

posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
mula2, sampai, nurse suh timbang. time nih dah cuak dahni. ye la, i rasa lately asyik lapar jer kan. rasa macam makan banyak gila. suma benda i ngapp. pas timbang, tersenyum dengan lebarnya! hahaha!! Alhamdulilah.. berat last checkup, 63.4kg. checkup yang ini berat i adalah 65.1kg. fuhh! lega gila. ye la, dok risau berat naik banyak, nanti kena minum air gula. dahla air gula tak sedap kan? kan? orang kata tak sedap. i tak tau, i belom rasa. tapi, memang takmo rasa. hehe
Keseluruhannya, Alhamdulillah. baby membesar ikut progress. tapi, babay sangat la malu nak bagitau gender die. asyik sembunyi2 ja. hehe. takpa baby, mami ok ja. asalkan baby sihat. i ask doc pasal neurogain PB tu. he said, tu cuma extra vitamin ja. consume takpa, tak consume pon takpa. sebab untuk gantikan susu, pil calcium tu dah cukup dah. lega rasa.. tapi, i dah beli. i makan ja la untuk bulan nih. bulan depan, tak yah beli lagi. hehe. pastu i tanya pasal kelas antenatal. my doc said, elok g masa 8 bulan. g awal2, nanti i lupa apa yang dorang ajar. die kate, nanti die mintak his nurse find out kan pasal class antenatal kat pantai since insyaAllah akan bersalin di sana nanti. tapi pantai ni yang lecehnya, die ada 5 session berlainan ari. maksudnya class dia tu sepanjang bulan. every session pasal different topic. i prefer antenatal yang buat class 1 ari lumsum trus. senang nak pergi. takpe, bila dah 7 bulan ++ kang, baru i pikir nak g class kat mana. hehe
motip, letak gambar smokey? ni gambar semalam. smokey takleh berenggang ngan i semalam. yer la, i baru balik kan. sebab weekend jer, i tinggalkan dorang ngan jiran. so, dorang rasa kurang kasih sayang la kot. smokey tengah get ready nak cuci bulu dia masa ni.
dak shirou ni pon sama. tido celah ketiak i tau. tapi untuk semalam jer la. bilik i pakai kipas ja. kejap jer tido ngan i, pastu turun tido bawah. panas la tu. hikhikhik
p/s: i dah bli lotion untuk strecthmark lagi. kali ni yang ada gambar ibu mengandung macam yang neyna cakap. thanks neyna! hehe
asalam semua!
semalam i gigih cari nursery n pasal tilam kekabu. yang tilam kekabu tu, i put on hold dulu sampai end of this month sebab nak tau gender baby dulu. and i rasa nak p cari kain sendiri anta kat tailor. hehe. bab nursery plak, tak berjumpa lagi yang dekat ngan opis and reliable. kalo sapa2 ada suggestion pasal nursery berdekatan upm serdang yang ok, silalah beri perkhabaran kat i ek.
then, arini i gedik2 dok search pasal carseat. em, i suka carseat yang color merah itam. nampak cantik and maskulin cket. tapi jangan ingat i dah tinggalkan pink tuuuu. pink still my fave color tau. cuma untuk carseat, i suka merah itam. pastu i nak yang boleh pakai dari newborn sampai umur 4 tahun. lagi, boleh recline to 4 positions at least. so that more comfy for my baby nak baring etc ecpecially when travelling for long distance. ok, antara yang i berkenan adalah:
Ferrari Cosmo Convertible Car Seat
mengikut yang i survey kat tenet skang, normal price die adalah RM899. Tapi skang tengah offer, jadik RM699.
Halfor Lucida Convertible Car Seat
yang ni plak, normal price dia RM759. Skang tengah offer, tinggal RM499.
Maxi-Cosi Opal Convertible Car Seat
normal price : RM1699. Offer price: RM1299
suma ni i tengok online jer. blom p tengok live lagi. erm, muat ke carseat neyh dalam kete i ek? kete i comel jer..risau tak muat plak..ermmm
posted from Bloggeroid
Assalam semua
me slalu lupa nak check bile next checkup. nasib baek tadi tergerak ati nak check kad klinik. next checkup i adalah pada JUMAAT nih!! owh, tetiba i cuak.. sebab i rasa lately i makan banyak. tambah2 masa balik penang aritu, berselera sungguh! matila kalo berat naik lebih dari 3kilos. i taknak minum air gula..huhuhuhu. baca kat blog2 mommy to be, dorang cakap air gula tu tak sedap! huhuhu. eh jap, klinik swasta pon kene minum air gula jugak ker? hm..
semalam perut rasa sangat tak best. berangin semacam jer. terpaksa mintak minyak panas dari member. tapi minyak tu tak panas sangat la. kira light2 jer la. pas sapu2 tu terus tertidur. rasanya mesti sebab makan sambal petai banyak sangat. tambah plak dengan durian kan. memang heaven la balik rumah. kalo dok lama2 kat umah, mesti demok balik. hahaha!!!! ni kat opis dah rasa mata mengecil. tak cukup rest la. rasa nak cuti lagi jer. tapi takut bazir cuti plak..
sangat2 berterima kasih kat my parents sebab sanggup melayan kerenah anak dorang nih. nasib baek i tak balik slalu kan.hehe
p/s: harap dapat pindah rumah sendiri as soon as possible. kunci dah dapat tapi kitorang plak takde masa nak mengemas suma..
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
assalam semua
sekarang banyak masa lapang. banyak masa nak godek blog. bosan juga rupanya bila takdak benda nak buat. or memang ada benda nak buat, tapi malas tahap dewa. hehehe.
dah tukar header. amek gambar dari album salah seorang OP yang dorang letak kat fb. Mohd Munzir nama dia. munzir ni assist ja. main OP i dah letak kat wedding review before nih. sebabnya? sebab suka sangat gambar ni. tak taula kenapa. cantik tak header baru i? any komen untuk memperbaiki blog nih? kot2 la nampak serabut ka..
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Assalam semua!
genap 18 minggu baby berumah dalam tummy vee. jumaat lepas, g checkup, Alhamdulillah semuanya ok. baby pon ok, tumbesarannya mengikut progress. vee ada cakap kat dr. Idris about the fibroid. but he said, its normal and tak mendatangkan apa2 harm. he just smile jer masa vee cakap tu. otai btol my doc. hehe tapi i still nak g checkup kat klinik panel jugak, nak follow up about my fibroid. just to be safe la.
then, cakap kat doc, nak tengok gender boleh? first time datang scan, baby tak bergerak sangat. agaknyer sebab before that, i tido, maka baby pon ikut tido kot. hehe sebab selalunya baby i memang aktif bergerak. tambah2 bila tengah scan. disebabkan baby tak bergerak sangat, pastu kakinya plak bersilang macam keadaan tengah bersila, maka tak dapat la nak tengok baby bi gegerl ke boboi. baby malu ya ngan abahnya? hehe. takpe, next checkup, try intai lagi ya. hikhikhik
pastu, ari sabtu, gerak p jb. ada sedara hubby bertunang. since i pon rasa nak p jalan2, maka bergerak la kami kesana. taaaaapi…..
tak sempat pon nak jalan2 sangat. even my bestfriend pon i tak sempat jumpa. mana taknyer, 1st time pergi johor kan. sedara hubby plak ramai jugak kat johor tu. maka bergerak la kami dari sebuah rumah ke sebuah rumah sedara, buat tour plak..seb baek sempat jugak p pandan, cari dvd citer. sambar citer vampire diaries, merlin n pasta(korean drama). tu setengah tahun layan, baru abes sume citer2 tu kot
tu saje la citer wiken i. i rasa yang best sebab dapat tengok his aunt bertunang and dok hotel best jer la kot. other than that, biase2 jer la. am waiting bila dapat balik penang. i rasa nak balik lama cket. cuti jer la. memang start sok i cuti pon. xtau sampai bile cutinya. nak bawak balik smokey n shirou skali. em, perut pon tak besar lagi, boleh ni kalo nak drive balik. kan?
Assalam semua!
pagi tadi vee teman member opis g klinik panel. die pregnant jugak, 3weeks earlier dari i. die ngadu perut die sakit. so, i teman la die. dah kebetulan p klinik, i pon checkup la skali. padahal my appointment for next checkup jumaat ni tapi klinik len. hehe
masuk arini, i dah 17 minggu! Alhamdulillah.. i prasan bile i baring malam2, cam sakit kat bahagian bawah perut tu. tapi sakit sikit2 la. doc kate takde pape, maybe muscle je kot. then, i mintak doc scan. berat baby arini dah 169g. saiz kepala n saiz pehanya pon dah cecah 16w 5d. baby aktif sangat. masa start scan, baby dalam posisi macam tengah sujud. tengah2 scan tu, baby gerak2 kaki tangan suma. syiokk tengok. pastu kan, kaki baby terkangkang. so, nampak la gender die. hehe. lagi la i senyum lebar . cuba teka?
dah syokk2 senyum2 tu, tiba2 dengar doc cakap..
“ni ada fibroid ni” aku macam..hah?? pe tu? fibroid?
doc pon explain slalunyer fibroid ni akan flatten sendirik. saiz fibroid i tadi dalam 2cm x 3cm. doc kate jangan risau, kita just monitor je through every checkup. balik dari klinik tadi, memang dok terngiang2 jer. dah sampai opis, trus google pe benda la fibroid nih.. ni pon i tengah membaca lagi. mostly cakap fibroid ni tak bahaya.
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka. 70% wanita yang ada fibroid ni, fibroid diorang tak membesar and tak mendatangkan bahaya atau mudarat la. fibroid ni boleh dijumpai kat sebelah dalam dinding rahim,luar dinding rahim atau di saluran rahim. simptom fibroid yang saya jumpa:
ok, simptom yang i ada, sakit semasa haid. memang senggugut hebat giler la. pastu skang ni macam dah start sakit pinggang tapi rasanya tu biasa la kan time pregnant nih. sembelit and kencing kerap plak happen jugak time pregnant nih. hm..
Komplikasi Fibroid Semasa Hamil
* Keguguran. Fibroid boleh meningkatkan risiko keguguran semasa hamil sekiranya janin tersebut melekat pada fibroid
* Kelahiran songsang
* Rasa sakit akibat degenerasi sel-sel fibroid (fibroid mati)
* Rahim kelihatan lebih besar daripada biasa
* Pembedahan caesarean
Sekiranya fibroid yang besar tumbuh di bahagian bawah rahim, ia boleh menghalang proses kelahiran secara normal. Sehubungan itu, pembedahan caesarean diperlukan.
Malah, sekiranya terdapat lebih daripada satu ketumbuhan fibroid dalam rahim, doktor juga perlu berhati-hati semasa melakukan pembedahan membantu kelahiran bayi.
Pembedahan mungkin agak sukar jika fibroid tumbuh pada bahagian bawah rahim.
Selepas bersalin, risiko pendarahan adalah tinggi (post partum haemorrhage).
tengah sambung baca lagi, tengok ada ubat tak..
posted from Bloggeroid
Assalam semua!
pagi ni matahari bersinar dengan garangnyer! garangnyer? apa punya bahasa la i pakai ni. marah cikgu bahasa melayu i dlu. i tengah tunggu baju siap cuci, so abeskan masa depan lappy jap. hubby dok syiok tido lagi. biarlah die. semalam die tido lambat, men game punyer pasal. hehe. i? pukul 11 malam dah tido! hahaha!! gila awal kan?
i dah ada list untuk barang baby yang nak dibeli. nanti i tepek kat sini ya sebabnya list tu tertinggal kat opis. i ada yg hardcopy ja. nak taip balik, macam gigih plak kan. tapi i alter ja list tu dari list2 yang ado kat internet ni. cuma i tengah confuse nak beli mana yang mana satu dulu. pastu arini kan nak g mid tu kan? tengah pikir nak beli terus ke, nak tengok2 ja? hm…kalo beli, kat mana plak i nak letak. bilik ni dah makin takde space dah. bila la i nak dapat kunci umah. pikir pasal umah memang boleh buat darah i mendidih. nak aje i hentam lawyer tak guna yang lembab tu. sabar2x.. pagi2 tak elok marah2 kan?
ok la, perut dah berkeroncong nih. skang ni memang cepat gila lapar. baru makan ja, dah lapar lagi. double chin pon dah ada balik. tu tandanya i makin gemuk! hahaha!! tata! selamat bersarapan!
Assalam semua!
Baru pas sarap nasi goreng ngan telur mata. tapi tak abes lagi, ada lagi separuh. Alhamdulillah, tekak boleh terima food arini. tapi kene rajin p kuar beli la sebab tekak ni cepat rasa bosan dengan makanan dari tempat yang sama ja. pagi tadi, terjatuh terduduk. sebabnyer cubaan nak halang smokey dari terlepas dari bilik. laju jer die menyusup keluar. nasib baik i takde pape. cume perut terasa sengal sikit. tapi kejap jer. skang ni, sengal tu pon dah ilang. alhamdulillah..
semalam ma call. borak2. ma tanya, perut dah nampak ka? erm, tak nampak sangat, nampak macam muncit ja. sebab memang before ni i badan besar, so, tu yang tak perasan kot. hehe. pastu ma bising la cakap jangan dok pakai baju tshirt ketat2, nampak perut dok bulat ja. haha!! nak buat camna, dah baju tu kecik. kene salahkan baju tu la nape die kecik. hikhikhik. i bagi alasan kat my mum yang baju maternity mahal. memang btol kot! hehehe. ma kate, takpe beli jer. bole simpan,nanti boleh pakai lagi. ala, bape kali sangat la nak ngandung kan? hm…tapi kan, tapi kan, dalam diam2 i dah ado maternity jeans n 1 t shirt. yup! just one. i rasa, i nak start tengok2 nursing blouse kot. boley pakai lagi pas pregnant kan? tapi… i dah terbekenan dress kat POPLOOK! camno nih?? motip nak shopping lagi? tapi, insyaAllah, sabtu ni i ngan hubby akan ke satu tempat sempena ini ----->
2nd Maternity & Children Expo
18-20 November 2011
MIDVALLEY CONVENTION CENTER
jom ramai2 ke sana ek!
p/s: kat opis sekarang ni tengah berkumandang lagu-lagu selamat pengantin baru khas untuk opismate yang akan berkahwin hujung minggu neyh. hehehe
Assalam semua!
semalam vee dapat good news. 1 of my blogger friend dah pregnant! happy giler masa i dapat email dia. memang dah rasa nak terlompat-lompat dah, tapi xleh la lompat. kang baby pon nak lompat jugak. hikhikhik. memang i sengih lebar jer depan pc. syukur alhamdulillah..i harap dia jaga diri die leklok. jangan buat keje berat ya dear
pastu sebelah petang plak, tibe2 dapat call dari kawan lama. cakap nak jumpa. memang kitorang ni dalam satu organisasi, tapi jarang sangat jumpa. tapi i slalu la check fb dia. sebab dia suka sangat berjalan. hikhikhik. rupe2nyer die bawak adiah utk i! fuyyo! tetiba jer. die kate merangkap adiah kawen i la. suka2x. dapat adiah, sape yang tak suka kan? i dapat neklace, chopstick n fridge magnet from china. ni yang rasa nak melaram nih. ngehngehngeh pape pon, tq ya! terharu sungguh ko ingat aku weyh. aku doakan aku cepat dapat walimah ko. hehehe
bagi i plak, arini, dah cukup 14 weeks baby ada dalam my tummy. perasaan? nebes ade, excited ade, sume ade. alhamdulillah, morning sickness dah kurang. cuma i still muntah pagi2 and tak bley bau orang masak. kalo bau jer orang goreng ikan ke, goreng ayam ke, terus otak i cakap bau tu busuk.huhuhu. kadang2 i macam lupa i pregnant. agaknyer sebab blom rasa baby gerak2 kot. tapi masa last checkup aritu, baby i aktif btol gerak2. i rasa i dah kene start buat list barang baby. dah tak boleh bertangguh dah. sebab nak kena beli cket2. bli sekaligus, mau botak kepala hubby. hikhikhik
bab makan plak, dah de selera makan cket. cuma i sangat tak lalu makan makanan yang dekat cafe opis nih. agaknyer sebab tekak dah biase sangat kot dengan tempat tu. pastu kan, kalo i tertengok jer gambar makanan yang nampak sedap, mula la teringin. macam sebelum ni, ternampak food kat sakae sushi. rupa dia macam tako tako yang slalu jual kat jusco tu. terus asyik teringat jer. hadoila… n i really miss my mom’s cooking. dah lama tak makan masakan ma. hm..
p/s: patut arini wordless wednesday kan, tapi arini la tibe2 up entry. hehe