 ja. Semalam,sebelah pegang pump,sebelah sibuk dok online. Haha!

P/s: dulu ada orang cakap2 tak payah beli breastpump dulu. Dahla mahal,tak sure akan guna ke x sbb tak tau akan ada susu ke tak. To me, i dah niat nak bf sampai umo dia 2tahun. So,de atau tak susu,i akan usahakan sampai ada :)
posted from Bloggeroid

Sunday, May 20, 2012

1st checkup baby Hussein

 Assalam semua,

semalam baby H ada checkup kat spital. takde benda sangat, just folo up ja. aritu masa kuar dari spital, ada jaundice cket, cket ja. bacaan dia 69. nurse cakap usually baby umo 3 ari, bacaan dia 180. so, kira bacaan baby H sangat2 cantik la. checkup semalam, jumpa dr kamaruddin. insyaAllah, dr kama ni akan jadi pediatrik dia. he said jaundice dah takdak langsung. alhamdulillah. memang lepas kuar spital, vee tak amek jamu pape ni. kunyit idup pon tak makan. makan masakan yang berasaskan kunyit serbuk tu ja. tapi, vee ada jugak pakai baju kuning. ngeeee. 

overall, baby H sihat. berat dia 3.4kg. tak tau la memang berat dia naik cket or sebab timbang ngan tengah pakai baju n diaper bagai. luka sunat dia pon, alhamdulillah dah kering. cuma dah start ada rashes sebab susu kat pipi dia. and kulit kaki dia kering cket. dr said, letak baby oil ja. untuk rashes tu pon, tak teruk. de merah2 cket ja. tapi doc ada bagi cream utk tu.

arini plak, vee baru pas berurut tadi. sedap! ringan cket rasa badan. first day jugak pakai bengkung. slumber je kan? haha!! ntahla, macam tak kisah sangat nak timbang2 berat ke, nak kempiskan perut ke. lebih pikir nak banyakkan susu untuk baby H. Tapi alhamdulillah, now susu dah banyak. masa kat spital, terpaksa top up ngan fm. nanti vee cite pengalaman duduk kat spital plak ye. lama tau, 4 hari kot. dahla tak pernah2 kena dok spital. merasa jugak makan makanan spital. seb baik hubby bley teman. ngeeee.

p/s: pasni nak godek coding plak bagi tulisan besar cket. juling mata orang nak baca entry vee kan? tapi, template ni dapat kat tenet and im not good with coding. takpe, usaha tangga kejayaan kan? :p





Friday, May 18, 2012

pengalaman bersalin baby H-Part 2

assalam semua,

sambung balik ek. dalam kul 4 camtu, i kena seluk lagi. bukaan still 4-5cm ja. contractions pon dah slow. ntah nape ntah. tiba2 i rasa loya. cepat2 cakap nak muntah. nurse ezalze masuk LR just in time utk bagi bekas muntah, i terus muntah. tapi, tak keluar ape sangat la kan. just air n kurma yang i telan before that. dah itu je yang i makan. then, dorang cakap jangan minum air dah lepas ni. bibir rasa kering gila kot. pastu lembik memang takyah cakap. agaknyer kesan meds yang second time after epi tu kot. after dalam dua jam camtu, i muntah lagi sekali. then i tanya dorang, takleh minum langsung ke. sebab memang dah tak larat sangat2x. dorang cakap boleh, tapi cket2. and i kena VE lagi. this time dah bukak sampai 8-9cm. i macam dah start demam sebab rasa seram sejuk. tapi dorang kata maybe seram sejuk tu sebab amek epi. then, i tertidur sebab dah lembik sangat.

bila dorang check temp after that, sah i memang demam. dorang kejutkan i, bagi panadol. dalam pukul 8pm macam tu, temp i still tak turun. heartbeat baby plak dah 162++. dah lebih normal rate. my hubby cakap dah cecah 170. terus doc masuk LR, wat VE. alhamdulillah, masa ni i dah fully dilated. maka, bersedia untuk beranak. bila dengar je nak beranak, air mata i terus mengalir. ntah nape, rasa sedih plak time tu sebab parents i takde dengan i. nurse suma tenangkan i cakap takmo nangis2. hubby n MIL ada kat dalam LR. MIL pesan suruh selawat banyak2. disebabkan epi, i tak rasa sangat contractions. cuma i rasa discomfort dalam perut. nurse dok tekan2 perut i utk rasa contractions sambil tengok monitor. bila ada contractions, dorang akan jerit suruh push. rasa macam dalam fun fair plak time tu. kalo tak silap, ada dalam 4 orang nurse time tu. ramai kan?tapi bila part last2 tu, i memang rasa kepala baby dah kat hujung. time tu memang rasa nak terberak sangat2x. so ,i push sekuat ati. and i rasa sumthing big terlepas kat bawah tu. then, i rasa macam ada tersangkut cket. time ni i push dah tak kuat sebab energy pon takde. i rasa, tu bahagian bahu dia. doc pon tolong jugak sebab dia guna vakum untuk tarik baby keluar. after baby dah kuar, doc terus letakkan baby H atas dada i. mengalir lagi air mata.. air mata gembira. finally, baby H selamat keluar. mulut tak henti ucap syukur. mata baby H terbukak luas. tak nangis pon padahal nurse tengah sedut2 lendir2 kat badan dia. then dorang amek n bersihkan baby H. masa tu baru i dengar baby H menangis. tapi kejap je. bila dorang bagi balik kat i, dia dah diam. suma tegur mata dia yang terbukak luas. hehe. then, dorang cakap baby H kena masuk NICU sebab dia stress cket. ye la, dah kena vakum kan. pastu masa dalam perut lagi heartbeat dia dah tinggi. kepala baby H ada lebam cket n macam ke kiri, kesan vakum. rupanya position baby H dalam perut tak btol sangat. padanla masa rasa contractions tu, i rasa sakit kat pelvic kiri. agaknya baby H dok tolak2 ke arah tu la kot. hubby ikut baby H ke NICU untuk diazan dan diqamatkan. hubby kata dia tak nangis pon. dok pandang sana sini. curious btol anak mak sorang ni ya. hehe

then, tiba part jahit. dr idris sendiri yang jahit. i tak rasa sakit, tapi i rasa la dia touch2 time nak jahit tu. tak tergerak ati plak nak tanya kena bape jahitan. tapi rasanya takde koyak sebab kena episiotomi. then, dorang bagi i rest kat LR dalam 2 jam macam tu. pastu transfer kan i ke wad bersalin. malam tu, setiap 2 jam, nurse datang check BP and temp. baby H stay kat NICU sampai esoknya. tapi before datang temankan i kat wad bersalin, hubby sempat jumpa pediatrik, dr kamarudin. dr kama kata baby H dah ok, insyaAllah pagi soknya dah boleh join i kat wad bersalin.

there, abes satu chapter part bersalin sahaja. suma ada pengalaman masing2. btol la kata orang, lama2 u akan lupa sakit bersalin tu macam mana. sakit memang sakit, tapi bila tengok muak comel baby, terus rasa berbaloi dengan sakit yang macam tu. tapi for me, for now, i still ngeri cket. nak bersalin tu, ok lagi kot sebab ade banyak ubat blh tlg kurangkan sakit. tapi, dalam pantang ni yang ngeri. nak jalan susah, nak duduk susah. nak poo poo, lagi laaaa ngeri. huhuhu

pic baby H malam pertama bersama i. sejibik muka abah dia :)

pengalaman bersalin Baby H-Part 1

Assalam semua,
Now my phone dah jadi macam lappy plak. Since dah bersalin,x pernah on lappy lagi. Anything pon kat phone je. BW pon kt phone je. Tu yg kadang lambat balas komen kawan2. Thanks pada yang sudi singgah blog ni dan ucapkan tahniah. Dah masuk ari keenam berpantang. Still kekok nak handle baby. tengah learning la skang ni..

sebenarnya nak cite pasal pengalaman bersalin. jumaat lepas, 11 may 2012, last checkup with dr idris. dr idris bagi surat untuk serah diri ke hospital on 12 may 2012 untuk diinduce. so, malam tu memang prepare diri la sebab tau akan bersalin esoknya. memang i makan puas2 apa yang i rasa nak makan. tido dalam kul 12.30malam kot.

tiba2 dengar my mom ketuk2 pintu. aduh, malasnyer nak bangun. takkan dah pagi kot? sebab alarm phone tak bunyi pon lagi. dah my mom 2-3 kali ketuk, bangun jugak la bukak pintu. then, nampak dorang sibuk berkemas baju. aikk? pelik ni. muka ma macam lepas nangis. rupanya my grandma kat kampung meninggal......... terkedu i kat situ. terkejut sangat. no respon came out from my mouth. nasib tak terduduk jer. sebab sianynya, adik i ada cakap tok tak sihat. tapi tok memang slalu tak sihat skang ni. and last news yang i dapt earlier tu, tok dah masuk kecemasan dah, tunggu turn nak masuk ward je sebab ward penuh. bila i sedar yang ni bukan mimpi, terus berderai air mata. first Q i, skang kul bape? 3am. then, i g kejut hubby yang tengah tido. sedihnya tak tau nak kata. tengah type ni pon bila ingat balik, bergenang airmata. memang malam tu kami semua berendam air mata. even my abah menangis. 1st time i tengok abah nangis teruk camtu. then, bila dorang dah balik, kitorang try sambung tido. ye la, sebab i need energy to push nanti kan. but its really hard. susah nak tido. i tak sure kul bape i tertido balik.

sedar2 je, i rasa perut i cramps. macam period pain tu. tengok jam, pukul 5.45am. i time the contractions. 15minit sekali. tapi, i macam tak percaya je tu contractions. sebab before ni banyak sangat false alarm kan. then, i p toilet. ada titik darah kat panties. btol la ni, i nak beranak rupanya. syukur, baby nak jugak keluar sendiri. terus kejut hubby cakap perut sakit. agak kelakar bila hubby terus ajak jom ke spital. i plak yang slumber jawab, eh mandi la dulu. so, we took our time mandi, bersihkan litter box smokey n shirou, kemas cket dapur and grab bag spital. dalam kete, i dok tengok jam dashboard je. sampai kat spital around 7am++. masa tu, contractions i dah 4minit sekali. sakitnyaaaa. terus masuk labour room. nurse suma ingat nak induce sebab memang dah diinform awal2 kan. i said no, i dah sakit nak beranak ni. masuk labour room, dorang terus suruh i tukar baju spital and check my contractions. masa tu, paling kuat pon i tengok kat monitor 40++. then, masuk nurse india, ambikai nama dia. dia buat VE. ouchhh!! sakit gila okehh! i rasa nak sepak je nurse tu. dia kata i tak relax. dahtu, dah sakit, camne nak relax. dahle perut pon tengah sakit. pas check, dia kata dah bukak 2cm. after VE tu, i rasa ade discharge. memang ada darah yang kuar. then, dorang biar je i kat dalam LR tu.

dalam kul 9am++ rasanya, dr idris datang. and dia pon buat VE lagi. aduhhhhh!! tapi kan, cara dia buat macam kurang sakit dari nurse ganas tu buat. tapi i memang tak relax pon. tu yang sakit tu. dah tahan nafas pon, still tak relax. dr cadangkan i amek epi sebab baru buat VE pon i macam ni, macam mana nak beranak? kepala baby nanti lagi besar. i pon angguk jer said ok sebab sakit weyhhhh. then nurse ambikai masuk bagi enema, untuk paksa berak. ubat cocok bontot okeh!! menjerit i! macam rasa melecet pon ade. huhuhu.pas cocok je, terus rasa mau p toilet. after that, dorang dah tak bagi i makan berat. makan yg light2 je. sementara nak tunggu anesthetic, dr joseph, nurse ezalze datang cucuk tangan untuk letak drip. tapi dia kata vein i tak straight, susah nak cucuk. dia try cucuk sekali, tapi tak kena vein. dahla jarum drip besar n panjang tau. last2 dia cakap tunggu dr joseph buat la. selamat nurse tu memahami. if not, banyak la bekas jarum kat tangan i nih. huhuhu. tunggu dr joseph, agak lama gak ar. i rasa nak mengamuk dah kot apsal dr lambat sangat sebab sakit makin kuat. dah naik sampai 70 rasanya. ya, i memang tak tahan sakit. i rasa, orang len relax lagi kot kalo 70 nih. tak berapa ingat dr joseph datang kul bape. rasanya dalam kul 11am lebih. dia cucuk kat tangan, skali ja. then, dorang amek darah i skali untuk stemlife. pastu dia cucuk kat belakang badan, kat tulang belakang tu untuk epi. sakit tapi tak sesakit yg kat tangan sebab jarum dia lagi kecik. bila epi dah start berkesan, memang i relax sangat2. naik sampai 100 pon i tak rasa pape. tapi, memang badan sebelah kiri rasa numb. nurse suruh tukar posisi baring sebelah kanan plak bagi ubat tu gerak sebelah kanan. bosan, i pon dok update fb. haha!! tengah dalam LR pon dok update fb. my MIL n SIL datang jenguk kat LR. MIL memang tunggu i kt LR daripada pagi. memang dorang takde la tinggalkan i sorang2. alhamdulillah.. kalo i sorang2, mesti dok berendam air mata memikirkan both my parents xde dgn i. dalam tengahari camtu, dr idris masuk lagi, buat VE. time ni, i memang tak rasa pape dah. rasa la ada sumthing masuk kat bawah tu tapi tak sakit. so, relax ja. bukaan dah 4-5cm. he estimate dalam kul 3-4pm, beranak la ni. sebab bukaan n contractions pon laju. then, he suggest induce air. nurse panggil acceleration. untuk cepatkan bukaan. disebabkan ade epi, drip induce tu macam laju cket. 

tapiiii, dalam kul 2 lebih camtu, i start rasa sakit. aneh! sakitnya macam tak amek epi. nurse datang check. padahal contractions cuma 40++, tapi i bley rasa sakit tu. adakah sebab ubat induce tu?? then, dr joseph bagi i ubat lain, oksitoksin kot nama dia. i pon x sure untuk apa. tapi, epi still going on. after amek 2nd med tu, baru tak rasa contractions. time ni, i macam dah lembik cket sebab lunch tu, just makan sandwich wholemeal and tak abes pon. rasanya setiap 2-3 jam, i kena VE. dah terlupa dah bape kali kena sebab amek epi, tak rasa sakit tu kan. kalo sakit, konpem ingat punya :p tapi memang after first VE, i kena pakai pad. sebab after that, memang ade heavy discharge. orang kata ni namanya kembar darah and its more painful. ntahla..

alamak, my lunch dah ready plak. kena makan dulu, kang perut masuk angin. nanti, i sambung ya. :)
p/s: cookies yg spital bagi sempena hari ibu. sweet kan?? :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 16, 2012

Pengalamn malam pertama baby di rumah

Assalam semua,

Arini ari kedua kat umah. Semalam baby H mengamuk sakan. Nangis nak berdukung je. Tukar tempat baru kot. Sebab masa kat spital,xde plak nangis teruk camtu. Kat spital,light2 je. So arini,mak bapak dia muke memang rabak af. Ngantuk gila kot. Bagi susu pon nangis. Huhu. Sangat la perlukan kesabaran yang tinggi. Rasa nak marah pon ade. Tapi bila tengok muka comel Hussein,terus tak jadi marah. Nangis sampai merah2 muka pon still comel. Hehe.

P/s: even semalam tdo setengah jam then bangun,still sempat mimpi. Mimpi pasal smokey n shirou. N mimpi tu bersambung2 plak tu but still pasal dorang. X sabar nak tgu 2-3weeks pantang. Dah kuat cket,bley g tgk dorang. rindu sangat2..

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 15, 2012

Our lil joy!

Assalam semua,

Lama jugak vee menyepi kan? Sekarang tengah belajar macam2 benda. Especially pasal breastfeeding. Baca orang cerita,macam senang. Tapi bila sendiri nak buat,mencabar sungguh!

Oh ya,perkenalkan my lil junior yang lahir on 12 may 2012, kul 8.25malam seberat 3.12kg.



Itu adalah gambar dia pada ari kedua ya. I had quite a long labour jugak la. So far,alhamdulillah,mak ngan baby sihat. Sakit? Beranak,mestila sakit kan. Tipu la kalau cakap tak sakit. If xde pape,siang nanti dah boleh discharge. Akan berpantang dengan mertua. Hehe. Nanti i story pasal kisah nak bersalin ya.

P/s: skang baru rasa x ckup tdo. Thanks hubby banyak tolong i, teman i tiap2 malam. Bersyukur jadi isteri kamu tau. Muahhh!

posted from Bloggeroid

Sunday, May 13, 2012

Syukur..

Assalam semua!

Syukur pada Allah,vee slamat menjadi ibu to a baby boy pada 12 may 2012, jam 8.45malam. Alhamdulillah.. later2 i update ya. Now, i'm still in spital pantai bangsar :)

posted from Bloggeroid

Friday, May 11, 2012

Last checkup,i hope

Assalam semua,

Vee kat klinik skang, last checkup. Konpem sebab esok kena serah diri dah. Hehe. Tapi, tak dapat jumpa doc lagi. Doc lewat sebab ada patient nak bersalin. Tapi dah timbang. Berat terkini,74.9kg. Naik sekilo ko! Nampak sangat dok makan je kat umah. Ye ar, ma ada kat umah,makan je la kejenye. Pastu nak kene tolong abeskan makanan yang ada plak. Tu yang syiokk je naik. Hehe

Sementara tunggu,ini la yang jadi peneman



En hubby ada kat sebelah,tengah dok tahan ngantuk. I pon macam ngantuk jugak nih,asyik dok menguap je. Tadi ada rasa cramps tapi dah ilang dah. Anak buah hubby said, my baby kuar sok. Hehe. Dulu dia teka jantina my baby,btol. Tak tau la kali ni btol ke tak. Rasanya btol kot. Hehe. Till then,take care..

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2012

kehamilan overdue

Assalam kawan2,

dok google pasal kehamilan overdue. dapat info ni dari web Kak Engku Bidan Bersalin.. Dia kata..

Bagi mengatasi masalah kehamilan overdue, kebanyakkan doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) anda bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya ia akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin anda melebihi 7 hari ataupun bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari baiasanya akan menyebabkan:
  • Proses bersalin menjadi sukar. Bayi yang melebihi tarikh jangkaan berrsalin cenderung bersaiz besar. Malah tulang tengkorak turut keras. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses bersalin.
  • Uri tidak berfungsi. Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan oksigen dan makanan. Selepas 40 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.
Faktor Sebabkan Overdue
  • Sejarah keluarga. Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce). - rasanye i and hubby both takde sejarah kehamilan overdue. kira our baby ni yang first la. hubby and siblings dia suma kuar on time ikut EDD
  • Saiz kepala. Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran. - hurmm, mungkin jugak. sebab everytime p scan, kepala baby ikut saiz normal. maksudnya dia ikut saiz yang sepatutnya mengikut minggu preggy. tapi bila ukur  panjang tulang paha dia, saiz tulang tangan dia, mesti kecik dalam seminggu dua. doc kata scan ni tak accurate sangat sebab kedudukan baby bukannya straight. so, i pon tak sure betul ke tak pale dia betol besar ke tak.
  • Tiada kontraksi. Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku. - hurmm..awal2 lepas 9 bulan, memang ada contractions. lepas tu, xde pape. langsung takde. sihat walafiat sungguh
Keperluan Induce

Induce dilakukan kerana kebanyakan doktor khuatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kadarnya sangat kecil iaitu 3:3000 (42 minggu) dan 6:3000 (43 minggu).

i rasa baby memang nak tunggu kena induce kot. huhuhu. as long as i still rasa dia gerak2, kira ok la kan? i f tak gerak tu yang risau. cuma sebab kepala baby dah memang engage, susah nak jalan macam dulu. memang jalan terkengkang2 macam penguin. buruk hokayyy. sabo banyak2 jer la. dalam ati, still praying hard baby akan kuar normal, tak payah induce. tak payah czer bagai. sebab possibility untuk berpantang sendiri adalah tinggi. kalo czer, masak la i sorang2 kat umah. so baby, please ya sayang kuar cepat2. nak kuar sok pon takpe. jumaat pon ok. and i still harap2 even tak sakit pon, bila dah p check nanti, dah ada bukaan. sebab i tak pernah kena VE. so, tak tau dah ade bukaan ke tak. praying hard. aminnnn

p/s: alhamdulillah, seselma dah makin kurang. tak telan sangat panadol. just lot of waters, obimin n calcium, susu and air kelapa

cord blood banking

Assalam semua!

i'm still at home. pagi tadi, kul 4am, cramp cket. tapi sekejap je. pastu ilang. and still sihat walafiat. akan hit 41weeks dahni. hai la baby. cepat la keluar. semua orang dah bertanya pasal kamu tau. kesian mak kamu ni, kena tahan telinga je. nenek kamu dah nak balik. nanti mak kamu ni kena pantang sendiri la jawabnya. abah kamu pon dah tak sabar nak jumpa kamu tau. please sayang, kuar cepat ya. jangan bagi mak kena induce ya sebab orang cakap kena induce tu sakitttt. huhuhu

ok, arini nak cakap pasal ape ye? erm, pasal cord blood banking boleh? actually, dah agak lama tau pasal cord blood banking nih. dia simpan stem cell baby untuk kegunaan masa depan. ye la,raw cell kan. anything pon boleh buat. menurut akak stemlife tu, untuk siblings baby pon boleh pakai, tapi selalunya paling tinggi persamaan dia pon cuma 25%. tapi, kalo untuk parents baby, persamaan dia adalah 50%. even not 100% jaminan ini boleh membantu in future, tapi kalo ada sedikit harapan pon, anything boleh jadi kan. i tak reti la nak expalin pajang lebar kat sini. cuma yang i ingat masa akak tu explain, coverage stemlife ni datang dengan insuran rm100k. so, kalo stem cell yang disimpan tu tak boleh pakai, dorang akan carikan stem cell dari donor oversea and akan cover transportation and pembedahan suma. bayaran plak, kalo lumpsum rm5k.ni termasuk dengan bayaran storage la. dia akan simpankan selama 21 tahun. besday baby yang ke 22, kena start bayar balik rm250 per year. kalo nak bayar ansuran, bayar dulu rm2.5k and then kena bayar tiap2 tahun masa besday baby sebanyak rm250 sampai baby umur 21 tahun. 

once dah signup, dia akan bagi kit macam ni
 
ada gambar depan and belakang kit. kat kit tu ada tulis nama ibu, num ic and contact person stemlife tu. and sebelum seal kit tu, kita akan check sama2 with contact person tu barang2 yang ada dalam kit. basically ada vials, pastu plastik ape ntah. i pon tak ingat sangat. ada 12 item kalo tak silap. sebelum nak bersalin, bagi jer kit ni kat doc yang akan sambut baby nanti. tapi, yang i tau, spital swasta memang galakkan cord blood banking nih. spital gomen, cuma hukm ja yang buat. spital lain tak buat, ntah kenapa. mayb ada orang rasa tak perlu, membazir and ragu2. tapi kan, stemlife ni company pertama yang bukak kat malaysia. then, baru ada yang lain2 tu. if ada duit lebih, apa salahnya melabur sikit untuk kesihatan anak. i ngan hubby bertuah sebab rezeki baby, ada yang sponsorkan. thanks sangat2 to that person. sebenarnya banyak tau rezeki baby nih. banyak barang2 yang kitorang tak perlu beli sebab ada orang bagi. tapi, kalo i tulis satu2, nanti ada plak orang cakap nak menunjuk. so baby, cepa2 la kuar ya sayang. muahhh!



Tuesday, May 8, 2012

Akar fatimah- kembang sampai??

Assalam semua!

Hehe. Vee masih takde rasa sakit2 ke ape. Masih sihat lagi. Cuma semlm demam cket and now dok seselma. Baby nak tunggu induce ke ek? Hurmmmm

Last checkup,jumaat lepas. Berat terkini,73.9kg. Naik balik 400g. Agaknyer sebab melantak mcd before p jumpa doc kot. Hehe. Tekanan darah,normal. Heartbeat baby 127,pun normal. Pale baby memang dah engage banyak. Doc said jumaat depan dtg lg. If x beranak jugak,sabtu masuk ward,kena induce.

Kawan2, sedara suma dah tertanya2 bila la i nak beranak. Bila la baby ni nak kuar. I sengih je la. Ahad lepas,i siap p tawaf ikea lagi. Larat lagi tuh. Pon still takde pape contractions ke ape. Dalam ati ni,risau jugak. Tapi,nasib baik baby aktif. Selalu je gerak bila mak dia panggil. Tapiii,nape dok kat dalam lama sangat ni baby? Suma orang dah tanya pasal kamu tau..

Semalam jugak, i baru rendam akar fatimah yang kawan i bagi. I rendam guna air yasin n air zam zam. Ni la rupa dia ms baru2 rendam tu



I selawat je and baca ayat kursi. After 2hours rendam,dia jadi camni



Patut kembang lagi ke? Tak sure sekembang mana patutnya dia. Tapi,i dah start minum dah. Untill today,takde pape lagi la. sakit pinggang pon takde. Cool giler x? Before ni,cramp bagai,ingatkan akan bersalin awal dh. rupenyer tak. Huhu

posted from Bloggeroid

Friday, May 4, 2012

Sihat sihat saja....

Assalam semua!

Vee masih kat umah,masih sihat walafiat lagi. Semalam ada rasa contractions. Tp sekali dua ja. Pastu takdak pape dah. Hurmmm.. petang ni,de checkup ngan doc. Kita tunggu ja la doc nak kata apa kan.

Lately vee banyak nak tido ja. Tak makan pon xpa,janji tidoq. Ish,penyakit M ke? Ntahla,tapi memang nikmat gila if dapat tidoq. Adoyaii.. jangan baby ikut perangai camni,dahle. Hehe. My parents nak datang sok. Dorang plan to stay untill vee bersalin. Ye la,dorang pon x biase ngan jalan kat sini. datang awal,bley p survey kedai mana nak p beli barang, kat mana nak cari bekpes suma. Hehe. Tapiiii,umah tunggang langgang niiii. Malam ni,kena mengemas la jawabnya. Huhu. Take care everyone. Doakan vee ya. Ahad ni ada besday party anak sepupu hubby kt midvalley. Agak2 nya,vee sempat p tak? Semangat lagi nak p jalan2 tu. Hehe :p

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 2, 2012

Today is the day?

Assalam semua!

Vee still sihat walafiat. Hehe. Still sempat p jalan2, makan2, tengok avengers :p sukati i jer kan. Hehe



Tu my dinner kelmarin dulu. Kt alamanda. Sempat berjalan2 n memborong di mph. Xde la borong sangat,beli buku ni jer :)


Beratur 40min lebih tau time nak bayar. Nak pitam rasa berdiri lama. Oh,sangat mengada kan statement tuuu. Hikhikhik. Tp,alhamdulillah,dpt jugak beli. Kalau la vee tau yang siang tu Tun mai sign,dh lama den p siang tu. sedeyyyy tak dapat sign Tun. Oh ya,i peminat Tun ya. Cakap la apa saja,Tun tetap di hati. Chewah! Hehe

Then,ini adalah lunch semalam. Late lunch actually


Grilled salmon. Sedapppp! Semalam last dorang bukak. Start arini, dorang tutup 2weeks for renovation. Lucky us! Ni kat manhattan fish market,alamanda. Alamanda lagi ek? Dahtu,nak p ioi,jem. Wat sakit pale je sangkut jem tu. Ngeee


Me,makan dengan bestnyer. Tetiba de orang upload pic nih. Cis! Mr hubby ni,xde keje ar tu. Hijack phone i yeeee. Malamnyer plak,lepak minum jap with member. If x,sush la nak jumpa kan sebab masing2 dah de family, waktu senggang pon dah lain. Hehe. Neway,im happy dapat jumpa dorang

Arini bangun dengan berdebar. Ikut due date scan,today is the day. Tapi,xde pape tanda pun. Kalo ikut kiraan,it shud b 4th,means jumaat nih. I prefer jumaat nih lagi,senang hubby nak cuti. Lagipon,jumaat kan penghulu segala hari. so, baby nak tunggu sampai jumaat tak? Ngeeee.

P/s: beg spital dah kemas,finally kan. Ya,slumber me. sukati ja baru kemas beg. Ngeeeee

posted from Bloggeroid

My Pre Wedding Date

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers