my Friends

click2 laaaa

Saturday, March 31, 2012

weeks 35!

Assalam everyone!

alhamdulillah, i baru pas lunch. lunch sengsorang ja sebab hubby and MIL pergi jb, ada cousin kawen. too bad i tak dapat ikut. huhu. terlepas all the fun stuff.
 
petang semalam, i checkup lagi. untuk week 35. hasilnya seperti dalam gambar scan kat bawah ni..

 


semalam sampai kat klinik, lambat. sebab sangkut dalam trafik jem yang ntah pape. tiba2 je jem. pastu tiba2 je clear balik. hurmmm..sampai2 ja, bagi kad and terus timbang berat badan. masa belum kawen, punya la susah nak turunkan berat badan. siap kena jaga makan, takleh makan banyak2. pas pregnant ni, terbalik plak. hasil timbangan semalam adalah 71.7 kg. yes, korang tak salah baca. 71.7kg only! cuma naik 200g dari last checkup. huhuhuhu. padahal i dah makan banyak kot. aiskrim, boleh kata hari-hari. coklat lagi. sedih wooo.. 

pastu g toilet untuk urine test. bila masuk jumpa doc idris, dia tanya baby gerak tak. i cakap la gerak. memang baby aktif pon. then, dia kata your weight ni, naik cket sangat ni. jom, i scan baby, tengok camna. ukur kepala baby, ok, normal. memang saiz dia 35 weeks ++. tapi bila ukur tulang paha, pendek cket. cuma 32 weeks ++ ja. berat baby pon cuma 2.26kg. poor my baby. sebab mak dia kurang makan ke ek? hurmmm..


then, i told dr idris pasal perut i yang menegang gila masa kat opis tempoh hari. dia kata, if jadi lagi camtu, find a place to lie down. and i cakap la i selalu sakit kat bahagian bawah perut. then, bila scan, memang nampak terang-terang kepala baby kat situ. baby dok tekan2 test nak cari jalan keluar ya. padanlan mak rasa sakit. sabar ye baby, kamu belom boleh keluar lagi. at least, tunggu lagi 2 minggu tau. he said, 2 minggu lagi, i can beranak anytime. skang ni, baby still premature lagi. he also advise me makan lebih and have more rest. jangan jalan-jalan banyak sangat. and he give me more vitamin n calcium. he said, after bersalin pon, boleh makan pil2 ni sebab vitamin ja. in fact, it's good untuk breastfeeding.


malam semalam,kaki i bengkak. takde la bengkak sampai buku lali. tapak kaki jer yang bengkak. why eh? bila jalan, sakit. nak bend tapak kaki pon sakit. rasa macam tapak kaki ni tebal gila. sebab semalam banyak jalan ker? mommies lain, jadi camtu tak? hurmmm. pas checkup semalam, balik rumah MIL. dinner and tido sana. dinner ramai2 tuuu. rupanya ada suprise. ada besday kek! hehe. oreo cheese lagi and 1 slice of durian cheese. sebab orang lain tak suka durian cheese tu, i ngapp sorang la. hehe. besday sapa? besday i la :D besday i arini sebenarnya. tapi, dorang celebrate semalam sebab arini dorang dah g jb. gambar kek, ada kat SIL. i takde amek sebab my phone upstairs masa tu. but, its yummy tau! baby pon suka makan kek. bergerak2 dia masa tengah makan kek tu. hehe. thanks banyak2 to hubby, mak, SIL and suma yang celebrate ngan i semalam. soooo happy! :D


p/s: tengah type ni, i duduk jer. baru berdiri jap kat dapur masak2 lunch, kaki dah start nak bengkak balik....terpaksa cancel nak p warehouse kat ekuine tu. huhuhu :(
posted from Bloggeroid

Thursday, March 29, 2012

moms little ones warehouse sale!

Assalam semua!

arini dah ari khamis! dah tak lama dah nak weekend. skang ni, memang menunggu-nunggu weekend. hehe. tadi dapat tau ada sale baru start arini. weehuuu!!

details dia:

Moms Little Ones is having its warehouse sale in Seri Kembangan now. Brands that offered are Evenflo , Snappies , Simple Dimple , Baby Love , Bumble Bee , Pumpin Pal , Mamivac , Motherlove , Munchkin , Baby Einstein , Baby Safe , Seabands , Lansinoh , Bamboo Bebe , Coleman , Lindham and many more. Products that offered are breastfeeding accessories , baby feeding accessories , toys , baby beddings , baby apparel , organic food , educational tools , cloth diapers , infrared thermometers , baby products , kids products and many more. It’s starts from 10am to 6pm daily. Please come and grab yours now.

Sales: from 29-3-2012 to 5-4-2012

Venue:
25-1 & 25-2, Jalan BPP 5/1
Permai Square 1
Pusat Bandar Putra Permai
Seri Kembangan , Selangor

anyone pernah pergi tak warehouse moms little ones nih before? berbaloi tak nak pergi? sebab kalo ikut brand tu, i nak p tengok drying rack munchkin, bathtub and bumblebee storage bottles. dahla dekat gila ngan umah plak tuh. ok, tipuuuu! takde la dekat gila sampai boleh jalan kaki. tapi, memang dekat la. kalo drive, dalam 10min, dah sampai kot. ish, gedix2 dahni nak p. hikhikhik

Wednesday, March 28, 2012

Shopping Spree! ngeee

Assalam semua!

Pagi yang mendung. bukan i yang mendung, memang cuaca kat luar tu yang mendung. on the wa datang opis tadi pon, hujan renyai2. tu pon ada jugak orang nak men cilok2, nak bawak laju2. kalo tak sayang nyawa, nak eksiden, sila la eksiden sorang2. jangan nak libatkan orang lain ya. nyampah btol. hurmmmm

semalam kan, my baby keep moving tak henti2 dari tengahari sampai ke tengah malam. mengeliat la, tendang2 la. senak tulang rusuk nih. ntah nape ntah. sebab i makan terlebih ke? sebab pagi semalam, i had mihun goreng, tengahari, makan nasi arab, petang plak ada buah jambu. then, air suma air manis. sebab tu kot, baby aktif gila. mak dia plak yang termengah-mengah sebab baby keep moving constantly. balik keje, memang i tido sampai kul 7 kot. tu pon tersedar sebab hubby balik. is it normal? then, sekejap2 perut mengeras. nape eh? pastu sebab penat punya pasal, meamng tido awal gila. semalam dalam sejarah btol. hehe

arini, bangun pagi tadi, baby dah bangun. sebab rasa dia dah tendang2. tengah tulis entry nih pon, die tendang2 lagi. tapi tak seaktif semalam la. ada jugak la waktu dia berenti. today, dah cukup 35weeks. lagi 5weeks ja. bersediakah i? sedia la kot. nak tak nak, sampai masanya nanti, kena sedia jugak kan. hehe. tadi, dah berjaya menghabiskan duit membeli barang baby lagi :-p online jer. pastu terus pegi bankin duit. almaklum la, bank memang belakang opis ja. dekat sangat kot. hehehe. apa yang i beli? tunggu barang tu sampai ya, nanti i tunjuk. skali ngan link web yang i buat order tu. now, tinggal nak order breastpump. tunggu owner dia reply emel sebab i tanya, harga kedai and online, sama tak? sebab kat online, de sale. takut g kedai kang, takde sale plak. beza banyak tu sale dia...

 
 


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, March 27, 2012

34 weeks ++

Assalam semua!

Selamat pagi! pengalaman 34 weeks plak:

  1. sakit pinggang makin menjadi2. alhamdulillah, hubby bagi bawak kete die sebab my car memang rally car. hehehe
  2. takleh la nak jalan banyak2 sangat, nanti  cepat jer nak cramp especially kaki kiri. semalam cramp lagi. dahla sorang2. menjerit i sorang2 pagi2 buta. smokey and shirou dok keliling i, tak tau nak tolong macam mana sebab i dah nangis2. huhuhu
  3. bahagian bawah, sangat la rasa discomfort. pastu asyik rasa nak terkucil tapi bila p toilet, takde pape hasil sangat pon.
  4. susah nak tido malam selagi tak pukul 12.00 midnight
  5. bila jalan, tapak kaki rasa sakit. macam bengkak gitu, tapi tak bengkak pon. hurmmm
  6. beg spital blom packing, baju baby belum abes basuh, stroller pon belum cuci.  sigh..
  7. selera makan macam yoyo. kadang makan banyak gila, kadang sampai tak makan langsung
  8. blom tempah any mak bidan untuk berurut
  9. dah mintak my mum tanya2 pasal postnatal care amway, tapi takde berita lagi
  10. no babycot yet,no breastpump yet, umah pon bersepah macam tongkang pecah

tu jer kot yang lainnya untuk minggu ni. dah tak ingat dah apa yang belum tick dalam checklist baby. kena check balik neyh. tadi akak opis cite, jiran dia due 18 april nih. anak sulung. tapi semalam, air ketuban dah pecah! OMG!! scarryyy! awal gila tuh. kira dia dah cukup 9 bulan la. adoyai, kalo i pon jadi kes macam dia, matila sebab macam2 tak setel lagi neyh. pray hard..aminnnnnnn

Monday, March 26, 2012

nak makan...

Assalam semua!

arini selera i buat perangai lagi. carta mau makan agak merudum. mula dengan bekpes tadi, makan biskut 2 keping, roti canai kosong sekeping n milo ais. banyak kan?

disebabkan kekenyangan, tengahari cuma makan aiskem mc flurry n air soya. tu pon, aiskem de lagi separuh. tak abes lagi sebab dah cair. bawak balik umah, simpan dalam fridge. padahal dah beli food untuk lunch nasi campur tapi tak termakan. harap2 malam ni la makan. dah duduk sorang2 ni. slalunya bila sorang2, mood nak makan memang kelaut la. hm...

teringin nak makan niiiiiiii-->

source pic: google

 Alahai.. terliurnya! kuning sungguh isi dia.

Sunday, March 25, 2012

rindu bebelan..

Assalam..

arini ari bermalasan. time2 camni, teringat ma abah. kalo malas2 kat umah, mesti kena bising ngan ma abah. rindu plak nak kena bebel..

i miss u ma abah..diri sendiri dah nak jadi mak, baru tau apa rasa sorang mak tu. baru menyesal slalu lawan ma abah..nite2 everyone

Saturday, March 24, 2012

Sebelum tido..

Assalam..

Pinggang i sakit..

Kaki i lenguh gila..

Penat neyh. Minggu ni,xde hasil lagi

Minggu depan,dah konpem2 takde hasil punya. Orang kata,orang pregnant sensitip. Tapi, i rasa sensitip i ni bertempat kot. Annoyed gila ni. Suma benda jadi tak kena

Lusa,nak p kwsp. Ada urusan. Kena p sensorang,takdak orang nak teman. Ati mula nak mencarut. Maka,gudnite everyone. Have a great weekend!

posted from Bloggeroid

Thursday, March 22, 2012

review hantaran

Assalam semua..

i tak pernah fully review my wedding kan? haha!! dah nak dekat setahun dah kot kawen. ngeeee. gambo kat facebook pon i baru upload dalam bulan ni jugak. sebab i dapat softcopynya lambat. bila dah lambat, mood nak upload dah ke laut disebabkan excited nak citer pasal baby. hehe. anyway, nak jugak tepek cket2 review pasal my wedding kat sini. supaya nanti, bila dah tua, i baca blog i sendiri, i boleh ingat balik apa yang berlaku. kalo my children nak tau kisah parents dorang pon, boleh la baca blog ni jugak kan? hehe

this time, i nak cakap pasal hantaran. i bagi kat hubby 9 dulang berbalas 7. i buat sendiri all my hantaran. masa tunang dulu, tempah. macam tak feel plak tempah. so, i buat sendiri. my parents pon macam percaya tak percaya jer i nak buat sendiri. ngehngehngeh. simple2 je i buat. tapi, OP tak amek gambar suma dulang plak. makanya i tunjuk apa yang ada jer la ek. basically, suma dulang lebih kurang sama jer rupa dia. tema warna dia biru and kuning. guna bunga plastik ja sebab kalo guna fresh flower, takut tak sempat plak nak hias2 sebab buat sorang2 kan. dulang dia plak, my fren pinjamkan. hehe. jimatt disitu Big Grin

Tafsir Al-Quran. i beli online jer. dia siap bagi dengan beg. tapi lupa plak i beli ngan web mana

belt and key holder

cincin untuk hubby

set perfume

robot transformers. hehe. budak2 datang, suma dok geram ja kat robot neyh. ada jugak yang tanya, why robot nih? sebab hubby suka la. die memang suka kumpul, so apa salahnya buat hantaran kan?

sirih junjung. haaa, yang ni, i tak buat sendiri. i tempah ngan my wedding vendor. time tunang, dorang jugak yang gubah hantaran untuk i. and this one, guna fresh flowers. bab sirih junjung, memang tak yakin nak buat, sebab tu i tempah.

lagi dua dulang, kemeja and kuih bahulu. setiap dulang i ada bantal2 kecik tu color biru and kuning. gigih tau nak jahit. dahla i takde mesin jahit. kena jahit tangan tuuuu. tapi separuh jer. separuh lagi, i jahit guna mesin bila balik umah my parents. hehe.  bunga dia plak, i main cucuk jer. asal sedap mata i memandang Tongue

hantaran ni suma amek masa sehari jer nak gubah2 dia. simple jer kan. tapi yang lama tu nak jahit bantal2 kecik tu. and everything siap 2-3 days before kawen. ngeeee. i memang suka last minit. not good..not good..hehe

ni checklist yang i buat dulu.

sebelah hubby plak, cousin dia tolong buatkan. she memang talented and suka bab2 gubahan nih. tapi, takde plak yang upclose punya. cuma ada pic nih ja..

my hubby with his hantaran boys. hehe. ni suma cousin2 dia. hantaran dia pakai fresh flowers. dah sampai kat kedah, baru his cousin start gubah. hebat kan? hehe

there, abes satu review. fuh! lega… hehehe

p/s: takde sape nak ajak i buat gubahan ker? gatal tangan plak nak menggubah. muahahahaha!!!

Sakitnya!!!

Assalam semua..

Baru pukul 10 pagi,i dah rasa sakit pinggang. Huhu. Sedihnya.. camne nak kurangkan rasa sakit neyh? Ke sebab kerusi i 'empuk' sangat??



Ha,tu la my office chair. Dah letak bantal merah kat blakang pon,still sakit. How?? Ni baru 8 bulan setengah. Camne la gaya i bila dah 9 bulan nanti?? Disebabkan sakit pinggang ni, i malas gila nak layan orang. Dahle tapak kaki pon sakit. Kaki kecik,nal tampung berat 71 kilo kan...

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 21, 2012

breastpump pilihan..InshaAllah..

Assalam semua

setelah dok berkira2 nak beli breastpump yang mana, akhirnya i dah tetapkan ati nak amek yang ini—>

ha, m2b and mommies mesti kenal kan? femes gila kot. medela swing. bawah cket dari medela freestyle. niat di ati nak amek freestyle, tapi mahal sangat. buat masa skang, blom mampu lagi. tunggu la kot2 ada rezeki untuk 2nd baby. insyaAllah.. haha!! berangan kan? yang 1st pon blom lepas, dah pikir untuk 2nd baby. hikhikhik. i pilih yang ni sebab dia senyap, boleh guna electric or battery operated. so, kalo tak jumpa plug pon takpe la kan sebab leh guna bateri.

so, skang i tengah survey suma web yang jual breastpump nih. ini yang i jumpa..

1. littlewhizz.com RM 699.00

Pakej dia ada:

  • Medela: Swing Breast Pump Comes With Calma Teat
  • Medela Breast Milk Bottle (2 pks)
  • Medela Purelan Nipple Cream 7g Package

Then kalo i nak beli dari littlehizz nih, i nak beli skali dua benda ini –>

(pic nih cilok dari blog nana. jgn marah ek nana. jeles btol u dapat beli murahhhhh)

pic source:google

*free shipping for purchase above rm200.00

2. mybabyshop.com RM888.00

Pakej dia termasuk:

  • Medela Swing Breastpump with calma teats
  • Medela Citistyle Breastpump Bag
  • Medela Purelan 100 Nipple Cream 7g

*free shipping for purchase above rm200.00

 

3. enjoybreastfeed.com RM874.0

pakej dia:

  • Medela Swing Breast Pump With Calma Teat
  • 2 Medela Breastmilk Bottle(150ml)
  • 1 Medela Purelan Cream 7gram

*free shipping for purchase above rm300.00

4. kasihsayangku.com RM799.00

harga ni hanya untuk breastpump sahaja. tapi, beg citystyle and bumble bee storage bottles 10pcs dia lagi murah dari web lain.

bumble bee storage bottles 10pcs RM32.00

citystyle bag RM 215.20

*free shipping for purchase above rm200.00

 

5. onebabyworld.com rm799.00

Pakej dia termasuk:

  • 1 unit of Medela Swing Breast Pump with 2 Phase Expression
  • 1 Autumnz Cooler Bag (FREE Autumnz Air Dry Mesh Bag)
  • 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack
  • 8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag)
  • 1 pc of Autumnz Comfort Nursing Bra

dpat free gift yg ni plak->

  • 1 unit of BPA Free Deluxe Bottle Drying Rack
  • 1 unit of Receiving blanket
  • 4 pcs Washable Breastpad
  • RM10 One Baby World voucher to be redeemed against your future purchases.

*free shipping for purchase above rm200.00

so, itu jer kot yang menarik perhatian. kene tanya pendapat hubby nak bli kat web ka, nak p kedai dia. tapi, i agak tertarik ati ngan onebabyworld and mybabyshop punya..

Ujian tahap kecomelan

Boleh tak jangan buat aksi comel sangatt?


posted from Bloggeroid

Tuesday, March 20, 2012

checkup 33weeks

Assalam semua!

ni la kad checkup i. sempoi tak? hehe. kad nih, cuma tulis tempoh checkup, tarikh and masa next appointment. yang lain, suma ada kat klinik tu. maksud i, rekod i la..
semalam i p checkup. jumpa Dr Idris balik. takmo jumpa anak dia yang garang tu. hehe. macam biasa, bila dah sampai, kena timbang and test urine. berat semasa i adalah 71.5kg. naik cket jer, sekilo lebih. aduh, rasa dah makan banyak gila dahni. tapi, naiknya cket ajer..hm, jadi la. daripada tiba2 turun. lagi kes naya kan? huhu. semalam takde orang sangat. dr Idris pon sampai klinik awal. so,  memang tunggu sekejap jer la. hasrat di hati nak tau berat baby berapa. tapiiiii, dr idris tak scan plak..dia just guna dopler jer dengar heartbeat baby. masa tengah dengar tu, heartbeat baby dalam 134. dalam range normal la. agaknyer sebab i takde complication pape kot. dr idris check2 perut. die kate baby dah pusing dah kepala ke bawah. hebat gila! dia tekan2 jer perut i, dah tau kepala baby kat mana. padan la, skang ni asyik rasa kena kick kuat kat bahagian atas. rupanya dah pusing ya. Alhamdulillah.. then, he advise la apa tanda2 sakit nak bersalin. dia kata ada tiga:
  1. keluar darah. bukan setitik dua, tapi banyak macam period. sampai kena pakai pad. maka, terus la menuju ke hospital
  2. keluar air ketuban. kalo cket2, takpe. kalo banyak gila, mengalir tak henti2. macam air kencing tapi takleh kontrol kadar pengeluaran dia. maka, bersiap sedia la p hospital
  3. sakit contractions. 10-15 minit sekali. sakit ni, bukan rasa discomfort kat bahagian bawah. akan sakit macam perut menegang sangat, rasa sendat gila perut. slalunya sakit tu dalam 10-20seconds. kalo interval die dah dalam 10-15minit, boleh la serah diri ke hospital.
dr Idris pesan lagi, kalo dah ada tanda2 nak bersalin tu, jangan panik. sebab selalunya, anak sulung ni, sakit nak beranak tu lebih dari 10jam. so, tak payah nak kalut-kalut berebut nak cepat sampai hospital. sempat aje, kalo nak makan, mandi dulu, siapkan barang kelengkapan semua. kalo sangkut dalam jam pon takpa. tak payah nak rush2. since i'm planning nak bersalin ngan dia, means kat pantai la kan. dia kata takyah buat booking pape. kad checkup i yang kat atas tu adalah passport i untuk masuk ward. if ada pape, trus je ke labour ward kat blok c, tingkat 2. tunjuk kad tu kat nurse, they'll know what to do. 
 
then, i tanya lagi pasal suntikan kancing gigi. tetanus eh kalo tak silap. as usual, my doc ni memang calm gila. dia gelak jer. hehe. dia kate, slalunya, kat gomen memang kena amek sebab takut terberanak kat umah ka, or kat tempat yang selain hospital. takut tempat2 tu tak sterilize, tu yang untuk langkah berjaga-jaga, kena amek suntikan tu. tapi, if kat pantai, tak payah risau. memang everything sterilize. so, i terselamat la. sakit kott nak amek suntikan tuuuuu. next checkup, end of this month. harap semuanya berjalan lancar. aminnnnnn
p/s: terlupa satu lagi. dah 33weeks ni, baru la stretch mark muncul di kawasan perut. buruknyerrrrr. huhuhu. ni la akibat malas nak sapu cream kan..
posted from Bloggeroid

Kesian adik neyh.. kesian jugak kat anjing tuh..

Assalam semua..

pagi ni, terbaca dalam suratkhabar kosmo pasal adik neyh. yang kena serang dek rotweiler..

klik pic untuk fullsize

bukan la i tak kesian kat dak kecik yang kena serang tu. tapi, i kesian jugak kat anjing tu. ntah2 tuan dia tak bagi dia makan. sebab setau i, rotweiler ni anjing breed kan? so, logiknya, dia ada tuan la. slalu benar muslim salahkan anjing bila dorang kena serang suma. tapi, dorang pikir tak, anjing tak g skool. kalo lapar, natural habit dia mestila cari food, pergi hunting. salah ke kalao dia g hunting food? manusia yang berakal ni amek bela dia, tapi takmo bagi makan. pastu, ada plak hamba Allah nak bagi racun bagai. sape kau untuk amek nyawa makhluk Allah? ko tuhan ker? yang bestnya, ada pulak orang lain yang like comments tu. gila typical malay.  

dulu, masa kat kolej ada banyak jugak anjing berkeliaran. memang berhati2 bila jumpa anjing2 neyh, tapi dalam masa yang sama, tinggalkan jugak makanan macam ayam ke, roti ke untuk dorang. kawan2 i pon buat camtu. bukan la i nak tunjuk baik dengan cakap i bagi anjing makan. tapi i rasa disebabkan kitorang dok bagi makan tu, anjing2 tu tak pernah serang kitorang. in fact, tak pernah serang sapa2 pon. tu pengalaman i la. orang lain, tak tau la macam mana experience dorang ngan anjing..

kalo i jadi parents adik ni pon, mesti i marah gila ngan anjing tu. sebab gigit adik neyh. tapi, bila dipikirkan dengan pikiran yang waras, sape yang lagi berakal? human being ke, anjing tu? evenmy cats pon, kalo lapar, i tak bagi makan, dorang akan selongkar tong sampah looking for food. salah dorang ke selongkar tong sampah? no! salah i la, sebab i bela dorang tapi tak bagi makan. ok, entry ni berbaur emo cket. tapi i agak geram bila baca statement camnih. masa kecik dulu, yess. i pon ada bersubahat pergi racun anjing yang bunuh kucing2 i. bila i pikir2 balik skang, i patut serang owner dorang sebab owner dorang biarkan dorang lepas bebas, pastu catu makanan lagi..hm...

My Pre Wedding Date

Daisypath Anniversary tickers

Smokey's birthday

PitaPata Cat tickers

Shirou's birthday

PitaPata Cat tickers