my Friends

click2 laaaa

Wednesday, June 29, 2011

Tak paham!

Assalam semua. Arini dpt news lain plak.supposely malam ni,k.yan siapkn bilik tidur pengantin and malam esok, siapkan pelamin. Pelamin vee buat kat dalam rumah. Jumaat malam pula ada tahlil and marhaban. Disini lah timbul isunya. Isunya tok imam akak tok kadi tempat vee cakap pelamin and segala yang berkaitan dengan bersanding thingy adalah mengi,kut adat hindu. Makanya dia tak suka. Ikut apa yang orang cerita, pernah tok kadi tu datang umah for tahlil. Tapi bila dia nampak ada pelamin,terus dia balik. So,nampaknyer tak boleh buat pelamin selagi tak habis tahlil la.

Kecoh ar tok imam ni. Apa hak dia nak malukan orang macam tu?? Ikut vee, vee hentam jer wat pelamin dulu. Tapi parents vee nak letak muka kat mana plak kan kalo tiba2 tok imam tu balik macam tu ja. Ish,lepas satu2. Ada idea tak nak watpa? Vee rasa nak telefon jakim ja tanya, boleh kah tok imam buat macam tu? Vee sanding, takde renjis2 pun. Kalau pelamin pon tak nak, baik, nikah senyap2 ja. Macam orang nikah lari kat siam. Akad nikah saja, senang cerita. Tak payah penat2 buat majlis. Kalo dia ada buat family vee malu masa hari besar vee, sampai mati pon vee takkan maafkan dia. Ko jawab la dengan Allah nanti
Lyena Vee tru Nokia5730

Monday, June 27, 2011

Berita

Assalam semua.balik umah,malas gila nak bukak lappy. Semalam dapat berita tak best. Proses pernikahan akan diadakan di masjid.shit la. Sah2 aku tak leh masuk masjid time tu.memang dah pikir nak buat jahat dah.bley tak kiss2 lepas sah nikah dlm kaw masjid? Memang otak aku dah biol ni.marah punya pasal.biar tok imam tu tanggung padahal umah aku,jalan kaki tak sampai 10min pon nak ke masjid..
arini plak adik aku p laminate signage.mahal gila!! Sampai rm99!! A3,dia charge sampai rm5 sekeping.bapak mahal giler! Memang kedai2 kat penang mahal kot?
Lyena Vee tru Nokia5730

Ring holder

Love it very much!tapi kan,bila balik ukur,kotak ring tu besar sangat la.nampak gayanye kene buat ring pillow plak la
Lyena Vee tru Nokia5730

Sunday, June 26, 2011

Dah boleh kahwin!

My borang kebenaran nikah.yeay! Dah boleh kawen dah!hehe
Lyena Vee tru Nokia5730

Roommates!

Playing chak-chak in my room.super cute!
Lyena Vee tru Nokia5730

Saturday, June 25, 2011

Hati2 di jalan raya

Assalam semua. Vee tengah tgu transporter ni,nak bawak vee balik hometown.hehe. Doakan perjalanan kami selamat ya.amin..
Lyena Vee tru Nokia5730

Friday, June 24, 2011

holiday!!

assalam semua. arini last day vee keje. minggu depan vee dah start bercuti untuk preps secara besar-besaran untuk majlis vee. hehehehe. cuba teka berapa lama vee cuti? teka la..

A. 1 minggu

B. 2 minggu

C. 3 minggu

D. 4 minggu

ha, cecepat teka! sape teka, dapat adiah! hehehe. adiah die adalah….erk, takde adiah. ngeeeee :p

p/s: my kids are coming with me too. yeah!!

Wednesday, June 22, 2011

nakkkkkk!

assalam semua. untuk sape2 yang tengah mencari barang hantaran, i think this is awesome!!
nak tengok lagi?
nakkkkkk. tapi dulang hantaran sayer dah penuh. ish! kalau kawan2 nak tau price dia and maklumat lanjut, klik strawberry tags

hasil dari semalam

assalam semua. semalam, macam2 kata carutan keluar. thanks all b2b and friends yang bagi semangat kat vee through here and facebook. i’m done. vee tak nak pikir dah. on the day itself, vee akan pergi tadah muka jer. lantak la cantik ker, hodoh ker, vee redha jer. hasil dok stress semalam, dah dapat adiah dah pagi nih. zits! haih….

gambar kat atas tu from google yer. not me pon. no more zits please..

 

Tuesday, June 21, 2011

Kesabaran

Sumpah aku bengang.aritu,beria ckp ak x pyh amek tau his side punya preps.knowing ppl yg dorg hire tu professionals,so ak x expect la prob bsar bley timbul.bkn la ak ckp my side preps xde prob,tp sbb slalu folo up,maka prob yg de pn yg tlepas pndng je la.lantak la sape2 yg nak terasa ke sentap ke dgn entry ak nih.frust gler sial!sapa nak tau nape ak bengang,refer earlier entry
Lyena Vee tru Nokia5730

b**i!!

my konon2 nya professional MUA tiba2 backout after we all dah secured deposit and gantikan with "her" friend yang kitorang tak tau macam mana hasil contengan dia. so we asked for test makeup, dia berani lagi nak charge RM250 untuk test makeup?!! memang b*** la. doa orang teraniaya termakbul. kalau betul ko aniaya aku, memang aku doakan ko tak dapat job outstation yang ko kejar2 tuh!
stress!!!!

Friday, June 17, 2011

Petua Orang Dolu2

assalam semua. tadi baca pasal petua orang dulu2 kat blog natrah. macam menarik jugak la. LV letak sikit ek..

  • Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. < ini memang den takleh buat la. seminggu sebelum, bole la kot sebab banyak benda tak setel nih! hehehe>

  • Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik. <susah jugak nak buat sebab memang kene kuar, banyak benda nak setelkan.huhuhu>

  • Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. <memang aku buat sebab lately selera pelik sikit. makan macam orang sakit makan. hehe>

  • Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) <hayyo! kurus mak camnih. pastu masuk wad sebab gastrik. hehehe>

  • Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. <Mucukk, take note on this ya. hahahaha!!!>

  • Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. <erk, macam leceh jer nih. tapi memang aku minum madu hari2 pon>

  • Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. < this is soooo true! dah buat pon!hihihi>

sebenarnya ada banyak lagi petuanya. kalau nak tau dengan lebih lanjut, lawat la bolg natrah ya.

Thursday, June 16, 2011

Mana Satu Nih??

assalam semua. he asked me to choose handbouquet (hb) macam mana yang LV nak. LV suker bold color. sebab tu majlis sebelah LV color bold. memang baju n hb sangat contra color nyer. hehe. for his side, he prefers, everything blends in. so, white is the safest color la kan?

ni antara pilihan LV. kalau putih, LV suke kalau campur calla lilly and roses. pastu he asked me lagi, calla lilly tu ape? hayyo! type of bunga la sayang oi.. selama ni tau roses jer kan? hehehehe

large_image source

LV suke yang first pic nih. white calla with yellow roses kalau tak silap. ada warna sikit. takde la bosan sangat. kecil dan comel jer. hehe

calla lilly and roses

source

pic 2 ni, yg ni sebab die calla and tak besar sangat. simple jer

calla lilly besar

source

pic 3 nih, sangat elegan. and dapat sembunyikan kemuncitan LV! hahaha. cover line harus bagus beb! ngeee

calla lilly monobotanic   source

pic 4 ni pon nampak sweet. tak formal sangat pada pandangan LV. de semak2 sikit dengan jurai2 tu. hehehe

kesimpulannya, my fave is pic 1 and pic 3 and pic 4. so, nak pilih mana satu nih??Big Grin

Wednesday, June 15, 2011

gaduh??

assalam semua. arini tiba2 ada orang marah ngan aku. aneh. kasar sangat ker ape aku cakap tu? puncanya sebab ini..

untitled3

aku tegur je. sumpah aku takde niat lain pon nak marahkan dia ka apa. entah kenapa die terasa sangat. mungkin dia dah kena hentam before ni kot. so, teguran aku tu kira klimaks la untuk dia marah. pastu aku ada post yang ini jugak

untitled1 tujuan aku untuk clearkan keadaan. mana tau lagi serabut jadinya. memang marah btol hamba Allah ni. aneh kan? pastu disebabkan dia terlampau marah dia post yang ni kat page tu

untitled

tiba2 aku jadi femes!  tak pernah2 pon aku komen tau sebelum ni. selama ni, aku follow ja, sebab dia memang rajin cari info. tapi2, tiba2 aku jadi femes sebab comment aku yang first tadi. aku taknak burukkan keadaan, aku mintak maaf. bukan sebab aku salah, tapi aku tak nak cari gaduh

untitled5

korang baca tak jawapan dia? salahkah aku kalau aku cakap dia tak professional? memang makan dalam betol. kalau hamba Allah tu baca blog aku, aku nak dia baca ni. memang aku takde niat pon nak condemn ker ape. maybe ayat aku straightforward sangat kot. still, aku rasa ayat aku biasa saje. korang rasa?

the best part is, lepas aku refresh page beberapa kali, die padam komen dia yang suruh aku mintak maaf dengan Allah tu. bukan remove the whole post. memang aku femes lepas nih. hebat bukan?

updated: masa aku printscreen, dia dah padam komen dia. aku tak ingat sangat. tapi ayat dia lebih kurang camni la..”watpe mintak maaf kat admin. mintak maaf kat Allah. awak kan lagi professional n blablabla”. serious tak ingat sangat pe die kata. hehehe

 

Guestbook?

assalam kengkawan! ada lagi persoalan nih. arini penuh dengan persoalan. guestbook tak wajib kan? tapi patut ada tak?

mula2 memang aku pikir nak ada guestbook. tapi, bila dipikirkan balik, buat majlis kat kampung. ada ker orang nak p tulis guestbook aku? kang kosong jer buku tuh kang. and setakat ni memang takde setting untuk meja guestbook. camner ek? patut ada ke? nak kene cari guestbook yang lawa plak nih.

kalau macam yang kat bawah ni, menarik jugak ek. kene DIY la, tapi rasanyer boleh DIY. cume terpikir, camner plak orang nak tulis ek?

 

source

ni pon rasanyer senang jer nak buat nih. tak payah setup sangat dah. tampal jer kat dinding kan?

yang ni cute kan? tapi, kesian plak my guest, kotor la tangan dorang nanti. tapi serious, simple but cool!

source

nih pon cool kan? owh, banyaknyer yang cool. pening mau pilih

source

ni memang senang giler. just buy any basket, deco it, provide cards and pens and some instructions dalam frame. settle!

senang jer nak buat guestbook sebenarnya. tapi, tu la. tengah pikir lagi nih, nak buat ke tak. cost die, kalo yang simple2 tu, tak mahal sangat la rasanya. tapi kena ada kreativiti sket la. hehehe. so, camna nih? perlu ada guestbook tak?

source from google unless stated

camna ye?

assalam semua. tiba-tiba aku terpikir plak. aku cuti seminggu sebelum majlis sblh aku. masa cuti seminggu nih, my kids stay with my friends. aku kurang gemar letak my kids with strangers, kang dorang stress plak.

then, after my majlis, aku cuti seminggu jugak sampai majlis sebelah dia. dalam masa seminggu tu, mana aku nak duduk ek? bilik sekarang ke, rumah bakal mak mertua? kat rumah bakal mak mertua, memang ada bilik pengantin, tapi berapa lama plak aku nak duduk situ. my kids camna plak since ada budak duduk dalam umah tu. my kids tak biasa duduk luar rumah. tido dengan i. kalau tinggal pon, dorang still tido dalam bilik with ubat nyamuk, lights on and kipas. so how? rumah yang kitorang beli tu belum dapat kunci lagi. maybe dapat dalam early julai. kira dapat kunci rumah lepas majlis aku la kot. kalau dapat awal, alhamdulillah.

camna nih? camna nih? tak nak tinggal my kids. then camna plak ngan my hubby if i stay kat bilik sekarang? hurmmmm

 tengokla muka dia. kesian jer nak tinggal. ish! camna la aku nak tinggalkan seminggu nih. .

  mesti rindu nak gomol2 dak besar nih. aaaa..camna nih?? last pic yang memang selalu buat aku tersenyum..

Tuesday, June 14, 2011

OMG!

assalam semua. tengah cari idea for pelamin nih. my vendor said, de masa algi untuk cari design yg i berkenan. if die bley buatkan, die akan buatkan. hm..pelamin yang sesuai untuk rumah. just 1 panel jer. tapi nak pakai panel ker? aduh, banyak lagi nak kene pikir. nak kene cari contoh pose, nak belajar pose. kang kaku plak depan OP. nak kene cari songs untuk dimainkan masa majlis. oh, banyaknyer nak kena.. tapi kan, teringin sansgat nak pi sini. cantik kot! and tak payah pergi jauh. ada internet, ada phone line. penting tu, senang nak check on kids. ngeeeeee

kat mana? rahsia. kalau dapat p, baru vee bagitau ek. ngeeee

back to work!

assalam semua! pagi2 dah gediks lawat blog sendiri. muahahaha!! takde, nak share benda nih sebenarnya..

murah giler kot nih! he said he never been to sabah before. maybe this is the right time kot untuk booking tix. hehehehe

credit to everydayonsales.com

Monday, June 13, 2011

fitting baju bersanding

assalam semua. wah, title mau gah! baju bersanding ya. padahal takde la sanding sangat pon sebab takde renjis2 bagai. okeh, for my side, aku pilih biru. k.yan, my vendor dah cuak dah bila ada sekali tu, aku tag gambar dato ct pakai baju biru nila with silver bling. sangat cantik hokeh! hahaha!! tu reference jer. sebabnyer, aku memang mintak royal blue pon. royal blue tu dark blue la. nape ntah dorang panggil die royal blue. design baju, aku tiru dalam mags. tiru lagi. hahahah!! aku ni tak kreatif, mana yang cantik, yang tu la aku tiru. ngeee

baju sebelah aku, dress jugak. kesimpulannya, memang aku pakai dress ja untuk big day aku. tapi, beza pada his attire sebab die pakai baju melayu with tanjak and all the accessories. macam pendekar melayu! hahaha!! suke tengok dia masa fitting <pengakuan berani mati!> color tu sangat suits him. ye la, orang cerah kan.aku ni tak berapa nak cerah. hehehe. tapi kan, aneh tau, dress aku besar doo. aku tak slim pon. baju tu besar banyak. macam kene kecikkan 1 inch lebih kot. lega! aku takut tak muat ja. kalo besar, takpe, leh kecikkan. hehe. and k.yan bought me shoes size 5! and shoes tu sangatttt cantik tau. sebab kan dia jenis strappy, aku dah risau dah takut tak reti pakai. tapi, bila aku sarung, rasa comfortable plak. and tak nampak la kasut tu besar sangat ngan kaki aku. gambar, aritu, k.yan ada snap. aku tak snap la plak. haih..excited sangat sampai lupa snap gmbr. nanti aku mintak k. yan bagi aku gambar yang dia snap aritu.

tu la keje aku weekend lepas. balik penang untuk fitting baju, sempat g tengok x men kat village mall Big Grin, pergi tengok rumah homestay yang dah kitorang booking for his family, finalise dengan catering. penat jugak la sebab sampai sana, jumaat petang. ahad pagi, dah balik. tapi puas ati sebab dah setel. and my kids pon both ikut balik. ni gambar dorang otw balik after 2hours travelling.

baik jer dorang nih. tak nak dok carrier asing2 plak tu. rugi jer bawak sampai dua carrier. tapi, bila nak angkat dorang sekaligus, memnag nak pengsan rasa. tu shiro tak membesar dengan jayanya lagi tuh. hehehehe

long holiday!

assalam semua. sorry, lama menghilang. bukan takde idea nak tulis pape, cuma agak sibuk lately. bila dah bukak lappy, tertidur jer depan lappy. haih.. ok, first fitting sebelah bertandang.

ceritanya camni..aku p fitting ari rabu malam with he, fmil, fsil n his adik sepupu. the more the merrier kan? hahaha!! merrier la sangat. padahal dalam ati dah malu giler dah kot. bile aku tengok baju tu, cantik! tapi cam kecik jer. muat ker aku nak pakai nih?? hm, cube la sarung. color die green petronas tu. tapi dia tak abes letak bling2 lagi. aritu, aku rs dah ok, cuma tak cukup bling. dah sarung, okeh,muat! tapi…………………….agak ketat di bahagian bawah. almaklum la, aset nih besar sangat. ke dorang yang buat terkecik? sebab part lain, ok jer. aneh. aku rasa takde gain weight pon pas fitting. takde bertambah inch. rasanya la. tapi serious, baju tu cantik. aku suka part kain kat bawah tu. train die yang meletop. kene praktis jalan slow2, takut terpijak kain sendiri. hahah!! takde gambar, cos aku terlampau malu nak snap depan dorang semua. if aku ngan he ja, konfirm banyak gambar bley aku letak cni. takpe la, ada beberapa hari je lagi pon untuk rasmikan baju tu.hehehe. tu kisah fitting sebelah dia. nanti aku story kisah fitting sebelah aku plak Big Grin

Wednesday, June 8, 2011

FITTING!!!

assalam kawan2!  malam ni sesi fitting untuk baju bertandang. erm, tak tau la ok ker tak ni. al maklum la, rasa badan makin gemuks jer. matila kalau tak muat. huhuhu. ni illustration yang JC bagi untuk baju bertandang i

Ina dress 2

tapi takde bow tu la. i rasa rimas dengan bow tu. dahle leher tak jinjang pon, bow tu akan menampakkan flaws i lagik.hehehe.  tak sabar plak nak tengok baju nih hasilnya camna. ni la first time aku tempah baju mahal. in fact, nak kawen ni la baru merasa pakai baju mahal2. harap2 pengalaman yang menggembirakan la. aminn..

 

Big thank you!

Dear nadya,
Thanks a lot dear! Your sweet token dah sampai! Hehe :D
Lyena Vee tru Nokia5730

drooling!!!

assalam semua!  memang habit pagi2 terus check email. and check web everydayonsales.com. and ternampak iklan ini!!!

 

OMG!!! tengok la harga htc desire hd! OMG!! drooling! tapi..tapi…i takde bajet..uhuk..uhuk..uhuk.. just harap pasni ada lagi promotion yang wayyyy lagi cool!

Tuesday, June 7, 2011

Nadya Zahid: 100th Follower

Nadya Zahid: 100th Follower: "Alhamdulillah.... Today nadya check blog kol 11am, pastu dah jumpe my 100th FOLLOWER ..wow.......huhuhuh :) thanks to Vee Sakura yg sudi f..."

tibe2 i dapat comment from nadya, cakap i dapat adiah. tak perasan plak rupenyer i ni 100th follower blog nadya. and because of this, nadya dengan bermurah atinyer nak bagi i adiah. yea!! lompat kesukaan la, dapat adiah yang tak disangka2. hehehe comelnyer adiah tu. tak sabar plak i. dahle memang suke benda2 yang comel nih.ngeeee. thanks a lot nadya! hopes we keep in touch sampai bila2.

kepimpinan melalui teladan

assalam semua. aku kan, tak kisah kalau orang tegur aku untuk kebaikan. tapi, agak menyakitkan ati, bila ko sibuk2 tegur2 aku, tapi ‘kain’ sendiri tak terjaga. camni ceritanya..

ada seorang hamba Allah ni, dah tua la. kire macam pangkat mak la ngan aku. die tegur salah sorang kawan aku si A, suruh labuhkan tudung tutup dada. ye la, aku mengaku. memang tak elok. kitorang ni pakai tudung, tapi tak tutup dada. tapi, tup2 aku terjumpa ngan anak dia. anak die free hair weyh! pakai sendat2 lagik. camno cerita plak tuh?? motip nak tegur2 orang tapi anak sendiri tak terjaga. tolong la. asyik dok sibuk nak jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak rabak. ish! please la.

Monday, June 6, 2011

keep hunting

assalam semua.. memandangkan list barang hantarn for him ada slight changes, so, kene keep hunting lagi la. now, i’m hunting Quran untuk salah satu dulang hantaran. at first i nak beli Quran digital tu. ala, yang ada ngan pen skali tu. bila tunjukkan jer pen tu kat mana2 ayat, pen tu akan bacakan ayat tu. contoh dia macam ni la..

ni aku amek dari sini. ma aku pon pernah ada satu Quran camni, tapi dia beli dari orang la. aku pon tak kenal orang tu sapa. tapi mahal doo. ma aku beli dengan harga rm499. memang la orang kata tak payah berkira nak beli Quran tapi dalam masa ini dan waktu ini, kekangan bajet tu adalah sangat tinggi. huhuhu. thenk kawan aku offer, dia ada member jual yang camni. leh dapat lagi murah. memang murah harga die bagi akt aku, tapi still over bajet maka tak jadi la aku nak beli. melepas! sebab aku pon suka Quran ni sebenarnya..

then, aku survey yang lain plak. aku jumpa yang ni. Al Quran per kata. maksudnya die tafsir tu by setiap perkataan, bukan by ayat. maka akan lebih jelas la maksud dia kan? rupa dia camni la..

sumber gambar

pastu aku pon isi la borang nak tempah color biru. tup2. dorang balas email, cakap takde stok. cedih…nampaknyer kene p kedai jugak la jawabnyer nih. sebab sebelum nih, aku ternampak Quran ni tapi masa tu aku survey untuk member sebab die nak wat hantaran. tak tertengok plak la harganya kat kedai tu. harap2 tak melebihi bajet aku la.. bukan nak berkira. kalo beli quran sebijik ja takpa. ni banyak benda lagi yang nak kene bayar. silap2 bajet untuk aku ke spa pon kene tarik jugak. pasrah sajor la. padan muka kan. kalau aku setel awal2 barang2 ni semua, takde la rasa perit sangat kan. haih.. too late too regret dah..

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers